Pada malam tersebut….
Nabila dan Izzati mengambil keputusan untuk makan malam di dalam pusat membeli belah Plaza Merdeka tersebut.
Setelah selesai makan malam, Izzati bertanya, "Kau nak tak jalan-jalan dekat Waterfront?"
Nabila menjadi hairan dan bertanya kembali, "Waterfront? Waterfront tu tempat apa?"
Izzati menjawab, "Aku taktau sangat, tapi dari yang aku search, tu tempat orang melepak."
Nabila menjawab, "Kalau tempat melepak, taknak lah aku."
Izzati berkata, "Eh bukan tempat melepak yang bukan bukan tu. Ni tempat melepak yang selamat and tempat tu memang tempat hotspot tourist. Dari yang aku search lah."
Nabila berkata, "Oh, kalau macam tu okay lah. Nak gerak sekarang ke?"
Izzati menjawab, "Aah, jum."
Apabila tiba di Waterfront…
Nabila dan Izzati tergamam dan terkedu apabila melihat suasana di situ amat meriah dan orang yang berada di situ terlalu bahagia. Ada yang bermain permainan yang boleh dibeli di tempat tersebut, ada yang duduk dengan pasangan mereka sambil menikmati pemandangan, ada yang mengambil gambar suasana dan gambar masing-masing, ada yang duduk berehat dengan keluarga, dan bermacam ragam yang boleh dilihat di Waterfront tersebut.
Nabila dan Izzati memandang antara satu sama lain akibat terkejut dengan apa yang dilihat, dan hanya tersenyum.
Nabila berkata, "Aku tau tempat ni untuk orang melepak bak kata kau tadi. Tapi, ni dah bukan macam tempat melepak yang aku selalu tengok and imagine."
Izzati berkata, "Haa, betul tu. Aku pun ingatkan macam apa yang kau imagine. Ye, ramai yang datang sini aku tengok melepak, tapi keadaan ni bukan macam tempat lepak yang 'tu'. Memang happening gila."
Nabila mengiakan kata Izzati dan berkata, "Eh, jum tengok apa yang dieorang jual."
Izzati berkata, "Jum.", sambil mengikuti langkah Nabila.
Setelah berpuas hati melihat barang jualan para penjual di situ, Nabila dan Izzati juga membeli permainan yang dijual di situ. Setelah membeli, mereka mencuba untuk bermain permainan tersebut dan penjual di situ membantu mereka untuk memahami cara bermain permainan tersebut.
Permainan yang mereka beli adalah permainan lastik dan apabila melastik di tempat tersebut, harus membuat sasaran ke langit, bukan kepada objek ataupun yang hidup. Izzati dan Nabila mencuba untuk melastik ke langit, namun masing-masing gagal. Mereka mencuba sekali lagi, tetapi hanya Nabila sahaja yang dapat melastik tinggi ke langit. Kanak-kanak yang berdekatan memberi tepukan kepada Nabila, begitu juga dengan Izzati, penjual permainan tersebut, dan orang-orang yang berdekatan mereka.
Setelah berpuas hati mencuba bermacam jenis permainan yang mereka beli di situ, mereka bercadang untuk menaiki jambatan di situ, Jambatan Darul Hana. Setelah berada di atas jambatan tersebut, terasa seolah jambatan tersebut bergoyang.
Izzati berkata, "Weh, jambatan ni goyang lah aku rasa."
Nabila berkata, "Haah, aku pun rasa macam tu."
Terdengar perbualan mereka, seorang warga Sarawak yang berdekatan mereka berkata, "Better pegang besi ni, kalau takut. Sebab jambatan ni memang akan goyang sedikit disebabkan angin dan air sungai ni bergelombang. Tapi selamat je naik jambatan ni, cuma akan ada masa dia goyang sikit."
Nabila dan Izzati terkejut dengan kenyataan tersebut, lalu memegang besi yang dimaksudkan warga tersebut.
Izzati berkata, "Walaupun jambatan ni goyang, ada juga yang naik, ye?"
Warga Sarawak tersebut berkata, "Ye, sebab dia salah satu tarikan kawasan ni. Mulanya, masa jambatan ni baru siap, ramai yang naik and taktau pun yang dia boleh goyang macam ni. Ada juga yang complaint, tapi lama-lama, itu yang jadi tarikan kepada orang. Dah takda lagi orang complaint pasal dia bergoyang. Malah, makin ramai yang naik sebab dia bergoyang.", sambil tergelak kecil.
Nabila berkata, "Laa ye ke? Kiranya macam thrill lah naik ni."
Warga Sarawak tersebut berkata, "Ye."
Nabila dan Izzati mengucapkan terima kasih kepada warga Sarawak tersebut dan mereka berlalu untuk berjalan ke tengah jambatan. Dalam perjalanan, mereka merasakan gerakan jambatan tersebut selang beberapa minit. Nabila dan Izzati hanya mampu gelak ketawa dengan situasi tersebut. Walaupun jambatan tersebut bergoyang, orang-orang di situ tetap bergembira menikmati suasana malam di atas jambatan tersebut. Begitu juga dengan Nabila dan Izzati, mereka menikmati keindahan suasana malam di kawasan Waterfront.
Pada pagi keesokan hari…
Nabila dan Izzati bersarapan di restoran hotel tersebut. Setelah bersarapan, mereka kembali ke bilik hotel.
Setibanya di bilik, Izzati berkata, "Perghhh!!! Sedap weh makanan tadi. Well, aku taktau lah macam mana rasa makanan 5 star hotel, tapi ni pun dah cukup sedap bagi aku. Kenyang aku."
Nabila tergelak kecil dan berkata, "Ye, sedap. Tapi kau tak payah lah buat aksi macam gitu."
Izzati berkata, "Kenyang weh."
Nabila tergelak melihat aksi Izzati yang kekenyangan.
Nabila berkata, "Dah lah tu. Kita bincang pasal barang yang kita perlu beli."
Izzati berkata, "Eh ye lah. Jap, kenapa tak beli lepas dah daftar nanti? Sebab kita pun taktau lagi barang apa yang mereka takkan bagi kat kita."
Nabila berkata, "Ye, tapi tak salah kan kalau kita list kan saja dulu."
Izzati berkata, "Oh, nak list kan je eh?"
Nabila menjawab, "Ye lah. Kau ni, memang tak lah nak bawa barang tu dalam bilik hotel ni pastu nanti bawa lagi keluar ke kereta. Pelik pulak dieorang staff hotel ni tengok."
Izzati berkata, "Laa dieorang faham lah kita ni student."
Nabila berkata, "Ye, tapi datangnya tak dengan mak bapak. Aku takut pelik je tanggapan dieorang."
Izzati berkata, "Hmmm kau ni pun. Okay lah, kita bincang."
Nabila tersenyum dan berkata, "Tadi, masa on the way naik bilik, aku ada buatkan senarai. Kau tengok dulu lah senarai ni. Kalau ada yang kena tambah, kau tambah lah."
Izzati mengambil senarai daripada Nabila dan melihatnya, serta berfikir barangan yang perlu ditambah di senarai tersebut.
Nabila melihat reaksi wajah Izzati dan tergelak kecil, lalu berkata, "Payah benar kau nak memikir senarai tu. Tak payah berkerut sangat lah dahi tu."
Izzati menjeling Nabila dan berkata, "Takde lah, aku rasa macam ada something yang perlu tambah, tapi aku tak pasti apa."
Sedang Izzati melihat senarai, matanya mula terasa berat dan badan Izzati mula berasa lemah, dan akhirnya Izzati beradu membawa dirinya di dalam alam mimpi. Manakala, Nabila sudah berada di alam mimpi sebelum mata Izzati terasa berat lagi.
Pada tengah hari tersebut….
Nabila dan Izzati tersedar daripada tidur apabila telefon pintar Izzati berbunyi kerana panggilan daripada mak Izzati, Iman. Izzati menyahut panggilan telefon daripada maknya dengan keadaan separuh sedar. Manakala, Nabila bangkit dan menuju ke bilik mandi untuk membasuh mukanya bagi menyegarkan wajah.
Setelah selesai membasuh muka, Nabila kembali ke katilnya dengan niat untuk berbaring. Namun, belum sempat Nabila membaringkan badannya, laungan azan berkumandang daripada telefon pintar Nabila menandakan masuknya waktu Zohor. Apabila mendengar itu, Nabila kembali ke bilik mandi untuk mengambil wudhuk bagi menunaikan solat Zohor. Mak Izzati mendengar laungan tersebut daripada sebelah panggilan, mengatakan cukup sekadar itu perbualan mereka dua beranak dan memberi Izzati ruang untuk solat Zohor.
Setelah selesai meletakkan panggilan, Izzati meregangkan badannya dan menanti Nabila untuk selesai mengambil wudhuk di bilik mandi. Nabila yang baru sahaja selesai mengambil wudhuk, keluar daripada bilik mandi dan menuju ke arah Izzati.
Nabila berkata, "Ambil wudhuk."
Izzati berkata, "Haah, lepas ni aku ambil. Mak aku kirim salam kat kau."
Nabila berkata, "Waalaikumussalam. Nanti kau kirim balik salam tu and sekarang ni kau gi ambil wudhuk."
Izzati berkata, "Ye lah. Aku ambil sekarang.", sambil berjalan menuju ke bilik mandi.
Nabila tersenyum dan menyiapkan diri untuk menunaikan solat dengan menyarungkan telekung dan menghamparkan sejadah. Nabila menunaikan solat tanpa menunggu Izzati dan Izzati yang baru sahaja selesai mengambil wudhuk, segera menyiapkan dirinya untuk menunaikan solat. Setelah selesai solat, Nabila mengambil tempatnya di atas katil untuk menunggu Izzati selesai menunaikan solatnya.
Setelah Izzati selesai menunaikan solat, Nabila bertanya, "Kau ada tambah apa-apa ke dekat list tu?"
Izzati berkata, "Takde wei. Aku tengok list tu, pastu tengah aku fikir-fikir, aku tertidur pulak. Hehe.."
Nabila berkata, "Allah, engkau ni.", sambil menepuk dahinya.
Izzati tersengih apabila melihat reaksi Nabila dan kembali menyambung mengemas telekung dan sejadah.
Nabila berkata, "Aku ada terfikir, kenapa tak barang-barang yang kecil kita beli je dekat area sini. Mana barang yang besar macam yang iron board tu, kita beli nanti lepas daftar. Lagipun, tak silap aku kita masih boleh keluar selepas daftar and check bilik."
Izzati berkata, "Hmmm boleh gak. So, maksudnya hari daftar tu kita kena gerak awal lah dari sini. Daftar dekat tempat kau, pukul 7.30 pagi kan? Ke pukul 8 pagi?"
Nabila menjawab, "Kalau tak salah aku, pukul 7.30 pagi."
Izzati berkata, "Haa kalau macam tu, lepas subuh tu kita terus ready dengan barang-barang and diri. Pukul 6.30 pagi kita gerak dari sini."
Nabila berkata, "Okay, tapi macam mana dengan kereta sewa tu?"
Izzati menjawab, "Aku tanya dia jap.", sambil berlalu mengambil telefon pintarnya.
Nabila berbaring di atas katilnya sambil menonton televisyen yang berada di dalam bilik mereka sementara Izzati berkomunikasi dengan penyewa kereta yang Izzati pernah hubungi sebelum ini.
Beberapa minit kemudian, Izzati berkata, "Nabila, orang ni kata okay je kalau dia hantarkan kereta tu pagi tu sebelum pukul 6.30 pagi."
Nabila berkata, "Okay. So, settle lah hal tu."
Izzati berkata, "Haah, settle lah. Jum tidur."
Nabila berkata, "Uishh, kau ni. Tidur lagi. Taknak jalan-jalan ke dekat area ni?"
Izzati bertanya, "Jalan-jalan? Nak jalan mana?"
Nabila menjawab, "Sini kan ada lagi tempat-tempat yang kita tak pergi lagi. Better kita jalan-jalan sepuasnya, sambil-sambil beli mana barang kecil yang perlu. Sambil menyelam, kita minum air lah."
Izzati berkata, "Hmmm boleh jugak tu. Jum lah, kita kemas."
Setelah bersiap….
Nabila dan Izzati berjalan-jalan di sekitar kawasan hotel mereka menetap. Daripada hotel, mereka berjalan menuju ke arah bangunan Tun Jugah dan daripada bangunan tersebut, mereka menaiki Grab untuk pergi ke bermacam tempat; India Street, Sarawak Museum, Borneo Cultures Museum, dan lain-lain.
Apabila maghrib mendatang, mereka kembali ke bilik hotel untuk menunaikan solat.
"I'm beat.", kata Izzati.
Nabila berkata, "Ye, sama. Kau mandi dulu or aku mandi dulu?"
Izzati menjawab, "Kau lah dulu. Aku nak duduk jap, stretching badan jap."
Nabila berkata, "Okay.", lalu menuju ke bilik mandi.
Sementara Nabila membersihkan badan di bilik mandi, Izzati meregangkan badan dan bermain dengan telefon pintarnya.
Setelah selesai membersihkan diri, Nabila keluar lengkap dengan pakaian baru dan berkata, "Aku dah."
Izzati berkata, "Okay.", dan meletakkan telefon pintarnya di atas katil.
Sementara Izzati membersihkan diri, Nabila menyiapkan dirinya untuk menunaikan solat asar dan kemudiannya mengerjakan solat asar. Selesai sahaja Nabila menunaikan solat asar, Nabila hanya duduk di atas sejadah sambil bermain telefon pintarnya kerana ingin menunaikan solat maghrib apabila tiba masanya, dan ketika itu, Izzati keluar daripada bilik mandi juga berpakaian baru.
"Kau dah solat asar ke belum ni?", tanya Izzati.
Nabila menjawab, "Dah. Aku tengah tunggu azan maghrib."
Izzati berkata, "Okay.", sambil menyiapkan dirinya untuk menunaikan solat asar dan kemudiannya mengerjakan solat asar.
Selesai sahaja menunaikan solat asar, azan maghrib berkumandang.
Nabila berkata, "Syukur kau sempat selesai asar."
Izzati berkata, "Itu lah."
Setelah azan maghrib selesai berkumandang, mereka membaca doa selepas azan dan segera menunaikan solat maghrib. Sesudah menunaikan solat maghrib, mereka menyimpan telekung dan sejadah.
Izzati mengambil telefon pintarnya dan membalas chat daripada seseorang dengan senyuman terukir di bibir. Nabila melihat senyuman tersebut dan hanya berdehem dengan pandangan mengusik terhadap Izzati sambil duduk di hadapan barangan yang mereka beli. Izzati yang memahami pandangan tersebut, hanya membuat riak wajah bahagia.
Nabila mengusik, "Untunglah orang tu ada someone boleh chat."
Izzati berkata, "Ish kau ni. Kau merajuk ke?"
Nabila berkata, "Tak lah.", dengan nada merajuk.
Izzati berkata, "Wei, janganlah merajuk.", sambil mendekati Nabila dan memeluk Nabila untuk memujuk.
Nabila berkata, "Tak lah, aku tak merajuk. Buat apa aku nak merajuk dengan kau pasal benda tu. Takde faedahnya lah."
Izzati berkata, "Tapi tadi suara kau macam bunyi merajuk je."
Nabila berkata, "Aku gurau je, saja nak mengusik. Tak sangka menjadi jugak. Haha", lalu ketawa bahagia.
Izzati berkata dengan nada geram, "Ish kau ni kan.", sambil menggeletek pinggang Nabila.
Nabila yang kegelian akibat digeletek oleh Izzati hanya ketawa dan merayu untuk berhenti.
"Haa lain kali buat lagi macam tu. Aku geletek kau sampai puas.", kata Izzati setelah berhenti menggeletek Nabila.
Nabila berkata, "Wei, janganlah. Kau ni, tau aku memang geli kat situ. Situ jugak kau nak geletek."
Izzati berkata, "Hah, siapa suruh kau? Padan muka.", lalu menjelir lidah kepada Nabila.
Nabila berkata, "Laa gurau je pun."
Izzati hanya memberi jelingan kepada Nabila dan berkata, "Dah, jum unpack ni."
Izzati teringat akan makan malam dan bertanya, "Eh, makan malam kita macam mana?"
Nabila menjawab, "Eh, ye lah. Grab je lah."
Izzati berkata, "Haa, okay. Jap, aku pi ambil phone. Kau ada nak makan apa-apa tak?"
Nabila berkata, "Ayam McD."
Izzati bertanya, "Ayam McD? Kau biar betul?"
Nabila menjawab, "Betul lah. Kau tanya aku nak makan apa, aku jawablah. Ayam McD."
Izzati bertanya, "Bukan ke dieorang ramai yang boikot benda tu?"
Nabila menjawab, "Ish kau ni. Tak elok lah kata benda tu. McD tu kan makanan. Ye, memang dieorang boikot, tapi tu dieorang, bukan aku."
Izzati bertanya, "Ye lah, makanan. Kau tak takut ke orang kecam kau ke apa?"
Nabila menjawab dengan tenang, "Laa, aku nak takut apa? Aku ni bukan orang famous pun nak kecam kecam bagai. Lagipun, itu pandangan dieorang, mindset dieorang, dan tindakan dieorang. Aku tak perlu pun nak ikut dieorang. Pandangan aku, mindset aku, tindakan aku. Kalau aku ikut dieorang bulat bulat, itu seolah aku ni takde pendirian, takde fikiran sendiri. Plus, aku order McD tu bukan nak membantu dieorang Israel pun. Aku order kat sini kan? Malaysia. Bukannya dekat tempat dieorang, kalau aku order dekat tempat dieorang baru lah boleh kata aku ni membantu dieorang."
Izzati bertanya, "Bukan ke order McD tu kat sini pun sama macam tolong tambah duit dieorang?"
Nabila bertanya, "Macam mana kau tau duit tu akan tolong dieorang?"
Izzati menjawab, "Ye lah, dieorang ramai yang kata gitu."
Nabila bertanya, "Dieorang ada tunjuk bukti ke duit tu memang untuk bantu dieorang Israel?"
Izzati menjawab, "Takde."
Nabila berkata, "Bila takde tu, maksudnya tak sahih lagi lah sebab takde bukti. Macam ni lah, aku bukannya nak backup Israel ke apa, no. Aku just taknak ikut kata orang yang belum tentu kesahihannya. Macam kes orang kita kata Sarawak ni macam-macam, sama macam tu lah. Dari pandangan aku, bila kita membeli makanan ke minuman ke dari McD, sama je macam dekat kedai F&B lain. Kita beli, duit masuk ke kedai, kedai bahagi duit, untuk gaji pekerja situ, untuk sewa tapak, and bnyk lagi. Ye lah, aku bukannya handal sangat bab ni. Tapi dari segi logiknya kat situ lah. So, bila kita membeli kat situ, sekurang-kurangnya boleh bantu orang-orang kita Malaysia untuk sara hidup dieorang sendiri. Pekerja situ bukannya pekerja Israel, dieorang pekerja Malaysia, orang-orang kita. Kalau ye betul nak boikot Israel, baik tak payah gunakan apa-apa tech dari dieorang. Kalau tak silap aku, TikTok tu dari Israel. Ye lah, kalau tak salah aku lah dari yang aku tengok dekat Youtube, tak salah aku lah. Nanti aku cari balik, tunjuk kat kau. Well, pendapat aku je lah. Sebab tu aku okay je nak membeli situ, plus ayam dia sedap. Kalau pedas, memang bagi pedas punya. Rugi boikot sesuatu yang tak confirm sahih dia.", dengan nada lembut.
Izzati berkata, "Ye lah. Masuk akal jugak logic kau ni. So, panjang lebar kau ceramah aku tadi, kau nak order combo or ala carte? Kau pilih sendiri.", sambil memberi telefon pintarnya yang menayangkan aplikasi Grab.
Nabila berkata, "Eh, bukan ceramah. Tapi, bagi pandangan.", sambil mengambil telefon pintar Izzati dan tersengih.
Izzati berkata, "Ceramah lah tu.", sambil membuat riak wajah mengusik.
Setelah Nabila dan Izzati selesai memesan makanan dan minuman di aplikasi Grab, mereka kembali mengemas barang belian mereka.
Sementara itu, Izzati berkata, "Tadi kau mention kes orang-orang kita kata Sarawak macam-macam tu kan, aku teringat masa kita jalan-jalan petang tadi. Seriously, aku tak sangka harga barang dekat Sarawak tinggi berbanding dekat Semenanjung."
Nabila berkata, "Haah, aku pun perasan. Terkejut jugak aku."
Izzati berkata, "Hairan aku. Macam yang kita kata semalam kalau tak silap. Sarawak adalah negeri terkaya dekat Malaysia, kan? Tapi kenapa, harga barang kat sini naik? Eh, tinggi. Bukan ke patutnya sama?"
Nabila berkata, "Hmmm, aku rasa mungkin sebab ye lah, ikut logic bisnes, yang barang dijual or dihantar ke Semenanjung tu macam minyak, hasil bumi, bukan macam keropok or barang-barang macam tu. So, tak effect apa pun kot. Kalau minyak or berkaitan tu, mungkin ye lah kena sama or kurang."
Izzati berkata, "Hmmm, mungkin. Tapi, kalau Sarawak hantarkan minyak or hasil bumi ke Semenanjung, so barang yang berkaitan yang tu kena tinggi harga dia dekat Semenanjung berbanding dekat Sarawak. Ye lah, sebab dah kalau barang lain yang macam keropok, alat tulis, or lain-lain tu naik harga dia kat Sarawak, dekat Semenanjung pun kena naik sama lah kan harga minyak and hasil bumi tu. Kalau nak katakan harga barang dekat Sarawak naik sebab kos penghataran tu, apa beza dengan kos penghantaran dari Sarawak ke Semenanjung? Bila aku kata gitu kan, aku terfikir, ayat yang kita selalu dengar, penghantaran percuma di seluruh Malaysia, kecuali Sabah dan Sarawak. Boleh tak kalau lah kan, Sarawak and Sabah ada barang yang daripada dieorang sendiri yang dipos jugak ke Semenanjung, dieorang kata gini, penghantaran percuma di seluruh Malaysia, kecuali Semenanjung. Kan? Rasa aku elok gitu, biar adil.", dan tergelak dengan kata sendiri.
Nabila ketawa bersama mendengar kata Izzati dan berkata, "Takpe, nanti kalau aku dah dapat nombor telefon pihak atasan bahagian tu, or dah jadi kawan dia, aku tanya dia kenapa harga barang kat Sarawak mahal lagi.", dengan nada mengusik.
Izzati bertanya, "Kau ni kan, mengada sangat ni kenapa?", sambil menyucuk pinggang Nabila.
Nabila berkata, "Ish kau ni. Dah lah, takyah lah cucuk cucuk. Betul lah apa aku kata.", sambil ketawa geli dan berkata lagi, "Tunggu bila aku dah berkenalan dengan orang atasan, aku tanya dia, pastu baru aku jawab soalan kau tadi. Sekali aku bagi cadangan kau tadi kat dieorang, tengok apa pulak kata dieorang."
Izzati berkata, "Hmmm ye lah. Tunggu kau berkawan dengan dieorang, eh? Entah bila agaknya tu."
Nabila berkata, "Entah.", lalu ketawa bahagia dan dituruti oleh Izzati.
"Eh, dia dah call.", kata Izzati sambil mengangkat panggilan telefon tersebut.
"Hello, cik Izzati?" - Pemanggil tidak dikenali
"Hello. Ye, saya." - Izzati
"Saya dari Grab, nak hantarkan order cik. Saya dah sampai kat depan hotel ni. Saya bagi order cik ni dekat kaunter hotel je, boleh ke?" - Pemanggil tidak dikenali
"Oh, okay. Boleh. Nanti saya turun ambil kat sana. Terima kasih." - Izzati
"Okay. Baik, cik. Sama-sama." - Pemanggil tidak dikenali
Selesai mematikan panggilan, Nabila bertanya, "Grab ke?"
Izzati menjawab, "Haah. Dia dah sampai."
Nabila berkata, "Eh cepatnya? Bukan 30 minit ke?"
Izzati menjawab, "Ha, memang dah 30 minit, cik Nabila. Kita asyik borak, sampai tak perasan jam. Barang ni pun tak habis lagi kemas.", sambil tergelak kecil.
Nabila berkata, "Laa ye ke? Tak rasa dah 30 minit berlalu. Kau gi sorang ke ambil? Nak aku temankan?", ketika Izzati bangkit daripada duduk untuk bersiap bagi mengambil pesanan mereka di kaunter hotel.
Izzati menjawab, "Tak payah. Bukan susah pun nak pi ambil order tu."
Nabila berkata, "Okay. Aku tanya je, mana tau kau nak aku temankan. Ye lah, aku ni kan kawan terbaik kau.", sambil tersengih mengusik.
Izzati berkata, "Kau ni kan, kalau sehari tak usik aku 2 or 3 kali, memang tak puas kan? Dah, aku nak turun. Kau teruskan kemas tu, k? Bye.", dengan nada mengusik.
Nabila menjawab, "Eh dia pulak nak mengusik kita. Hmm, okay. Bye."
Sementara Izzati menuruni tingkat untuk ke lobi bagi mengambil pesanan mereka, Nabila kembali mengemaskan barang belian mereka. Apabila selesai mengemas barang belian tersebut, Nabila kemudiannya menyiapkan tempat untuk mereka makan malam.
Izzati kembali dengan pesanan mereka di tangan, ketika Nabila selesai menyiapkan tempat untuk makan malam mereka. Nabila dan Izzati menikmati makan malam mereka sambil menonton televisyen di dalam bilik hotel mereka.
Biar tetap pendirian,
Meski dibenci orang,
Biar diri berfikir,
Meski dijauhi orang,
Asalkan jujur dengan diri sendiri.