webnovel

2 - Tiga Bulan Kehamilan

Tiga bulan kehamilan....

"Sayang! Buat apa lagi tu!" Teriak Ikhwan dari meja makan.

"Kejap abang!" Sarah segera melangkah keluar dari bilik air di dapur. Tangannya berpaut pada perabot dan dinding sambil kakinya mengatur langkah ke arah meja makan.

"Sayang okay tak ni?" Soal Ikhwan apabila melihat wajah isterinya itu seperti keletihan.

"Sayang okay." Balas Sarah sambil mengukir senyuman, cuba menyedapkan hati Ikhwan. Dia tidak mahu Ikhwan berasa risau dengan keadaannya seperti itu.

"Tak apalah. Mak abang kata mual ni benda biasa je. Nanti lama-lama okaylah tu. Sayang jangan risau ye." Ujar Ikhwan.

"Sayang okay. Mual sikit je ni. Abang janganlah risau." Ujar Sarah. Realitinya, sudah lima kali dia ulang alik ke tandas pagi ini kerana muntah. Badannya kini terasa lemah. Namun dia terpaksa cuba gagahkan kerana tidak mahu suaminya pergi kerja dengan perasaan risau.

"Abang tahu isteri abang ni kuat. Ha ni! Sayang masak apa breakfast ni? Kejap lagi abang dah nak pergi kerja ni." Soal Ikhwan sambil matanya melirik ke arah jam tangannya.

"Abang tak sabar nak makan nasi goreng yang sayang selalu masak pagi-pagi." Tambah Ikhwan lagi. Perutnya mula berkeroncong tatkala dia membayangkan nasi goreng kegemarannya masuk ke dalam mulutnya.

Senyuman di bibir Sarah mati. Dia terlupa lagi menyiapkan sarapan untuk suaminya. Bukan lupa, tetapi disebabkan dia kerap ulang-alik ke tandas membuatkan dia tidak sempat untuk membuat sarapan untuk suaminya.

"Abang, sayang minta maaf. Sayang terlupa lagi siapkan breakfast untuk abang." Kata Sarah dengan nada perlahan.

"Oh yeke." Ikhwan tersenyum kelat.

"Takpelah. Abang pergi breakfast dengan kawan abang jela." Ujar Ikhwan dengan nada kecewa. Bukan sekali sahaja isterinya itu terlupa, sudah hampir tujuh kali permintaanya untuk makan nasi goreng sebelum berangkat ke tempat kerja tidak tercapai.

"Maafkan sayang ye abang. Sayang cuba masak awal pagi esok." Pujuk Sarah. Dia tahu pasti suaminya itu kecewa kerana tidak dapat menikmati nasi goreng kegemarannya itu.

"Takpelah. Abang pergi kerja dulu. Malam ni sayang makanlah dinner dulu. Tak payah tunggu abang. Abang dapat kerja part time. Bolehlah nak cari duit lebih sikit untuk beli barang anak nanti." Ujar Ikhwan dengan nada dingin.

"Habis tu sayang macam mana?" Soal Sarah.

"Macam mana apa?" Ikhwan mengerut dahi.

"Abang, sayangkan sekarang ambil OT dekat tempat kerja sampai pukul 7. Sayang nak balik naik apa kalau abang terus pergi kerja?" Soal Sarah.

"Ya Allah lupalah abang!" Ikhwan menepuk dahi.

"Macam mana ni? Aduh! Abang dah janji dengan kawan abang nak gerak naik motor berdua. Karang kalau nak ambik sayang hantar balik nanti dia complain pulak sebab lambat." Adu Ikhwan.

"Oh yeke." Sarah memandang wajah kerut Ikhwan.

"Tak apalah. Kalau macam tu sayang minta tolong kawan sayang hantar sayang baliklah. Kalau dia tak boleh nak hantar, sayang guna jela duit OT ni untuk bayar duit grab nanti." Ujar Sarah cuba menyedapkan hati Ikhwan.

"Betul ke ni?" Soal Ikhwan.

"Betul abang. Abang jangan risau. Abang pergi je kerja ye. Abang tak perlu risaukan sayang. Sayang okay." Sarah tersenyum. Ikhwan menarik nafas lega. Tidak perlulah dia bersusah payah memikir bagaimana isterinya mahu pulang ke rumah.

Next chapter