Selepas Putra mendapatkan rawatan,Encik Ikmal menghantarnya ke rumah dan memberitahu ibu dan ayahnya tentang apa yang dialami oleh Putra sewaktu dia dalam perjalanan pulang ke rumah.Encik Fadil dan puan Damia berterima kasih kepada encik Ikmal kerana menolong anak mereka itu.Selepas itu, Encik Ikmal dan Rykal pulang ke rumah. Semasa mereka tiba di rumah,Rykal melihat keadaan rumah yang agak sunyi. Dia juga melihat sebuah kereta proton yang terparking di hadapan rumah encik Ismail.Encik Ikmal membawa anaknya ke sebuah bilik yang belum pernah dimasuki oleh Rykal kerana terkunci.Apabila pintu bilik itu dibuka, Rykal melihat encik Ismail yang sedang duduk di atas meja.Encik Ismail menyuruh Rykal untuk masuk.
Rykal sangat terkejut melihat seorang lelaki yang sedang diikat menatap ke arah encik Ismail."s..siapa ni pakcik?". Tanya Rykal. Encik Ismail memberitahu bahawa lelaki itu sangat jahat dan dia perlu mendapatkan pelajaran.Rykal bingung dengan perkataan yang diucapkan oleh encik Ismail.Encik Ismail menyuruh Rykal untuk memukuli orang itu namun Rykal menolak. Encik Ismail memberitahu bahawa orang itu merupakan salah satu penyebab ibunya ingin berpisah dengan ayahnya.Mendengar hal itu Rykal rasa sangat marah tetapi dia mencuba untuk menahan amarahnya.Encik Ismail terus menghasut Rykal agar dia mahu memukuli lelaki itu.Encik Ismail melepaskan ikatan lelaki itu lalu dia dan encik Ikmal keluar dari bilik tersebut. Encik Ismail menutup pintu supaya mereka berdua tidak keluar dari bilik itu.
Beberapa minit kemudian,encik Ismail dan encik Ikmal memasuki bilik tersebut.Apabila mereka membuka pintu bilik itu, mereka melihat orang yang diikat itu telah mati akibat kehilangan banyak darah di bahagian kepala.Melihat hal itu, encik Ismail ketawa sambil menepuk tangannya.Encik Ismail merasa sungguh bahagia melihat pemandangan di hadapannya itu sementara encik Ikmal hanya termenung kerana tidak menyangka bahawa anaknya mampu membuat sedemikian.Encik Ismail menepuk bahu Rykal dan mengucapkan terima kasih kerana telah menghabisi perampas isterinya itu. Mendengar hal itu Rykal merasa hairan."Haa?apa maksud pakcik ni?". Tanya Rykal dengan raut wajah yang kebingungan.Encik Ismail memberitahu bahawa lelaki itu sebenarnya suami kepada bekas isterinya.Encik Ismail memberitahu bahawa dia telah menghabisi isterinya sendiri manakala suami barunya itu, encik Ismail menyiksanya dengan sangat kejam.
Seketika Rykal tersedar bahawa apa yang telah dia lakukan merupakan satu jenayah dan dia bakal menerima hukuman berat kerana membunuh.Rykal turut memarahi encik Ismail yang telah menipunya. Encik Ismail memegang kedua bahu Rykal dan berkata bahawa mereka harus menghabisi orang yang telah membuat hidup mereka hancur dan mereka juga tidak boleh terus berdiam diri membiarkan mereka dipijak pijak oleh orang lain.Rykal membangkang encik Ismail namun dengan kelicikannya, encik Ismail berjaya memujuk Rykal.Encik Ismail mengajak encik Ikmal dan Rykal berbincang untuk membalaskan dendam mereka pula terhadap encik Malek sekeluarga.Mereka akan memulakan rancangan mereka pada esok hari dimana Rykal bersekolah.
BERSAMBUNG.....