webnovel

2.1

"Daddy Tany fikir, Al mungkin diculik musuh² perniagaan dia. Baru² ini dia ada ikat kontrak kerjasama dengan sebuah syarikat gergasi Filipina. Syarikat di Filipina tu pesan banyak² mesin mekanikal dan mereka nak kurangkan tenaga buruh yang mereka ada"

"Ramai yang diberhentikan kerja dan lancarkan mogok di hadapan syarikat Filipina tu. Beberapa kontrak syarikat tempatan di sana juga dibatalkan. Mungkin ada yang marah dengan daddy kamu sampai sanggup nak culik Al'" begitu panjang berjela cerita Hana.

Litany terdiam. Matanya sempat menangkap sekilas senyuman di bibir Alwiz yang tiba-tiba bertaut. Matanya berkerut memandang lelaki itu.

Dia tidak faham, apa sebenarnya yang melucukan lelaki itu? Apa yang difikirkan oleh lelaki itu dan apa yang ingin dilakukan oleh lelaki itu sangat² lah tidak dapat dibaca.

Apabila Hana meminta diri ke bilik air, Litany segera mencerlang tajam ke wajah Alwiz. Hatinya benar-benar dangkal menghadapi Alwiz yang sangat-sangat menyebabkan hatinya.

"Daddy saya tak ada kat sini. So apa plan kau seterusnya?"

"He will returns soon. I will wait for him here with you," jawab Alwiz selamba.

"Apa urusan kau sebenarnya dengan daddy aku!? Kau ada kaitan dengan apa yang auntie aku tu cakap"

Alwiz tiba-tiba ketawa besar. Matanya mengecil saat tawanya menyulam. Litany jadi berang. Dirinya terasa dianiaya oleh lelaki itu.

"Soal urusan kerja ayah kau tu langsung tak ada kena mengena dengan aku. So stop think about it. ," ujar lelaki itu sambil menghabiskan sisa-sisa tawanya.

Litany terpegun mendengarnya. So kalau bukan kerana urusan kerja, urusan apa? Urusan dendam?

"Kau....kenapa berdendam dengan daddy"

Alwiz beralih menatap intens anak mata gadis di hadapannya itu. Senyum sinis jelas terlihat di sudut bibirnya.

"Kau fikir macam tu??"

Alwiz tertawa kecil.

"Kalau memang dendam bukan kah sudah lama dulu aku habisi kau waktu kita bertemu di Bhsyeba hmm. Think it carefully."

Litany terkesima. Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Jika bukan dendam jadi apa???

"Don't worry. Saya cuma nak nak ambil kembali apa yang sudah ayah kau ambil dari kami tak lama dulu. Jika ayah kau bersetuju nak kembali kan apa yang kami mahukan maka saya akan kembalikan Al dengan selamat" ujar Alwiz dengan wajah serius.

Litany sekali lagi terpegun. Kata-kata lelaki itu menambahkan lagi rasa hairannya. Apa sebenarnya yang diambil oleh daddy nya?

Namun persoalan itu hanya mampu tersimpan di dalam hati tanpa ada jawapannya. Mahu penjelasannya tetapi lelaki itu seakan-akan tidak berminat mahu dijelaskan oleh lelaki itu.

_______________________________________

"Ini rumah abang saya. Kami semua menetap sama-sama kat sini. Ada sembilan orang semuanya termasuk abang saya, Litany dan Al, saya dan anak saya Haziq juga pekerja kat rumah ni, mak cik Yam dan suaminya pak Hadi."

" Mak cik Yam tu tukang masak kat sini. Suaminya pula driver abang saya dan tukang kebun kat sini" jelas Hana ketika membawa Alwiz meninjau ninjau rumah agam ala istana di sebuah tanah persendirian di Hilemesdy.

"Nice home," komen Alwiz sambil tersenyum.

Alwiz melirik ke arah Litany yang sejak tadi berwajah masam. Gadis itu hanya membiarkan sahaja emak saudaranya menjadi tour guide. Menunjuk arah kawasan sekeliling rumah itu.

Hana menolak daun pintu sebuah bilik di hadapan mereka, lalu berpaling ke arah Alwiz.

"You can use this room. Tempat ni kamar tetamu. Sebelah ni bilik Litany. Yang dekat hujung tu bilik Pak Hadi dan mak cik Yam suami isteri. Kalau ada apa-apa hal, you can call me or call them," ujar Hana lalu mempersilakan lelaki itu masuk. Setelah itu Hana pun berlalu pergi untuk menyediakan minuman untuk tetamu mereka itu.

Wajah Litany di sebelah sudah menyampah habis. Lelaki di sebelah nya itu dijeling benci.

"I hate you so much! Kenapa lah kau muncul. Tak pasal-pasal bilik kau pun sebelah aku. Kalau macam tu tiap saat aku nampak muka kau tu. Eeih menyampah aku tahu tak!" Litany menyuarakan kekesalan di hatinya. Walaupun begitu suaranya cuba dikecilkan supaya tidak didengar oleh penghuni lain rumah itu.

Alwiz malah tersenyum mendengar kata-kata gadis itu. Dia mendekatkan bibirnya di telinga gadis itu lalu membisikkan sesuatu sebelum berlalu masuk ke dalam bilik di hadapannya. Tidak lupa juga meniup sensual telinga Litany.

Litany terkaku di tempatnya mendengar apa yang baru saja dibisikkan oleh lelaki itu. Marahnya tidak semena-mena semakin membara.

Kedua-dua tangan digenggam di sisi tubuh. Bibir diketap kuat cuba menahan diri dari mengeluarkan kata-kata makian. Benci nya dengan lelaki bernama Alwiz itu semakin menebal.

Dengan hati yang sedang marak dengan api amarah dia berlalu dengan cepat masuk ke dalam biliknya.

Tubuhnya dihempas di atas katil. Mengingat kembali apa yang baru dikatakan oleh Alwiz tadi membuat dia ingin saja membunuh orang.

"Tu bukan nama nya jodoh hmm. Kenapa pulak kau tak nak aku kat bilik ni? Nak aku satu bilik dengan kau hmm. Boleh je kalau aku. And janganlah benci aku sangat nanti tak memasal kau terfall in love pula dengan aku. Nanti kau masuk bilik jangan lupa kunci pintu eh. Nanti tak menyempat ayah kau pulang kita dah ada baby. Ya sayang"

Baby??!!!

"Bodoh ke apa dia tu. Siapa nak ada baby dengan jantan macam dia. Siap panggil aku sayang lagi. Aaaarrggg benci! Benci!!!"

"Kenapa juga tercipta makhluk macam dia kat dunia ni."

Sedangkan Alwiz yang berada di bilik sebelah hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata Litany. Lucu pun ya juga. Dia memang boleh dengar dengan jelas suara Litany di bilik sebelah itu. Dia dari kecil memang dikaruniakan kebolehan istimewa semacam itu. Dia bahkan boleh membaca fikiran orang lain dan memanipulasi fikiran seseorang.

Tapi ada seseorang yang jauh lebih hebat daripada dirinya. Dia gadis yang pernah bertakhta di hati nya suatu ketika dulu. Bahkan sampai saat ini wajah dan nama itu masih tersemat indah di hatinya.

Dia tidak dapat melupakan senyum yang terukir indah yang menghiasi harinya. Sulam tawa yang beralun indah bagaikan melodi santai baginya.

Siapa Alwiz sebenarnya..??

.

.

.

.

.

Next chapter