webnovel

Bab 4

KEBETULAN EMMA BERTEMU DENGAN AKIRA

Emma menanti bas setelah habis kuliah,dia menunggu sendiri di tempat biasa dia tunggu,tidak ramai pelajar yang naik bas,kerana kebanyakan miliki kenderaan sendiri atau di ambil oleh ahli keluarga mereka,pelajar seperti Emma pula ada yang menaiki bas,grab atau tumpang kawan.Emma lebih suka tidak menyusahkan orang lain walaupun kawan sendiri,dia tak nak belajar hidup bergantung dengan orang biarpun keluarga sendiri,apalagi keluarga yang tidak memahami perasaan Emma,sambil memerhatikan jam di tangan kirinya,Emma melihat telefonnya,agak lama lagi sebelum bas tiba,dia duduk ditempat menanti bas,lalu mengeluarkan senaskah buku untuk di baca.Emma tidak sedar kalau ada seseorang yang menghampirinya,dia masih terleka menbaca setiap kata dan ayat² yang menbuatnya seperti berada di dalam watak buku tersebut.Emma hanya menyedari setelah tercium bau wangian yang menusuk hidungnya,haruman yang mengoda perhatianya,Emma menoleh untuk melihat siapakah gerangan pemakai minyak wangi itu,matanya tertumpu kepada orang yang berdiri di sebelahnya dengan sekilas pandang,berdebar jantung Emma saat melihat Akira yang berdiri hampir dengannya.Emma terfikir apa yang dilakukan oleh Akira di sini?mungkin dia telah menemui adiknya,Emma tidak tahu apakah dia harus bertanya atau tidak,kerana dia tidak pernah pun berbual dengan Akira sebelum ini.Emma mengambil keputusan berdiam saja,lagipun bukan Akira berada dalam masalah,dia pun tidak bertanya apa²pada Emma,bukan Akira tidak pernah melihat Emma sebelum ini,kalau sekadar ingin bertanya apa salahnya,lalu Emma menyambung lagi menbaca buku yang di bacanya tadi,lagi sepuluh minit bas bakal tiba,dengan menbaca masa berlalu dengan cepat tampa sedar,kerana itu Emma sering menbawa buku pada waktu dia menunggu bas sendirian.Bas pun berhenti di hadapan tempat menanti bas tiba²,penumpang bas mula beratur untuk menaiki dan Emma juga melangkahkan kakinya ke dalam bas dan memerhati tempat duduk kegemarannya,di tempat yang agak belakang menghampiri tingkap.Emma melabuhkan punggungnya lembut,begitu juga dengan seseorang yang duduk di sebelahnya,Emma menberi senyuman manis kepada teman sebangku,dia teruja tempat duduk yang sering dia duduk masih kosong,hanya senyumannya menjadi sedikit kaku.

"hai...Emma menyapa kepadanya.

Tapi hanya di balas dengan anggukan,dalam hati Emma berkata "mengapa dia lagi."Emma sedikit tidak selesa dan berasa kekok nak bergerak sesuka hati,Emma takut terkena Akira.Dahlah ruang tempat duduk sekangkang kera,Akira pula tinggi dan berotot,terasa seperti kerbau dan kucing duduk bersebelahan,nak bernafas pun terasa seperti udara perlu di bayar.Emma seperti tunggul kayu dengan mata yang celik menanti sampai hingga ke destinasi,sedangkan Akira seperti komander yang yang sedang bertugas dan bersedia untuk bertarung bila² masa,tak batuk atau bersin,dia fokus memandang ke hadapan,ada juga penumpang lain sesekali memandang mereka berdua dan tertawa,mungkin ada yang fikir mereka berdua pasangan yang sedang bertengkar,nampak tak mesra biarpun duduk bersama,tapi sangat secocok.Emma terdengar penumpang depan dan belakang sedang bergosip tentang mereka berdua,bukan mereka berdua pekak,jelas sangat kedengaran.Tapi Emma berharap kalau Akira tidak faham semua itu,Emma terasa malu kalau Akira tahu mereka berdua dianggap sepasang kekasih.Emma hanya berharap moga dia cepat sampai tiba di kawasan rumahnya.

BAS BERHENTI

Emma pun telah sampai di tempat menunggu bas di kawasan rumahnya,sewaktu bas berhenti Akira pun bangun menberi laluan kepada Emma,Emma menunduk tanda terima kasih,seperti biasa Emma turun dari bas,tapi kali ini di sambut oleh Hopy dan Kent.Emma bertanya mengapa mereka berada di sini?Hopy menjawab menanti mereka berdua,Emma baru terfikir tentang Akira,baru dia nak menoleh kebelakang,wajahnya terkena pada dada Akira.Hopy dan Kent pun mula mengusik Emma dan Akira,tapi Emma menafikan,Emma baru tahu mengapa Akira mengikutinya,kerana Akira pergi mencari Hopy,Hopy dan Kent pula pergi ke rumah Emma untuk mengulangkaji bersama.Akira pula masih baru di sini dan masih tiada teman,jadi dia ingin bergaul dengan teman adiknya dulu,Akira ada beberapa kali bertanya soal Emma kepada Hopy,Hopy dapat merasakan abangnya itu suka kepada Emma,jadi Hopy mengunakan alasan mengulangkaji di rumah Emma,Hopy sengaja nak menberi peluang kepada abangnya mengenali Emma lebih rapat lagi,walaupun tempat Emma tidak besar tapi cukup mereka semua berkumpul beramai².Akira kelihatan tenang saja bila semua rakan adiknya sebilik,walaupun bilik kecil,tapi masih lagi memiliki ruang tamu,dapur dan balkoni kecil untuk menjemur pakaian.Emma pula seperti orang gaji yang perlu menlayan semua orang,dia sibuk menyediakan makan dan minum untuk mereka semua,kebetulan dia saja berkerja di antara mereka,dia tidak kisah sekali sekala makan bersama,kali ini Akira turut serta menbuat Emma lebih serius sikit,selepas makan mereka mula berkaraoke hingga pukul sepuluh malam,Emma tidak mahu seperti dulu,sebelum ini dia diberi amaran kerana rakannya terlalu bising,Emma menyuruh mereka pulang dengan alasan esok ada kelas lagi.Walaupun rakan Emma agak menolak,tapi Emma berjanji hari sabtu dia akan belanja mereka berkaraoke di tempat karaoke.Akira mengajak adiknya balik ke rumah,yang lain juga sudah balik.Emma melambai gembira dan kepenatan,sebab seharian dia bergerak,tubuhnya dah letih sangat,dia pergi mandi secepat mungkin dan bersiap segera untuk tidur,baru Emma perasan bau Akira masih lagi berada di tempat tidurnya,tadi dia ternampak Akira bersandar ditepi katilnya,Emma pun mencari bau tersebut,memang betul bau Akira masih ada,Emma tersenyum dan berfikir mengapa dia rasa yang Akira sangat comel,tetiba Emma tersedar dari lamunan,mana mungkin Akira comel,Akira masih nampak dingin walaupun dia tersenyum.Emma tak mahu berfikir lagi,dia tertidur hingga ke pagi,bunyi jam locengnya berbunyi dengan kuat sangat.Emma terbangun dan terus ke bilik mandi,setelah siap segala apa yang dia lakukan,Emma segera berlari menanti bas untuk ke universiti.Emma menguap hingga airmata terkeluar,dia mengosok matanya,seperti bayi yang sedang mengantuk,Emma menepuk-nepuk pipinya agar tetap segar,Deren menyergah Emma secara tiba²,hampir jatuh jantung Emma terperanjat.Emma memukul bahu Deren dan memarahi Deren,Deren ketawa.Deren berkata yang dia melihat Emma seperti monyet sedang mengantuk,sebab itu dia menyergahnya,mereka ketawa berasa lucu,Emma memang seorang yang ceria,dia tidak marah sangat dengan kawannya,kerana merekalah Emma tidak rasa kesunyian.

WAKTU REHAT

Hopy menjadi perhatian kerana abangnya Akira,waktu rehat sekarang banyak budak perempuan akan makan bersamanya hanya sekadar nak mendengar cerita tentang Akira,ada yang bertanya kalau Akira sudah menpunyai teman wanita,Hopy berkata yang Akira mungkin menyukai seseorang,tapi dia pun tidak pasti sangat,sebab abangnya kurang menluahkan perasaan,mendengar kata Hopy semua merasa hampa,Emma juga bertanya² dalam hatinya siapakah gadis bertuah yang Akira suka,pasti gadis itu sangat cantik.Emma sedikit berasa hampa,tapi dia pun tidak tahu kenapa dia rasa hampa,mungkin dia suka Akira.Tapi Emma sekali lagi menafikan perasaannya itu.Emma menpunyai cita²,dia ingin menjadi seorang gadis yang hebat dan menpunyai karier.Emma ingin menbuktikan kepada orang yang menghinanya dulu,orang yang dia anggap musuh.

Next chapter