webnovel

CHAPTER 21

" sebenarnya Harry-sama ingin mengambil semula anak-anaknya " kata Larry yang membaca isi surat tersebut.

" huh? ambil? biar betul ni...." kata Suhita yang terkejut tetapi merasakan ia sepertinya mendadak.

" hai.... bukan itu sahaja Harry-sama meminta anak-anaknya belajar untuk menjadi seorang bangsawan tapi manalah saya tahu soal itu semua..." keluh Larry sambil mengaruk kepalanya bukan kerana gatal tetapi binggung.

" mustahil untuk melakukan semua itu dengan mudah ditambahkan lagi dalam masa yang terdekat ini sedangkan seorang anak bangsawan memulaikan latihan mereka pada usia 9 tahun sedangkan Jeremy dan Jenily baru berusia 7 tahun.." kata Suhita dengan nada sedikit geram

" walau marah pun janganlah marah dekat aku.... bukan salah aku masalahnya" kata Larry yang merasakan kemarahan Suhita.

" saya bukannya marah tapi cuma geram sebab Harry-sama sepertinya tidak memikirkan secara teliti tambahan lagi jika perkara ini di dengar oleh perempuan gila( Yang Mulia Ratu) tu memang dalam bahayalah kedua nyawa Jeremy dan Jenily" kata Suhita sambil menghirup tehnya dalam keadaan yang emosi sekali.

" dalam surat tu katakan Harry-sama akan mengambil mereka berdua dalam waktu 6 bulan akan datang dimana mereka berdua telah belajar menjadi seorang bangsawan yang berkemungkinan tujuan Harry-sama untuk menunjukkan kepada para bangsawan yang menentangnya bahawa ia mempunyai pewaris yang layak" jelas Larry sambil memakan biskut yang dihidangkan.

Suhita mengambil surat itu lalu ia membacanya secara teliti.

" tapi masalahnya bagaimana nak ajar Jeremy dan Jenily soal kehidupan bangsawan? kau tahu? Shene tahu? aku lagilah tak tahu memandangkan kita tak lahir dari keluarga bangsawan" kata Suhita yang menyatakan bahawanya mereka tak mampu untuk menjadi pengajar kepada Jeremy dan Jenily.

" kau ada sesiapa yang kau kenal yang merupakan seorang bangsawan atau kenalan yang boleh mengajar mereka berdua tu?" soal Larry kepada Suhita sambil mengerakkan tanganya seperti menginkan jawapan.

" kau fikir aku ni apa? pegawai kerajaan ? ahli perniagaan terkemuka?" soal Suhita yang menunjukkan muka yang malas.

"manalah tau kau ada - " perkataan Larry di potong oleh Suhita yang secara tiba-tiba berteriak.

" hah! head maid" jerit Suhita sambil menundingkan jari telunjuknya kearah Larry.

" huh? head maid?" soal Larry yang keliru

" iya, head maid keluarga Lavender yang tinggal berdekatan dengan sempadan... hmmm siapa ya namanya..." Suhita cuba untuk mengingati nama maid tersebut.

" kamu maksudkan Lily?" jawab Larry yang mengangkat kening sebelahnya

" ahh ya itu" Suhita yang baru mengingati nama maid tersebut

" apa kaitannya pu-" perkataan Larry dipotong oleh Suhita lagi

" head maid keluarga Lavender merupakan dari keluarga bangsawan kelas menengah atau kelas bawahan. sudah pasti mereka mengetahui kehidupan para bangsawan tambahan lagi ia juga memudahkan kita untuk menjaga keselamatan Jeremy dan Jenily" jelas Suhita sambil memakan muffin yang dihidangkan.

" ada betulnya juga, memandangkan Lily merupakan penjaga mereka berdua semasa masih bayi sehingga mereka berumur 3 tahun dan berpindah berdekatan dengan sempadan untuk memudahkan sebarang berita diketahui tapi-" kata Larry tetapi ia sepertinya tidak yakin untuk meminta bantuan dari head maid tersebut.

" tapi kenapa pula ni?" soal Suhita dengan wajah yang malas

" saya tak tahu dimana ia tinggal walau ia tinggal berdekatan dengan sempadan tetapi lokasi dan kawasan yang dia tinggal tidak pernah saya tahu kerana setiap kali kami berjumpa hanya di tempat tempat tertentu untuk mengelakkan sebarang masalah" jelas Larry

" huh? biar betul jadi maksudnya hanya dia sahaja yang tahu dimana dia tinggal?" soal Suhita

" sebenarnya semasa kami sampai disini kami tinggal disuatu tempat yang berada di selatan Kerajaan ini dimana kami bertiga bersama-sama menjaga Jeremy dan Jenily. selepas mereka berdua mencapai umur 3 tahun, kami bertiga terpaksa berpisah dan berpindah tempat untuk mengelakkan para tentera tidak mengesan kami. Lily menuju kearah sempadan untuk memudahkan maklumat di dapatkan manakala saya dan Shene membawa mereka berdua ke sini iaitu kearah utara. sudah pasti saya masih berkomunikasi dengan head maid Lily setiap bulan tetapi lokasi kami tidak kami beritahu untuk mengelakkan jika sebarang pencubaan pencarian kami susah" jelas Larry dengan begitu detail.

kelihatannya muka Suhita sepertinya binggung ditambah dengan pening kerana menerima begitu banyak informasi secara berterusan.

Next chapter