"Kappa....itu adalah kappa" jerit Peter terkejut.
2 sosok binatang buas kappa muncul dari kedalaman kabus meluncur terus ke arah Peter. Kappa berada pada ranah mortal, bertubuh hijau gelap dan mempunyai sabit pada lengannya. Peter mampu melawan satu binatang buas kappa, tapi 2 mungkin akan menyulitkan baginya. Tapi itu tidak mustahil.
"Ini menjadi peluangku untuk melatih dan meningkatkan teknik asura chain of death ku ke tahap 4." kata Peter. Tangannya menyala api hitam. Dia melambaikan tangannya dan 3 lubang tata ruang terbentuk di atas udara. Rantai besar hitam meluncur terus ke 2 binatang buas kappa. Kappa itu berhenti dan mencuba mengelak rantai besar itu. Walaupun salah satu berjaya mengelak , satu lagi binatang buas kappa terpaksa menahan chain of death itu dan menyebabkan satu lengannya putus.
"HUARGHHH.." Kappa itu berteriak marah dan mengangkat lengannya , terus cuba menyerang Peter lagi. Kelajuan kappa meningkat. Peter yang melihat perubahan kelajuan kappa itu membuka 3 lagi lubang tata ruang di udara, 3 chain of death meluncur ke arahnya dan membentuk lingkaran untuk menghalangi serangan kappa itu.
Setelah 30 minit, kedua binatang buas kappa itu akhirnya tergeletak ke tanah , tanpa nyawa. Walaupun Peter berjaya mengalahkan kedua kappa itu, dia juga tercedera ringan .
"Sungguh binatang ranah mortal, aku terpaksa berusaha untuk mengalahkannya" kata Peter sambil mula duduk dan mengatur semula pernafasannya. Setelah beberapa detik, matanya mula melihat ke tengah kolam hijau itu. Kabus di tengah kolam itu tiba-tiba hilang dan terlihat satu peti besar terdampar di atas sebuah batu.
Setelah Peter mengambil inti binatang buas kappa itu, dia mula bergerak mendekati tepi kolam. Tiba-tiba beberapa buah batu muncul dari permulaan air kolam itu. Peter melompat ke atas batu itu dan bergerak ke arah tengah kolam.
Beberapa detik kemudian dia berdiri didepan peti besar itu. "Apakah yang ada di dalam peti mati ini?" fikir Peter. Dia mencuba untuk mengangkat penutup peti itu. Peter terpaksa mengerah seluruh tenaganya untuk mengangkat penutup peti besar yang berat itu.
"BAMMM..."
Penutup peti mati besar itu terbuka. Habuk berterbangan keluar dari peti mati. Setelah habuk itu beransur hilang, Peter melihat ke dalam peti besar itu.
"Hurmmm...." Peter mendesus. Tidak ada harta atau mayat. Hanya terlihat tangga menuju ke dalam sebuah makam. "Apakah ini makam bekas pewaris dulu kiub alam kunu? atau pencipta kiub alam kuno ini?" soalan-soalan muncul di fikiran Peter. Dia kemudian melangkah berhati-hati masuk ke dalam peti besar . Di dalam terdapat ruangan sebuah bilik dan ditengah terdapat sebuah keranda keemasan. Peter melangkah menuju keranda emas itu.
Tiba-tiba asap putih muncul dari dalam keranda dan perlahan membentuk sosok pemuda tegap, lengkap dengan pakaian berperisai seperti pahlawan kuno.
"Kamu adalah perwaris baru kiub alam semesta kuno. Aku tidak tahu bagaimana kamu mendapatkan harta berharga seperti itu. Tapi aku tidak melihat apa-apa yang istimewa darimu. Ranah kultivasimu juga hanya rata-rata. Apakah perwaris sebelummu buta untuk memberikan harta bernilai ini kepada seseorang yang tidak berbakat" kata pemuda itu terlihat ego dan kesal.
"Apakah kamu tahu apa yang wujud disebalik kiub alam semesta kuno dan sejarahnya? Adakah pemilik sebelum ini ada mengatakan apa-apa padamu?" tanya pemuda itu sambil duduk bersila di atas keranda emas itu.
Peter yang tertegun dengan kata-kata pemuda itu segera menjawab " Senior ..aku bernama Peter. Aku medapatkan kiub ini dari guruku dan dia hanya mengatakan bahawa kiub alam semesta kuno ini akan megubah hidupku di masa akan datang. Aku memohon agar senior mejelaskan kepadaku kegunaan dan sejarah kiub alam semesta kuno ini agar aku dapat menetapkan hala tuju ku di masa hadapan". Peter berkata sungguh-sungguh sambil menatap dalam ke mata pemuda itu.
"Bagus. Aku mengenal gurumu tapi dia tidak pernah ditakdirkan untuk bertemu denganku. Dia hanya meneroka di satu bahagian dari alam kuno ini. Alam kuno ini mempunyai 5 bahagian dan setiap bahagian mempunyai seorang penjaga, penguasa alam kuno ini telah menetapkan jika ada perwaris yang ditakdirkan berjumpa dengan penjaga di bahagian pertama ,dia akan ditakdirkan untuk menjadi penguasa di satu masa akan datang, penguasa kepada semua benua kuno dan penyelamat kepada benua manusia . Itu jika dia tidak terbunuh dalam perjalanannya menjadi penguasa semua benua."
"Aku adalah penjaga kepada bahagian pertama dalam alam kuno ini. Dan bertemu denganku akan menjadi langkah pertama untukmu menjadi seorang penguasa antara benua di masa depan. Kamu akan lebih memahami demensi alam kuno ini apabila kamu memasuki lebih dalam ke bahagian-bahagian lain"
"Senior..guruku ada mengatakan bahawa alam kuno ini adalah portal teleport ke 4 benua kuno tapi dia tidak menjelaskan bagaimana untuk mencari portal teleport itu." kata Peter.
"Portal teleport ke benua kuno? hahaha sememangnya ada anak kecil tapi perjalananmu terlalu jauh untuk menyentuh tempat itu. Kamu harus mengumpul 5 kunci dari 5 bahagian alam kuno untuk membuka portal teleport itu. Dan ianya tidak semudah itu, untuk memasuki bahagian kedua kamu harus mencapai divine sea realm dan harus mempunyai 1 kunci dari penjaga bahagian pertama" kata penjaga bahagian pertama itu. Dia kemudian mengeluarkan 2 benda, satu adalah obsidian stone dan satu berbentuk taring binatang kuno.
"Taring binatang kuno ini adalah kunci dari penjaga bahagian pertama dan obsidian stone ini tersimpan peta bagi seluruh bahagian pertama. Bahagian pertama sangat luas dan mempunyai banyak tempat-tempat yang mengerikan. Kamu akan mengerti apabila melihat peta itu nanti."
"Senior..aku ingat meminta penjelasan mengenai kata-kata senior tadi bahawa pewaris kiub alam semesta kuno akan menjadi penguasa anatara benua dan penyelamat kepada ras manusia. Apa maksud senior? apakah ras manusia dalam bahaya?" pertanyaan Peter membuatkan penjaga bahagian pertama tersenyum.
"Aku akan memberitahumu sedikit mengenai itu anak kecil. Beberapa juta tahun dahulu, penguasa kiub alam semesta kuno telah berada dipuncak semua benua. Dia telah mencipta array pemisah yang sangat kuat bagi memisahkan 4 benua kuno sekarang dengan benua yang dihuni ras manusia sekarang ini. Para penghuni benua kuno telah berusaha untuk memecahkan array pelindung itu. Dan jika itu berhasil maka ras manusia akan pupus. Ranah kultivasi ras manusia sangat rendah, bahkan jika satu dari ras kuno memasuki benua yang dihuni manusia, benua ras manusia akan hancur."
"Berjuta tahun dahulu, ras manusia hampir pupus kerana ditindas oleh 4 benua kuno. Kerana itu penguasa telah mengasingkan ras manusia dengan membuat array pelindung yang memisahkan benua kuno dan benua manusia. Penguasa tidak sempat untuk memajukan ras manusia, dia menghilang setelah berjaya membuat array itu."
"Dengan itu, kamu akan menjadi harapan bagi ras manusia dimasa akan datang. Aku tidak tahu berapa lama array pelindung itu dapat bertahan tapi ianya telah melindung benua manusia selama jutaan tahun tanpa disedari oleh ras manusia" jelas penjaga bahagian pertama.
"Senior... mengapa penguasa dahulu melindungi ras manusia?" tanya Peter .
"Kerana penguasa adalah dari ras manusia".