webnovel

Apakah Kamu Sanggup Mengambil Risiko

Semuanya gelap...

"Apakah aku sudah mati?"

"Betapa menyedihkan aku mati tanpa seorang pun tahu kematianku"

Fikiran-fikiran ini terus menerjang benak fikiran Peter. Sosok beruang Clazomenae itu masih jelas dalam fikiran Peter. Kekuatan yang terlalu menakutkan untuk pemuda sepertinya yang mempunyai kultivasi yang cacat.

"Apakah aku sudah mati? Kenapa fikiran- fikiran ini masih menghantui ku?"

Tiba-tiba dia merasakan kedinginan, dingin seperti angin yang lembut beralun melewati kulitnya. Dia dapat menghidu bau kabus pergunungan, bunyi kumbang malam, dan sesekali bunyi binatang buas di pergunungan.

"Nak..kamu mahu tidur sampai bila? Aku sudah menantimu 5 jam..tidurmu enak sekali..dengkurmu lebih kuat dari bunyi binatang buas"

Tiba-tiba suara jelas memasuki kuping telinganya. Dia terkejut dan berusaha membuka mata.

Matanya terbuka dan perkara pertamanya yang dilihatnya adalah sosok kelabu , berbaju putih, berambut putih dan tubuhnya kabur. "Apakah ini surga?! Tapi kenapa orang tua ? bukankah sepatutnya bidadari yang menghuni surga?", fikiran Peter terus berkecamuk sambil memandang sosok tua itu.

"Apakah mukaku terlalu buruk sampai matamu tertonjol melihatku?" tanya sosok tua itu. "Apakah aku sudah mati?".Pertanyaan pertama yang tersembul di mulut Peter membuatkan sosok tua itu tersenyum. Secara logiknya serangan beruang itu sudah pasti membunuh Peter, mungkin itu yang difikiran oleh Peter. Serangan itu pasti akan membunuhnya.

"Nak..kamu belum ditakdirkan untuk mati. Nyawamu masih panjang lagi". Sosok tua itu berkata sambil mengelus-gelus janggut panjangnya. Peter yang kehairanan mula melihat sekeliling, kawasan yang dikenali tetapi mustahil untuk dia jejaki. "Ini puncak gunung Petir Ungu.." Terkejut dan sedikit panik, dia mula memandang sosok tua itu kembali.

"Maafkan aku senior. Apakah senior telah menyelamatkan ku dari serangan beruang Clazomenae itu?" tanya Peter. Sosok tua itu hanya tersenyum . Dia tidak menjawab tapi senyuman itu mengiakan, lagipun tidak ada orang lain disekitar dan Peter masih hidup. " Maafkan aku senior..Bolehkan aku tahu nama senior? Aku akan mengingat nama senior sampai aku mati" kata Peter penuh hormat.

"Mengingat namaku sampai mati? hahaha itu sudah pasti.. Namaku Yoda" Jawab pendek sosok tua itu. "Terima kasih senior Yoda kerana telah menyelamatkan ku. Aku tidak mungkin mampu membalas jasa baik Senior" kata Peter sambil memandang Yoda penuh rasa hormat.

"Membalas jasa baikku? haha kamu boleh membalasnya tapi itu terpulang kepada keputusan mu". "Aku pasti akan membalas jika aku mampu. Sila katakan senior apa yang perlu aku lakukan untuk membalas jasa baik senior" kata Peter dengan tatapan penuh harap. Peter seorang yang tidak suka menanggung jasa baik orang lain, jika ada kesempatan dia pasti akan membalasnya.

"Jadi muridku..."

Kalimat kata-kata Yoda ringkas membuatkan mata Peter hampir tersembul keluar. Dia tidak menyangka kata-kata itu akan keluar dari seorang senior yang bahkan dia tidak tahu ranah kultivasinya. Tapi dia mampu membawa Peter ke puncak gunung Petir Ungu, pasti dia bukanlah kultivator yang rata-rata. Bahkan penatua Morris juga pernah mengatakan bahawa binatang buas di puncak gunung Petir Ungu sangat mengerikan. Kawasan puncak gunung mungkin dihuni binatang buas di ranah mortal atau mungkin juga diranah ancestral. Binatang buas ranah ancestral sangat menakutkan bagi kultivator di bawah ranah Divine Sea.

"Apa maksud senior? Murid? " Peter kebingunan dengan kata-kata Yoda. Peter sedar dia tidak mungkin akan menjadi murid bagi sosok tua senior itu walaupun dia mahu. Ini kerana cederanya tidak mungkin akan membolehkan dia untuk terus berkultivasi.

"Iya.." Jawab Yoda ringkas.

"Tapi senior.....walaupun aku mahu tapi tidak mungkin dengan cederaku ini. Meridianku cedera setahun yang lalu dan ..." Peter berhenti berbicara. Hatinya sakit mengingat hal itu.

"Kamu hanya perlu menjawab mahu atau tidak. Tidak perlu mengatakan mengenai hal cederamu. Ianya cuma hal sepele". "Hal sepele?erkkkk..." peter terkejut dan memandang tajam Yoda. "Adakah senior mampu menyembuhkan cedera ku?" muka Peter bersinar kegembiraan. Senyumannya terukir di hujung bibirnya. Yoda memandang Peter dan sedikit mengangguk.

"Kalau senior mampu menyembuhkan lukaku, aku akan menjadi murid senior" tegas Peter. Dia sedar walaupun cederanya sembuh dan mampu berkultivasi lagi, dia tidak mungkin akan kembali ke klan Petir Ungu lagi.

"hmmm..apakah kamu sanggup mengambil risiko ? Menjadi muridku akan mengubah hidupmu, mengubah segala jalan kultivasi mu, hidupmu akan berubah dari segala sudut. Mahukah kamu mengambil risiko itu?". Kata- kata Yoda membuatkan Peter bingung. Dia tahu menjadi seorang kultivator sememangnya penuh dengan bahaya, dan risiko untuk mati dalam perjalanan kultivasinya sentiasa ada.

"Apa maksud senior dengan risiko? hidup berubah 360 darjah? Apakah aku perlu membunuh seseorang atau malah klan?" . Yoda tersenyum. Hatinya tergelitik dengan pemuda di depannya ini, terlalu polos.

"Aku tidak perlu untuk kamu membunuh seseorang ataupun klan. Itu semua tidak perlu. Menjadi muridku, kamu perlu menjadi kultivator yang misteri, bersembunyi dari semua orang, sehingga ranah kultivasimu cukup tinggi dan kamu mampu menjaga dirimu sendiri". Kata-kata Yoda sedikit membingungkan Peter. Mengapa perlu bersembunyi dan misteri. Kebanyakan kultivator akan bangga dan egois dengan kultivasi yang mereka miliki, peningkatan kultivasi akan menjadi kegembiraan yang perlu diraikan.

"Menjadi muridku akan menyebabkan kamu diburu oleh sebuah klan atau kerajaan besar. Mereka tidak akan tahu kamu sekarang, jadi menyembunyikan diri dan kultivasimu adalah penting sehingga kamu mempunyai kekuatan yang cukup" jelas Yoda.

"Apakah kamu sanggup mengambil risiko ini dan menjadi muridku?" tanya Yoda lagi.

"Aku sanggup senior. Hidupku hanya sampah sekarang , cederaku membuatkan aku cacat. Menjadi murid senior adalah jalan terakhirku untuk menjadi kultivator semula". Mata Peter bersinar, kegembiraannya menjulang ke langit. Mungkin penderitaan yang dia tanggung selama setahun akan berakhir.

Yoda tertawa dan berkata " Aku mungkin pernah berada di puncak dan berakhir dengan kegagalan tapi aku harap kamu akan kekal di puncak untuk menguasai segala alam semesta".

Next chapter