webnovel

Chapter 16

Di suatu tempat yang tersembunyi, seseorang mula mengintip gerak-geri Bendahara Kim mengekorinya dari istana ke kawasan tersebut,

"Tuan, kami dah periksa semua laluan,"

"Tapi kami tak menjumpai markas rahsia tu"

"Cari sampai dapat!" itu lah arahan yang didengarkan olehnya, mengintip Bendahara Kim sendiri agak berisiko di malam hari,

'apa dia buat kat kawasan larangan ni? hmm mencurigakan' hilang umpama kabus malam, haruman hutan buluh masih tersisa di bajunya,

Baju hitam itu ditukarkan dan disorokkan di bawah katil, mask lace nya di buka dan mula dibakar perlahan, hat di letakkan di tepi meja seperti sedia kala,

'Orang tua tu rancang sesuatu yang berbeza, tak sama macam yang dia cakap di hadapan aku tempoh hari,'

Pintunya diketuk perlahan, pengawal pribadinya mula masuk menunduk hormat,

"Tuanku, Kami dah dapat kesan kehadiran Tuanku Puteri"

"Baik lah, kita pergi sekarang"

Hwanwoong sudah mempersiapkan diri menggunakan bajunya dan keluar bersama kipas di tangan menuju ke laluan belakang istana,

Bulan purnama yang indah itu, dipandang dengan penuh rasa gusar, Min tahu keputusannya tak disokong oleh Night raven, namun Min terpaksa lakukan jua demi keselamatan mereka semua, Min tak mahu melihat Kim Clan mahupun Yeo Clan menyentuh orang-orangnya, persahabatan itu sama penting dengan keluarga,

Walaupun Yeo clan sebenarnya sudah ada kerajaan sendiri setelah rata-rata clan mereka berpindah ke negara seberang, namun sepertinya Yeo Clan sudah memang berpakat dengan Kim Clan dari awal, namun hubungan rapat diantara kedua-dua bendahara itu kelihatan sungguh mencurigakan,

Min berjalan dengan pandangan kosong, angin yang lembut menyapa wajahnya, dirinya melangkah dengan perlahan, dirinya sepertinya sudah menyangkan apa yang akan terjadi setelah kembali ke istana,

Dari jauh kelihatan beberapa dayang istana menjemputnya bersama beberapa pengawal Istana, Hwanwoong turut datang bersama pengawal perbadinya, senyuman kelat hanya diberikan,

"Gongju-mama..." ketua dayang Kim menghampirinya,

"Arra..." Min hanya berjalan perlahan melimpasi mereka, wajah Hwanwoong di pandang sekilas sebelum menunduk hormat.

"Greating you, Your Highness,"

"Ahh, jadi kau dah fikir masak-masak dengan apa yang aku cadangkan, seperti yang aku duga kau betul-betul sayang kan 'dia',"

"baik lah... kalau kau ikut cakap aku, aku tak akan sesekali sentuh dia, lagipun aku masih anggap dia sebagai kawan aku, " Hwanwoong pergi meninggalkan Min yang masih menundukkan wajahnya, Min mengetap bibirnya menahan geram namun apa kan daya hanya mampu bersabar sahaja,

Min melihat langkah Hwanwoong yang jauh meninggalkannya mereka di situ, Rena pun menghampirinya dan berbisik,

"Min-ahh"

"Aipp" Min memberi isyarat untuk Rena menundukkan wajahnya,

"Kita masih di dalam kawasan istana, jaga sikit percakapan kamu" Min berlalu pergi dengan langkah yang berat ke Daily Palace,

Min tak terniat pun nak buat macam tu dengan Rena, jika betul lah ada pengintip di kawasan istana, sudah tentu segala tingkah lakunya akan diperhatikan, termasuklah kawan-kawannya. Min tak mahu terjadi sesuatu kepada rakan-rakannya, jadi dia terpaksa berlakon walaupun dirinya rasa bersalah,

Night Raven sudah pun keluar dari istana atas arahan Hwanwoong, sebab tu mereka berada di kem latihan mereka yang baru.

Min sememangnya dah menyangkakan bahawa mereka akan sedaya upaya singkirkan Night raven dan jauhkan diri puteri itu dari pengawalnya itu, Kenapa? sebab hal itu akan memudahkan kerja mereka untuk kahwinkan puteri itu dan gulingkan dia pada hari yang sama.

Sepertinya majlis perkahwinan nya dan Hwanwoong semakin tiba, Night raven sentiasa curi-curi masuk ke dalam kawasan Daisy palace, pekara tersebut membuat Min menghalang rancangan mereka, namun seperti dijangka kan mereka tetap berdegil, walau bagaimana pun hari-hari Min dipenuhi dengan memori yang terisi bersama teman-temannya,

Berbalik ke rancangan Night Raven....

"Tak hingin aku nak menyamar jadi yeoja!" Seoho berpeluk tubuh dan menjeling Youngjo.

"Lah, kau kan yang nak sangat tolong dia? dah tu? tak kan aku pula menyamar?" ujar Youngjo pula,

"Hah elok lah kalau kau yang menyamar, then aku boleh lah ceritakan dekat Min kisah memalukan kau tu.." Seoho dan Youngjo saling berbalas pandangan, sudah seperti si ular dan si helang sudah,

"Dah-dah, haish korang ni, ni idea je pun, tak yah lah gaduh-gaduh, kita boleh fikirkan rancangan lain," Leedo meredakan keadaan.

"Aku ada je idea, tapi kita akan ada masalah, kawasan istana mula dijaga ketat oleh pengawal , jadi agak susah kita nak keluar masuk walaupun dalam penyamaran, kita tak ada token istana"

Youngjo menepuk dahinya perlahan setelah mendengar apa yang Keonhee katakan lalu bersandar kembali di dinding.

"Betul juga, aku betul-betul lupa pasal tu, so macam mana lah?" masing-masing mengeluh, fikiran buntu hanya ada bunyi angin yang bertiup perlahan,

"Korang masih nak teruskan rancangan korang?" akhirnya Xion bersuara setelah sekian lama dia menjadi pemerhati dan pendengar setia, mereka semua mengangguk perlahan,

"para penghibur dari Moon Palace sudah secara rasmi jadi penghibur istana semula disebabkan arahan yang diberikan oleh nui, jadi 2 hari sebelum majlis perkahwinan tersebut akan ada majlis menyambut tetamu, jadi kita akan masuk ke istana bersama para penari dan penghibur tu" terang Xion, mereka hanya mengangguk walaupun masih rasa agak mustahil.

"Sama je, identiti kita akan di terbongkar juga,"Youngjo masih ragu-ragu dengan rancangan tersebut,

"Tak lah kita akan gunakan barang-barang yang Nui bagi, kan dia ada hantar peralatan dia?"

"ahh kulit-kulit palsu tu?" Xion mengangguk perlahan.

"Dah, tak ada yang terkecuali, semua pakai costume penari tu , dan rambut palsu juga" Xion menunjukkan peti di penjuru bilik yang sudah memang dihantar khas oleh Min ke situ.

"Tapi, kau yakin ke, majlis tu 2 hari sebelum majlis perkahwinan tu? bukan persembahan semasa majlis perkhawinan?" tanya Keonhee, dia ingin kan kepastian, kalau mereka bawa Min lari terlalu awal, akan dikira diri mereka sebagai pelarian, kalau lari sebelum majlis bermula, akan dikira Min larikan diri, dua-dua rancangan larikan Min agak berisiko,

Xion hanya mengangguk perlahan, menurut apa yang Harin katakan majlis menyambut tetamu akan diadakan 2 hari sebelum majlis perkahwinan diraja itu, namun dia pun masih ragu, setakat ni pihak istana belum buat apa-apa tindakan,

"Hyung, hyung tadi cakap dengan siapa?" Youngjo mengelabah seketika,

"Hwanwoong,"

"Dia nak apa lagi" Leedo malas nak mendengar nama Hwanwoong ketika itu,

"Korang, Hwanwoong ada sebab kenapa buat macam tu, tapi aku tak pasti apa rancangan dia yang sebenarnya," ujar Youngjo

"Tapi, still kita tak boleh percaya kan dia, lagipun dia dh berpaling tadah juga"

"Aku percaya kan Min, dia cakap hwanwoong ada sebab kenapa dia buat macam tu, tapi aku tak boleh jamin keselamatan Min" katanya lagi,

"Tak pe, kita teruskan rancangan kita, tapi jangan ketara sangat apabila kita di istana, aku takut, apabila Kim Clan mula bertindak tanpa kita perasan, kita semua pula dalam keadaan yang tak bersedia" semua mengangguk tanda faham

'hwanwoong, apa sebenarnya rancangan kau'

Beberapa hari telah berlalu, pejam celik pejam celik dah nak seminggu dah Min terkurung di dalam Daisy Palace, dia tidak dibenarkan keluar dari Daisy Palace,Hwanwoong melawatnya setiap beberapa jam membuat Min merasa sangat rimas dan meluat dengan sikap Hwanwoong apatah lagi melihat wajahnya,

'Si ketot ni tak ada kerja lain ke, setiap jam nak menjenguk aku je..'

'haish aku rasa nak tumbuk-tumbuk je muka dia, eee meluatnya aku, haish'

'ni mesti kes dorang tu selalu muncul dalam bilik aku, risau di buatnya,'

'dah lah muncul tak bertempat, kadang-kadang boleh pula muncul dalam almari aku? kadang-kadang di bawah katil..ya ampun..'

Ketika itu Min dah tak boleh membezakan suara manusia bercakap dengan ayam bertelur, Hwanwoong menceritakan segala apa yang dirinya alami kepada Min, dari dirinya bangun tidur, keluar dari bilik ke bilik air, dan dihidangkan sarapan ala-ala western, perjalanannya ke Crown Hall dan mengatakan bahawa dirinya rasa seperti di layan dengan baik oleh para dayang istana yang cantik molek itu,

Min yang mendengarkannya rasa ingin menangis, bukan disebabkan sedih, disebabkan dia dah tak tahan mendengarkan hujah yang tak penting itu, namun hanya mampu menahan telinganya yang akan berdarah bila-bila masa ketika itu,

"Jadi kau nak cakap apa sebenarnya, takkan kau nak pergi 'melabur' pun kau cakap kat aku?"(melabur = berak)

Hwanwoong mengangguk perlahan dan tersenyum kearahnya, Min hanya memberinya pandangan , 'are u serious?'

bukan tu je, segala hadiah perkahwinan untuk Min dihantar ke kediaman Daisy itu semasa Hwanwoong datang melawat, Min hanya mampu mengeluh melihat segala barangan hadiah yang diberikan,

Min tak kisah nak terima semua hadiah tu, tapi masalahnya ada satu je, kebanyakn barang tu berwarna pink

"Ughh, apa benda semua ni? dan kenapa semua warna pink?"

"Lahh? hadiah perkahwinan kau lah.." Min seperti ingin hilang fikiran sebentar dek mendengarkan ucapan selamat pengantin baru itu,

walaupun Min belum berkahwin pun dengan Hwanwoong namun sepertinya semua sangat teruja melihat dirinya yang akan berkahwin tu,

"Hadiah perkahwinan? so? kau nak aku bagi reaction macam mana? Ahhhh cantik nyer, warna pink gitew.. macam tu?" dari cold ke cheer ke cold balik, itu lah gambaran reaksi yang Min berikan.

Min menjulingkan matanya ke atas, segala barang yang dihadiahkannya berwarna pink dan nampak keperempuanan membuatnya meluat dan ingin saja dia menghadiahkan semua hadiah itu kepada Rena dan Hyekyo yang peminat setia warna pink,

"Euw tak suka lah pink" Min seperti jijik dengan mimik muka yang 'ughh disgusting' melihat kain baju yang dikirim khas dari kerajaan han, tea pot dari british, hanbok dari Yeo Clan pun turut berwarna Pink,

"Wae, cantik apa warna ni, lembut je di mata aku, kau kan perempuan kan perempuan suka benda-benda cantik" Min mula memandang Hwanwoong dengan pelik dengan mimik muka yang tak puas hati dengan apa yang Hwanwoong katakan,

"Heh not me okay.."

'Yah!? kau ni dah tak betul lah agaknya, silap hari bulan baju-baju rasmi kerajaan pun kau tukar pink euwww,'

'jangan cakap baju kahwin aku warna pink andaeeee, dah bagus-bagus baju rasmi warna biru atau merah, ugh.. kau pula syok kat warna pink,'

'kau kahwin je lah dengan warna pink,'

'i'm out..'

"Oh ya, Kau boleh tak jangan setiap masa jumpa aku kat sini? aku tak akan lari lah, aku dah buat perjanjian kan?" Min menunduk perlahan sebelum meminta diri untuk masuk ke dalam biliknya.

"Min Aira!"

Min menghentikan langkahnya setelah namanya dipanggil, Min tak pasti kalau dirinya pernah mengatakan identiti sebenarnya kepada Hwanwoong, yang tahu mengenainya hanya lah, Youngjo,Seoho,Keonhee dan Leedo.

"Kau..." Min membalikkan badannya memandang Hwanwoong yang dah pun berdiri di belakangnya,

'macam mana dia tahu aku Min Aira? kalau tak silap aku...aku tak pernah bagi tahu dia nama real aku dan siapa aku yang sebenarnya yang tahu adalah Youngjo,orabeoni, seoho shii dan Keonhee?'

'Tak kan seoho pecah tembelang kan aku? ahhh seoho tu kan...kalau aku jumpa memang aku carik-carik rambut dia tu hah..'

"Min Aira, kau rupanya orang yang selalu disebut semasa perjumpaan rahsia night raven, tsk aku tak pasti apa jadi dengan Puteri Haemin yang sebenar, tapi yang pasti dia tak ada di sini kan?"

"kau dah jadi dia, kau tak boleh nak buat apa, terima je lah nasib kau,"

" kau tak akan jumpa mereka lagi, kalau mereka cuba selamatkan kau juga, aku tak akan teragak-agak masuk campur dan halang mereka,!" amaran diberikan sebelum Hwanwoong pergi meninggalkan perkarangan Daisy Palace.

"Yah! Yeo Hwanwoong!" Min mengengamkan penumbuknya, nafasnya dihembus perlahan, perjanjian diantara mereka mula terkenang kembali,

beberapa hari yang lalu...

"Mwo! kau dah janji tak akan sentuh dorang!" marah Min setelah tahu yang Hwanwoong mengubah perjanjian tersebut.

"Dorang akan sedaya upaya nak selamat kan kau! jadi aku tak ada pilihan lain selain jauhkan kau dari mereka! kau tak faham min! aku buat semua ni untuk kebaikan kita semua! kenapa kau tak faham aku!"

"Yah! kebaikan kau kata! semua yang kau buat ni dah lari dari perjanjian kita! kenapa kau tak nak setuju dengan idea aku!" bentak Min,

"Kau dengar sini, aku tak akan benarkan kau jadikan Kim Youngjo sebagai raja yang baru! kau pun tahu tu akan bahayakan kita semua!" bentak Hwanwoong pula,

"Dia berhak jadi pemerintah! dia masih Crown Prince! " Min merenung wajah Hwanwoong yang duduk di bangku tahta tersebut bersama scroll yang dicampak oleh Min seketika tadi semasa dia menerjah masuk ke Crown Hall semasa mereka masih bersidang,

"Kau, kalau kau mungkir janji kau, kau tak akan jumpa 'dia' lagi, aku tahu kau sayang kan dia, sebab korang dah lama kenal, "

"are you kidding me, Childhood memori? ahh, dah tentu lah dia ajar kitaorang bahasa-bahasa barat, yes of course, sebab tu aku tak suka dia rapat dengan kau!" Hwanwoong bangun dan menuju ke arah Min,

"Sampai hati kau buat macam ni!? bukan ke mereka tu kawan kau! bukan ke korang dah kenal lama?" Min membalas pandangan Hwanwoong,

"Kawan!? ahh, ye lah aku tahu aku pernah anggap dorang kawan, entah sejak bila aku tak suka dorang rapat dengan kau, " Hwanwoong berdiam diri seketika sebelum menyambung ayatnya,

"ahh bukan, sebenarnya aku tak suka kau yang rapat dengan dorang!," Hwanwoong merenung wajah Min dihadapannya, dari mata ke bibir dan tersenyum sinis,

"Jadi kau nak salah kan aku!?" Min merenung tajam Hwanwoong di hadapannya,

"Tuanku puteri patut fikirkan diri Tuanku terlebih dahulu" pipi Min disentuh perlahan, sungguh meremang seluruh tubuhnya ketika itu, Hwanwoong mendekatkan wajahnya dan berbisik,

" aku je yang mampu selamat kan kau, kalau kau curi-curi keluar dari istana, aku akan pastikan kau tak akan jumpa 'dia' lagi dah lepas ni, kau pun nak mereka selamat, jadi jauhkan diri kau dari mereka! kau hadam tu baik-baik!" Min hanya memendamkan rasa amarahnya dalam hati, scroll perjanjian itu di pandang perlahan, digengam dan dikeronyokkan lalu mencampakkannya

"Haish" Mengingatkan kembali apa yang terjadi tempoh hari membuat Min rasa ingin sahaja membakar istana itu, agar tiada apa yang tinggal lagi untuk dijadikan sejarah,

"Tak guna, kenapa? mesti ke kau nak libatkan 'dia',"

" bingung ahh aku dengan perangai Hwanwoong, kejap baik kejap tak ...masalahnya dah macam dia pula yang PMS"

"mungkin lelaki pun boleh period lah agaknya"

Min mengeluh perlahan dan memejamkan matanya seketika, sakit di dadanya di tahan, sejak akhir-akhir ni Min asyik diserang sakit dada setiap kali dia menahan rasa,

'Aku berharap semuanya tak akan berakhir seperti dalam mimpi tu, aku nak mereka semua selamat, tapi...'

'aku takut...'

'aku takut tindakkan aku akan bawa mereka ke arah bahaya walaupun berubah macam mana pun takdir kitaorang, tapi still aku masih takut rasa kehilangan tu,'

"Greeting you, Your highness, tuanku petang ni tuanku ada kelas bersama puan yeojin di bilik bacaan" ujar dayang istana yang mengetuk perlahan pintunya dan menunggunya di luar

"Baik lah" Min bangun dari katilnya dengan malas, mengarahkan dayang-dayang untuk masuk dan mempersiapkan dirinya, baju hanbok light blue digunakannya mengingatkannya kepada Keonhee,

"Tak ada warna lain ke?" Min memandang baju hanbok yang dipegang oleh dayang-dayang, warna pink,

"Tak payah je lah" Min bukan tak suka pink, hanya itu bukan warna yang sesuai dengan dirinya,

Dalam perjalanan ke bilik bacaan ,Min melihat beberapa penari tarian pedang berlatih di kawasan terbuka itu, baju warna merah itu kelihatan sungguh menarik perhatiannya, dari jauh sudah mampu terlihat ketika melalui kawasan tersebut,

Min berasa sangat pelik sebab itu kali pertama dia melihat penari pedang itu di istana, namun tarian itu sungguh mempersonakan dan membuatnya sangat kusyuk memerhati, dengan alunan muzik klasik dan tarian yang gemalai itu memukau matanya,

"Sejak bila kita ada penari pedang istana?" ujarnya perlahan,

"Mereka dari Moon Palace, mereka akan membuat persembahan khas semasa majlis perkahwinan tuanku nanti" ujar dayang tersebut.

"Oh ya, mana Hyekyo, dia patutnya bersama dengan kamu?" Min sengaja menukar topik, dia dah lali mendengarkan perkataan majlis perkhawinan itu,

"Cik Hyekyo, dia dah ditukarkan bersama Cik Rena di Crown Palace"

"Crown Palace? haish, si ketot tu kan..." dapat dirasakan dari jauh api membara Min itu membuatkan para penari memandangnya dan menunduk hormat perlahan kepadanya, Min pun megangguk perlahan dan tersenyum ke arah mereka , namun matanya mula tertumpu kepada salah seorang penari pedang itu,

Seketika mata mereka bertemu , masa seakan terhenti seketika seoalah-olah hanya ada mereka berdua di situ, lirikan mata yang diberikan membuat Min seakan-akan rasa familiar,

Namun suara Bendahara Yeo membuat Min tersedar dari fantasi nya,

"Haha, Gongju-mama, tak sangka kita berjumpa di sini? sudah seperti takdir yang kamu akan jadi sebahagian dari keluarga kami,"

"Petang,Bendahara Yeo," Min tersenyum kelat memandang Bendahara Yeo yang menyapa,

"kamu mesti dalam perjalanan ke bilik bacaan untuk berjumpa dengan isteri sya,"

"Ye, beta ada sesi pembelajaran dengan Cik Puan Yeo petang ni, Bendahara Yeo nak ke mana, tergesa-gesa ni?"

"ahh nak pergi ke crown hall ada perjumpaan, izinkan patik meminta diri duhulu" Bendahara Yeo menunduk perlahan dan meninggalkan kawasan tersebut, Min hanya memandang langkah Bendahara Yeo yang meninggalkan kawasan tersebut.

'Tsk, sama je macam bendahara kim tu, aku memang dah agak dorang dah rancang dari awal rancangan ni, kalau ya pun mahu balas dendam tak yah libatkan aku sekeluarga,'

'Perjumpaan di crown palace? nak menipu aku pun agak-agak lah, kau pergi jumpa si buntal tu kan?'

"Kosongkan jadual selepas kelas nanti, sya nak habiskan masa bersendirian," arah Min dan berlalu pergi, para dayang menunduk perlahan dan mengikutinya dari belakang.

Dengan janggalnya Min melihat buku yang disediakan untuknya, buku yang bertajuk 'Isteri Mitali' itu membuat Min sedikit cuak,

mana tidaknya ayat yang digunakan dengan gambar ilutrasi itu membuat Min memandang cik puan dihadapannya dengan pandangan 'are you kidding me maam?'

"Err, apa semua ni?" Min memandang Puan Yeojin dengan pelik,

"Ahh, ini adalah pembelajaran yang kamu kena tahu sebelum kamu berkahwin, pembelajaran ni di belajar untuk memberikan zuriat yang baik kepada kerajaan ni, zuriat yang sihat di dalam dan di luaran"

tenganga luas mulut Min mendengarkannya, sepertinya lalat yang hinggap pun tak akan dihiraukan olehnya, matanya terkebil-kebil memandang buku di tangannya, senyuman menjanggalkan mula diberikan,

'ha..ha...youre kidding me right? just why?'

'juketda...'

"Zuu..zu apa?" wajah Min mengambarkan suasana janggal yang berada di bilik tersebut,

"Zuriat"

"Mwo!" dapat didengar sampai luar suara Min yang terkejut itu.

"Jangnanhae!?"(Are kidding me?) Min menghentak meja bacaannya,

"Beta tak akan belajar semua ni!" Min bangun dari duduknya dan ingin berjalan keluar

"Gongju-mama!"

"Ni semua salah satu rancangan korang kan!? aku cakap aku tak akan belajar semua ni!" bentak Min dan ingin keluar namun di luar ada Hwanwoong yang menungunya,

"Apa kau buat kat sini?!" semua yang ada situ seolah-olah meminta diri dan tinggalah Min bersama Hwanwoong dihadapan bilik bacaan tersebut,

"Yah! Jangan tinggalkan aku dengan dia di sini! "

"Yah!!!! Yahhhhh!!!" jeritan Min tidak diendahkan mana taknya mereka berjalan dengan pantas meninggalkan bilik bacaan itu seolah-olah sudah dirancang dari awal,

Min agak pelik kenapa banyak-banyak bilik bacaan kenapa Puan Yeojin memilih bilik bacaan yang terletak agak jauh dari bangunan yang lain, sudah Min duga ni mesti angkara Hwanwoong,

"Sekarang hanya tinggal aku dan kau," senyuman yang diberikan kepada Min itu, membuatkan Min rasa gelisah semacam dan melarikan matanya ke arah lain setelah bertentangan mata dengan Hwanwoong,

"Jadi, sepertinya Tuanku dah mula belajar tentang semua ni? ahh youre not that innocent one anymore, hmm haruman lavender yang biasa, perhiasan yang biasa, hmm i like it" buku yang berada di tangan Min dirampas, setiap muka surat di tatap penuh fokus olehnya, his smirk make Min feel so uneasy.

'apa senyum-senyum, aku tumbuk kang'

"Dah dah lah tengok semua tu, aku tak nak belajar pun semua ni," Min merampas buku tersebut dari tangan Hwanwoong, mata mereka mula bertentangan,

"Kau... betul ke..kau benci aku? tapi aku nampak ada pembohongan dalam kata-kata kau tempoh hari, aku tak sangka kau berani menjerit macam tu di crown hall, mana aku nak letak muka aku ni..kau nak Kim Clan Syak aku ke?" Hwanwoong mula menghampiri Min yang perlahan-lahan membuat Min panik dan mengundur diri ke belakang sehingga badannya menyentuh dinding bilik.

"Kenapa pula dorang nak syak kau? kau kan pilihan dorang, ahh takut plan kau tak menjadi, kau tahu kan untuk jadi raja, pemerintah sebelumnya terpaksa mati.."

"sekarang mana ada raja, apabila aku kahwin dengan kau, aku secara sah menjadi raja,"

"Aku tahu lah..tapi sorry to say, aku tak akan kahwin dengan kau" Min menolak Hwanwoong ketepi dan ingin keluar dari bilik tersebut, namun lengannya di tarik dan di tolak ke dinding,

"Aku dah faham kenapa mereka suka kan kau.." bisik hwanwoong perlahan,

" Gunmin hyung? Youngjo hyung? aku dapat agak mereka ada perasaan dekat kau, tapi malangnya, dorang tak akan dapatkan kau? sebab apa? sebab kau tu akan jadi pemaisuri dalam hidup aku, sebab tu takdir kau..sememangnya takdir kau tu.. untuk bersama dengan aku.." senyuman sinis diberikan,

wajah Hwanwoong terlalu rapat dengan wajah Min membuat Min memejamkan matanya, pipi mulusnya disentuh perlahan, untuk pertama kalinya Min rasa takut sehingga kan matanya mula berair, bahu Min digengam kasar oleh Hwanwoong,

"Kau akan jadi milik aku, dan ingat kalau aku nampak kau dengan mereka lagi, nahas kau,Kim clan sentiasa ada mata-mata di dalam istana ni, aku tak nak dengar berita tak menyenangkan kau bersama dengan dia! Faham!" bentak Hwanwoong sebelum meninggalkan Min di bilik bacaan tersebut,

Kaki Min mula terasa lemah lalu terduduk di lantai bilik memandang langkah Hwanwoong yang meninggalkan bilik bacaan tersebut, mengeletar seluruh tubuhnya, sungguh dia rasa sangat takut ketika itu, mungkin sebab Night Raven tiada di sisinya untuk melindunginya,

"apa aku nak buat sekarang..." debaran dihatinya masih terasa, sungguh dirinya agak takut diapa-apakan oleh Hwanwoong seketika tadi membuat air matanya perlahan-lahan membasahi pipinya,

cuaca tadi yang baik mula bertukar buruk, hujan pun mula turun perlahan-lahan, Seseorang menghampirinya, Min menangis sendirian lagi di setiap kali mereka terserempak,

"Neo Gwenchana?" melihat keadaan Min yang menyedihkan itu, sapu tangan diberikan perlahan, air mata Min di kesat dengan jarinya, bukan seperti responnya terhadap sentuhan Hwanwoong, sentuhan yang diberikan oleh namja itu membuatnya rasa selamat lalu menoleh ke sisinya,

"orenmanni" lace mask dibuka perlahan, Min yang memandang Keonhee dihadapannya mula berasa sedih, air matanya tak mampu di tahan lagi lalu mula menangis dalam pelukan Keonhee,

"Setiap kali aku jumpa kau, dalam suasana gerimis macam ni, mesti kau dalam keadaan menyedihkan," rambutnya diusap perlahan menenangkan gadis itu,

"Keonhee ahh, apa kau buat kat sini? kau tahu kan aku tak boleh jumpa dengan korang lagi?" Min mula melihat sekeliling, kot-kot ada spy kim clan yang memerhati

"Aira-ahh, kita orang akan selamatkan kau, jangan risau,"

"Aniya, keonhee-ahh, kau tahu kan benda tu akan bahayakan korang, aku...aku tak nak korang diapa-apakan.." Min mengengam perlahan jari jemari Keonhee,

"Kitaorang okay, jangan lah risau, kau patut risaukan diri kau terlebih dahulu, kau sentiasa fikirkan orang lain dulu sebelum fikirkan diri kau," Keonhee tersenyum dan memandang wajah gadis dihadapannya, mata merah dan bengkak dek tangisan itu tadi, membuat dirinya berasa kasihan dengan Min,

"Tadi kan, aku nampak ada penari dari Moon palace, salah sorang dari penari tu mengingatkan aku kepada kau" tanpa sedar Min mengatakan pekara tersebut dan mula bercerita seperti biasa dengan Keonhee, sebelum ini pun Keonhee selalu melawatnya setiap malam sebelum Min tidur, memerhatikan Min,

'jadi dia belum perasan lah tu aku?'

"Then?"

"aku tak sengaja bertentang mata dengan dia"

"so?"

"So? kau tanya aku So?"

" huh, molla..just..entah lah aku pun tak tahu," Keonhee hanya tersenyum dan tergelak kecil mendengarkannya,

"Kau kena tengok persembahan tu, mungkin kau akan jumpa jawapannya?" Min mengangguk perlahan, agaknya dapat ke dia tengok persembahan tersebut?

"Janji dengan aku kau tengok persembahan tu" mereka membuat pinky promise,

"Okay" Min memandang Keonhee di sebelahnya, baju hanbok biru digunakannya adalah baju yang diberikan oleh Min semasa kali pertama mereka terserempak sebagai penceroboh istana,

"Wae? ada apa-apa ke di muka aku ke?" Keonhee rasa tak selesa setelah perasan yang Min asyik memerhatikannya, pandangan Min dihadapannya membuat hatinya seakan-akan ada rama-rama di kebun bunga berterbangan,

"tak lah cuma..kau nampak handsem macam selalu" Seakan dejavu seketika, membuat diri mereka saling perpandangan,

Min mula menyandarkan kepalanya di bahu Keonhee, mendengarkan titisan air hujan yang perlahan menitis itu, seolah-olah hanya ada mereka sahaja di situ, hanya ketenangan yang dirasakan olehnya setiap kali bersama Keonhee, tanpa ada rasa gusar dan risau di dalam hati,

Titisan hujan yang turun membasahi bumi, suasana di kawasan istana seperti tergelam didalam kesunyian, hanya bau hujan yang terhidu di udara sungguh tenang dan menyejukkan minda,

'aku tak pasti dengan perasaan aku sendiri, tapi aku tak nak berharap, sebab aku tahu, benda itu akan menyakitkan kita berdua,'

Walau bagaimana pun, mereka tidak tahu bahawa ada mata yang memerhati mereka di situ, apakah nasib mereka di kemudian hari, adakah Min mampu melarikan diri dan mengubah takdir semua, akan adakah pertarungan darah di antara mereka? Mungkin kah perakhirannya semakin tiba?

To Be Continue

i ship Min with Keonhee

knj_99creators' thoughts
Next chapter