Ryan bangun dari tidur. Dia melihat Jannah di sisinya. Dia menghembuskan nafas yang panjang. Semalaman dia tak balik. Mesti Hazhirah risau.
Dia bangun dan perlahan-lahan keluar dari bilik. Setelah parking kereta, sempat lagi dia berdoa dalam kereta. "Ya Allah, janganlah bagi isteriku marah. Kalau tak, meletup rumah ni."
Setapak dia melangkah ke dalam rumah, Hazhirah menegur. "Baguslah tu, kata ada hal nak bincang tapi tidur rumah perempuan yang dah bertunang. Bagus sangatlah. Nanti tidur dengan perempuan lain pulak."
"Ish, merapu la you ni. I semalam hantar Rina masuk hospital la. Wafiy bagitahu I dia kena food poisoning.I tolong lah bawak dia pergi hospital. Tunggu dia."
Wajah Hazhirah berubah. "Is she okay?"
"Okay lah. Tapi tak sedar lagi. Doktor cakap antibodi dia ambil masa untuk lawan kuman." Wafiy ada mesej Ryan pagi tadi bagitahu yang Syazrina masuk hospital sebab dia terlebih minum. Kalau bagitahu Hazhirah tentang Syazrina minum, mesti kena ceramah nanti.
"I nak mandi, tukar baju. You tak payah nak membebel. I malas nak dengar." sambung Ryan lalu berjalan menuju ke atas. Hazhirah hanya berdiam. Malas nak terus gaduh.
...
Hazhirah mencubit lengan Syazrina. "Kau ni, berapa kali aku pesan makan makanan yang sihat? Ni tak. Nak makan jugak fast food malam-malam. Degil!"
"Dia pun sama."
"Apa you cakap?"
Ryan membetulkan anak tekak. "Tak ada apa-apa."
"Sakitlah. Kau ni babe datang tengok aku sakit, bagi la simpati sikit. Ni tambah sakit aku adalah."
"Apa-apa je lah. Macam mana keadaan kau? Okay?"
Telefon Ryan berdering. Dia meminta diri untuk keluar berbual. Hazhirah memandang Syazrina dengan muka yang serius. "Semalam Ian ada tidur rumah kau tak? Dia cakap dia bawak kau datang hospital. Bagitahu aku. Yes or no?"
Start dah la minah ni. Dengan kening terangkat sebelah macam Ziana Zain bila marah. Syazrina menelan air liur. "A....ada kot."
'Jadi, kalau dia tak tidur rumah Rina dia pergi mana?' telah Hazhirah sendirian.
"You bagitahu I betul-betul you ke mana semalam?"
Ryan memandang isterinya sekilas. "I dah explain dah kat you tadi. I don't think I perlu explain lagi sekali."
"Rina sendiri tak dapat confirm yang you tidur di rumah dia, habis tu macam mana?"
"Kalau dia tak boleh confirm, habis tu you nak cakap I tipu you?"
Matanya masih fokus memandang ke hadapan.
"Kalau you tak tipu, habis tu kenapa you tak bagitahu I betul-betul you pergi mana semalam?!" Hazhirah sudah mula meninggikan suara.
"Sayang, relax. Calm down. I pergi rumah Rina semalam. Tapi Jannah call sebab dia perlukan pertolongan I. Lepas tu, I dapat call yang Rina muntah-muntah. That's it."
Ryan cuba memegang tangan Hazhirah tapi ditolak. Merajuk dah! Kenalah pujuk.
Ryan cuba memujuk Hazhirah tapi tak berjaya. Berhari-hari dia cuba bercakap dengan isterinya. Tapi Hazhirah tetap dengan perangai merajuknya. Dania pun ikut sama. Like mother like daughter! Same je.
Ryan masuk ke office dengan keadaan berserabut. Dengan tie yang tak diikat, dan rambut serabut.
Jannah meletakkan kopi yang dibuatnya di atas meja. Azrina cuti hari ni. Jadi, dia kena tolong. Kalau tak dapat coffee, boleh mengamuk lelaki tu.
Ryan membetulkan rambutnya. Siap bawak spray untuk rambut dia kekal macam tu. Dashyat betul. Dia meneguk kopinya. Jannah masih lagi berdiri di situ. Dia memeluk tubuhnya sambil memandang suaminya. Ryan memandang ke arah Jannah ke atas dan bawah. "Kenapa you tengok I macam tu?"
"You still macam dulu. Dengan style rambut yang sama, mata ni, suara ni, bibir ni." jarinya lembut menyentuh muka Ryan. Bila sampai ke bibir, dia berhenti. Mata mereka bertentangan. Khalil masuk ke dalam bilik sambil membawa Ipad di tangannya. "Aduh, lupa pula! Azrina cakap Khalil kena teman mat salleh versi malaysia tu untuk meeting dengan klien.
Dia masuk ke dalam bilik Ryan. Tak ketuk pun. Mereka terkejut dan berpura-pura mencari sesuatu. "Kau jumpa ke tak barang aku?" tanya Ryan. "Tak bos, mungkin ada atas meja saya kot. Account tu nanti saya email kat bos untuk bos check ye." balas Jannah lalu berlalu keluar dar bilik.
Khalil masih lagi confuse. Bila Jannah lalu di tepinya, wangian perfume Enchanteur yang dipakai Jannah membuatkannya terpaku. Sempat lagi dia teringatkan lagu 'Dil ne ye kaha hain dil se' dari filem Dhadkan. Dia boleh bayangkan yang dia tu Akshay Kumar. Kalau masuk dalam industri filem, confirm musnah. Khalil dengan perut boroi dan pipi tembamnya tu kalau ikut lip sync bolehlah. Tapi kalau cakap dialog, musnah. Flop terus movie tu.
Ryan berdehem. "Hah, mana proposal tu, dah bawak Khalil?"
"Dah bos."
"Lain kali kalau tengok perempuan jangan sampai macam tu sekali. Ni office, nanti orang lain perasan pula." pesan Ryan
'Jangan kau ada perasaan kat buah hati aku sudah. Meri jaan.' bisik Khalil dalam hati.
...
Hazhirah membuka lagu 'Demi cinta ini' nyanyian Tomok dan Fatin Afeefa. Dia mengemas rumah dan memandikan Dania. Dania pun sempat menari dengan ibunya. Comel betul. Kalau dipostkan ke Tiktok, mesti dapat banyak likes. Hazhirah kebelakangan ni sudah tak larat nak masak. Malas sebenarnya. Dia masih lagi tak bercakap dengan Ryan. Dia tahu kelemahan lelaki itu. Dialah!
Hazhirah keluar untuk mengambil surat. Dia duduk di atas sofa dan membuka sampul tersebut. Terdapat gambar Ryan dan Jannah. Mereka berdansa, berpelukan, bercumbu, dan mata mereka bertentangan seolah-olah... mereka dilamun cinta. Gambar yang terakhir membuatkan Hazhirah menangis. Gambar Ryan dan Jannah bersama di malam prom.
Hazhirah mengambil Dania dan pergi ke rumah Datin Bahiyah. Dia sudah tak tahan lagi. "Assalamualaikum, sayang." Ryan masih lagi memegang bunga ros untuk memujuk isterinya. Dia memanggil nama isterinya tapi tiada siapa menyahut.
Dia ingin menelefon Hazhirah tapi telefonnya tiada bateri. Terpaksalah dia caj dahulu. Telefon rumah berdering. Ryan mengangkat. "Tengku Ryan Shah bin Tengku Darus! Apa yang kamu dah buat?! Apa makna gambar ni semua?!" jerit Datin Bahiyah. Hampir pekak jugak telinga Ryan mendengar jeritan bondanya.
"Apa bonda ni, main sembur je. Cuba cakap elok-elok dengan Ian. Gambar apa?"
"Baik kamu datang sekarang rumah bonda. Now!"
"Yes ma'am." Riak wajah Ryan berubah. Gambar apa?
...
"Ni, gambar apa ni?!" tanya Datin Bahiyah lalu membaling gambar tersebut ke muka Ryan.
Ryan mengutip gambar tersebut. Matanya terbeliak. Dia membuat muka biasa. "Takde apa-apa lah bonda. Benda lama."
"Benda lama apa? Apa makna semua ni?" Tengku Darus hanya memandang ke arah telefonnya. Malas mahu masuk campur bila isterinya marah. Singa dah mengamuk, mana boleh halang.
"It's nothing. Dia kawan lama." jawab Ryan selamba.
"Kawan lama ke, kekasih lama?" soal Hazhirah pula. Ryan hanya menarik nafas dalam-dalam. Kalau diikutkan hati, memang nak kena maki dah. Sabar jelah.
"Kawan."
"Bonda tak bodoh la Ian. Kalau betul dia kawan kamu, habis tu kenapa bonda tak tahu dari awal? Kenapa isteri kamu tak tahu?"
"Acik tahu bonda. Dia memang kawan lama Along." sampuk Amylia.
Pandangan menghala ke arahnya. "Jannah. Dia colleague acik dengan Along. Kitaorang kawan biasa je."
Tengku Darus hanya mengerling sekilas ke arah Amylia. Amylia ni memang kaki back-up abangnya.
"Kalau macam tu, baik. Bonda tak nak tengok lagi gambar macam ni lagi. Haz, kamu kalau jumpa gambar macam ni lagi, bagitahu bonda. Nanti bonda sekolah kan si Ian ni. Dah jadi bapak orang, tak pandai jaga martabat diri."
"Apa ni bonda. Jangan merepek la. Dia kawan lama Ian je. Sayang, jomlah balik. I minta maaf. Sudahlah tu." pujuk Ryan.
Hazhirah masih tak mengendahkan suaminya. Datin Bahiyah yang melihat situasi begitu menghampiri Hazhirah. "Haz, ingat pesan bonda. Syurga isteri terletak di bawah tapak kaki suami. Haz balik dulu ye sayang? Tenangkan diri. Istighfar banyak-banyak. Nanti bonda call."
Dia mencium dahi menantunya. Melihat Ryan dan Hazhirah melangkah pergi, Datin Bahiyah berasa kecewa dengan apa yang dilihatnya harini. Bukan kali pertama kes ini yang dilihatnya. Bukan dari Ryan yang diharapnya.
Hazhirah melangkah masuk ke dalam rumah. "Sayang, please kita boleh bincang."
"Betina tulah yang selalu telefon you? Mesej you? Patutlah bila I nak tengok tak bagi, nak jawab lagi la tak bagi. You ni memang dasar lintah! Tak cukup sorang."
"Sudahlah tu. Kan I dah cakap I dengan dia tak ada apa-apa? Kitaorang bincang hal kerja ke lah."
"Kerja apanya?! You ingat I ni tunggul kayu ke?! Nak duduk kat rumah ni sementara suami I pergi cari betina lain?! You ingat I bodoh ke?! suaranya sudah meninggi.
"Mana ada I cari yang lain? Kalau I nak, I dah cari lama dah la. Sebab I cintakan you la. You kan isteri I. Please, jangan macam ni. Nanti kesian kat baby. Mama muncung, baby muncung. Papa macam mana?" Dia masih memujuk isterinya dengan nada yang lembut.
Ryan menarik Hazhirah memandangnya. "Sayang, I dah janji kasih sayang I pada you sampai hujung nafas I. Jangan ragu pada I."
Ryan mula menyanyikan lagu 'Melamar Rindu' nyanyian Tajul.
Hu-uh-oh-oh
Hadirnya dirimu
Kurasa bagaikan emas permata
Dirimu, wajahmu
Semakin kian bermain di minda
Hadirnya di jiwa
Kurasa sesuatu detik yang indah
Dirimu, oh, sayangku
Mengajar aku ertinya bercinta
Kurasa dirimu bagaikan permata bersinar
Kuharap dirimu menjadi milikku selamanya
Sayang, namamu terukir di dada
Rindu padamu sungguh ku terasa
Bila kau tiada resah diriku
Indah yang kurasa bila bersamamu
Siksa yang kurasa andai kau tiada
Janganlah engkau pergi, wahai kasihku
Cintaku padamu hanyalah satu
Cintaku padamu bukan beribu
Seluas sedalam lautan biru
Moga kita terus hidup bersama
Hingga ke akhirnya
Sayang, namamu terukir di dada (di dada)
Rindu padamu sungguh ku terasa
Bila kau tiada resah diriku
Indah yang kurasa bila bersamamu
Siksa yang kurasa andai kau tiada
Janganlah engkau pergi, wahai kasihku
Cintaku padamu hanyalah satu
Cintaku padamu bukan beribu
Seluas sedalam lautan biru
Moga kita terus hidup bersama
Hingga ke akhirnya
Ho-oh, hingga ke akhirnya
Hazhirah tersenyum. "I sayang you juga. I sayang you hingga syurga. Tapi you kena bagitahu I apa hubungan you dengan dia."
"Tak ada apa-apa. Kitaorang kawan je. Dia classmate I masa sekolah dulu. My friend and my colleague.
....
"Aku ni Sherine, kalau boleh memang tak nak berkongsi kasih dengan betina tu. Sekarang ni, mesti tengah gelupur sebab gambar yang I hantar tu." kata Jannah sambil ketawa terbahak-bahak.
"You ni babe, teruk betullah. Itu pun, nasib I ni pandai dalam soal pikat-memikat. Kalau tak, macam mana Qalish yang bodoh tu boleh terpikat dengan I? Hahahahaha!" Sherine ketawa bagai platipus sesat.
"Kawal sikit tawa you tu. Baru sikit je tau. Ian tu senang nak diperbodohkan. Kalau I tak tipu dia yang I mengandungkan anak dia dulu, dan keluarkan report palsu yang I keguguran you rasa dia akan kahwin dengan I? Taklah!"
"Dia akan rasa macam mana sakitnya bila orang yang dia sayang tinggalkan dia. Kalau bukan sebab isteri dia yang bodoh tu, memang aku dah dapat title isteri pertama dia. Dahlah aku kena pura-pura jadi waitress yang kotor, lepas tu dapat jawatan manager biasa and now, terus aku boleh rapat dengan dia." sambung Jannah.
"Habis tu, aku nak tanya apa pulak hubungan kau dengan bekas boyfriend adik Ian si Amylia tu?" soal Sherine.
"Hafiz tu aku guna sebagai mainan je. Puppet. Dia tu senang je nak upah. One date, one kiss, settle. Lelaki tu bukannya type aku. Tak hingin aku."
"Baby, I'm home!" sapa Qalish dari belakang. "Babe, I gotta go the man is home. Bye!"
Sherine mematikan panggilan.
'Kau akan rasa kekecewaan yang aku rasa dulu, Tengku Ryan Shah. Aku bukan mainan yang kau boleh buang lepas kau main. Just remember that this is not a love story. It's a hate story. And you can't escape from me.' telah Jannah sendirian.