webnovel

Bab 16

"I tanya...apa maksud Hafiz as usual? Dah tak ada lelaki lain ke yang kau nak pilih?!"

"You salah faham ni, I tak ada apa-apa hubungan dengan Hafiz."

Ryan bangun dari atas katil dan mendekati Jannah. Dia menggenggam tangannya. "Aku tanya sekali lagi...apa hubungan kau dengan Hafiz?" Kali ni, matanya sudah terbeliak. Hatinya penuh dengan rasa amarah.

"Dia hanya kawan dengan I... I tak buat apa-apa pun dengan dia. Sumpah!" kata Jannah.

"Habis tu, kenapa dia kata 'macam biasa'? Maknanya, you pernah serahkan tubuh you pada dia kan?!" jerit Ryan.

"No, never! I tak semurah macam tu!" Satu tamparan hinggap di pipi Jannah. "Kau ni, memang dasar tak boleh buat baik kan? Aku ni dah la kawin dengan kau sebab terpaksa. Sekarang ni, kau nak jadi isteri nusyuz pulak?! Memang kurang ajar la kau ni."

Ryan mengheret Jannah ke dalam bilik. "Kau nak sangat kan?! Kau yang mintak!"

Jannah merayu. "Please, Ian. I tak buat semua tu.Tolonglah." Tapi rayu dia tak guna lagi. Semuanya dah terjadi. Ryan memakai tali pinggang dan kotnya. Dia bersedia untuk keluar dari tempat tu. Jannah yang menangis di sudut katil membaluti tubuhnya dengan selimut.

Belum sempat Ryan menjejakkan kaki ke luar, Jannah bersuara. "You ni, memang tak guna. You selalu lari dari masalah."

Ryan menoleh lalu mendekati Jannah. "Masalah apa? Kau yang gatal sangat nakkan si Hafiz tu. Aku rasa, dalam semua perempuan yang aku kenal, kau je yang suka buat aku naik gila kau tahu tak?"

Ryan bangun untuk pergi. Jannah menarik tangannya. "Aku siapa bagi kau Tengku Ryan Shah? Isteri ke perempuan simpanan?" Senyuman sinis terpapar di bibir Ryan. "Kau rasa?"

Jannah bangun lalu memeluk Ryan. "Tolonglah, for once percayakan I. I tak pernah khianati you. I setia pada you." Ryan menolak Jannah ke tepi.

"Jangan sentuh aku. Satu lagi, aku tak izinkan kau jumpa Hafiz atau buat apa-apa hubungan dengan dia. Nahas kau kalau aku tahu dia contact kau lagi." ugut Ryan keras lalu berlalu pergi.

Dia masih lagi tak puas hati dengan Hafiz. "Tunggulah nasib kau Hafiz." kata hati kecil Ryan.

Setelah sampai ke rumah, Ryan berasa seperti kembali ke pangkuan Hazhirah. "Papa!" jerit Dania yang berlari dalam pelukan ayahnya. "Where's mama?" Dania menunjukkan ke arah tandas. Kedengaran Hazhirah yang muntah.

Ryan mengetuk pintu tandas. "Sayang, are you okay?" Lagi kuat bunyi Hazhirah muntah. Ryan menolak daun pintu dan melihat Hazhirah yang bagaikan nak pengsan sebab muntah. Ryan memimpin Hazhirah ke ruang tamu.

"You okay sayang?" Hazhirah hanya bersandar ke sofa. Tak larat betul tu. Mainan Dania yang bersepah di atas lantai dikutip Ryan. Setelah membersihkan rumah, dia membuat bubur ayam. Belajar dari nenda dia, Tunku Fatimah. Tak sangka pandai pula masak.

Hazhirah pula terlena sebentar selepas muntah teruk tadi. Ryan menggerakkan badan Hazhirah. "Sayang, nah bubur ayam. Makan sikit. Nanti masuk angin pulak perut tu." Hazhirah menggeleng. "I nak tidur kejap. And please, b. Mandi. Busuklah." katanya lalu menoleh ke arah lain.

Ryan mencium bau ketiaknya. Okay, je. Mungkin memang penat kot. Ujar Ryan sendirian. Ryan naik ke atas dan mandi. Dia terlihat Dania yang terlena di atas lantai. Dia mengangkat Dania dan meletakkannya ke atas katil. Setelah mandi, dia turun ke bawah dan melihat Hazhirah yang sedang menonton televisyen.

"Macam mana dengan loya you? Dah okay sikit?" soal Ryan. Hazhirah hanya mengangguk. "Meh sini makan bubur. Nanti you lapar pulak." panggil Ryan.

Hazhirah bangun menuju ke arah meja makan. Sebaik saja dia bau bubur tu, terus rasa loya datang balik. "I tak boleh makan la, b. Bau pun nak muntah."

"You nak makan apa? Kita order je eh?" kata Ryan memujuk. Kalau tak makan nanti isterinya tu sakit pulak.

"Buat masa sekarang, I rasa nak rest dulu. You mandi dah ke ni?" soal Hazhirah. Sempat lagi tanya tu. Aduh! Kalau macam ni berterusan, tidur luar la jawab dia. Pernah masa Hazhirah mengandungkan Dania, dia tak nak masuk bilik langsung sebab dia kata si Ryan ni bau busuk. 3 bulan jugak dia ambik masa pujuk Hazhirah untuk tidur kat bilik.

"Eh, dah la. I mandi nak wangi-wangi untuk you." kata Ryan lalu mencuit hidung isterinya. "B, Amer dah keluar hospital. Amy cakap dia okay sikit. Tapi ... I..."

"You nak pergi tengok dia? Nanti kita pergi eh?" kata Ryan sambil mengusap lembut pipi Hazhirah. Hazhirah melompat. Seronok sangat. Akhirnya, muntah ke atas Ryan. Ryan buat muka redha je. "Sorry." kata Hazhirah sambil tersengih. "It's okay. I pergi tukar kejap. Love you."

...

Datin Bahiyah menyambut kedatangan anak menantunya. "Ya Allah, datang dah cucu kesayangan tok bonda dah datang!" Excited betul tok bonda Dania ni.

Tengku Darus yang berada di muka pintu turut tersenyum. Setelah bersalaman, Ryan dan Hazhirah masuk ke dalam rumah.

"Ian, ayahanda ingat nak pergi sekali majlis pertunangan Rina dengan Wafiy Ahad ni." kata Tengku Darus memulakan bicara.

"Boleh, insyaallah. Nanti kita pergi sama-sama." jawab Ryan. Hazhirah pula sempat lagi berbual dengan Datin Bahiyah. Apa lagi, gosip lah!

Amylia turun membawa Amer yang sudah sembuh. "Hi, sayang mama." tegur Hazhirah kepada Amer. Amer memberikan senyuman lebar sambil menghulurkan tangannya untuk Hazhirah mendukungnya.

"Demam dia dah kurang sikit, Amy?" tanya Hazhirah. Amylia mengangguk. Muka Amylia menunjukkan dia letih sangat. Ye lah, sampai tak tidur dibuatnya risaukan Amer.

"Tender yang di Penang tu dah selesai ke Ian?" tanya Tengku Darus.

"Dah, ayahanda. Cuma some final thing nak kena discuss and then fully complete. By the way, ayahanda ingat tak projek yang Ian kata haritu? Pasal nak tubuhkan my own law firm."

Tengku Darus yang menghirup kopinya menjawab. "Ah, ya. Bila Ian nak start projek tu?"

"Lepas selesaikan tender di Pulau Pinang dengan Sabah. Ayahanda, kalau Ian tanya, ayahanda janji jangan marah Ian."

Dahi Tengku Darus berkerut. Apa pula si Ryan ni? Macam - macam lah. "Apa dia?"

Ryan menarik nafas dalam-dalam. "Ayahanda tak cakap lagi dengan Amy ke?"

Wajah Tengku Darus berubah. Ryan bangun dan melutut di hadapan ayahandanya. "Ayahanda, Ian mohon kat ayahanda, tolong maafkan Amy. Ian pasti Amy tak bersalah."

Walaupun Ryan nampak macam tegas, tapi dia ada soft spot untuk adiknya. Ian ialah kelemahan ayahandanya. Dia tahu ayahandanya juga menyayangi Amylia. Demi Ryan, dia mesti akan maafkan Amylia.

Tengku Darus memegang tangan Ryan. "Ayahanda terluka dan kecewa dengan apa yang dia dah buat, Ian. Dia zuriat ayahanda jugak. Ayahanda minta maaf Ian. Kalau dia tak mahu dan tak mampu nak pulihkan maruah keturunan Tengku Noordin, dia tak layak dipanggil zuriat ayahanda." balas Tengku Darus tegas.

Hazhirah, Tengku Bahiyah dan Amylia berjalan menuju ke ruang tamu dengan gelak ketawa. Hazhirah duduk bersebelahan dengan abangnya. "Hmm, along tak kerja ke hari ni?"

"Tak, cu. Along nak jumpa ni ha, anak kesayangan Along ni." katanya sambil menghulurkan tangan kepada Amer. Dania yang berada di atas pangkuan tok ayahnya merajuk dan mencebikkan bibir.

"Ha, tengok tu cucu tok bonda dah merajuk." kata Datin Bahiyah. "Kalau diorang tak sayang, sudah tok bonda dengan tok ayah sayang Dania."

Dania memeluk datuknya. Tengku Darus tak memandang ke arah Amylia langsung. Tapi, yang peliknya dia menyayangi Amer pula.

Kolam mata Amylia mulai panas. Dia bangun dan berlalu ke taman. Hazhirah yang perasan perkara tersebut meminta diri dan mengekori Amylia.

Amylia menangis sekuat hati. Hazhirah datang dari belakang memeluknya. "Tengoklah, kak long. Dia langsung tak nak pandang muka Amy. Sebab Amy mengandung anak luar nikah ke? Atau Amy ni dah mati bagi dia?"

"Amy, kak long tahu ayahanda tak benci Amy sampai macam tu sekali. Dia perlukan masa. Sabar ye." kata Hazhirah menenangkan Amylia.

Setelah pulang, Ryan melihat Hazhirah yang sedang termenung. Perlahan-lahan dia datang dari belakang dan mencium pipi isterinya. "Kenapa sayang? Something wrong?"

Hazhirah berpaling memandang suaminya. "Tak ada apalah, b. I cuma fikirkan tentang Amy. Kesian pula kat dia. Ayahanda tak pandang dia pun."

Ryan berdiam. Dia tak berkata apa-apa. Malas mahu kata apa-apa. Dia tahu sangat perangai ayahandanya. Kalau dia kata itu, makna itulah kita kena ikut. Kalau tak, mesti kena hukum.

Pernah sekali Ryan bercakap kasar dengan bondanya, terus kena penampar dengan Tengku Darus. Bengkak pipi sampai 4 hari. Gigi pun tercabut. Ganas betul.

Mesej dari Azrina. "Bos, nanti saya nak bincang dengan bos pasal account untuk tender Penang yang kita kena settle tu ye. Maaf ganggu."

Ryan hanya bluetick je. Malas nak jawab. Dia sendiri terfikir macam mana nak settlekan masalah ni.

...

"Good morning, bos." sapa Khalil. "Morning." jawab Ryan.

'Baik pulak mood dia ni. Kalau tak, mesti muka macam robot je. Takde perasaan langsung.' telah Khalil dalam hati.

"Good morning, bos." sapa Jannah. Ryan tidak menghiraukannya. Dia terus ke bilik Azrina. "Azrina, come kita discuss pasal accounts tu."

Azrina mengangguk dan mengikuti Ryan dari belakang. Setelah berbincang, Azrina meminta diri untuk menyambung kerjanya. Jannah mengetuk pintu bilik Ryan.

"Come in." balas Ryan. Matanya masih tertumpu pada laptopnya. Jannah meletakkan kopi yang dibuatnya ke atas meja. Ryan tidak memandang langsung ke arah wanita itu. Sama je perangai dia dan ayahandanya. Koyak dan tampal!

"Jannah, you akan tukar ke bahagian finance. Jawatan you yang sekarang ni I dah bagi kat orang lain. You'll start tomorrow." kata Ryan sebelum Jannah berlalu keluar.

Jannah tidak menunjukkan sebarang reaksi sebaliknya dia hanya angguk. Dia dah tengok dah surat tawaran tu atas meja dia pagi tadi. Siap dengan bunga dari peminat misteri.

Siapa lagi, Khalil la. Dashyat jugak mamat ni. Dahlah minat Hindustan, siap tulis lagi syair dalam bahasa Hindustan. Tu pun ambil dari lirik lagu.

"Nyah, kau bagi bunga kat Jannah?" Hampir tersembur juga Azrina yang mendengar pengakuan Khalil. Si Khalil ni, biasanya tak mudah jatuh cinta. Kali ni, lain benor!

"Iyalah, nyah. Nak good impression kan? Lagipun si buah hati aku tu confirm minat Hindustan jugak. Macam aku."

"Iyalah tu. Macam mana kau tahu tulis bahasa Hindustan?"

"Kau ni, grow up sikit la nyah. Aku ni tulis guna Google translate. Siap tulis maksud tau." kata Khalil bangga.

Azrina hanya ketawa. Si Khalil ni pernah ada syarat kalau berkenan dekat perempuan. Yang paling utama, mesti minat Hindustan dan perlu pembersih. Yang paling penting, mesti bagi nama anak sempena nama watak hero atau heroin Hindustan. Masak jugak syarat si sotong ni!

Kereta Alza dia pun dia bagi nama, iaitu Anjali sempena nama watak Anjali yang dimainkan oleh Kajol dalam filem Kuch Kuch Hota Hai. Aduh! Pening betul.

                                                                                                                                  ...

Sejak dari tadi lagi telefon Amylia berdering. Tak habis-habis lagilah si Hafiz ni. Kerja nak telefon dia je.

Amylia mematikan telefon. Padan muka! Tak payah call dah. Tak habis- habis nak jumpa Amylia. Macam tak ada kerja.

Sudahlah hari ni dia nak masuk office. Nak mulakan kerja sebagai COO di syarikat ayahandanya. Dia nak buktikan yang dia akan pulihkan maruah ayahandanya.

"Good morning, Along." sapa Amylia. "Lambat hari ni. First day pun dah lambat."

"Bagilah muka sikit, Along ni. Acu baru nak warm up." pujuk Amylia. "Whatever." Ryan menekan interkom dan mengarahkan Azrina untuk membawa Amylia ke office nya.

Jannah yang sedari tadi tak senang duduk. Bila suami tak cakap dengan isteri, memang dia gelabah. Dia tahu Ryan masih marahkan dia. Puncanya sebab si Hafiz tu la. Bodoh! Menyusahkan dia saja.

Next chapter