webnovel

BAB 5

"Kenapa miss? Miss okay tak ni?" riak muka Faiq yang masih lagi terkejut. Mahu pecah gegendangnya sekarang. Terlihat miss Farah memeluk tubuh.

"Kau buat apa?" Kening Faiq terangkat sebelah.

" Err kejut misslah. Miss tertidur tadi" Farah mengurut kepalanya. Pening pulak kepalanya bangun terkejut macam tu.

"Sorry sebab jerit tadi. Tolong angkat dokumen dekat belakang" handbag farah capai sebelum mengeluarkan botol minyak angin. minyak itu disapu ke permukaan kepalanya. Farah cuba sedaya upaya berdiri lalu berjalan masuk ke bangunan jauh di hadapannya. Jauhnya parking.

"JADI itu sahaja pasal projek ini. Ada apa-apa cadangan Dato? Mungkin kami boleh pertimbangkan dan ubahnya kemudian" tanya Farah. Tangannya setia berada di kepala. Pening yang teramat!

"Tak ada. Design yang direka dah cukup cantik. Saya rasa sangat berpuas hati. Kalau macam tu saya gerak dulu ye? Lepas ni ada lagi meeting lagi" Farah hanya mengganguk. Bibirnya mengukir senyuman. Tangan Faiq dan Farah mula menari mengemas dokumen.

Mereka berjalan keluar dari bangunan itu. Sebaik sahaja sampai di kereta, mata Farah sudah terpinar-pinar. Hampir dia jatuh tersungkur namun nasib baik dia sempat berpaut pada pintu kereta.

"Miss okay tak?" Faiq sudah panik melihat majikannya yang sudah mahu pengsan itu. Farah mengganguk.

"Miss nak pergi klinik dulu ke? Saya hantarkan "dahi Faiq sudah berkerut.

"Tak apa. Saya okay. Balik office je. Nanti saya okaylah" Faiq hanya mengikut arahan memecut laju kereta menuju ke office.

"Miss betul-betul okay ke?" sudah ke berapa juta Faiq tanya. fail bertukar tangan. Farah menggeleng lalu menghela nafas. Penat nak menjawab soalan itu untuk sekian kali. Mug dibawa ke mulut.

"Saya okay! Jangan tanya lagi. Penat saya nak jawab" Dia kembali melihat monitornya yang bercahaya. Faiq sudah keluar dari biliknya. Dalam beberapa saat, ketukan pintu memecah kesunyian.

"Masuk" Amir seorang yang diamanahkan oleh Farah untuk menjaga kewangan syarikat. Amir salah seorang kawan kolej kepada Farah dan Kamal.

"Hi miss Farah, jom lunch" Farah memandang Amir geram. Sudah kenal dengan perangai rakannya yang suka bergurau.

"Maaf ya untuk pengetahuan awak sekarang pukul 3:45 petang ye Encik Amir. Lunch hour dah lepas" mereka memandang antara satu sama lain. Dalam beberapa saat, mereka tertawa.

"Ada apa kau datang ni?" Farah tersenyum. Pandangannya kini beralih ke arah rakannya itu.

"Aku ada benda nak bincang" terjongket kening Farah. Satu dokumen dihulurkan. Farah mengambil dokumen tersebut. Riak mukanya masih lagi binggung.

"Aku rasa duit syarikat dah kena seleweng. Banyak duit yang keluar tapi aku tak pasti siapa yang buat. Aku dah check sistem. Semuanya okay. Duit yang kena seleweng bukan sikit Farah. Dekat 12 juta kita hilang" mulut Farah sudah melompong. Banyak.

"Pelik. Takkan tak ada bukti langsung" tangan Farah membelek dokumen itu. Keningnya berkerut.

"Aku pun pelik juga" tambah Amir

"Apa kata lepas kerja kita jumpa Kamal? Mana tahu dia boleh tolong. Dia kan hebat dalam benda-benda macam ni" Amir mengganguk saja. Tanda setuju. Malam itu mereka menuju ke rumah Kamal. Farah naik motorsikal, Amir naik kereta Honda dia

"Assalamualaikum! Kamal ohh Kamal!" serentak Farah dan Amir menjerit.

"Waalaikumusalam! korang ni kalau tak terjerit-jerit tak boleh ke?" bebel Kamal sambil membuka pagar rumah. Farah perasan muka Kamal sedikit cuak. Tapi kenapa? Namun Farah hanya bersangka baik saja.

Sorry sbb lama tak update story. sorry typo... btw kalau korang ada idea or pendapat bolehlah komen/ dm saya dekat ig

instagram: alya_izh

I tagged this book, come and support me with a thumbs up!

Aulya_creators' thoughts
Next chapter