Lamborghini Aventador berwarna silver menelusuri jalan raya di bandar itu dengan laju.Pemandu kereta mewah itu tidak peduli tentang sekitarnya.Jantungnya berdegup kencang bagaikan tiada hari esok.
Mata-mata awam kagum dengan kemewahan lelaki itu.
"Aku kena cepat jumpa Steven!"ujar Jeremy dengan cemas.Wajahnya saat ini tidak dapat menutup kecemasan wajah tampan itu.Sesekali lelaki itu memegang kepalanya yang berbalut kerana kesan luka akibat dipukul tempoh hari.
Akhirnya Jeremy Lee sampai di kediaman Hilderson yang megah bagaikan istana itu.Pintu kediaman itu dibuka secara automatik.Jeremy Lee masuk dengan tergesa-gesa dan memarkir kereta dan tiba -tiba sebuah motorsikal Ducati berwarna kuning berada disebelah Lamborghini Aventador milik Jeremy Lee.Pemilik Ducati itu tidak lain dan tidak bukan ialah Gerard Parkinson.Masing-masing turun dari kenderaan dan saling berpandangan antara satu sama lain.Wajah mereka menunjukkan riak tidak berpuas hati antara satu sama lain disebabkan hal tempoh hari.
"Kau buat apa kat sini,hah?"tanya Jeremy Lee.
"Suka hati aku lah,sial.Aku nak jumpa Tuan Steven.Kau pahal!"balas Gerard dengan geram lalu memberikan pandangan muak kepada Jeremy Lee.Saat ini dia sungguh benci dan geram melihat wajah lelaki itu.
"Hoi,hoi,hoi!Apesal bising-bising depan rumah aku ni,hah?!"Steven Hilderson muncul secara tiba-tiba di hadapan mereka.Riak wajahnya sungguh murka dengan dua orang dihadapannya yang sedang membising.
Jeremy Lee dan Gerard Parkinson diam seribu bahasa saat itu.Masing-masing tidak berani bersuara saat itu.Mana tidaknya,lelaki yang berdiri dihadapan mereka merupakan orang paling berkuasa dan terpengaruh dalam sisi gelap negara itu.Bahkan polis negara itu turut tunduk dan patuh kepada Steven Hilderson kerana kekuasaannya yang paling gah.Ini kerana Mafia Hilderson atau Mafia Golden Dragon antara salah satu terkuat antara Mafia Black Cobra dan Mafia Blue Moon.
Ketiga-tiganya menjadi yang terkuat dan terpengaruhi dalam industri gelap.Namun,Mafia Blue Moon tidak pernah terlalu mencolok dan misteri.Bahkan anggota mereka kurang sering menonjolkan diri namun kemegahan mereka amat di luar jangkaan dan ditakuti.Mafia ini bagaikan harimau yang sedang menunggu mangsanya.Ketua mereka yang dipanggil Esme atau Dark Moon tidak pernah menunjukkan wajah sebenarnya.Dia sering memakai topeng untuk menutup wajah sebenarnya.Khabar angin mengatakan dia seorang wanita cantik dan sekali gus seorang yang kejam. Namun begitu,ramai gengster berurusan dengannya.
"Steven,aku nak minta tolong dengan kau!"ujar Jeremy Lee tanpa aba-aba.Gerard Parkinson yang berada disebelahnya menoleh ke arah Jeremy Lee.
"Kau nak apa, Remy?"tanya Steven sambil menyesap rokok lalu menghembuskannya semula.Asap bertebaran di kawasan itu.
"Aku nak kau selamatkan,Selena Rosellea Parker,pelajar perempuan sekolah aku!Dia kena culik!"
Setelah mendengar jawapan dari sepupunya itu,Steven mengangkat kening kirinya dan menghentikan hisapan rokoknya lalu menghembuskan asap rokok dengan perlahan-lahan lalu dia berjalan ke arah sofa empuk berwarna abu-abu. Dia tahu perkara yang dibicarakan Jeremy Lee adalah tentang wanitanya.
"Kau berdua duduk,"arah Steven Hilderson yang sedang duduk dengan maskulin di tempatnya.
Jeremy Lee dan Gerard Parkinson dengan patuh mengambil tempat mereka dan duduk di sofa empuk berwarna abu-abu itu.
"Dia dah selamat,"ujar Steven Hilderson.
"Huh?Se,selamat?Si,siapa?"Jeremy Lee tergamam seketika.Dia tidak faham dengan situasi saat ini.Bagaimana sepupunya itu tahu gerangan Selena Parker yang terang-terang tidak pernah ditemui oleh lelaki itu.
"Selena Rosellea Parker,"
"Dia ada kat bilik aku sekarang,"sambung Steven Hilderson.
Jeremy Lee dan Gerard Parkinson terkejut.
Jeremy Lee bangun dengan segera dari tempatnya.
"Macam mana dia ada kat bilik kau?"tanya Jeremy Lee dengan tegas.
"Gerard,kau tak bagitahu Remy ke?yang Selena Rosellea Parker tu,...wanita aku?"mata coklat Steven Hilderson memandang ke arah Gerard Parkinson dengan dalam. Tatapan mata itu bagaikan renungan dewa maut bagi Gerard.
Jeremy Lee terkejut mendengar balasan Steven Hilderson itu. Wa,wanitanya,Wanita Steven?Jeremy Lee berlari menaiki tangga menuju bilik Steven Hilderson dan mendapati gadis itu sedang tidur dengan nyenyak.Dia ingin masuk ke dalam namun di cegah Steven yang datang tiba-tiba.
"Dia tengah tidur,baik kau jangan kejut dia, Remy."Jeremy Lee menghentikan tindakkannya dengan segera lalu beredar dari kediaman itu.Sejujurnya dia sungguh kecewa saat ini.Dia mengunjungi kediaman Hilderson untuk meminta bantuan sepupunya untuk menyelamatkan Selena tapi mendapat berita yang mengecewakan hatinya saat ini.
"Haih orang muda sekarang,"Steven Hilderson memandang Jeremy Lee beredar dan sesekali menyesap rokok mahal yang ada di sela jarinya itu.Dia memberikan senyuman miring.Dia dapat rasakan bahawa sepupunya yang berhati batu itu telah jatuh hati terhadap Selena Rosellea Parker.
'Rupanya si Jeremy ni tak tahu siapa si Selena kepada Tuan Muda Steven,padahal diorang ni saudara,'ujar Gerard Parkinson di benaknya.Setelah mengetahu khabar bahawa Selena telah selamat,dia beredar dari kediaman mewah nan gah itu.
.
.
.
Lamborghini Aventador itu meluncur laju membelah jalan raya menuju ke suatu tempat.
Jeremy Lee merasa jantungnya seakan ditikam dan dihiris pisau belati.Sakitnya membuatkan dirinya hilang kendali.
Dia memandu dengan laju dan amarahnya memaksa dirinya untuk bertindak seperti ini.
"Sreettt!"Jeremy Lee membrek kereta mewah itu dengan mendadak.Wajahnya memerah kerana terlalu murka.
"Tak guna betul! Tak guna sial!"Jeremy Lee menumbuk steering kereta yang beberapa kali.
'Nampaknya aku dah suka Selena,tapi dia milik Steven?Kenapa perlu Steven?Kenapa?!Kenapa benda ni berlaku tiba-tiba?'
Jeremy memukul steering keretanya lagi.Dia tidak dapat menyembunyikan perasaannya lagi.Dia cintakan Selena.
"Pertama kali aku nampak kau,aku dah sukakan kau,aku cuba nak dekat dengan kau,"ujar Jeremy Lee.Wajah Selena muncul di benaknya.Detik-detik mereka bersama turut muncul.
"Aku ingat ni mimpi,tapi realiti yang pahit.Pahit untuk terima rupanya kau wanita sepupu aku."Jeremy Lee teringat akan hari dia melihat kereta Mercedes Maybach Exelero milik Steven Hilderson yang berada di sekolahnya tempoh hari.Yang diincar sepupunya itu ternyata Selena.
.
.
.
Mentari pagi telah memunculkan dirinya.Cahaya redup memasuki bilik menyapa wajah nan indah Selena yang masih dibuai mimpi itu.
Selena tersedar dek cahaya matahari yang membelai wajah.Pupil biru pudar itu memancar indah tatkala itu menunjukkan keindahannya.
"Ahh,dah pagi rupanya...,"Selena berjalan ke arah balkoni sambil membetulkan rambut yang agak serabai setelah bangun dari tidur yang panjang.Sesekali dia mengusap mata untuk mencerahkan lagi pandangan yang kabur.
Pintu dikuak dari luar.
"Sel-"Steven ingin memanggil gadis itu namun dengan segera menghentikan aksinya.Jantungnya bergerak laju apabila melihat gadis itu di balkoni.
Cahaya mentari menyentuh wajah indah nan polos itu menampakkan lagi keserian wajah gadis itu dengan padanan gaun Ralph Lauren di badannya.
Perlahan-lahan Steven Hilderson berjalan mendekati Selena.
"Selena, you're so beautiful,baby girl,"Steven memeluk Selena Rosellea Parker dari belakang.
Aksinya itu mengejutkan gadis itu.
Hembusan nafas Steven Hilderson di lehernya menerpa lembut menyentuh kulitnya.Jantungnya bagaikan ingin tercabut dari tempatnya.Raganya seakan terhenti saat ini.Pelukan Steven Hilderson terasa hangat.
Steven Hilderson mencium lembut leher Selena yang mulus itu. Aksinya menjadikan wajah Selena mambahang malu.Selena Rosellea Parker terkaku.
"I will make you mine today,baby girl,"ujar Steven dengan suara tampannya itu.
Dia menarik Selena ke katilnya.
"Tu,Tuan?"
"Shhh,baby girl.I can't control it anymore today,..."balas Steven.Kancing kemeja dilepaskan satu persatu.
"Tak,tak nak,Huhuhuhu,"
Steven merenggut tangan Selena lalu ditekapkan di atas kepala sang gadis.Dia mendekatkan wajahnya dengan Selena untuk mencium si Selena.Gadis itu meronta-ronta di pegangan Steven.
"Tuan,saya tak nak ni,huhuhuhu"tangis Selena memenuhi ruangan itu.Air mata membasahi pipi mulus itu.Mata biru itu sedikit memerah kerana tangisannya itu.
Dengan tiba-tiba Steven menghentikan aksinya.Dia melepaskan pegangan tangan Selena.Gadis itu menangis teresak-esak.Dia cuba menyentuh kepala si gadis namun ianya terhenti di situ.Dia bangun dari tempatnya lalu duduk di sofa dalam bilik itu.
"Apa aku dah buat ni?"Steven memegang kepalanya.Merasa tidak percaya apa yang dilakukannya saat ini.
Selena bangun lalu keluar dari ruangan itu lebih tepatnya dari kediaman Steven Hilderson.Dia tidak mahu berada di situ lagi.Perlakuan dari Steven membuatnya merasa hina.
.
.
.
Psst, comments are free!!!