webnovel

BAB 30:

Tengku Adrian... p.o.v

Hari demi hari berlalu, sedar tak sedar dah seminggu aku menjaga dia kat hospital. Tolong la sedarkan diri Ireka! Aku rindu nak dengar suara kau!

Aku menggenggam erat tangan Eka and menyembamkan mukaku di tangannya.

"Tolong bangun ireka! Aku dah tak sanggup tengok keadaan kau macam ni." Bisik ku.

"Aku janji, bila kau dah sedar nanti, aku takkan sakitkan hati kau dah. Aku janji." Rintih ku.

Tiba-tiba, tangan seseorang menyentuh bahu Tengku Adrian.

"Dah la tu Adrian! Biar mama pulak yang jaga dia, Adrian balik la, nanti Adrian pulak yang sakit." Arah mama dengan suara yang lembut.

"Takpe, ma." Ucapku.

Ireka... p.o.v

"Em, um..."

"Ireka! Ireka sayang! Bukak mata kamu!" Arah mama.

"Adrian pergi panggil doktor." Ujar Adrian and terus berlari keluar.

"Bukak mata kamu Ireka! Mama rindu anak mama!" Rayu mama.

Tengku Adrian and doktor pun masuk.

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Aku memandang semua orang dengan wajah blur.

"Finally! Kau dah bangun pun!!" Jerit Tengku Adrian dengan teruja dan memeluk aku.

"Kau sape?" Soalku. Tengku Adrian tersentak and meleraikan pelukan.

"Kau tak ingat aku? Aku Tengku Adrian!" Ujar Tengku Adrian dengan airmata bertakung di kelopak mata.

"Eka ingat mama tak?" Soal mama.

Aku melihat kearah mereka dengan hairan.

"Cik Ireka mengalami amnesia. Disebabkan kepala dia terhantuk dengan kuat, dia lupa ingatan." Terang doktor. Tengku Adriab terasa seperti lemah longlai. Dia jatuh terduduk.

"Ya Allah!" Ucap mama dan menekup mulutnya sambil menangis.

"Korang sape?" Soalku dengan blur.

"Aku sape?" Soalku.

"Nama awak ireka, Nur Ireka. And i'm your mother. Call me mama." Terang mama. Aku mengangguk tanda faham.

"Dia tu sape mama?" Soalku.

"Saya tunang awak. Nama Saya Tengku Adrian." Jawab Tengku Adrian.

Terkejut beruk aku dibuatnya. What? Tunang???

"Tunang?" Soalku.

"Kenapa saya tak ingat tak ape ape?" Soalku dengan bingung. Aku mencuba untuk mengingati kembali tetapi gagal. Kepala aku terlalu sakit. Aku memegang kepala aku kerana sakit.

Tengku Adrian mencuba mendekati aku. Aku menepis tangannya.

"Don't touch me!" Marahku.

Tersentak Tengku Adrian. Kenapa ireka yang sekarang jauh berbeza dari ireka yang dulu?

"Seeloknya kita bagi Ireka rest dulu." Ujar doktor itu. Mereka mengangguk dan keluar dari situ. Tinggallah aku seorang disitu.

Aku merenung ke arah tingkap.

"Kenapa aku tak ingat langsung? Kenapa aku just ingat are sorang lelaki yang sepak aku and tengking tengking aku? Kenapa aku tak cam wajah orang tu?" Bisikku perlahan.

Setelah beberapa jam...

Tengku Adrian masuk ke dalam bilik wad aku.

"Ireka!" Panggil Tengku Adrian.

"Ape awak nak ni? Keluar lah!" Marahku.

"Ireka! Saya ade bawak makanan ni untuk awak." Ujar Tengku Adrian dengan senyuman manis.

"Saya taknak makan!" Balas ku.

"Ni, favourite awak, tomyam. Awak tak ingat ker dulu saya pernah masakkan tomyam untuk awak?" Soal Tengku Adrian.

"Saya tak ingat. And saya tak nak ingat." Balasku.

"Kenapa awak macam marahkan saya ireka?* Soal Tengku Adrian.

"Sebab saya tak suka awak." Balasku.

'Mungkin ini ujian untuk aku, mungkin ini hukuman untuk aku. Nak taknak aku terpaksa telan, demi kau ireka. Aku berjanji dengan diri aku yang aku takkan sakitkan kau lagi.' bisik hati Tengku Adrian.

"Dah la weh!!! Saya taknak makan! Pergi buang jer la makanan tu!" marahku.

"Ireka, hey, jangan la macam ni. Saya masak khas untuk awak." Pujuk Tengku Adrian.

"Saya dah kenyang la! Ade orang dah bagi makanan kat saya tadi. Dia handsome." Ujarku.

"Sape?" Soal Tengku Adrian.

"Idham." Jawabku.

Kening Tengku Adrian berkerut. Dia hampir nak tengking Ireka.

'Sabar Adrian! Sabar!' Bisik hati Tengku Adrian.

"Macamana awak boleh kenal dia?" Soal Tengku Adrian dengan lembut.

"Dia bagitau saya tadi. Dia kelakar la. Saya happy gila masa borak dengan dia tadi." Ujarku dengan girang.

Terasa seperti sesuatu yang tajam menikam nikam hati Tengku Adrian. Seperti dicarik-carik.

"Awak suka dia?" Soal Tengku Adrian sambil tersenyum paksa.

"Yer, dia kelakar." Jawabku.

"Saya tak kelakar ker?" Soalnya. Ape kejadahnya soalan tu?

"Entah." Balasku.

Tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya.

Aku memandang ke luar tingkap. Entah kenapa hati aku terasa rapuh apabila melihat hujan itu turun membasahi bumi.

"Awak ingat tak?" Soal Tengku Adrian yang memandang ke arah tingkap.

"Ingat ape?" Soalku.

"Masa tu hujan lebat sangat, kita terperangkap dalam hutan. And masa tu jugak la kita meluahkan perasaan sesama sendiri." Jawab Tengku Adrian and air matanya mengalir dengan laju.

"Saya tak ingat. Betul ke saya ni tunang awak?" Soalku menginginkan kepastian.

"Yes, eka. Awak tunang saya." Jawabnya.

"Tapi kenapa Saya rasa macam saya takde perasaan langsung pada awak?" Soalku dengan hairan.

"Ireka sayang! Suatu hari nanti, bila awak dah sedar dari semua ni, awak akan tahu betapa besarnya nilai cinta kita." Jawabnya.

Kami bertentangan mata. Aku mencari kebohongan di matanya.

"Sebesar mana nilai cinta kita?" Soalku.

Dia tersenyum.

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik diketuk.

Terpampang wajah Ecah, Yaa, Yahh, Ash, Irshad, Rykal, Zaff, Shawn and Aizat.

"Masuk!!" Arah Tengku Adrian.

"Eka!!!!" Jerit Ecah dan terus memeluk aku.

"Sape awak?" Soalku

Tengku Adrian dah menundukkan kepala.

"Kau tak kenal aku eka?" Soalnya.

"Eka amnesia." Jawab Tengku Adrian.

"HAH?!" Jerit mereka serentak.

"Eka! Kau tak ingat aku ker?" Soal yahh kepada ku.

"Tak, saya tak kenal awak." Jawabku.

"Cuba kau ingat balik, eka. Aku yahh," Ujar yahh dan airmatanya bertakung di kelopak mata.

"Yahh? Aku tak kenal kau." Soalku dengan hairan.

Terus kelu yahh disitu. Yahh memandangku dengan wajah yang tidak dapat ditafsirkan.

"Sabar, yahh. Kiter takleh nak marah kat dia, dia memory lost. Macam dengan handphone kiter tu kan, bila dah format, everything kosong. Kosong." Ujar yaa dengan lembut.

Yahh terus memeluk yaa.

Diorang memandang aku dengan simpati.

Mereka pun memperkenalkan diri masing-masing.

Tiba-tiba, Delen melutut di atas lantai.

"Maafkan aku, Eka. Aku tuduh kau macam-macam sebelum ni. Aku menyesal eka! Tolong maafkan aku!" Rayu Delen. Aku memandangnya dengan wajah blur.

"Teruk sangat ker salah awak kat saya?" Soalku.

Dia mengangguk.

"Korang dah habis cakap kan, so get out!" Arahku. Entah kenapa aku rasa macam mood aku swing. Lain pulak kalau idham ade.

Mereka memandang ke arah Tengku Adrian.

"Aku tahu, dia dah berubah." Jawab Tengku Adrian dengan kesal.

"Dah la! Keluar! Saya nak rest!!" Jeritku. Tersentak diorang. Mana ireka yang dulu? Mana ireka yang periang dulu? Yang tak pernah tengking diorang!

Mereka pun bergegas keluar dari bilik.

"Salah ker ape yang aku buat? Kalau aku yang dulu, aku buat ape erh? Penting sangat ke diorang pada diri aku yang dulu?" Bisik ku perlahan.

"Aku dah tak boleh!" Raung Ecah.

"Aku pun tak boleh!!" Raung Yahh.

"Aku rindu ireka yang dulu! Mana dia!?" Raung yaa.

"Aku pun rindu dia." Ucap Tengku Adrian.

"Aku yakin, ni bukan ireka. Kau tak check ke kalau kalau ireka ade kembar?" Soal delen.

"Kembar kepala otak kau!" Balas Rykal.

Tiba-tiba,.

"Macamana? Ireka ingat korang tak?" Soal Abang Airel yang baru tiba.

"Tak." Keluh mereka.

Abang Airel memandang Tengku Adrian yang mata sudah berkaca.

abang Airel pun berjalan menghampiri dia.

"Kau okey?" Soal abang Airel.

"Dia tak ingat aku bang!" Raung Tengku Adrian.

"Dia benci aku!" Ucap Tengku Adrian.

Abang Airel terus memeluk Tengku Adrian.

"Dah! Jangan nangis! Satu hari nanti dia akan ingat balik! Percayalah cakap abang." Pujuk Abang Airel dan tersenyum nipis.

"Terima kasih bang. Tiber aku teringat abang kandung aku. Kalau dia ada lagi, pasti dia akan support aku macam ni jugak." Ujar Tengku Adrian.

"Hey! Anggap la aku ni macam abang kandung kau. Kita kan cousin." Ujar Abang Airel.

"Kita semua kena tolong Ireka untuk kembalikan ingatan dia semula. Insyaallah dia akan ingat balik." Ujar Abang Airel.

"Kami janji kami akan cuba sedaya upaya." Ujar Ash.

Tiba-tiba,

"Hai!" Sapa Idham.

Tengku Adrian terus mencengkam kolar baju Idham.

"Kau buat ape kat sini sial?" Marah Tengku Adrian.

"Relax la wei. Aku nak lawat Ireka." Ujar Idham dan membuat muka tidak bersalah.

"Aku tak benarkan kau masuk!" Marah Tengku Adrian.

"Dahlah tu Adrian!" Arah Abang Airel.

Tengku Adrian memberi renungan tajam kepada Idham dan melepaskan genggamannya.

"Ingat! Aku tak habis lagi dengan kau!" Pesan Tengku Adrian.

Idham pun terus masuk ke dalam bilik wad aku.

"Hai!" Sapa Idham.

"Idham!!!" Jeritku.

"Yes, i am." Jawabnya.

"Saya ade bawakkan makanan untuk awak ni. Makan la." Ujarnya.

"Wah!! Sedapnya!" Balasku.

Semua orang memandang aku dengan terkejut.

"Tadi aku ajak makan, bukan main lagi kau cakap kenyang la, ape la. Last last bila mamat gila tu ajak makan, bukan main lagi." Bisik Tengku Adrian perlahan.

"Sabar, Adrian! Kau kena bersabar kalau nak tengok Ireka kembali kepada normal." Ujar Shawn dan menggosok belakang Tengku Adrian.

Usai aku makan,

"Awak handsome la." Pujiku dan aku melihat wajahnya.

Idham menggaru belakang kepalanya kerana malu.

Tengku Adrian membuat wajah meluat. 'Handsome kat celah mane? Aku lagi handsome la wei.' Marah Tengku Adrian di dalam hati.

"Mana ade, biasa aje." Balas Idham.

Tengku Adrian pun meniru percakapan Idham,

"Mane ade, biasa aje." Secara perlahan 😂

"Tunang awak lagi handsome kot." Perli Idham.

Aku memandang Adrian dengan menyampah.

"Handsome kat celah mana?" Soalku.

Tengku Adrian membuat wajah tidak percaya. Selama dia hidup, ni first time perempuan cakap dia tak handsome.

"Hello! Cik ireka! Kat luar sana berpusu-pusu perempuan nak kat saya, and awak cakap saya tak handsome? Nonsence!" Ujar Tengku Adrian.

"Erk, tu perempuan lain. Not me." Balasku.

"Tapi awak nak tahu tak dulu kan, awak yang ngorat saya, awak yang start bagitau saya yang awak sukakan saya. Pastu ajak kahwin." Ujar Tengku Adrian dan tersenyum mengejek.

"Oh! Tu sebab saya buta kut. Sepatutnya saya jatuh cinta kat idham." Ujar ku dan tersenyum ke arah Idham.Idham membalas dengan senyuman.

Terkedu Tengku Adrian dibuatnya. Kalau ikutkan nak jer dia marah eka, tapi, dia kena belajar untuk control baran dia.

Tengku Adrian pun merenung Idham seperti ingin menumbuk dia. Idham tersenyum sinis.

Next chapter