"Haa! Citer! Macamana dari kisah Tengku Adrian boleh melenting and macamana kau kena dengan heret dengan dia masa kat kelas tadi." Arah Ecah.
"Macam ni-"
"Wei korang! Aku tak sabar la nak tunggu habis exam. Ape kata kiter pergi belajar luar negara? Best jugak kan?" Soal Ash yang baru keluar dari bilik air.
Aku sebak dengan kata-kata Ash. Memang takleh la aku nak ikut diorang nanti. Aku dah jadi isteri orang nanti! Mata ku berkaca.
"Kau okey tak ni Eka?" Soal Yahh dengan gelisah.
"Aku nak pergi jugak!!!" Jeritku.
"Pergi mana?" Soal Yaa.
"Pergi belajar luar negara dengan korang!" Jerit ku.
"Aik! Aku ade cakap kau takleh pergi ke tadi?" Soal Ash dengan hairan. Lain betul kawan dia sorang ni hari ni.
"Huaaaa!!" Aku meraung. Melepaskan kesedihan aku. Kawan-kawan aku terus datang kepada aku,
"Kau okey tak ni?" Soal Yahh dengan risau.
"Aku kena kahwin tahun ni." Ujarku dengan sedih.
"WHAT?? KAHWIN?!" Soal mereka serentak.
"Hah? Dengan sape? Kenapa cepat sangat? Kitorang kenal ker orang tu?" Soal Yaa bertubi-tubi.
"Dengan cousin aku, aku kena kahwin sebab hal keluarga aku dengan keluarga angkat cousin aku. And yes, korang kenal sepupu aku tu." Jawab ku dengan sedih.
"What? Semua ni tak masuk akal! Kiter baru form five Eka! Asal awal sangat?" Soal Ash dengan kesian.
"Kau jangan la tanya banyak kali! Aku dah cakap kan ade masalah family!!" Raungku.
"Eh engkau ni Ash! Kang kena histeria si Eka ni!" Marah Yaa kepada Ash.
"Hehe. Yer tak yer jugak. Sorry." Ucap Ash.
"Tadi kau cakap kitorang kenal kan sape cousin kau tu, so, sape dia?" Soal Yahh.
"Korang janji jangan bagitau orang lain tau." Pesanku.
Mereka mengangguk.
"Tengku Adrian." Jawabku dengan perlahan.
Ternganga luas mulut diorang. Keadaan sunyi buat seketika.
KRIK! KRIK! KRIK! KRIK!
"Kenapa korang diam?" Soal ku dengan hairan.
"Sekarang aku dah faham. Dia backup kau tadi sebab kau future wife dia?" Soal Ecah.
"Entah." Jawabku.
"Kau tak cakap pun yang dia cousin kau!" Ujar Yaa.
"Aku pun baru tahu masa cuti 3 hari, hari tu." Jawabku.
"Orang yang kau benci sangat sangat tu your future husband? Seriously?" Soal Ash dengan terkejut beruk.
"Oh my god!" Ucap Ecah dengan terkejut.
"Korang tak payahlah nak terkejut sangat. Aku yang nak kahwin ni pun lagi terkejut daripada korang. Pastu lagi satu masalah, dia nak berkahwin terus, dia taknak tunang tunang." Ujarku dengan sedih.
"WHAT?!" Soal Diorang serentak.
"Wei! Kalau aku jadi kau kan! Aku happy giler wei! Sebab boleh kahwin dengan salah satu geng seven tu! Lagi-lagi Tengku Adrian, dia kan jenis tak layan perempuan, asyik dingin aje dengan perempuan. Last last kau yang kahwin dengan dia." Ujar Ash.
"Happy kepala otak kau! Kalau setakat handsome, takde persefahaman lansung antara kitorang, memang takleh blah jugak!"Marah ku.
"Alahh, lepas kahwin nanti berubah la perangai dia, mana la tahu lepasni dia annoying tapi sweet." Sakat Yahh.
"Mengada la kau ni yahh!" Ujarku tersimpul malu.
"Ha! Blushing dah! Elok la macam ni! Berseri-seri wajah kawan aku ni bila dah nak kahwin." Sakat Yahh.
"Bila kau nak kahwin?" Soal Ecah.
"2 bulan depan." Jawab ku.
"Good! Aku nak pergi jugak!" Rengek Ecah.
"Boleh! Kalau korang takde aku taknak kahwin." Balas Ku.
"Ha! Aku tahu! Macamana kalau aku lari masa majlis perkahwinan kitorang nanti?" Soal ku
"Eh engkau! Jangan buat gila! Nanti tak pasal-pasal jadi benda lain pulak." Marah Yaa.
"Hum, tapi kan, aku pelik la. Tengku Adrian tak pernah ada girlfriend sebelum ni, kenapa erk? Jenis tak minat perempuan ke macamana?" Soal ku.
"Haaa!!!! Jangan-jangan dia gay!" Jerit Yahh.
Terlopong luas mata kitorang. What? Gay?!
"Kau biar betul Yahh!" Ujarku dengan curiga.
"Kalau dia gay, takde la dia terima perkahwinan kitorang." Ujarku.
"Betul! Cuba kau tengok, dia asyik berkepit dengan geng seven aje! Pastu kan, dia kahwin dengan kau sebab nak tutup daripada orang ramai yang dia sebenarnya gay!Jangan-jangan geng seven tu semuanya gay?" Soal Yahh.
"Cakap tu elok sikit Yah! Boyfriend aku tak macam tu!" Marah Yaa.
"Betul tu Yaa! Kau jangan Yahh! Kang kena jugak kau dengan aku!" Marah Ecah.
"I'm serious!" Tegas Yahh.
"Eh! Aku nak test la! Sama ada dia gay atau tak, aku nak goda dia!" Ujarku.
"What? Goda? Kau biar betik? Nak goda harimau tu?" Soal Ash dengan terkejut.
"Yer la, alah, bukan nak goda tergedik-gedik sangat. Biasa biasa aje." Ujarku.
"Good!" Ucap Yahh.
Ecah, Yaa dan Ash menggeleng kepala apabila mendengar rancangan gila aku dengan Yahh.
"Erh korang! Aku lapar la! Jom pergi cari makanan kat bawah." Ajakku
Yahh dan Yaa mengangguk.
"Korang pergi dulu, nanti aku and Ash menyusul." Ujar Ecah.
Aku, Yaa dan Yahh mengangguk kepala, menandakan setuju.
Sedang kami berjalan, ada sekumpulan lelaki lepak kat tangga.
"Hai! Meh sini! Nak borak-borak dengan abang!" Ajak salah seorang daripada mereka.
"Takde maknanya nak borak dengan manusia takde masa depan macam kau ni!" Marah Yaa.
"Aku dah usha kau lama dah budak baru. Tak sangka pulak kiter dipertemukan di sini. Kalau jodoh tak ke mana." Ujar Salah seorang daripada mereka.
"Tepi! Aku nak lalu!" Arahku dengan bengang.
Diorang pun mengepung kitorang. 4 kat belakang, 4 kat depan. Kitaorang ade kat tengah.
Salah seorang daripada mereka mengheret tangan aku.
"Jom la borak-borak." Ajaknya dengan senyuman nakal.
'Oh god! Help me! Harap-harap ade orang datang Selamatkan aku!' Jerit ku didalam hati.
"Lepasla!" Bentakku.
"Woi! Lepas kan dia!" Jerit Yaa.
"Kalau tak cik adik nak buat apa?" Soal lelaki itu.
"TOLONG!" Jerit ku dengan kuat.
Lelaki itu terus menekup mulut aku.
'Tengku Adrian! Help me! Aku perlukan kau sekarang!' Teriak ku didalam hati.
"Hey! Kenapa nangis ni? i bukan nak buat apa-apa pun." Ujar lelaki itu bersama sengihan mengejek. Aku memukul mukul lelaki itu supaya dia memberi laluan. Tetapi tak berkesan, lelaki ni makan ape ehh kuat sangat ni?
Kebetulan pada masa itu, doa Ireka dimakbulkan dan geng seven ingin menaiki tangga.
Terkejut sekumpulan lelaki itu.
"Tengku Adrian!" Jeritku.
Tengku Adrian memandang ku dengan terkejut. Berdesup laju darah dia apabila ada lelaki yang merangkul bahu aku.
"APE KORANG BUAT NI HAH? LEPASKAN DIORANG!" Jerit Tengku Adrian. Mereka pun melepaskan Yaa and Yahh. Tetapi bukan aku.
"LEPASKAN DIA!" Jerit Tengku Adrian dengan bengang.
Lelaki itu masih memegang aku. Tak nak lepaskan.
Tengku Adrian pun terus berjalan ke arah Lelaki itu dan menghayunkan penumbuk yang kuat kepada lelaki itu sehinggakan dia jatuh terduduk.
Tengku Adrian pun mengheret tangan aku dengan laju. Aku berada di belakang dia.
"KAU JANGAN SESEKALI DEKAT DENGAN IREKA! KALAU TAK! NAHAS KORANG SEMUA" Tengku Adrian memberi amaran dengan suara yang kuat. Sekumpulan lelaki itu terus beredar dari situ.
"Kau okey?" Soal Tengku Adrian.
Aku mengangguk.
Yaa, Yahh and geng seven ternganga mulut. 'Sejak bila pulak si Tengku Adrian jadi caring semacam ni?' Bisik mereka didalam hati.
"Terima kasih." Ucapku.
Dia mengangguk. Kami bertentangan mata.
'DUP! DAP! DUP! DAP!' Jantung kami berdetak kencang.
Tengku Adrian pun berlalu pergi.Geng Seven pun mengekori Tengku Adrian dengan terpinga-pinga.
"Kenapa korang ternganga ni?" Soalku dengan hairan.
"Sejak bila dia macam tu? Dia annoying tapi sweet." Soal Yaa dengan teruja.
"Eh, elok sikit. Bakal suami aku tu." Ujarku dengan bangga.
Yaa menaikkan matanya ke atas. Dah start dah perangai annoying ireka ni. Berjangkit dengan bakal suami la tu...
Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi kan guys?😜