webnovel

Bah. 12 : Siapa...?!

Amir menaiki kereta yang dipandu pembantu peribadinya yang menjemput di pintu masuk hospital itu. Fikirannya bercelaru seketika. Sejak kebelakangan ini, dia merasakan ada sesuatu yang aneh tentang ingatannya.

"Dari first time aku jumpa ayah Aisyah tu, kenapa aku rasa dia familiar?" omel Amir sendirian yang duduk di kerusi penumpang di sisi kerusi pemandu.

"Tapi kenapa sampai sekarang aku tak boleh nak cam siapa dia? Aku rasa aku kenal tapi kenapa aku tak boleh ingat," sungut Amir dalam fikirannya.

"Otak aku memang bebal, ke?" soalnya lagi dalam hati.

"Wei, Rose! Kau rasa aku lembap, ke?" tanya Amir tiba-tiba kepada pembantunya itu.

"Nak jawapan jujur atau yang menjaga hati?" soal Rose kembali dengan dua pilihan jawapan yang diinginkan oleh Amir.

"Jujur!" jawab Amir pantas.

"Secara overall, kau kena akui kau memang lembap pasal semua benda." Rose memberikan jawapan jujurnya.

"APA?!" bentak Amir yang seolah tidak percaya saat mendengar jawapan Rose itu.

"Tapiiii.... kau hebat pada satu benda ni je. Musik. Kau musik genius. Itu dah cukup untuk kau. Tak ada siapa boleh sangkal satu benda ni," sambung Rose lagi sebelum Amir sempat memarahinya.

"Tahupun," ujar Amir yang bangga dengan kebolehannya itu.

"Tapi tu lah. Bab hal lain memang kau slow. Tapi it's okay selagi aku ada bos will be fine," ujar Rose dengan sinis tapi beralas.

Amir memuncungkan bibir kerana gemas dengan pendapat Rose tentang dirinya.

"Berani kau sekarang, eh! Baru jadi assistant seminggu, dah pandai kau describe aku macam-macam." Amir mengomel bengang akan pembamtunya itu.

"Apa? Bos yang tanya, aku tolong jawabkan je." Rose merenget kerana rasa dianiayai.

"Fine," ujar Amir yang mengalah.

"Pasal apa, Bos Besar panggil kita masuk office tiba-tiba ni?" soal Amir yang cuba mengalihkan topik perbualan mereka.

"Rasanya pasal proposal bos tentang album baharu tu," jawab Rose yang masih fokus kepada pemanduannya.

"So, dia dah dengar demo single yang aku pass hari tu, ke?" tanya Amir yang kelihatan sedikit teruja.

"Maybe. Sebab tu dia call kita, masuk office." Rose menjawab dengan selamba.

Mereka tiba di pejabat agensi mereka dan memasuki suatu ruangan pejabat. Sebuah musik sedang dimainkan memenuhi ruangan itu dan seseorang sedang menikmati lagu itu sambil melihat ke pemandangan di luar jendela kaca itu.

"Macam mana bos? Okey, tak, lagu ni?" soal Amir yang menyapa gerangan yang sedang menikmati musik itu.

"Amir, aku sukakan lagu ni. The vibe. Seriously different... dari lagu-lagu kau sebelum ni," puji gerangan yang dipanggil sebagai bos oleh Amir itu.

"So, bos sukakannya? Aku ada beberapa lagi lagu baharu yang aku compose. So, aku boleh keluarkan full album, ke, kali ni?" tanya Amir dengan penuh keterujaan terserlah di wajahnya.

"Yang tu, kau boleh discuss dengan producer. Maybe Kong," ujar bos yang telah menunjukkan komitmen akan penghasilan album baharu untuk Amir itu.

"Serius?" soal Amir yang tidak mempercayai hasratnya akhirnya tercapai jua.

"Ya. Don't disappointed me," ujar bos yang cuba menyakinkan Amir akan amanatnya itu.

Next chapter