Amir melihat keakraban antara Hakim dan Aisyah yang sangat mesra antara satu sama lain membuatkan dia berasa terkilan saat mengenang mereka berkata mereka hanya berteman. Dia mendekati mereka dan berpura-pura berselisih bahu dengan Hakim.
"Sorry, mas!" ucap Amir yang berdalih.
"It's okay," balas Hakim saat mengamati gerangan yang melanggarnya.
"Eh, Amir, kan?" soal Hakim sebaik mengecam gerangan itu.
Amir berpura-pura kebingungan dan tidak mengecam mereka lalu berkata, "Kalian macam familiar? Kita pernah jumpa, ke?".
"A~~! Kalian yang membantu aku tadi. Tak sangka jumpa kalian lagi," ujar Amir bersahaja.
"Macam tak happy je jumpa dengan kami lagi," seloroh Aisyah.
"Taklah. Cuma tak sangka. Banyak-banyak tempat kat Bali ni, kita jumpa lagi kat sini." Amir berkongsi pemikirannya mengenai pertemuan mereka itu.
"Kan," balas Aisyah yang bersetuju dengan kata-kata Amir itu.
"By the way, kau solo traveller, ke?" soal Hakim sebaik menyedari Amir sendirian.
"Haah," balas Amir.
"Kalau aku join kalian, boleh?" soal Amir lagi.
"Aku tak kisah. Aisyah, kau okey, ke?" jawab Hakim yang kemudian meminta kepastian dari Aisyah.
"Okey je. Lagi ramai lagi meriah," ujar Aisyah..
Mereka rancak berbual sepanjang bersiar-siar di kawasan sawah tersebut. Walaupun baru berkenalan, sikap nakal Amir yang suka mengusik Aisyah membuatkan Aisyah tidak senang duduk kerana ada sahaja bahan usikan dan gurauan dilakukan oleh Amir.
"Wei, Aisyah, ada ular kat belakang kau." Amir berseloroh.
"Mana? Mana?" jerit Aisyah lalu berlari menyorok di belakang Amir.
Amir mengetawakan Aisyah.
"Wei, kau tipu aku!" marah Aisyah lalu menepuk bahu Amir sebab geram.
"Adoi, sakitlah!" Amir mengadu kesakitan.
"Wei, Mir, sudah-sudahlah tu kau menyakat si Aisyah tu." Hakim menegur si Amir yang asyik mengusik Aisyah.
"Apa? Comel apa dia marah-marah macam tu? Macam Angry Bird," usik Amir lagi
"Apa? Kau panggil aku Angry Bird?" tekik Aisyah geram.
"So kaulah Fatty Pig yang suka menyakat Angry Bird tu?" perli Aisyah.
"Kau panggil aku babi?" soal Amir kebengangan.
"Ya, babi! Takkan jadi baby?" sinis Aisyah.
"Okey juga kalau kau panggil aku baby, so aku boleh panggil kau darling." Amir berseloroh lagi.
"Eh, sejak bila aku jadi awek kau?" sungut Aisyah yang senakin bengang dengan usikan Amir itu.
"Sejak saat ini," balas Amir.
"Hakim, tolong hentikan si sewel ni. Penatlah nak layan," rungut Aisyah sambil mendekati Hakim.
"Okey. Okey, sudahlah tu." Hakim cuba meredakan keadaan itu sebagai orang tengah antara mereka.
Hakim memberikan sejambak bunga liar yang dipetiknya di sepanjang jalan kepada Aisyah. Aisyah menerima bunga tersebut lalu berkata, "Bila masa kau petik ni?"
"Cantik-cantik bunga ni di pokok akan layu lebih cepat layu di tangan aku. Just a waste," ujar Aisyah sambil memetik satu kuntum bunga itu dan menyelitkannya di antara telinga dan rambut Hakim.
"But at least it's beautiful at you," sambung Aisyah lagi sambil mengambil kamera yang tergantung di leher Hakim.
Aisyah mengambil beberapa langkah menjauhi Hakim lalu merekodkan beberapa gambar. Dia tersenyum dan tertawa kecil melihat kecomelan Hakim itu.
***
Selesai melawat Terasering Tegalalang, mereka singgah melawat di Pura Gunung Lebah yang merupakan sebuah kuil yang terletak di Gunung Lebah dan dikeliling landskap yang menghijau.
Kemudian, mereka menikmati makan tengah di Warung Bumbu Asli International sambil menikmati pemandangan air terjun Tegenungan yang terletak berhadapan dengan warung tersebut. Selesai makan, mereka bersiar-siar kawasan air terjun itu sambil merekodkan gambar pemandangan kawasan itu.
Amir mendekati permukaan air dan memercik air ke arah Aisyah.
"WEI!" jerit Aisyah yang terkejut saat air sungai dingin itu menyapa kulitnya.
Amir tersengih nakal dan memimik wajah marah Aisyah itu. Aisyah yang geram itu memberi serangan balas dan turut memercik air sungai yang dingin dan menyegarkan itu. Saat Aisyah asyik bermain-main, dia tersalah pijak di batu licin lalu tergelincir dan jatuh masuk ke dalam air sungai itu.
Nasib air sungai di kawasan cetek sekadar paras lutut mereka, namun Aisyah jatuh terduduk dalam air itu basah lencun. Pakaiannya melekat pada tubuh akibat basah dan mendedahkan bentuk badannya.
Hakim segera mendekati Aisyah sambil melepaskan jaketnya dan membaluti tubuh Aisyah kemudian membantunya bangun sambil berkata, "Aisyah, kau okey, tak?"
"Kau okey, ke?" soal Amir yang cukup risau akan keadaan Aisyah itu sambil menghulurkan tangan kepada Aisyah untuk memimpin jalannya namun tidak diendahkan.
"Aku okey," balas Aisyah lalu segera ke tandas awam akibat kemaluan.
Hakim melilau melihat sekeliling dan dia teringat akan kedai cenderamata tidak jauh dari kawasan parkir kereta yang mereka lalui semasa memasuki kawasan itu. Dia segera berlari ke kedai itu dan mendapatkan pakaian ganti untuk Aisyah.
Hakim segera ke tandas awam dan menyeru nama Aisyah dari luar, "AISYAH?!".
"Aku bawakan baju gantian untuk kau ni," ujar Hakim.
Aisyah keluar dari tandas itu lalu menerima suatu plastik lalu berkata, "Thanks."
Aisyah keluar selepas menyalin pakaian basahnya sambil tersenyum hambar. Aisyah mengenakan baju t-shirt putih dengan tulis 'I ♥ BALI' dan seluar sukan hitam.