WHAT THE HECK!
Bukan main lagi dia bersemangat bangun awal semata nak bersiap dan bersolek bagai sekali tu apa?
"Apa maksud awak?Saya tak boleh keluar? Sejak bila pulak ada larangan macam ni?" tanya Xiana pada Ryan yang sedang menghadang pintu apartment dia. Tiba-tiba je halang dia. Orang nak pergi kerja bukan nak ke mana. Takkan itu pun tak boleh. Melampau betul.
"Tuan Mateo sendiri beri arahan. Dia kata Cik telah pun berhenti bekerja di syarikat tu mulai hari ni."jelas Ryan.
EH?
Excuse me!
"Bila masanya saya letak surat peletakan jawatan. Kalau saya nak berhenti saya kena bagi notis seminggu awal bukan tiba-tiba macam ni."bidas Xiana dengan tangan bersilang di dada.
"Menurut Kian, cik dah beri surat peletakkan jawatan dua minggu awal...dan hari ini surat itu berkuat kuasa."tambah Ryan lagi.
"Apa?Surat peletakkan jawatan?Bila masanya sa-"
Belum sempat Xiana habiskan kata-kata, Ryan pintas. "Tuan Mateo sendiri yang buat surat peletakan jawatan tu.."
Terlalu berang Xiana campak beg tangan dia dekat dada Ryan lalu tanggalkan kasut tumit tinggi dia dengan kasar sebelum berpaling ke ruang tamu. Ikut kan hati mahu je dia langgar arahan Mateo. Tapi bila teringat apa yang Ryan dapat lepas dia cuba jumpa Elissa. Xiana dah tak berani nak buat perangai lagi. Takut nanti orang lain jadi mangsa.
Ryan hanya berdiri dekat situ. Memerhatikan Xiana yang silangkan tangan sambil duduk tegak memandang skrin televisyen.
Bukan saja-saja Mateo berhentikan Xiana. Semua ni demi kebaikan Xiana. Mulai minggu ni, peperangan berdarah akan berlaku. Syarikat Vidmizir tu akan alami krisis. Yang mana mungkin akan meragut beberapa nyawa. Sebagai langkah berjaga-jaga Xiana perlu keluar dari situ awal-awal.
"Saya tak faham awak tahu tak...lepas awak gunakan saya awak campak saya macam saya tak guna. Bila perlu awak ambik saya semula...kemudian ulang benda yang sama..saya ni sebenarnya alat perantaraan masalah je atau seorang manusia dan wanita?"tanya Xiana tanpa alihkan renungan dia dari skrin tv.
Ryan tak ada kata-kata untuk beritahu jawapan untuk soalan tu. Yalah Xiana bukannya dia punya. Kalau Xiana dia punya tahu la dia nak jawab. Ini tak, Xiana ni Mateo punya. Jadi hanya Mateo saja la yang ada jawapannya.
Pada masa itu la pintu terbuka ke dalam. Buatkan Ryan yang sedang berdiri membelakangkan pintu itu anjak sedikit dan beri ruang untuk orang-orang itu masuk. Beberapa orang lelaki ber t-shirt lengan pendek dan bertopi berjalan masuk dengan kotak dekat tangan.
"Nak kemas yang mana dulu?"tanya seorang dari mereka.
Xiana yang dengar palingkan kepala ke arah pintu. Kening dia berkerut tak faham bila tengok kumpulan lelaki bertopi dekat kepala masuk ramai- ramai dalam apartmentnya.
Dah..apa lagi ni?!
"Kemas bahagian ruang kerja dengan dapur dulu. Kemudian bilik tidur tu bungkus mana yang ada di luar bilik persalinan. Yang dalam bilik persalinan tu biarkan dulu."arah Ryan.
"Baik."sambut lelaki bertopi itu.
Terus berdiri Xiana bila lelaki-lelaki tu mula berpecah dan menjarah ruangan dia tanpa kebenaran. "Hei...apa ni. Siapa awak semua...." pandang dia dengan cemas semasa mereka mula pegang barang dia dan membungkus mereka seakan mahu pindah keluar dari situ. "Ryan...siapa mereka ni?Apa mereka buat dengan barang saya.."tunjuk Xiana ke arah mereka masa pandang Ryan.
"Mereka adalah pekerja memindahkan barang." jawab Ryan.
Keningnya mencerun pelik."Huh?Pindah?"soal Xiana.
"Ya."angguk Ryan.
"Untuk apa?Saya tak mintak untuk pindah pun..."soal Xiana dengan marah.
Ryan pandang Xiana dengan kening berkerut sedikit. Sebab lepas ni Mateo akan lakukan 'kerja pembersihan sepenuhnya'. Iaitu menghapuskan segala jejak dan bukti kewujudan mereka di sini.
Dengan itu bila ada orang cuba kesan dan cari mereka, orang-orang tu takkan dapat apa-apa maklumat, dan tak ada siapa yang tahu mereka ke mana. Seperti yang diberitahu Mateo tempoh hari, lelaki itu akan bawa Xiana bersama.
"Ryan...saya tak boleh pindah...macam mana kalau family saya cari saya..."Xiana gerak mendekati Ryan dengan wajah berkerut sedihnya.
"Saya tahu...tapi ini semua atas arah Mateo sendiri."jawab Ryan.
Xiana pandang lelaki-lelaki yang mula mengosongkan barangan dia dari rak dan simpanannya bersama kening berkerut. Kalau macam tu, itu bermakna...
"Mateo nak bawak saya pergi sekali?"soal Xiana dengan muka tak percaya. "pergi dari sini?"
Ryan mengangguk kepala. "Ya cik.."
Terus bungkam Xiana semasa memandang Ryan.