Kereta hitam berkilat muncul dari hujung jalan sebelum berhenti secara mendadak di depan sebuah bank. Dengan cekap pemandu itu gerak masuk ke tempat parkir dengan belokan selekoh yang tajam sebelum berhenti. Waktu itu la Xiana keluar dari kereta dalam keadaan tergesa-gesa. Dia buka tempat duduk belakang lalu keluarkan beg tangan dia. Lantas dia gegas masuk ke dalam bank itu.
Mujurla waktu itu tiada ramai orang, jadi dia pergi mendekat ke kaunter dan berjumpa dengan staf di situ.
"Saya perlukan 10k dalam cash secepat mungkin." minta Xiana dengan nafas naik turun ketakutan.
"Pardon?"staf itu buat muka terkejut lepas dengar.
"Ini kad saya....."Xiana berikan ID card dia.
Dengan muka kebingungan, staf itu ambil ID card Xiana lalu menaip nombor security yang tertera. "Boleh saya tahu untuk tujuan apa?"
Xiana ketap gigi teragak-agak hendak bersuara. "Selamatkan nyawa seseorang...tolong jangan tanya apa-apa lagi...keluarkan apa yang ada dalam akaun saya secepat mungkin. "gesa dia sambil tepuk permukaan kaunter tu.
Staf itu tekan itu dan ini sebelum bangun dari situ dengan helaian kertas di tangan untuk ke bilik belakang. Dekat 10 minit menunggu dengan cemas, akhirnya staf tadi keluar dengan beg kantung warna putih di tangan dan seorang polis keselamatan di belakang.
"Ini duitnya...ini kad cik.."serah staf itu.
Xiana capai kadnya lalu beg duit itu sebelum bergerak keluar dari bank tersebut. Namun sewaktu dia mendekati kereta, dua buah kereta hitam muncul dari dua arah bertentangan lalu berhenti menghadang belakang keretanya dengan tiba-tiba.
Melompat terkejut Xiana waktu itu bila dua kereta itu brek hingga keluarkan bunyi yang kuat. Kejung berdiri tak bergerak dia dibuatnya sebab tak tahu apa nak buat memandangkan kereta dia telah dihadang begitu sekali.
Sebaik kereta itu berhenti semua pintu kereta di situ terbuka dan beberapa orang lelaki bersut hitam keluar dari kereta pertama. Mereka jalan berarak mendekati Xiana dengan derap langkah tegas.
Sementara Xiana yang berdiri dekat situ pandang ke kereta kedua dengan takut. Mata dia terarah pada pintu kereta tempat duduk belakang sewaktu ia terbuka. Lalu muncul la lelaki lampai berwajah serius dan bercermin mata di tepi kereta tu.
No way in hell!
Na'ah!
"No!"geleng Xiana semasa undur ke belakang lepas tahu apa yang sedang berlaku. Dia terus larikan diri dari situ secepat mungkin. "Jangan dekat!"teriak Xiana.
Apa lagi, lelaki-lelaki bersut yang ada dekat situ mula berlari ke arah Xiana dengan laju.
Xiana cuba lari selaju yang boleh, tapi kasut tumit tingginya tidak membantu dia. Tanpa toleh ke belakang, Xiana tolak kaki dia ke depan selaju yang boleh. Namun tak lama dia berlari, satu pelukan erat terasa dari belakang sebelum dia terangkat sedikit dari jalan tar itu dengan mengejut.
"Arghh!!"teriak Xiana semasa cuba tolak tangan tu turun dari pinggang dia.
Seorang lelaki bersut telah berjaya menangkap Xiana waktu itu.
"Tolong...saya merayu...awak tolong la. Lepaskan saya kali ni..."rayu Xiana sambil bergelut menarik tangan dia dari di cengkam oleh mereka. Kaki dia dah naik udara terkapai-kapai hendak dibebaskan.
Mateo yang jalan mendekat bersama Ryan di sisi hanya bersahaja. Renungan gelap terpancar di mata menakutkan itu. Sebaik dia tiba di depan Xiana, lelaki yang pegang beg duit tadi serahkan kantung beg itu kepada Mateo.
"Dalamnya duit tuan."maklum lelaki tu.
Mata Mateo gerak memandang beg itu lalu dipegangnya. Sekali bila dia buka, berkepuk-kepuk duit tebal dalam tu. "What the f*ck you trying to do Xiana?"soal dia dengan nada perlahan yang berbaur bahaya semasa angkat kepala memandang wanita yang sudah berjuraian air mata di wajah depannya.
Xiana menggeleng kepala sambil mengetap bibir sedih.
"Apa yang berlaku?Kau cuba larikan diri dari aku dengan duit sebanyak ni atau apa?"tanya Mateo lagi.
Tersedu sedan dan nafas tercungap-cungap hendak diserang hypervalating.
"Awak...kali ni je saya mintak tolong lepaskan saya. Saya kena pergi.."rayu Xiana dengan kening berkerut.
"Ya. Aku tahu. Tapi nak ke mana?Sampai bawak keluar duit sebanyak ni."Mateo serahkan beg duit itu kepada orangnya semula.
Xiana dah meraung dekat situ sambil menggerakkan badan dia supaya di bebaskan. Dia tak nak Mateo masuk campur. Dia tak nak Aliah dalam bahaya. Kalau dia lambat nyawa Aliah jadi bayarannya.
"Awak...."terus dia melutut dekat situ lalu memeluk kaki Mateo. "Tolong la saya...biarkan saya pergi..saya merayu..."matanya dipejam rapat.
Kira-kira 10 orang lelaki termasuk Mateo yang ada dekat situ pandang Xiana yang sedang meraung rayu. Mujur dekat jalan bank tu tak sesibuk seperti biasa. Hanya ada mereka saja di situ, jadi tidak la menarik perhatian orang ramai.
Mata Mateo tunduk memandang kepala Xiana yang berada di kaki panjangnya. Dingin tanpa emosi.
"Bangunkan dia."arah Mateo pada mereka di situ.
Dengan patuh dua lelaki tadi tunduk dapatkan Xiana lalu berdirikan wanita itu menghadap Mateo dengan paksa.
Sambil tersedu-sedu teruk Xiana pandang Mateo. Air mata berlinangan turun ke pipinya.
Sebenarnya Mateo marah sangat sekarang ni.Sangat marah sampai tak terkata dia dibuatnya. Tapi itu la, kalau menghadap Xiana ni ajar Mateo untuk bersabar banyak dari marah.
"Apa yang dah berlaku ni?Kau tahu tak apa kau dah buat?Aku kerah orang aku keliling bandar semata nak cari kau..."tanya Mateo dengan nada marah tapi tak tinggi.
F*ck this! Xiana menggigit mekad bawah bibirnya.
"Arghhh!"teriak Xiana dengan bengang seperti kena histeria. "Saya tak ada masa untuk semua ni tahu tak!Adik saya kena culik...mereka minta tebusan..saya nak jumpa mereka..tapi awak halang saya!" tantrum Xiana sambil hentak kaki keberangan dekat situ. Terpaksa jugak dia beritahu! Berharap dia akan dibebaskan dan dapat selamatkan adik perempuannya.
"What?"soal Mateo dengan muka terkejut.
Bersama deru nafas kencang kepenatan, Xiana renung Mateo dengan marah. "Jangan awak berani masuk campur Mateo! Saya boleh uruskannya sendiri."
Mateo lepaskan hela nafas pendek lepas dengar. Ingatkan apa la tadi. Adik kena culik je pun. Dengan malas dia palingkan kepala ke sisi dimana Ryan sedang berdiri.
"Dapatkan phone dia."mintanya.
Ryan angguk kepala lalu pergi mendapatkan beg tangan Xiana yang tercampak dekat jalan tar tak jauh dari situ.
"Balik ke rumah, Xiana...biar aku uruskan hal ni." Mateo kemudiannya berpaling membelakangkan Xiana begitu saja.
Menggeleng laju Xiana lepas dengar. Memang tak la! "No! Mateo!Biar saya yang pergi!"ronta Xiana dalam cempungan mereka. "AWAKKKK!!!!!!"teriak dia sekuat hati bila nampak Mateo masuk ke dalam kereta bersama Ryan dekat belakang.
Terduduk terus Xiana dekat situ lepas kereta yang membawa Mateo tadi pergi dari situ. Habis la dia kali ni! Habis!
Apa patut dia buat kali ni?
"Cik..kita kena balik..hujan akan turun sebentar lagi.."minta seorang dari lelaki di situ yang berdiri melangit di sebelah Xiana.
Pada masa itu la Xiana dongak memandang langit sebelum menangis semahunya!
Tak payah tunggu hujan, dia dah 'hujan' dulu.