webnovel

26.

"Puan...tolong jangan begini!"

"Lepaskan aku! Aku takkan bangun selagi perempuan tu tak muncul dekat sini!"teriak suara tu depan pintu masuk lobi apartment.

Masa tu awal pagi, masa orang sibuk nak pergi kerja masa, Makcik ni dah terpekik-pekik macam orang mati anak depan bangunan apartment. Disebabkan penghuni lain buat aduan, tiga orang pengawal keselamatan sudah berdiri di situ cuba tenangkan makcik tu.

"Sudah la tu makcik...jangan macam ni...benda boleh settle. Jangan lah buat bising macam ni." minta pengawal di situ.

"Aku kata aku nak jumpa anak aku Xiana...kau faham ke tak.."minta ibu Xiana yang sedang terbaring dekat atas jalan tu.

"Kan saya cakap tak orang bernama Xiana tinggal dekat sini.."

Ibu Xiana tersentak bangun dari situ lepas. "Tak mungkin. Aku tahu anak aku dia tinggal sini la. Dia yang beritahu aku!"gaduh ibu Xiana lagi.

Suara bising itu dapat di dengar dari dalam lobi sejak tadi buatkan orang yang dengar jadi tak senang hati.

"Saya kena jumpa ibu saya.."minta Xiana yang cuba tarik tangan dia dari cengkaman sekuat besi itu. "Awak tolong la.."rayu Xiana lagi dengan kening mencerun.

Awalnya, Xiana on the way nak keluar masa dengar suara bising dari tingkat bawah. Kebetulan masa dia keluar, dia bertembung dengan seorang akak ni beritahu yang ada makcik terpekik-pekik panggil nama dia. Jadi Xiana syak orang itu ibu dia. Tak nak biarkan hal tu berlanjutan Xiana gegas turun ke lobi tu. Tapi tak sempat, entah dari mana, Mateo muncul lalu halang dia keluar dari situ.

Mateo pandang kosong ke arah pintu lobi itu dimana suara orang menjerit-jerit bagai nak apa tu. "Let her be.."kata dia dengan mendatar.

Xiana cengkam kuat lengan baju Mateo sewaktu pandang cemas ke arah pintu lobi. Sesuatu beritahu dia ada perkara telah terjadi dan ibu dia perlukan dia sekarang ni. "Kenapa awak buat semua ni..lepaskan. Saya perlu jumpa ibu saya sekarang...Mateo...tolong la.."gelut Xiana lagi yang cuba tarik tangan dia.

Hanya sekali rentap, Xiana terus bersandar pada Mateo dan lelaki tu peluk badan Xiana sebelum palingkan Xiana ke arah lif. "Kau kena belajar untuk tidak terlalu berikan perhatian pada ibu kau. Semakin kerap kau berikan perhatian semakin attach dia untuk bergantung harap pada kau.."ujar Mateo dengan nada biasa tapi kedengaran tak ada perasaan langsung!

Xiana dalam pelukan Mateo dah bergelut kuat tapi masih jugak tak dapat bebaskan diri. "Dia ibu saya..memang la saya beri perhatian pada dia...ada sesuatu terjadi...dia perlukan saya...tolong la..biar saya jumpa dia..kenapa halang saya macam ni.."

Masa itu la pintu lif terbuka. Tanpa berkata apa-apa Mateo masuk ke dalam lif tersebut bersama Xiana dalam pelukannya. Dia tekan butang tutup dan butang ground floor baru la dia lepaskan Xiana.

Bebas saja dia, Xiana terus gerak hendak tekan butang lif tu, Mateo dekat belakang yang sedang pandang ke depan dengan wajah tanpa ekspresi bersuara. "Kau tekan lif tu...aku akan susahkan keluarga kau teruk dari apa yang aku dah buat.."

Terus kaku Xiana lepas dengar. Matanya terbutang luas semasa toleh memandang Mateo. "Apa maksud awak?"

Mateo jeling ke Xiana dengan renungan jahat. Mana mungkin la dia nak biarkan satu-satunya kunci kejayaan dia ni terganggu gara-gara peasant tak guna tu. Nak tak nak dia kena hapuskan mereka.

"Mateo!"Xiana terkam kolar baju Mateo lalu dicengkam kuat. "Apa maksud awak...apa awak dah buat pada family saya.."

Mateo angkat tangan lalu pegang tangan Xiana yang sedang cengkam kolar baju dia. Perlahan-lahan dia turunkan tangan Xiana sebelum tunduk memandang Xiana.

"Macam aku beritahu kau...kau tolong aku...aku tolong kau.."ujarnya sambil tenung mata itu dalam-dalam.

"Apa yang awak dah buat?"soal Xiana dengan muka tak percaya.

Pada masa itu pintu lif terbuka, Mateo terus berjalan keluar dari lif tu dengan kedua-dua tangan dalam poket seluar sebelum dia keluarkan satu tangan yang sedang memegang kunci kereta.

Xiana dekat belakang berlari dapatkan Mateo. "Mateo!"panggil dia dengan cemas. Apa yang lelaki tu dah buat pada keluarga dia.

Berdetak-detak tumit kasut tu masa Xiana berlari mendapatkan Mateo yang sudahpun berada di tepi kereta.

Baru saja dia buka pintu kereta tu, tangan lain tolak pintu tersebut tutup semula. Bersama jelingan dingin, Mateo berpaling ke belakang menghadap Xiana yang kelihatan hot bila marah. "What?"balas dia acuh tak acuh.

"Apa awak dah buat pada family saya? Memang la saya janji akan tolong awak...tapi saya tak mintak awak tolong saya dengan sakiti keluarga saya...awak hilang akal ke apa!"marah Xiana.

Dengan bersahaja Mateo sandar ke keretanya lalu silangkan tangan ke dada sewaktu menatap wajah Xiana yang sedang berkerut kening itu. "Bukan semua family kau actually...just your father..for now.."

"Huh?"nganga Xiana dengan kening mencerun tajam. "Ayah saya?Kenapa dengan dia?"

Mateo luruskan kerutan di kening Xiana sambil tu. "Ingat lagi masa aku cakap suruh pilih Yes and No tu? Well...itu adalah keputusan kau sama ada nak aku teruskan rancangan aku penjarakan ayah kau atau tidak. Unfortunately you say yes...so aku plan untuk buat polis serbu tempat perjudian yang ayah kau selalu pergi pun berjalan seperti mana keputusan kau terhadap pilihan tu.."jelas dia dengan nada selamba.

Ibarat macam baru di tampar, Xiana pandang Mateo dengan mata tak berkedip. Apa lelaki ni dah buat?

"Ibu kau datang mungkin sebab nak suruh ikat jamin ayah kau keluar dari penjara. Sebab itu aku halang. Biar la ayah kau meringkuk dalam penjara tu...biar dia rasa dan serik sikit. Asyik berjudi je kan..tak lama pun...sebulan dua macam tu keluar la.."Mateo jungkit bahu seperti tak peduli.

Terus Xiana pukul dada Mateo kerana marah. "Kenapa awak tak beritahu saya dari awal...saya tak suruh awak selesaikan masalah saya dengan cara humban ayah saya dalam penjara macam tu je!"

"Auw."aduh Mateo sambil pegang dada dia. "Hei...itu hukuman setimpal untuk dia okay. Lagipun kalau bukan sebab dia, kau takkan di kejar dengan ceti along tu...kau tak perasan ke kenapa dia orang tak datang cari kau lagi..?"

Kerutan di kening Xiana berkurangan lepas dengar. Baru dia teringat. Memang dah tak ada la pemiutang tu. Kali terakhir dia jumpa pun masa dia kena serang. Lepas tu mana ada.

"See...kau patut terima kasih dekat aku sebab settlekan untuk kau...so sebagai bayarannya kau kena tolong aku dengan beritahu segalanya tentang syarikat Vidzimir...okay honey?"dia tepuk pipi Xiana dengan perlahan semasa wanita itu termenung memikirkan sesuatu.

Terkedip mata Xiana lepas tu. Dia nak bersuara, tapi Mateo terlebih dahulu masuk ke dalam kereta dan tinggalkan dia sendiri dekat luar kereta tu.

"Hei...saya belum habis bercakap dengan awak la!"Xiana pukul cermin kereta tinted tu dengan jengkel.

Next chapter