webnovel

11.

Lima orang lelaki berdiri dekat belakang tembok batu dengan mata masing-masing terarah pada pintu lif tingkat bawah tanah. Waktu itu mereka sedang menunggu target mereka keluar dari situ. Selepas itu baru la mereka ambil tindakan terhadap target mereka nanti.

Peduli la apa nak jadi.

Apa yang penting mereka dapat tuntut semula apa yang mereka miliki.

Akhirnya setelah menunggu hampir sejam lebih akan orang itu, target mereka keluar jugak dari lif tu.

Orang tu langsung tak tahu kehadiran mereka di sini, tapi mereka tahu dimana orang ni tinggal dan kereta mana yang dinaiki oleh orang itu.

Jadi tanpa berlengah lima lelaki bertubuh buffy dengan muka bengis di wajah masing-masing jalan berarak mendekati orang yang anggun mengenakan skirt hitam labuh bawah lutut dan berkemeja putih tuck in ke dalam dan bersanggul itu dari belakang.

Kebetulan orang tu langsung tak sedar sebab sedang lihat ke dalam beg tangan memeriksa sesuatu.

Tanpa amaran bahu itu di pegang lalu tubuh itu di sandarkan ke kereta dengan kasar sebelum mereka berdiri mengelilingi orang itu.

"Argh!"jerit orang tu dengan muka kejung kebingungan.

"Xiana Rose?"sebut lelaki beranting-anting dekat telinga kiri dengan garan.

Terkebil bingung Xiana lepas pandang mereka. Dah...siapa pulak mereka semua ni. "A-ada apa ni?"tanya Xiana dengan kening mencerlung takut.

"Ayah kau...hutang dengan kita orang. Dia beri nama kau sebagai penjamin dia. Jadi kita orang datang sini nak tuntut hutang dia dari kau!"bentak lelaki bertatu dekat lengan kanan dan sekitar leher pada Xiana pula.

Bersama muka cemas ketakutan Xiana pandang ke lelaki tu dan sekeliling dia dengan takut. Hal apa lagi yang ayah dia timbulkan kali ni. "Tolong jangan apa-apakan saya.."rayu dia dengan wajah pucat lesi ketakutan yang amat.

"Kalau kau nak selamat bayar kita orang la!" bentak seorang dari mereka.

"Atau kau yang kena tanggung akibatnya!" ugut mereka sambil tendang kereta Xiana.

Menikus Xiana di buatnya, dia peluk begnya rapat ke dada sambil lindungi wajah dia sedikit dengannya. "Saya tak tahu apa yang awak semua katakan ni...awak salah orang!" dalih dia.

Tak semena lelaki bengis pertama yang tegur Xiana tadi pegang tangan Xiana dan tarik tangan tu dengan kasar sampai Xiana terlepas pegang beg tangannya. "Kalau macam tu ikut aku kalau kau nak tahu!"

Xiana geleng kepala, dia tarik tangan dia. "Tolong la!"gelut dia sambil brek kaki berkasut tumit tingginya ke lantai. Tapi tak ada gunanya sebab dia tetap di heret oleh lelaki tu. "Saya tak nak! Lepaskan saya!" jerit Xiana sampai bergema suaranya di ground floor itu.

Kelima-lima lelaki tu iringi Xiana ke kereta mereka yang tak jauh dari situ. Disebabkan Xiana asyik melawan, seorang dari mereka peluk pinggang Xiana lalu diangkat dari lantai.

"Argh!Tolong!!!"teriak Xiana buat kali terakhir sekuat hati semasa dirinya dengan mudah diangkat oleh lelaki itu. Dah sumpah serampah Xiana dalam hati atas nama ayah dia sebab orang tuanya sanggup letakkan dia dalam situasi berbahaya macam ni! Habis la dia lepas ni. Entah dikerat lapan anggotanya lalu dijual untuk bayar balik hutang ayahnya tak siapa yang tahu.

Semasa lelaki keempat dan kelima berada di belakang memerhati Xiana bergelut, seseorang muncul dari belakang lalu mengetuk belakang bahu seorang dari mereka. Hairan dengan hal itu, seorang dari mereka pun toleh ke belakang.

Tak sempat nak pandang, satu tumbukan padu mengenai wajah itu lalu lelaki tersebut tumbang ke belakang tak sedarkan diri.

Ekoran hal itu, rakan lelaki kelima yang tumbang tadi terus pandang ke belakang hendak tengok siapa yang berani kacau mereka.

Sama seperti tadi belum sempat dia nak buat apa-apa satu hayunan kaki bergerak padu ke tepi kepala lelaki keempat hingga berpusing 360 darjah badan lelaki itu akibat sepakan tersebut sebelum terlanggar bumper sebuah kereta lalu terbaring di atas lantai tak sedarkan diri.

"What the hell?"tanya lelaki ke tiga yang sedang membuka pintu kereta untuk humban Xiana dalam kereta pula lepas nampak dua orang rakannya telah dikerjakan dengan lelaki lampai berpakaian sut hitam depan mereka.

"Lepaskan dia."arah lelaki bersut tu dengan nada mendatar semasa jalan mendekati mereka. Langkah lelaki itu sangat tenang dan yakin.

Xiana yang sedang didorong masuk dalam kereta tu pandang ke arah lelaki lampai tu dengan air mata berjuraian di pipi. Tak sangka dia paginya bermula dengan tragedi seperti ini.

"Tunggu apa lagi! Kerjakan la dia!"arah lelaki yang pegang kepala Xiana nak paksa Xiana masuk dalam kereta tu.

Penyelamat Xiana pandang jengkel bila dua lelaki itu sedang menyinsing lengan baju masing-masing sewaktu jalan mendekati dia. "Seriously?Aku ada meeting nak kena hadir

ni.."keluhnya.

"Ahh!Jangan banyak cakap!"lelaki bertatu dekat lengan kanan tadi terus lari menerkam penyelamat Xiana dengan pisau belati dekat tangan. Namun begitu serangan dia di tepis dengan kaki panjang milik penyelamat Xiana.

Disepak je pergelangan tangan, pisau itu kemudiannya tercampak jauh ke bawah kereta berdekatan.

Penyangak bertatu tadi terkejut sangat sampaikan tak sempat nak elak sepakkan yang mengenai dada dia. Terus tercampak jauh lelaki tu dibuat sepakan padu yang hinggap ke dada dua.

Lelaki kedua yang berdiri dekat situ takut-takut nak lawan lepas pandang kawan dia berguling sambil mengerang kesakitan.

Bersama renungan bosan, penyelamat Xiana pandang lelaki bertatu dekat lantai sebelum palingkan kepala ke lelaki satu lagi.

"Sampai tiga je...bawak kawan kau keluar dari sini dan tinggalkan cik tu sendiri..."minta penyelamat Xiana dengan wajah dingin tak peduli. Macam dia rasa terpaksa betul dekat situ.

"F*ck! Dah la kita blah je!"lelaki pertama yang tadi culik Xiana tarik Xiana keluar dari kereta lalu mencampak Xiana ke lantai macam tu je. "Aku akan datang cari kau!"ugut dia sambil tu.

Dua lelaki tadi mula mengutip rakan mereka bangun dari lantai tu lalu masuk kereta masing-masing dalam sekelip mata. Meninggalkan Xiana yang dah seperti apa dekat lantai tu macam itu je.

Tersedu-sedu takut dan sedih, Xiana gagahkan diri dia untuk bangun dari situ. Dia tak percaya yang ayah dia sanggup hutang dengan along macam ni. Tak cukup ke duit yang dia bagi sampai perlu berhutang macam ni.

Berjuraian keluar air mata turun ke pipi Xiana waktu dia pegang kereta yang ada di situ sebagai sokongan. Dan sesaat tangan berpeluh dia tergelincir dari pegangannya itu, satu pelukan erat mengelilingi pinggang dia.

"Cik tak apa-apa?"tanya penyelamat Xiana dekat sisi masa pegang badan Xiana dari terjatuh.

Sambil menangis tanpa suara, Xiana geleng kepala. "Sa-saya tak apa-apa.."sebutnya dengan sedih sebelum bergerak hendak terduduk semula dekat lantai tu. Badan dia terlalu terkejut sangat sampai semua saraf dia terasa seperti jeli. Buatkan dia tak boleh nak seimbangkan badan dia. Tercungap-cungap perlukan udara, dia cengkam kuat dadanya dengan mata terpejam rapat.

"Cik.."panggil suara tu dengan cemas.

Xiana dengar sayup je suara tu sebelum semuanya menjadi kedap dan gelap sepenuhnya.

Next chapter