1:44 AM-Masih berjaga dan ada rasa mengantuk.
Cerita semalam guy...aku sempat tulis tarikh je..๐ธ๐ธHahaha...mengantuk gila.๐ฃ๐ฃ๐ฃ Kalau type pon, banyak ke typo. Kalau aku baca pon tak faham, apatah lagi kau orang yang baca. Jadi..setakat itu jelah yang aku type semalam.๐๐๐
Tittle story for today, "Dunia semakin lenyap''....eheh..
So...masa scroll ig story dan usya selebriti korea. Peminat Kim Bum kan....๐๐ Adalah jugak, influencer yang menarik perhatian aku-MENEGUR GADIS YANG MEMBULI SEBAB ABANG ANGKAT.๐คญ๐คญ๐คญ
Wow....budak sekarang...dasatttt๐ง๐ง๐ง
Congrata pada abang angkat tersebut. Secara semulajadi, kau menjadi femes๐คฉ๐คฉ๐คฉ. Tak sangka, kuat juga bebudak itu angkat kau. Kalau aku, tak hinginlah...nak angkat diri pon, berfikir dua tiga kali.๐๐
Aku...nak tegur kau orang.๐ค๐ค Lambeeeetttttttt lagi. Da besar tua bangka, nak kena tegur. Cukup-cukullah influenser yang hebat macam @iddinramli dah tegur.๐๐
Dan....baru je aku perasan tadi, the abang angkat, keluar statement pulak..๐คฆโโ๏ธ๐คฆโโ๏ธ๐คฆโโ๏ธ..Hadoyyaaaiiii~๐๐๐ Hebat betul ya, generasi zaman sekarang. Dah macam tak boleh nak dibendung. Manusia...oh manusia. Perubahan zaman yang amat dasat, kau. Zaman mak-mak aku. Mana ada kes, rebut abang-abang angkat. Abang sendiri pun tak habis nak angkat. Nak angkat anak orang.
Mungkinlah....๐คจ๐คจ๐คจ
Mungkin, anak-anak sekarang ini dah kekurangan kasih sayang agaknya. Yelah...dolu-dolu, adik beradik boleh buat team football.โน๏ธโโ๏ธโน๏ธโโ๏ธโน๏ธโโ๏ธโน๏ธโโ๏ธ Ramai...hampir tiga belas hingga enam belas orang.๐ฎ๐ฎ๐ฎ
Laa...ni, sikit. Kalau ramai, setakat team penyanyi boria bolehlah.โ๏ธโ๏ธ Zaman sekarang, tak macam zaman dahulu. Itu sebab, ada kes abang-kakak terangkat.๐๐๐
Haii...kadang, aku kesian spesis manusia kekurangan kasih sayang yang berebut-rebut hingga bergaduh macam ini. Alangkah huduhnya perangai...dan alangkah bodohnya tingkah laku๐ฉ๐ฉ๐ฉ
Aku tak tahu apa yang mereka sisipkan dalam hati mereka sendiri, apabila sanggup melakukan perbuatan macam itu pada kawan sendiri dengan sebegitu rupa...dengan alasan bodoh pulak...haduii!!. ๐โโ๏ธ๐โโ๏ธMereka memang pelik. Saudara sesama Islam pulak itu Malah, sama jantina. Hei....menguap akuu!!๐ช๐ช๐ช
Kau orang tahu, bertapa hebatnya kasih sayang diantara Nabi Muhamad dan dengan sahabat-sahabatnya?๐ค๐ค
Hebat!! Sangat hebat ikatan kasih sayang mereka.๐ฅฐ๐ฅฐ๐ฅฐ Kalau tak percaya, aku boleh ceritakan. Contohnya, cerita baginda dan Abu bakar yang sembunyi di gua tsur.
Waktu baginda menyelamatkan diri dari dibunuh oleh si laknat orang kafir quraisy. Nabi telah ditemani oleh Abu bakar. Abu bakar ini, lebih berusia dan lebih rapat dengan nabi. ๐ค๐ค
Sebab telah diwahyukan Allah, nabi bergerak bersama Abu bakar hingga sampai di satu tempat yang bernama gua tsur. Gua tsur tak besar dan sempit. Disebabkan, mereka diburu dan dijejaki oleh kumpulan laknat ini. Nabi dan sahabat nabi, berlindung di dalam gua ini selama tiga hari dan tiga malam.
Di dalam kepenatan dan waspada, nabi berehat di pangkuan sahabatnya. Berehat hingga terlelap. Abu bakar, yang melihat sahabatnya sedang lena. Dia cuba mengelak dari bergerak agar sahabatnya dapat tidur dengan lena. Kalau kita...sempat lagi ganggu kawan supaya sama-sama tak tidur. Punyalah..busuk hati๐ ๐ ๐
Dalam pada itu, Allah sengaja menguji dengan menghadirkan binatang berbisa. Kehadiran binatang itu disedari oleh Abu bakar. Kerana risau, binatang itu menyerang baginda. Di halakan kakinya hingga kakinya disengat. Ada juga yang mengatakan, Abu bakar menutup lubang yang diduduki binatang itu dan tak berganjak walaupun disengat. Wallahu a'lam, hanya Allah yang lebih mengetahui.
Hebatnya kasih Abu bakar yang sanggup berkorban untuk sahabatnya. Kita??? ๐๐๐masih belum tentu boleh berkoban sehebat Abu bakar.
Kerana sakit yang amat sangat, Abu bakar menangis.
๐๐Aku bukan kata Abu bakar tak kuat, tak hebat. Tapi, sejujurnya nak beritahu. Binatang ๐ช๐ชatau serangga yang berada di tanah arab yang lokasinya, tanah gersang mempunyai potensi racun yang tinggi.๐งช๐งช Nyamuk disana, sengatnya berbeza. Tidak seperti di Malaysia. Nyamuk kampung pun, kalau dah ketik sikit. Rasa sakit ya ampunnnn...mahu berkarton-karton racun aerosol kau beli.๐๐
Jadi, Abu bakar menangis walau dia cuba bertahan. Baginda yang sedar, terjaga lantas berjaga. Di tanya sahabat baiknya, hingga sahabatnya beritahu perkara yang berlaku. Dengan bacaan doa, nabi sendiri merawati sahabatnya. Didoakan keizinan Allah. Nabi berjaya menyembuhkan luka sedemikian.
Itulah kasih sayang antara sahabat. Sangat-sangat dicemburui kasih sayang yang sebegitu. Kita, susah nak berkorban untuk sahabat.๐ฃ๐ฃ Tambah pulak, tentang duit๐ต๐ต. Rasa tak cukup sahaja. Macamlah, duit itu terbang sendiri.๐ธ๐ธ๐ธ Aiseh!!
Bukan nak bohong. Kita...dengan keluarga pun cukup. Berkira dengan keluarga sendiri. Bukan pasal duit, pasal kudrat sekalipun sememangnya jenis yang sukar nak beri. Bagaimana nak berkorban??๐๐๐
Betullah kata salah satu pujangga si cendiakawan. "Zaman kini, semakin pudar sisi kemodenannya."๐จโ๐ผ๐จโ๐ผ๐จโ๐ผ Bukan teknologi, bukan jua kemajuan dunia. Tetapi, pemudaran akhlak dan pelunturan adab yang semakin meranapkan percapaian dunia.
Jika dulu, hanya berebut ayam goreng di dalam talam, tetapi sekarang dah berebut bapak ayam yang nyata tak mengaku salah.๐๐๐
Dunia, semakin lenyap~
Bersambung...