Ariastle's Mansion
Disebuah mansion yang besar dan kelihatan mewah milik bangsawan Ariastle sedang mengadakan sebuah majlis.
Kelihatan banyak kereta kuda memasuki kawasan mansion itu.
Gelak-ketawa kedengaran dimana-mana.
Muzik ball dimainkan dan ada yang menari di Dewan ballroom.
Ada juga tetamu yang mengambil peluang untuk mencuba menaikkan status dirinya dengan mencuba nasib malam ini untuk berjaya memikat hati para bangsawan yang turut hadir ke Majlis ini. Sehingga berusaha sedaya yang mungkin agar kelihatan cantik namun berharap tidak menjadi duri dimata tuan rumah kerana mana mungkin tetamu apalagi memegang status lebih rendah dari Tuan Rumah memakai pakaian yang lebih menjadi tumpuan dari mereka? Pasti akan menyakitkan mata dan hati tuan rumah!.
"Ramai juga yang datang"
Kata Kakak kepada Duke Ariastle yang datang bersama suaminya ke Majlis kejayaan adiknya naik Level Magicnya memasuki Level Ascending. Walaupun tidak sehebat kerabat Kingsten yang sudah memasuki Level Magic Immortal namun pencapaian adiknya itu sudah membanggakan dan menjadi pujian orang ramai.
"Sudah pasti. Hari inikan hari meraikan kejayaan saya"
Kata Duke Ariastle tersenyum bangga. Bangga melihat pandangan kagum dan iri hati semua kawan-kawannya dan tetamu yang ditujukan arahnya. Dia hampir menyerupai burung merak yang sedang menayangkan bulunya di majlis ini.
"Besok kamu akan ke Istana Kingsten?"
"Ya. Kakak juga dengan Yang Mulia Orblian?"
"Ya. Kita sama-sama ke sana nanti"
Jawab Pemaisuri Orblian. Dia memandang ke tingkat bawah dimana tetamu sedang menari.
"Caren isteri kamu berada di mana sekarang?"
Lama melihat gelagat tetamu di tingkat bawah baru dia sedar yang isteri adiknya dari tadi tidak kelihatan.
"Caren demam. Dia sedang berehat. Yang Mulia Orblian pula?"
"Demam?. Ermm. Samalah dengan Yang Mulia Orblian. Pening dan mahu berehat katanya agar besok tidak mengganggu ketika kita ke istana Kingsten"
Kedua adik-beradik itu berbual lagi mengenai hal lain. Sebagai hanya anak kepada bangsawan Ariastle, dua beradik itu memang rapat. Setelah tidak bertemu bertahun kerana kakaknya berkahwin dengan Emperor Orblian dan tinggal di Kerajaan Orblian memang jarang keduanya bertemu. Ketika sudah bertemu memang banyak yang akan mereka berdua ceritakan.
Namun kedua beradik itu langsung tidak sedar apa yang berlaku dibilik utama Mansion Ariastle dimana ada sepasang kekasih sedang bersetubuh dan menjalinkan hubungan sulit tanpa pengetahuan sesiapa.
Wanita itu ialah Duchess Ariastle. Caren De Kingsten dan lelaki itu pula ialah abang iparnya sendiri iaitu Emperor Orblian yang kononnya pening itu. Namun tidak sangka berada dibilik bersama wanita yang bukan lain selain isteri kepada adik lelaki Pemaisurinya.
*****
"Tahniah Duke Ariastle, Duchess Ariastle mengandung!"
"Benarkah?!"
Soal Duke Ariastle dengan wajah yang berseri. Sudah menjadi impiannya ingin mempunyai anak lagi. Meskipun dia sudah mempunyai anak lelaki dan perempuan yang sudah dihantar bersekolah namun dia juga masih mahukan anak kecil.
"Ya Duke Ariastle"
Kata doktor yang memeriksa nadi isterinya yang pengsan tiba-tiba pagi tadi.
Duke Ariastle duduk dihujung katil sambil tangannya mengusap lembut dan penuh kasih sayang rambut isterinya.
Wajah pucat Duchess Ariastle membuat hatinya berasa sakit.
"Sayang sakit?"
Dia menyoal dengan suara lembut sekali biarpun wajah berserinya tidak tersembunyi.
"Pening sahaja. Hubby jangan risau"
Kata wanita bermata hijau itu. Dia tersenyum kecil.
Namun tiada yang tahu isi hati wanita itu sebenarnya sedang panik kerana takut jika benih diperutnya itu hasil dari suaminya atau hubungan sulitnya dengan abang iparnya hari itu!.
Dia ingin menghapuskan benih ini juga! Biarpun dia tidak yakin sama ada bayi ini anak suaminya atau bukan dia tidak peduli! Asal anak ini mati!. Hatinya berbisik penuh dengan tekad. Biarpun sedang memikir perkara yang buruk namun diluar wanita itu sedang tersenyum lembut dan penuh kasih sayang kepada suaminya.
"Pasti Carl dan Cathrine gembira mendapat adik baru"
"Ya pasti mereka gembira"
Kata wanita itu dengan mata yang bersinar.
******
"Duchess Ariastle. Ini ubat yang Duchess inginkan"
Maid peribadi Caren yang membesar bersamanya masuk ke dalam biliknya dan menyerahkan uncang berisi pil menggugurkan bayi di dalam perutnya.
"Bagus. Bawakan air kosong untuk saya"
Arahnya sambil memandang wajah pucatnya yang terpantul pada cermin di depannya.
"Baik Duchess"
Maid itu melangkah keluar untuk menjalankan arahan ladynya.
Dia tersenyum manis melihat wajah cantiknya di cermin. Bangga. Namun ada rasa tidak suka melihat kulitnya yang semakin pucat sejak dia disahkan mengandung 2 minggu buat dia tidak sabar untuk menghapuskan bayi diperutnya ini.
"Tak lama lagi aku akan kembali bertambah cantik. Dengan muka sepucat ini mana mungkin aku akan biarkan sesiapa melihat aku?"
"Duchess ini airnya.."