webnovel

Practice

Syami terserempak dengan Aridf dari jauh semasa perjalanan pulang ke rumah dari kedai Uncle Sam, Syami melihat Aridf bersama dengan beberapa orang yang memakai pakaian berwarna hitam seperti sedang menunggu sesuatu, Syami mahu menegur Aridf tetapi sebuah kereta berhenti di depan Aridf dan Aridf memasuki kereta tersebut, Syami hanya terus berjalan pulang.

Sampai di rumah, Syami bertanya sesuatu kepada ibunya "ibu ada salah letak duit ke?"Syami bertanya kepada ibunya yang sedang berlari di atas treadmill

"Entah.....kenapa, Mi...ada jumpa duit ke?"

"Ada, dalam poket seluar sekolah Mi ni"Syami menyentuh poket seluarnya

"Rasanya....ada, tapi tu.... tahun lepas punya,..... berapa yang...Mi jumpa?"

"Tak...tak banyak, cuma du....dua ratus tiga puluh je"Syami menggaru pipinya

"Tak banyak!...sangat banyak tu....Mi buat apa dengan duit tu?"Shila, ibu Syami berhenti berlari selepas mendengar jumlah wang yang disebutkan Syami.

"Mi beli kasut baru"

"Mi yang jumpa, jadi duit tu Mi punya lah"Shila mendekati Syami dan mengusap kepalanya kemudian keluar dari ruang senam

Keesokan paginya seperti biasa Syami bersiap untuk ke sekolah. Hari ini dia memeriksa seluruh barangnya supaya tiada yang tertinggal.

Ketika di sekolah pada waktu rehat Syami bersama dengan Aridf di kantin

"Aridf, hari ni aku bawa dompet, jadi aku boleh belanja kau pulak, huhuhu"

"Ok, aku cari tempat kosong dulu, nanti kau bawakan sekali boleh?"

"Tunggu jap, kau nak makan apa?"Syami bertanya kepada Aridf

"Sama macam kau"Aridf bercakap sambil berjalan mencari tempat kosong

Sebelum membeli Syami memeriksa duit di dalam dompetnya dahulu tetapi tiada apa-apa, Syami berasa gelisah, tiba-tiba dia teringat situasi semasa membeli kasut semalam, Syami pun mengira harga seluruh makanan dan membuka semula dompetnya, duit yang sama nilai dengan makanannya muncul di dalam dompet, dengan pantas dia mengeluarkan duit itu dan menggunakannya.

Semasa makan bersama Aridf di kantin Syami memberi tahu Aridf perkara pelik yang dia hadapi"Aridf, aku rasa ada sesuatu yang pelik tengah berlaku dekat diri aku"

"Pelik macam mana?"Aridf menoleh Syami sambil mengunyah makanan

"Kau ingat lagi, pasal mimpi pelik yang aku cakap semalam"

"Mimpi ap...."belum habis Aridf bercakap Irfa menegur Syami

"Syami, bila kau nak ganti kasut aku?"Irfa berdiri di sebelah Syami dan meninggikan sedikit kepalanya

"Aku belum beli lagi, tapi tunggu jap"Syami beralih cakap ke Aridf pula"Aridf kau buka dompet aku tengok dalamnya ada berapa"Syami memberi dompetnya kepada Aridf

"Takde apa-apa pun"Aridf membuka dompet Syami seperti yang disuruh

"Irfa aku ganti kasut kau guna duit boleh, kasut kau berapa,"Syami beralih cakap ke Irfa lagi

"Aku memang nak mintak duit pun, hari ni aku nak seratus dulu esok aku mintak lagi"Irfa setuju dengan Syami

"Ok, boleh, Aridf bagi balik dompet aku,"Aridf memberikan semula dompet Syami, kemudian Syami membuka semula dan mengeluarkan seratus dari dalam dompetnya, selepas menerima duit dari Syami, Irfa pun berlalu pergi

"Kau nampak tak tadi, pelik kan tiba-tiba je ada duit dalam dompet aku"Syami menutup dompetnya semula

"takde apa-apa yang pelik pun,"Aridf mengangkat sedikit bahunya

"Hah,kau biar betul, tak rasa pelik"Syami berasa hairan kerana Aridf tidak berasa pelik

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat, Aridf dan Syami Masuk ke kelas

Selepas itu selama satu bulan Irfa terus menerus meminta duit dari Syami setiap hari. Bukan itu sahaja, Syami juga membeli semua barang yang mahu di belinya sama ada untuk dirinya mahupun untuk keluarga dan rakannya, setelah menggunakannya dengan kerap Syami memahami serba sedikit tentang kemampuannya itu.

Disebabkan terlena dengan kemampuannya itu, satu hari Syami menerima panggilan telefon daripada Irfa"Hello, Syami ni aku Irfa"

"Kenapa Irfa, aku punya hutang belum habis lagi ke?"

"Dah, dah lama habis,...aku nak minta duit sikit boleh"

"Kau mintak je aku bagi, berapa?"

"Aku nak pinjam.....sepuluh ribu boleh"

"Sepuluh ribu, boleh, bila kau nak"Syami tidak pernah menggunakan duit sebanyak itu, jadi dia mahu melihat sampai mana kemampuanya itu mencapai limit

"Esok boleh, nanti aku bagi alamat, kau tunggu aku dekat situ, duit banyak bahaya kalau bagi dekat public"

"Ok, no problem"selepas menutup panggilan daripada Irfa, telefonnya berbunyi lagi, Syami melihat Aridf yang menelofonnya.

"Helo Aridf,"

"Helo Syami, kau macam mana ok"

"Haa?...kau kenapa, baru tadi jumpa, aku nampak macam tak ok ke tadi?"

"Haha, takde apa-apa, cuma aku nak tanya, esok kau ada nak keluar pergi mana-mana ke?"

"Ada, kenapa?"

"Aku rasa kau tak payah keluar la, bukan ape aku rasa macam tak sedap hati"Aridf merendahkan suaranya

"Berp, hahaha, kau ni mak aku ke apa, mak aku pun tak paranoid macam tu, takde apa-apa lah, takyah risau"

"Hmm,ye lah, ingat kalau ada apa-apa call aku"

"Baiklah mama, hahaha,"

"Ok lah, babye anakku, hahaha"Aridf membalas gurauan Syami

Keesokan harinya Syami pergi ke alamat yang diberi oleh Irfa dia membawa beg galas kosong, sampai di sana Syami terkejut kerana tempat itu adalah sebuah kilang yang sudah terbiar, dia masuk ke dalam kilang itu dan menunggu Irfa di dalam seperti yang disuruh.

Selepas lama menunggu terlihat kelibat manusia dari jauh, Syami melambai, dia menyangka itu adalah Irfa, semakin dekat kelibat itu Syami sedar itu bukanlah Irfa, tetapi seorang lelaki dewasa yang sedang membawa kayu besbol, selepas melihat sosok tubuh lelaki yang tidak dikenalinya membawa kayu besbol, Syami berlari ke arah bertentangan tetapi di belakangnya juga ada dua orang lagi yang tidak di kenali mendekati dirinya membuatkan Syami hanya terpaku.

Apabila sampai di hadapan Syami, lelaki itu mula bercakap,

"aku...nak....duit"..

"Du...duit, nak berapa?"Syami yang ketakutan menjawab soalan yang di beri

"Hhaaha, seratus...ribu"..

"Boleh, nah dalam beg ni"Syami terus memberi beg galasnya kepada lelaki itu

Lelaki itu membuka beg galas Syami dan melihat duit di dalamnya, "ada kan? "Syami sempat bertanya kepada lelaki itu.

Syami perlahan-lahan bergerak untuk keluar dari situ, tiba-tiba dia dipukul di bahagian kepala oleh lelaki yang memegang kayu besbol yang berada di depannya, dia tidak sempat mengelak, Syami terjatuh ke lantai, selepas itu dia dibelasah oleh dua orang yang berada di belakangya pula.

Aridf yang berada di rumahnya sedang tidur"Syami!"dia menyebut nama Syami selepas sahaja dia terjaga, kemudian dia mengambil telefonnya

"helo, aku nak kau cari Syami sekarang jugak, gunakan semua yang ada, SEKARANG!"Aridf bercakap dengan seseorang di dalam telefonnya, kemudian dia berlari keluar rumah dan membawa motorsikalnya ke suatu tempat

Aridf pergi ke rumah Syami, tetapi ibu Syami mengatakan Syami sudah keluar, Aridf meneruskan mencari, sampai di satu tempat Aridf terdengar sesuatu yang mengatakan Syami berada di sebuah kilang terbiar, Aridf terus menuju ke kilang tersebut.

Sampai di dalam kilang, Aridf melihat Syami sudah terlentang di atas lantai

"SYAMI!,...SYAMII SAPA BUAT KAU MACAM NI, SYAMIIIIIIII"

Syami yang digoyang-goyangkan badannya oleh Aridf itu bercakap sesuatu

"Akuu....masih...hidup la"

Sebelum kehilangan kesedarannya Syami melihat beberapa orang berbaju hitam mendekatinya.

Next chapter