webnovel

Pengulangan

Jam menunjukkan sudah tujuh tiga puluh minit petang. Dalam posisi meniarap, perasaan sejuk di bahagian belakang kepala dan perih pada perut membuatkan kesedaran Syami mulai timbul, dalam posisi yang tidak selesa dia teringat akan makanan yang diberi oleh Karina masih belum dimakannya, Syami terus membuka mata, kali ini dia melihat Karina berada di depannya yang sedang menukar peket ais, Karina yang terkejut menampar Syami yang tiba-tiba membuka mata,

"aduui"Syami kesakitan kerana ditampar oleh Karina, tetapi tamparan yang diberi Karina kali ini tidak begitu kuat.

"Haa!, so.....sorry...tu la, siapa suruh biar saya sorang dekat dalam stor tadi...balasan"Karina meminta maaf kerana menampar Syami dengan tidak sengaja seterusnya mengatakan kepada Syami bahawa itu adalah balasan untuknya.

"Hehehe, saya tahu ular tu dekat depan pintu, sebab tu saya tutup"Syami membalas ucapan Karina ketika dalam posisi meniarap.

"Saya dah mas...mama dah nak siap masak tu jom makan sama"Karina menjemput Syami untuk makan malam.

"Ok, tapi saya balik jap, nak mandi dulu"..

"ok, saya tunggu"Karina mahu menunggu Syami.

"Eh, tak nak tunggu pun takpe, sebab saya mandi lama,"..

"Dah tahu ada orang tunggu, tak perlu pun mandi lama-lama kan"..

"hehehe (apa aku cakap ni)..baiklah"Syami pulang dan mandi dengan kadar segera kemudian ke rumah Karina Untuk makan malam

Di ruang makan Syami duduk bersama Danial, Siti beserta Karina sedang makan"terima kasih lah Syami tolong Ina, akak pergi beli barang tadi, dia memang takut benda-benda macam tu,"Siti berterima kasih kepada Syami kerana menolong Karina siang tadi.

"kebetulan je tu,..dia yang terlebih takut ada lah"Karina menyampuk ibunya.

"Ina, tak baik cakap macam tu, ina sepatutnya berterima kasih dekat Syami"Siti menasihati Karina kerana menyakat Syami dan menyuruhnya untuk berterima kasih.

"Ermmmm, terima kasih,"Karina tidak melawan ibunya dan berterima kasih kepada Syami

"Ehhehe"Syami hanya ketawa sahaja mendengar perbualan ibu anak itu

Siti tiba-tiba bertanya kepada Syami lagi"Syami, dekat pipi tu ada bekas tapak tangan, Ina ada tampar kamu lagi ke tadi?"

"Ha?, ada tapi sikit je ni, dia tak sengaja, salah saya"Syami terkejut kerana tidak menyedari bekas tapak tangan yang dinyatakan oleh Siti itu dan memberitahu kebenaran tentangnya.

"Ina, apa yang mama cakap dengan kamu sebelum mama ajar kamu tetang teknik tu? ingat lagi tak, sebut!"..

"jangan guna dekat orang sesuka hati, guna bila perlu sahaja, Ina tak sengaja tadi, sorry Syami, sorry mama"..

Syami yang mula rasa kebas di bahagian pipi kanan itu tidak faham dengan perbualan mereka dan hanya meneruskan makan.

Setelah tenang kawasan ruang makan itu, tiba-tiba Syami ditegur oleh Danial yang hanya mendiamkan diri sahaja dari tadi"Syami, saya nak cakap dengan kamu nanti boleh?"..

"Boleh"..

"Lepas makan ni awak tak perlu kemas, terus tunggu dekat ruang tamu"..

"Baiklah"..

Selesai sudah waktu makan, seperti yang disuruh Danial, Syami terus pergi ke ruang tamu dan menunggu di situ

Tidak lama kemudian Danial datang mendekati Syami dan berkata sesuatu "Syami, kita pindah tempat dulu, kita cakap di luar"..

"Baiklah"selepas mendengar ucapan Danial itu Syami berjalan keluar rumah bersama Danial, ketika berjalan Syami sempat menelan air liurnya.

Sampai sahaja di luar Syami menunggu Danial yang sedang memegang dagu untuk memulakan percakapan terlebih dahulu.

"Syami, kita cakap dekat kawasan rumah kamu, boleh?"Danial memulakan percakapannya, dia meminta untuk merubah lagi tepat untuk bercakap, kali ini di kawasan rumah Syami pula.

"Boleh"Syami hanya menerima sahaja, dia pun berjalan menuju ke rumahnya, semasa berjalan Syami menelan air luirnya lagi walaupun sudah tiada air liur lagi di dalam mulutnya.

Sampai di kawasan rumah Syami, Danial akhirnya mula bercakap "Syami....hmmmmm...saya,...boleh,....saya nak pinjam duit boleh."..

"Haa!"Syami terkejut mendengar ucapan yang keluar dari mulut Danial itu.

"Saya,...saya.....awak lupakan saja lah apa yang saya cakap tadi, maaf ganggu"Danial tergagap-gagap ketika bercakap dan berjalan pulang ke rumahnya.

Syami yang tiada alasan baginya untuk menolak permintaan itu memberhentikan Danial yang mahu pulang dengan memegang bahunya"abang, nanti dulu....kalau tak keberatan boleh saya tahu kenapa?"tidak mahu membuat situasi lebih tegang, Syami menanyakan alasan Danial mahu meminjam wang darinya.

"Sebenarnya..."dengan rendah diri Danial mahu memberi tahu Syami alasan dia mahu meminjam wang, tetapi Syami memberhentikannya.

"kita duduk dulu dekat kerusi tu, penat diri lama-lama"Syami menyuruh Danial untuk duduk di bangku panjang yang berada di depan rumahnya.

Setelah mereka duduk, Danial mula bercakap"sebenarnya saya nak pinjam duit awak untuk membayar hutang, saya ada buat pinjaman yang besar pada satu bank ni, bapak saya pernah membantu pemilik bank tersebut, jadi tiada masalah bagi saya untuk meminjam di situ, tetapi saya sedar yang saya telah buat satu kesilapan, kalau saya tidak membayar ke semua hutang saya sebelum hujung bulan ini, berkemungkinan saya akan muflis, kalau saya muflis saya sangat risau dengan keluarga saya disebabkan saya mungkin mereka akan menderita"..

"Bukannya bapak abang merupakan salah seorang dari 10 orang terkaya di dunia ke, kenapa tak guna kemudahan tu,"Syami bertanya kepada Danial kenapa tidak mahu meminta bantuan dari bapanya walaupun Syami sudah tahu sebabnya.

"Sebenarnya, ada alasan tertentu saya tidak mahu meminta bantuan daripadanya.....awak nak tahu alasannya?"..

"Sa....saya rasa, saya tak nak masuk terlampau dalam, tapi kalau abang nak cerita, saya tak.....saya akan dengar"Syami sudah tahu alasan yang di maksudkan oleh Danial, tetapi disebabkan Syami tidak mahu menyebut nama Karina di dalam perbualan itu, dia rela mendengar alasan itu sekali lagi.

"saya sebenarnya tidak suka duit, di sebabkan duit saya sudah kehilangan orang tersayang, ibu saya, jadi saya tidak mahu mewarisi harta beliau, jika saya meminta bantuan darinya, itu bermakna saya sudah terima untuk mewarisi harta tersebut, saya janji akan bayar hutang pada awak jika awak beri..... "..

"Saya tak kan bagi pinjam, tapi saya tolong bayarkan hutang tu"belum habis bercakap, Syami memotong kata-kata Danial, Syami mengatakan dia tidak mahu memberi pinjam malah mahu menolong membayar hutang Danial itu.

"...be.....betul ke ni Syami,....saya...saya tak tahu nak cakap apa.....saya..."Danial mengeluarkan air mata ketika bercakap sambil menutup matanya menggunakan tangan.

"Jadi bila proses pembayaran itu boleh di buat"Syami meneruskan percakapannya

"Bank tu cakap....saya....saya kena bayar cash sebelum hujung bulan ni,....bulan ni ada lagi tiga minggu....saya tak nak ganggu awak, jadi awak yang tentukan"Danial mahu Syami yang menentukan hari untuk membayar hutangnya.

"Macam mana kalau besok, abang free tak"..

"Besok saya ada kerja, hari ahad minggu ni boleh?"walaupun Danial mahu Syami yang menetukan hari untuk membayar hutangnya tetapi dia pula yang menentukannya.

"Eh!.....boleh...no problem"Syami setuju dengan Danial.

"saya akan buat temujanji dengan pihak bank, kalau ada masalah saya akan bagi tahu awak, cuma kalau boleh jangan bagi tahu dengan keluarga saya, saya tak nak mereka risau"..

"baiklah, kalau macam tu kita pergi bank guna kereta saya"..

"terima kasih Syami, terima kasih"Danial memeluk Syami sambil mengucapkan terima kasih

mereka berdua pun pulang ke rumah setelah selesai berbual.

Di suatu tempat.

"Tut... Tut....tut tut tut turu tut tut tut turu tuu tut tuu... Helo Dato'."

"Rizal, macam mana dengan rancangan saya tu"..?

"Jangan risau Dato', semuanya berjalan dengan lancar, saya sudah menentukan tarikh akhir pembayaran itu harus dilakukan pada akhir bulan ini dan saya sudah menghapuskan semua yang boleh menolongnya, tiada siapa yang Danial boleh minta tolong untuk bayar hutang tersebut selain Dato'."...

"Saya suruh kamu pastikan yang Danial akan minta tolong dengan saya, bukan dengan menghapuskan sesiapa, saya tak mahu bertanggungjawab tentang hal itu"..?

"Bukan macam tu Dato', saya tak hapuskan sesiapa cuma saja nak guna perkataan tu, ye la, kasi macam drama sikit."...

"Apa-apa saja lah, yang penting saya nak kamu pastikan rancangan tu tidak akan gagal"...?

"Baiklah Dato', as you wish"...

Next chapter