webnovel

Kawan

keinginan untuk berbelanja Syami telah hilang setelah mendengar cerita daripada Karina, "huuuuuuh, epic betul, sampai hilang aku punya keinginan nak pergi belanja, piza lagi la  aku makan malam ni"

Syami memutuskan untuk beli di restoran daripada memesan melalui penghantaran"beli dekat kedai la, alang-alang dah bersiap"

Syami pun membawa keretanya untuk pergi ke restoran makanan pantas, sampai di sana, Syami disapa oleh penjaga kaunter pesanan.

"Abang!"..?

"Ye?."

"saya yang hantar piza hari tu dekat rumah abang, ingat lagi tak"

"Ooh, kau yang hantar, cukup tak duitnya?"

"Cukup sangat,"

"saya ada nak cakap ni, sebelum tu, nama saya Kane."

"Kane?, nama sebenar ke nickname,pelik betul."Syami pelik, dan melihat tanda nama orang tersebut yang mempunyai tulisan 'KANE'

"Haha, ramai yang cakap macam tu, tapi ni nama betul saya"

"Kalau macam tu, panggil aku ori," Syami memperkenalkan dirinya sebagai 'ori' gelaran yang diberi kepadanya oleh uncle Sam

"Ori..,ok, kalau kau nak order piza lagi, bagi tau aku, nanti aku yang hantar, sebab kau bagi tips banyak, boleh kan?,"Kane menggunakan kata ganti nama diri 'aku;kau' selepas Syami memberi tahu nama gelarannya.

"Ok, boleh"Syami kemudian membuat pesanan dan mahu membawa pulang,selesai pesanan yang dibuat, Syami keluar dari kedai, "Suruh aku bagi tahu dia kalau nak order?, nombor telefon tak bagi, macam mana aku nak bagi tahu"ujar Syami yang menganggap percakapan Kane hayalah gurauan semata-mata.

Malamnya, kane datang ke rumah Syami,

"Ori....Orii....ni aku, Kane, ada kat rumah tak."Kane memanggil Syami sambil menekan loceng rumah.

Mendengar sahaja loceng rumahnya berbunyi Syami bergegas melihat siapa yang menekan loceng rumahnya, setelah mengenali wajah Kane, Syami pun bercakap melalui interkom pintu rumahnya"ye cari siapa,"

"Ori ada?, saya kane kawan dia,"

"Origano?...takpa, saya tak nak beli,"

"Bukan begitu, nama saya Kane, K....A....N..E, kawan kepada Ori,"

"Ohh,..Kane, Ori punya kawan, Ori tu siapa, dalam rumah ni tiada orang nama Ori, nama saya Syami,"

Kane yang berada di luar terdiam dan terpinga-pinga, adakah dia sudah silap rumah, dia meragui ingatannya,"maaf encik, mungkin saya dah salah rumah."Kane pun berjalan menuju ke tunggangannya sambil menggaru kepala.

Melihat gelagat Kane, Syami kemudian membuka pintu rumahnya dan memenggil Kane"ooi, nak pergi mana tu"

Kane pun menoleh setelah mendengar kata-kata Syami"Oriii!, betul la ni rumah kau, aku ingat salah tadi, aku memang senang lupa,...yang cakap tadi sapa?,"

"Entahlah siapa"..

"Sebelum aku lupa, nah no aku, tadi lupa nak bagi, kalau nak order, jangan call aku, call no biasa, cakap dengan orang yang angkat tu, suruh Kane yang hantar tau,.... no kau bagi aku,"

"aku kena call no biasa kalau nak order,....buat apa bagi no kau?,"

"Ye la, aku boleh bagi tau kau kalau aku cuti"

"Aku takde no fon, fon takde"

"HAAA!, duduk rumah besar takde fon, biar betul, macam mana kau order hari tu"

"aku order guna telefon rumah,"

"macam mana kau masuk sini, tak kena tahan dengan guard dekat gate depan tu ke,"Syami menukar topik.

"Aku ada hantar piza dekat kawasan sini, jadi singgah jap, lagipun syif aku dah habis,"

"Aku, gerak dulu la, nak pulang moto"

"Jangan sampai lupa jalan balik pulak"

Keesokan paginya

Syami menulis lagi barang-barang keperluan yang hendak dibelinya di atas kertas A4, tiba-tiba dia teringat akan kata-kata Kane tentang dirinya yang tiada telefon pintar, Syami pun menelefon Kane,

"ttut....tuuut"..

"Helo,"..

"Helo, ni Kane ke"..

"Oriii!..kau nak order piza ke, aku cuti la hari ni"

"Bukan,....aku nak tanya, kau tau tak nak beli fon original dekat mana?, eh, macam mana kau tau aku yang call?"

"Ohh, nak beli fon, dekat semua tempat original, cuma kena pandai pilih je, kalau nak beli, aku boleh teman, hari ni aku cuti"

"Ye ke, boleh juga, kau datang rumah aku, nanti aku bagi tahu guard dekat gate bagi kau masuk, kita pergi saing,"

"Okey boleh"

Setelah Kane sampai, Syami menyuruh dia memasukkan motorsikalnya ke dalam garaj.

"Kau biar betul, rumah besar, guna kereta kancil je?"

"Aku guna apa yang ada je, jomlah tutup nanti kedainya"

Mereka berdua pun pergi ke pasar raya. Selesai sudah membeli barang, mereka berdua mahu kembali ke kereta, belum sampai, tiba-tiba Syami mahu pergi ke tandas, Syami menyuruh Kane menjaga barangnya dan tunggu di taman permainan di depan tempat letak kenderaan"aku nak pergi tandas jap, kau tunggu kat taman permainan depan tu,...nah jaga sekali beg aku"Syami masukkan dompetnya di dalam beg galas dan memberinya kepada Kane

"Okey"Kane pun mengambil barang Syami dan pergi ke taman yang Syami sebutkan tadi, Kane duduk di kerusi bawah pondok kecil yang berada di taman itu dan meletakkan beg galas Syami di sebelahnya, taman itu dikelilingi bangunan dan tiada sesiapa di situ, tiba-tiba barang Syami dirompak oleh dua orang perompak yang memakai topeng muka, Kane yang sedar situasi itu terus mengejar kedua perompak tersebut. Semasa mengejar, Kane menjerit"BAGI BALIK BARANG KAWAN AKUUUUH! "

Selesai urusannya di tandas, Syami menuju ke taman permainan di mana Kane sedang menunggunya. Dia pelik kerana tidak melihat kehadiran Kane di situ, Syami mahu bersangka baik dan menunggu di taman permainan itu

"eh....mana Kane"

"Kane...ch...ch...ch, mana kau,....dia lari ambil barang aku ke, aku cuma kenal dia baru sehari,...hmmm, mungkin dia pergi tandas"

Perompak itu berlari ke arah lorong kecil, salah seorang perompak itu mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan menjatuhkannya ke bawah,

ternyata benda yang dijatuhkan itu adalah paku payung kecil, Kane yang tidak berputus asa, terus mengejar perompak itu walaupun terpijak paku tersebut"Aduh...AAAAAAAAAAAAh,"

Perompak itu kemudian berpecah dua ke kiri dan ke kanan, Kane mengejar porompak yang belok ke kanan kerana perompak itu yang membawa beg galas Syami, ternyata lorong itu adalah jalan mati, perompak itu berhenti berlari, belum sempat menoleh, Kane yang terus berlari merempuh belakang badan perompak itu dengan kuat mengunakan badannya, membuatkan beg galas yang perompak itu pegang jatuh

Semasa rempuhan, terdengar bunyi "kertukuk"seakan bunyi tulang patah,

Kane dan perompak itu terkapar di atas lantai.

Kane bangun dan melihat perompak itu sudah pengsan mungkin bunyi "kertukuk"itu adalah bunyi tulang perompak itu yang patah, dia segera mengambil beg galas Syami dan mahu beredar.

Belum sempat kelur lorong itu, kane dipukul di bahagian badan dari belakang oleh seorang lagi perompak,

pukulannya sangat kuat sehingga membuatkan Kane terhempas ke dinding, bajunya terkoyak dan Kane pingsan kerana kesakitan yang dahsyat. Tidak lama kemudian Kane kembali sedar, dia bangun dan melihat sekeliling, perompak itu serta beg galas Syami sudah tiada hanya terdapat dompet Syami sahaja yang terjatuh semasa dia merumpuh salah seorang perompak itu tadi, Kane kembali semula dalam keadaan compang-camping tanpa terluka.

Syami yang sedang menunggu terkejut melihat Kane kembali dalam keadaan compang-camping"Kane!....kau kenapa?"

"Maaf ori tadi ada orang ambil barang kau, aku cuba kejar, tapi aku cuma dapat dompet kau je"terlihat mata Kane sedikit berkilat semasa bercakap.

"HAA!...aku tak kesah pun barang aku, kau macam mana, ada luka?, nak pergi hospital tak"

"Aku tak ada luka cuma baju aku je koyak"

Selepas itu mereka berdua pulang. Semasa dalam perjalanan pulang Syami memberitahu perasaan sebenarnya kepada Kane "Sebenarnya, aku tak pernah anggap kau sebagai seorang kawan pun"ujar Syami

"Huhh?"Kane terkejut dan kecewa selepas mendengar kata-kata Syami

"Tapi aku dah tersilap sangka, kau baik rupanya, huhuhu"

Kane tersenyum selepas Syami berkata seperti itu.

"kane?...aku ada sesuatu nak beri tahu kau"

"Apa?"

"Tapi sebelum tu Buka dompet kau, keluarkan semua duit, pastikan tiada duit langsung, lepas tu tutup balik,"

"Ok".Kane pun mengeluarkan semua duit dalam dompetnya termasuk duit syiling.

"Disebabkan kau dah tolong selamatkan dompet aku, aku nak bagi reward la, kau nak berapa?"

"Takpe la"

"Mintak je la, aku nak bagi ni, mintak banyak pun takpa"

"Se.....seratus"

"Sekarang buka balik dompet kau"

Kane pun membuka dompetnya, dia terkejut melihat ada sekeping duit seratus dalam dompetnya sedangkan tiada duit langsung dalam dompet itu"magic apa ni, macam mana kau buat"

"Cuba kau tutup lagi,"

Kane menutup lagi dompetnya

"Berapa lagi yang kau nak"

dengan pantas kane menjawab"empat ratus"selepas itu dia membuka lagi dompetnya, selesai mengira, terdapat lima ratus keseluruhan muncul dalam dompetnya, Kane hanya terdiam dan ternganga sambil melihat Syami yang sedang membawa kereta.

"Bukan magic, tapi itulah kemampuan aku, aku dapat kemampuan ni semasa.... "

Belum habis bercakap, Syami diberhentikan polis peronda"ABC 123 sila berhentikan kenderaan anda"

Syami pun memberhentikan kederaannya di tepi jalan,"encik, kalau nak bawa slow tu boleh tapi jangan slow sangat, jalan ni maksimum 60kmj, jangan bawa 1kmj"

"Ok, baiklah"selepas mendengar jawapan Syami, polis peronda itu pun beredar.

"Aku bawa slow sangat ke kane?"

"Biasa je"

Syami menganggukkan kepalanya dan kembali membawa kenderaan untuk pulang ke rumah.

Next chapter