webnovel

Kamu sering kesini untuk makan?

Hua Rong dan Qin Moyu mengambil tempat di dalam kedai itu ternyata di tempat itu memiliki warung di atas bangunannya.

Asap dari atas bangunan boleh dibau sampai bawah,membuatkan Qin Moyu menutupi hidung serta mulut dengan sapu tangannya.

"Tempat apakah ini,banyak bau asap"

"Ini,boleh kata kedai atau pun warung,mereka selalunya jual makanan jalanan. "Kebanyakannya ia adalah makanan bakar jadi oleh kerana Presiden Qin orang atasan saya nak ada makan makanan orang rendahan macam saya makan,sedap tahu."Hua Rong menunjukkan jadi ibunya menunjukkan kedai warung itu memiliki makanan yang sedap yang tidak mudah untuk didapati di mana-mana.

"Jadi,kamu sering kesini untuk makan?"

Hua Rong terpaku saat Qin Moyu menanyakan hal itu,ia sama sekali tidak pernah datang membeli disitu,kerana kekurangan wang namun kali ini ia datang oleh kerana ia telah melukai seorang presiden ini,ia berharap perkara itu akan memuaskannya lagipun selama ini,dirinya pun teringin untuk makan juga disitu.

"Sebenarnya.... ini kali pertama saya datang kesini."Qin Moyu terkejut dalam hatinya, jadi bermakna ia datang ketempat itu bersama Hua Rong merupakan kali pertama buatnya. Ini adalah terbaik,ia akan membeli kedai itu untuk menjadi kenangannya bersama Hua Rong.

"Presiden Qin?"

"Qin Moyu."Qin Moyu menegur Hua Rong untuk menggunakan namanya buat kali kedua.Matanya memberikan tatapan tajam padanya membuatkan suara yang dikeluarkan Hua Rong gementaran.

"Qiqiqi...Qin Moyu."melihat Hua Rong menyebut namanya dalam suara gementaran membuatnya tersenyum di dalam dirinya.

Comel.Satu kata yang dapat dituju oleh Qin Moyu terhadap Hua Rong.

"Se..se..sebenarnya saya nak tanya sesuatu."

"Hm"Qin Moyu mula menatap Hua Rong dengan rasa ingin tahu apa yang ingin dikatakan olehnya.

"Semalam kenapa kamu boleh berada di rumah sahabat ibu saya?Apa urusan anda sewaktu disana?".kening kanan Hua Rong dinaikkan sedikit kerana rasa ingin tahu.

"...Oh!.Itu rumah ibu saya."jawabnya selamba.

"Maaf kerana lambat,ini menunya"pelayan lelaki itu datang dan berbicara ramah pada mereka. Pada waktu yang sama ia tanpa sengaja melirik wajah Hua Rong dan terpukau akan kecantikannya.

Ia terpaku beberapa saat sebelum sebuah ketukan dari sebelahnya menyedarkannya.

Qin Moyu terlihat seperti orang yang apabila barang berharganya dilirik lama oleh orang lain.Aura intimitasi yang kuat dan dingin membuatkan diri pelayan itu meremang secara tiba-tiba.

"-Maaf".Setelah itu ia pun beredar dari situ dan melayan tetamu yang lain.

"Kenapa dengan pelayan itu terlihat ketakutan saat pergi?"tanya Hua Rong risau akan pelayan itu yang tiba-tiba bersikap aneh di hadapannya dan terlihat terburu-buru.

"Mungkin ia sakit."Ia melirik Hua Rong untuk melihat riaksinya kerana sebahagian orang yang dekatnya pasti tahu sikap buruknya dan ia ingin lihat sama ada Hua Rong terlihat ragu atau berpura-pura tidak tahu.

"Hm..begitu"ia mengangguk seperti faham apa yang diucapkan Qin Moyu,membuatkan Qin Moyu membuka mulutnya sedikit seperti dalam keadaan tidak percaya.Dia terlihat sangat naif.Aku ingat ia bijak rupanya ia lebih teruk dari Bian Jin.Setiausahanya.

Tapi ia tidak mengapa,selagi ia masih kekal begini aku masih menyukainya.

Setelah itu,memutuskan untuk pulang kerumah masing-masing setelah menukar nombor kenalan mereka.

Hua Rong pulang dan melihat rumahnya terlihat sedikit berantakan.Hampir kesemua perabot jatuh ke lantai dan terlihat ada darah yang menitik datang dari arah dapur menujuk ke pintu rumah.

"Apa...yang terjadi?"

Hua Rong tunduk dan hidungnya masih menyengat bau darah itu.Ia darah yang masih baru.Baru lepas lima minit yang lalu.

Hua Rong keluar dari rumah mengikuti bau darah itu.Menurutnya bau darah yang masih segar itu masih boleh jadi petunjuknya kalau ada apa-apa yang berlaku pada ibunya.

Ia berfikir ibunya sudah diculik oleh orang dan ia harus menyelamatinya.

"Hua Rong!"panggil seorang mak cik tua yang menurutnya ia kenali.

"Mak cik Yi Yin."Ini adalah jiran dari kampung ini yang rapat dengan ibunya.

"Kamu cari ibu kamu?."Hua Rong angguk menanda benar.

"Tadi ada beberapa orang lelaki berpakaian hitam,bertopi hitam masuk rumah ibu kamu, lepastu datang sebuah ambulan datang kerumah kamu lalu membawa ibu kamu kehospital."

"Hospital mana?"

"Hospital*****".

Setelah itu Hua Rong berlari sepantas mungkin ke alamat hopital itu tanpa berfikir panjang.Di kepalanya sudah takut untuk mengetahui keadaan ibunya saat ia bertemu dengannya.

__

"Maaf tumpang tanya ada nama tak pesakit yang bernama Hua Jin".tanya Hua Rong yang terlihat tergesa-gesa.

Perawat wanita itu melihat Hua Rong yang kelihatan baru sahaja lari maraton untuk ke hospital ia pun dengan pantas mengecek nama itu.

"Di blok B,tingkat 3,bilik no.13,blok B ada dekat sebelah kiri blok bangunan ini."Perawat itu menunjukkan arah blok tersebut pada Hua Rong.

"Terima kasih."Hua Rong mengguk faham lalu terus berlari kearah yang ditunjuk.Perawat yang melihat hanya berasa kasihan,ia baru sahaja melihat dari kejauhan bahawa ia berlari untuk ke hospital ini,kini ia harus berlari lagi.Pasti ia sedang mengalami kejutan sampai membuat ia sebegitu depresi.

Setelah berlari tanpa henti akhirnya ia tiba di depan bilik 13,tepatnya di ruangan ibunya berada.

Ia memulas tombol pintu dan menolaknya perlahan tanpa mengecek nama pintu bilik itu dan terkejut apabila ia melihat terdapat dua orang lelaki yang berada dalam kedudukan aneh.

Seorang lelaki yang memiliki tubuhnya lebih besar dari lelaki yang sedang baring di katil, ia terlihat posisi yang aneh.Menggunakan kedua tangannya untuk menjerat lelaki itu dan menyekatnya dengan tubuh supaya ia tidak melarikan diri.

Mereka berdua pun memandangnya serentak oleh kerana posisi mereka berdua terlihat canggung didepan mata wanita yang tiba-tiba muncul di pintu.

Dengan kalut mereka pun berubah posisi seperti tiada apa-apa yang berlaku di antara mereka berdua.

Hua Rong tidak mendapat idea apa yang berlaku.Ia pun menutupnya kembali pintu.

"Eh...eee jangan lari".Lelaki bertubuh besar berlari dengan langkah besar untuk menahan pintu dan ia terlihat pasti dapat menahan pintu untuk mengelak sebarang salah paham dengan wanita itu.

Sayangnya apabila ia baru sahaja keluar,ia tidak melihat sesiapapun dari lorong bilik mereka.

"Haish...terlepas,kenapa boleh terlepas pula kali ini."ia terlihat kesal lalu kembali masuk dan kedengaran klik dari dalam.Nampaknya lelaki itu mengunci pintu dari dalam.

"Huh,nasib baik."bisik Hua Rong.

Sebelum itu,setelah ia menutup pintu,Hua Rong telah melihat ada bilik stor kecil dan tidak dikunci sewaktu dibuka dan ia cuma bersebelahan bilik itu sahaja.

Masalah kalau aku buka secara mengejut tapi kedua lelaki itu kalau dilihat seperti pernah dilihat pikirnya.

Ia melihat no.bilik itu ia pun berasa malu.Ternyata nombornya terbalik dan terlihat seperti no.13 ternyata no.31.

"Hua Rong,lain kali lihat baik-baik sebelum masuk."

__

Hua Rong mengambil sedikit waktu dengan berjalan akhirnya ia menjumpai bilik itu tersebut.

"No.13,Hua Jin."Ia membaca dengan jelas supaya ia tidak melakukan kesilapannya lagi.

"Bagus,tidak ada yang silap lagi."

Ia pun masuk dengan perlahan,ia memandang tempat yang ditempati oleh ibunya.Ibunya terlihat sedang tidur dengan nyenyak.Di bahagian lengan kiri ibunya dibalut tebal.Tapi bukan itu sahaja,wajah ibunya dipipi terlihat ada luka gurisan kecil tidak panjang seperti dibuat oleh pedang kecil khas.

"Siapa mereka?"soalan itu tiba-tiba keluar entah dari mana.

__

Lelaki yang bertubuh besar ini adalah anak kedua dari keluarga Qin,Qin Royun.Dan yang paling kurus ini,anak keempat dari wanita simpanan ayahnya,ia Qin Muran.Masih sekolah menengah rendah nak masuk sekolah tinggi tahun depan katanya.

Keadaannya sebegini,Qin Muran ingin memakan buah apel dan ingin buah itu dikupas sebelum makan jadinya Qin Royun ingin membantu tapi sewaktu ia cuba mengambil pisau dari atas meja bersebelahan katil milik Qin Muran ia pun terselindung keatasa katil oleh kerana lantai licin,dengan kasut yang dikenakannya sekarang munkin menyebabkan ia hilang keseimbangan lalu terjatuh diatas katil Qin Muran tanpa sengapa ia menjadi posisi begitu dan pada waktu itu Hua Rong tanpa sengaja masuk dan terlihat adegan itu.

Disebabkan itu mereka sangka wanita itu akan mengecop mereka sebagai lgbt.Qin Royun amat mementingkan penampilan dirinya terutamanya pada wanita,ia tidak ingin ada rumor aneh tentanya di media sosial atau abang pertama mereka akan meluputkan jawatannya sebagai pengerusi agen barang eksport.Ia adalah pangkat yang penting buatnya untuk menyara dirinya selama ini.Hasil kerja kerasnya akan hancur kalau ada apa-apa berita aneh seperti itu.

"Eh....eee jangan lari"tapi wanita itu sudah melarikan diri apabila ia sudah keluar secepat itu.

"Haish....terlepas pula bagaimana boleh terlepas pula kali ini."

Next chapter