Setelah sekian lama berhijrah ke negara luar,akhirnya seorang model yang terkenal diseluruh negara pulang ke malaysia semula.Pertemuan pertama,diantara Tengku Aryana dengan Tengku Aryan banyak menimbulkan pergaduhan.Pergaduhan yang tercipta disebabkan perangai kebudak-budakkan mereka berdua. " Auchhh!! Kau dah apahal pijak kaki aku " - Tengku Aryan " Macam kau cakap 'suka hati akulah' padan muka ! Lain kali kalau dah buat salah reti mintak maaf " - Tengku Aryana Namun,lama kelamaan satu demi satu terungkap.Disaat itu,mampukah Tengku Aryana menerima bahawa realitinya dia sudah menjadi hak milik orang. " Takpe,aku redho kalau isya pilih dia.Sebab aku tahu,aku dengan dia takkan dapat bersama.Dapat rasa cinta dia sementara pun takpe " - Tengku Irfan " TAK!!!TAK!!! ISYA TAK PERCAYA!!!MAMA TIPU!!! " - Tengku Aryana " AKU NAK KORANG SEMUA CARI DAN BUNUH BETINA NI!!!AKU TAK KESAH KORANG GUNA CARA APA SEKALIPUN,ASALKAN BETINA NI TAK WUJUD LAGI!!!FAHAM!!! " - Tengku Arsya Adakah cinta itu masih berpihak kepada mereka?ataupun berpihak pada yang lain?
4 Tahun Lepas...
Selepas kepergian aira.Perangai ryan mula berubah.Dia suka berkurung dalam bilik,makan pun kadang2 itu pun jenuh dipaksa.Dia masih tidak dapat menerima takdir bahawa aira sudah tiada.
"Ryan..sudah2 la tu..sampai bila ryan nak jadi macam ni"pujuk mummy lalu duduk bersila ditepi ryan.Mummy memandang ryan yang termenung sambil memegang gambar aira yang tengah mengandung.
"Mummy dah tak sanggup tengok ryan jadi macam ni.Makan tak teratur,diri tak terurus.Mummy kesian tengok ryan"kata mummy sambil mengusap perlahan rambut ryan.Ryan mengalihkan pandanganya kearah mummy.
"Kalau aira ada .. Mesti dia uruskan ryan kan? Mesti aira yang akan masakkan untuk ryan kan mummy .."kata ryan macam orang tidak waras.Mummy mengeluh pandang ryan.
"Ryan jangan cakap macam tu.Ryan kena redho yang aira dah takde sayang.Ryan kena kuat!!Ryan tak boleh macam ni .."pujuk mummy lagi lalu memegang kedua2 belah pipi ryan.
Ryan memandang mummy dengan air mata yang membasahi pipi.Ryan memegang tangan mummy dari pipinya.
"Macam mana ryan nak redho mummy? Macam mana ryan nak redho,bila isteri yang ryan cinta pergi ..."kata ryan dengan suara seraknya.Mummy mengelap air mata ryan.
"Mummy tahu ryan cintakan aira.Tapi .. Ryan kena terima semua ketentuanya.Ryan kena ikhlaskan kepergian aira supaya aira tenang disana"kata mummy lagi.
"Kenapa mummy?kenapa semua orang yang ryan sayang,pergi tinggalkan ryan.Ryan nak aira , ryan nak anak ryan balik"kata ryan lalu mengambil semua gambar aira lalu peluk.Air mata mummy mula mengalir apabila melihat ryan menjadi sebegitu.
"Dah2 lah ryan.Cukuplah ryan seksa diri ryan sendiri.Ryan tak kesian ke dekat mummy dengan daddy? Ryan dah tak sayang mummy?"kata mummy lagi.
"Ryan sayang mummy .."kata ryan.Mummy mengambil kedua2 tangan ryan,lalu gengam.
"Kalau ryan sayang mummy,ryan kena buktikan.Kalau betul ryan sayangkan mummy,ryan kena berubah.Ryan kena jadi diri ryan semula.Mummy taknak tengok ryan sedih2 lagi"kata mummy sambil memandang mata ryan.
"Tapi ...."kata ryan.
"Ryan kena percaya pada diri ryan.Yang ryan boleh buat.Mummy dah taknak tengok ryan berkurung lagi dalam bilik.Mummy nak ryan sambung belajar"mummy memberi semangat kepada ryan.Ryan mengeluh kecil lalu tersenyum pahit.
"Ikut mummylah.Ryan ikut je"ayat pasrah ryan.Mummy tersenyum.
"Macamni lah anak mummy.Mummy tahu ryan boleh"kata mummy.
----------
Mungkin hari ini kita kehilangan orang yang kita cinta
Mungkin suatu hari nanti,
Allah hadirkan seseorang untuk melengkapi hidup kita semula?
----------
Don't Forget To Vote And Comment..