Hanna sedang lena tidur di bilik Maktam. Dengan perlahan aku keluar dari bilik Maktam dan menutup daun pintu. Maktam pula menyusur masuk ke dalam bilik itu. Aku hanya terkejut dan Maktam pula menutup daun pintu itu. Ketika aku melalui ruang tamu, mata ku memandang ke arah sofa. Ternampak kelibat tubuh badan Am jelas sedang baring sambil menonton televisyen. Aku tidak menganggunya, aku terus masuk ke bilik dan menutup daun pintu. Aku baru nak duduk di bucu katil, pintu bilikku di ketuk dan di kuak. Aku mengintai, "Awak dah tidur ke?" Am melangkah masuk tanpa menunggu jawapan dari aku terlebih dahulu. "belum.. baru nk letak kepala. kenapa awak cari saya?" Am menutup pintu dan duduk di sebelah ku. Tanganku di capai dan digenggam erat. Aku agak terkejut dengan tindakan spontan dari Am walaupun ini bukan kali pertama. Namun kali ini cara dia agak perlahan dan tidak memaksa. Dia memandang tepat ke wajahku. "u, i bukan nak minta izin u tapi i u ikut i kita balik. I harap kali ini u akan cuba terima. I minta maaf dengan u, apa yang jadi antara kita dulu. I betul-betul menyesal and i nak u dan Hanna balik. I nak kita mulakan keluarga kita semula. I dah tak sanggup hilang u lagi kali ni. Please Dee.. I really love u dan kali ni I tak kan sia-siakan cinta u. Please come back.. " Am mula menangis. Aku bertambah terkejut. Dengan secara automatik tanganku mula menyapu air mata lelaki itu. Tangan ku yang mengelap air matanya di tarik dan di kucup beberapa kali. Tanpa fikir panjang, aku hanya mengangguk. Jawapan aku itu, membuatkan Am happy dan dia memelukku erat sambil mengucapkan terima kasih. Belum sempat aku menjawab, aku terus menciumku dan kami hanyut jauh. Itulah kali pertamanya, aku menerima suami ku dan kami layari di ranjang dengan bahagia.
Pagi itu di sinari cahaya senyuman di bibir Hanna. Dia orang pertama datang menganggu aku dan Am yang lena tidur tanpa pakaian. Aku menarik selimut. Am memahami isyarat aku, Dia menarik seluar pendek yang berdekatan dengannya dan memakainya. Hanna memeluk Am dan aku terus meluru ke arah bilik air. Belum sempat aku bangun, Am membuliku dengan menarik sedikit selimut ku. Tindakannya membuliku membuatkan Hanna ketawa besar pagi tu. Am juga turut ketawa nakal. Aku cuba menarik-narik dan akhirnya Am melepaskannya. Aku hampir jatuh tetapi nasib baik kakiku kuat menahan. Apabila, selesai mandi, kelibat dua beranak itu tiada di dalam bilik itu. Mereka sudah pun berada di meja makan. Am hanya melayani puteri kesayangannya tanpa menghiraukan aku. Aku hanya mengeleng dengan gelagat dua beranak itu. Aku mendekati Maktam yang sedang duduk berehat di sofa. Aku menyatakan hasrat utk pulang ke tanah air. Ada beberapa perkara yang perlu aku selesaikan sebelum pulang. Maktam hanya mengikut sahaja kemahuan aku. Dialah orang yang sanggup bersusah dan bersenang dengan ku tanpa banyak soal. Aku amat berterima kasih padanya yang selama ini banyak menjaga aku dan Hanna. Setelah aku selesai berbicara dengan Maktam, Aku bangun melangkah ke arah dapur. Belum sempat tanganku mencapai cawan, Am memeluk pinggang ku dan belum sempat aku menoleh ke belakang, Am meletakkan dagunya pada bahu kiri ku. Aku kaget. "Sayang, terima kasih bagi peluang sekali lagi pada i. I janji kali ni i takkan sia-siakan u dan Hanna. I will take care everything, u don't worry, okay? Would u trust me this time?" bisik suaranya di telingaku. Aku hanya tersenyum dan mengangguk lembut. Dia mengerat lagi pelukan. Sekali lagi di ganggu oleh Hanna. Kami hanya ketawa. Aku mengambil cawan namun di rampas oleh Am. "let me do it for u. u nak air apa? tea, coffee or me?" dia meloroh. Aku hanya menggeleng sambil tertawa kecil. "Latte please.." Dia tergamam. Aku tahu Am bukan orang yang tahu but segalanya. Jadi, aku terus mengeluarkan bahan untuk membuat latte. Dia hanya mengaru kepala dan memerhati apa yang aku cuba lakukan. Setelah siap, barulah dia mengangguk. Dia mengambil cawan yang berisi latte itu dan merasainya. Walaupun panas, namun dia tetap menghirupnya perlahan. "Sedap juga. Jarang i minum latte. Biasa esspreso je." Dia mula menarik cawan latte tu dari tanganku dan membawa cawan itu ke meja. Dia menyuruh aku duduk disebelahnya dan ketika aku duduk, dia terus menyuap sesudu mee goreng ke mulutku. Aku terkejut dengan sikap dia yang spontan.Aku tidak memarahinya kerana aku tahu dia sedang cuba menjaga hatiku dan ambil berat tentang aku. Hanna dari jauh melihat gelagat kami. Dia hanya tersenyum dan mendekati Maktam untuk meminta mainannya tanpa memintanya dari aku.
Tepat jam 10 pagi kami tiba di pintu balai ketibaan, KLIA. Dari jauh aku dapat melihat kelibat Mama dan Lia yang sekian lama menunggu ketibaan kami. Hanna berlari-lari anak di ruang legar itu tanpa perasan Lia mendekati dirinya dan terus mendukung anak kecil itu. Hanna agak terkejut, namun setelah melihat wajah Lia, dia seolah-oleh mengenali wajah itu. Lia mula mencium-cium pipi comel Hanna. Aku, Am dan Maktam menghampiri Lia dan Hanna. Manakala, mama dan pakcik Sani juga menghampiri kami. Mama memelukku erat. Dia mencium-cium pipi ku tanda rindu yang teramat sangat. Berkali-kali mama meminta aku utk tidak pergi dari nya lagi. Aku hanya mengangguk dan terus memandang ke arah Am kerana dialah aku pulang ke tanah air. Kegembiraan terlihat di wajah mereka setelah sekian lama kami berpisah. Aku juga tidak menyangka akan pulang dan berjumpa mereka semula. Semuanya salah aku dengan kedegilan dan ego besar aku. Jika aku tahu sebahagia begini, aku tak mungkin akan pisahkan Hanna dengan keluarga Am. Am memegang tanganku dan menarik aku ke arah pintu utama. Kereta Vellfire mama sudah pun menunggu menyambut kepulangan kami. Pak cik Sani juga turut gembira melihat mama dan Lia melayani gelagat comel Hanna. Aku hanya menggelengkan kepala sahaja melihat gelagat manja anak nakal itu. Am turut senyum melihat aku tersenyum sendiri. Dia sempat berbisik "terima kasih,sayang.. " dan masih mengenggam erat tanganku. Hanna terus lari menuju masuk ke dalam kenderaan itu. Diikuti Lia dan mama. Aku duduk di belakang dan Am duduk di hadapan sebelah pemandu. Walaupun duduk di depan, tangan dia sempat menarik-narik tanganku di celah pintu. Mama dan Lia tidak mengendahkan kami, hanya melayani kerenah Hanna yang banyak bersoal apabila melihat perubahan besar persekitaran sekeliling sepanjang jalan. Sehingga Hanna terlena keletihan. Aku dan Am hanya tersenyum. Sampai di muka pintu, semua orang gajian mama menyambut ketibaan kami. Mereka terus berebut memeluk aku dan ada juga yang menangis. Aku mengelap air mata yang menangis dan mereka mengangkat semua barang-barang kami masuk ke dalam. Sebahagian sahaja barang yang kami boleh bawa balik, selebihnya kami terpaksa menggunakan kargo. Maklumlah barang hampir 6 tahun berada disana. Sudah tentu macam-macam lah barangnya. Kargo amat lambat memakan masa, jadi Am cadangkan utk meletakkan barang-barang aku itu ke rumah baru kami nanti. Aku terkejut dengan jawapan Am pada ku. Bukanlah itu yang minta tetapi hadiah itu juga cukup buat aku gembira. Semua orang gajian mama berasa cemburu. Aku hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu dengan hadiah Am padaku. Am mengangkat Hanna yang lena tidur ke dalam bilik kami. Ketika melangkah masuk ke dalam bilik itu, bertalu-talu rasa sakit dan trauma berada dalam bilik itu. Kepala aku mula berpusing dan aku rebah di hadapan katil.Am terkejut melihat aku pengsan di situ dan menjerit memanggil mama. Aku hanya dapat mendengar suara Am yang semakin jauh dan badanku di gerakkan dan akhirnya, hilang..