Chris sampai hospital awal pagi sambil ditemani oleh Cindy . Dia sudah bersedia menjemput ibunya pulang ke rumah . Sudah seminggu ibunya terlantar di hospital .
Dia bersyukur kerana ibunya pulih biarpun menggunakkan kerusi roda .
Sampai sahaja di wad , Cindy berpura baik di depan mak cik Ana . " Pelan-pelan angkat ibu you tu Chris " , tegur Cindy .
Cindy mengangkat barang-barang mak cik Ana . " Ess , punyalah berat ! Menyusahkan aku je orang tua ni , kau pun nak matilah ni . Sama je macam anak kau yang Si Kimy tu . Tak habishabis menyusahkan aku je, " desis hati Cindy .
Cindy mengekori langkah Chris dengan hati yang panas .