webnovel

Pengakhiran Cinta

Author: nrlaqila
General
Ongoing · 34.3K Views
  • 8 Chs
    Content
  • ratings
  • N/A
    SUPPORT
Synopsis

Intan adrina seorang gadis yang serba serbi sempurna dari segi rupa sehinggalah perwatakan yang membuatkan dia digilai ramai lelaki akan tetapi dia cuma gadis kampung yang mahu pengakhiran bagi setiap hubungan yang dijalinkan. Siapakah pengakhiran cinta intan adrina?

Chapter 1Bencana Bunyi

Kringg! Kringg! Kringg!

Menjerit-jerit jam loceng berdering memaksa hamba Allah yang sedang tidur agar segera bangkit. Lysha yang berada di katil tingkat atas sudah pedih telinga kerana bencana bunyi yang nyaring dan menganggu lena tidurnya tetapi si empunya tuan loceng masih lena tidur di ulit mimpi indah.

Batas keimanan lysha sudah menipis mana tidaknya belum pun sampai satu jam dia dapat lelapkan mata dah ada yang berani menganggu tidurnya. Jam menunjukkan pukul lima pagi semasa lysha melangkah keluar dari perpustakaan kerana mengulang kaji pelajaran bagi peperiksaan akhir 'entrepreneurship' yang bakal diduduki pada keesokan harinya.

Lysha segera bangkit dari katilnya lalu turun kebawah menerusi tangga dan tanpa membuang masa dia menekan punat pada jam loceng untuk mematikan bunyi nyaring yang dikeluarkan. Jam menunjukkan pukul lima setengah pagi, sebentar lagi azan subuh akan berkumandang bagi peringatan buat hambaNya agar segera bangkit untuk mengadap Ilahi.

Tanpa membuang masa lyshaa segera mengoncang tubuh badan intan adrina memaksa rakan sebiliknya itu agar segera bangkit.

'Intan ooo intan, bangkit lah intan dah pukul berapa dah ni. Nanti kau terlepas waktu subuh'. Intan yang terkejut dengan goncangan rakannya itu segera bangkit sambil mengonyoh-gonyoh biji matanya dan apabila dia sudah sedar dia memandang pelik lyshaa yang sedang bercekak pinggang sambil melihat dirinya.

'kau dah kenapa tercegat kat situ? pukul berapa kau balik bilik? Eh kejap, jam loceng aku rosak lagi ke?' bertubi-tubi soalan intan.

'jam loceng kau tak rosak pun, aku yang matikan sebab nak berdarah telinga aku ni tau dengar loceng tu menjerit-jerit. Pukul lima tadi aku sampai bilik, baru nak beradu dah kena bangkit kejutkan kau. Cubalah ajar diri tu belajar bangun pagi sendiri, kalau aku takde ke macam mana?' biarpun dirinya mengantuk tetapi dia tidak mahu melepaskan peluang untuk mensekolahkan intan. Biar padan muka dia.

Intan hanya tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. seperti biasa kalau lysha membebel, dia hanya mampu tersengih dan mengiakan sahaja kalau tidak mahu rakan sebiliknya itu akan merajuk dua tiga hari. Intan sudah masak sanggat dengan perangai lysha kerana mereka sudah berkawan dari mula dia menjejakan kaki di UiTM ini sampailah sekarang mereka cuma tinggal satu semester sahaja di universiti ini.

You May Also Like

My life challenges

Royce nama diberi oleh keluargaku. Dia seorang gadis kampung yang dibesarkan di keluarga yang sederhana dan penuh dengan kasih sayang, berdisiplin serta hormat orang tua. Dia membesar dengan 2 orang abangnya, disebabkan itu perwatakan dia kasar dan dia boleh buat kerja lelaki. Tapi jauh disudut hati dia sebenarnya lembut. Walaupun penampilan dia seperti tomboyish dia masih lagi seorang gadis. Mama dan papa Royce terlalu sayangkan anak bongsu daripada 13 org adik beradik. Ramainya adik beradik itulah soalan biasa dia dengar dari mulut kawan-kawannya tapi dia dah biasa dengan soalan tu. Dia dari kecil dah diajar berdikari tapi dia tak boleh berjauhan dengan mamanya. Di waktu usia dia 11 tahun, dia bercuti ke tempat kakcik dia. Tak sampai sehari dia dah menangis nak balik rindu mama katanya. So kakcik aku takde pilihan lain malam tu juga dia bawak aku balik ruma mama. Tapi itu semua cuma sementara, dia latih dirinya supaya boleh bedikari bila jauh dengan mama kesayangannya dan dia berjaya melatih dirinya. Pada usia awal 20an dia keluar bekerja diluar negeri sebatang kara. Kakak-kakak dan abang-abangnya ada di merata negeri tapi negeri yang dia pilih takde sesiapa. Nasib tempat dia kerja sebagai volunteer sediakan segala kemudahan untuk dia. Jadi bermulalah kisah hidup dia sebagai perantau di negeri org. Cukup setahun dia bekerja sebagai volunteer, dia ambil keputusan untuk keluar dan mencuba bidang baru. Dia berhenti kerja dan tinggal dengan keluarga angkatnya merangkap keluarga teman lelaki yang dia. Oliver ialah lelaki yang sangat bermakna dalam hidup Royce. Susah senang mereka lalui bersama tetapi malangnya jodoh tak panjang, mereka berpisah juga akhirnya. Royce tak boleh terima dan tak percaya perpisahan mereka. Tiap malam Royce menangis dan tertanya tanya kenapa perpisahan itu terjadi bila dia sangat menyayangi dan mengasihi Oliver sepenuh hati.

FoodHunter · General
Not enough ratings
9 Chs