webnovel

Bab 17

Kelas 5 Ar-Raudhah kini gamat ya amat sebab kelas perakaunan sudah tamat. Killer subject tu! Nasib baik cikgu perempuan tapi garang dia bukan main! Salah sikit je kena rotan tak pun kena potong markah for exam. Hai.. sabar aje la.

Masing-masing sudah kecoh untuk pulang. Semua sudah siap berkemas. D adalah manusia pertama kemas barang dulu. Macam la aspuri tu ada kaki, berjalan tinggalkan dia. Bila tegur, dia akan jawab, "Aku tak sabar nak mandi. Berpeluh melekit! Yeww! Banyak bakteria!" dan selepas itu aku tidak lagi menegur. Sindir banyaklah!

"Wana, aku nak tanya sikit boleh?" soalku teragak-agak.

Wana yang baru memasukkan buku latihan bahasa Melayu ke dalam beg menoleh.

"Apa? Bunyi macam skema je."

Aku tersengih. "Lebih kurang la."

"Soalan formal ke tak?"

"Emm tak."

"Okey. Cakaplah."

"Kenapa kau asyik gaduh je dengan Syafiq? And why you called him apek?" soalanku itu berjaya menarik mata Wana memandang ke arahku. Soalan yang aku ingin tanya akhirnya terluah dari mulut setelah sekian lama.

Wana menjulingkan mata ke atas. "Kenapa kau nak tahu?" dia mengambil lagi beberapa buah buku di atas meja.

"Tak adalah. Kau kan dah kenal sejak form 2 lagi. Tapi yang aku pelik, korang tak pernah sebulu. Apesal? Kelas sama tapi selalu bergaduh." tanyaku tak ubah seperti paparazi. Gali jangan tak gali bak kata Kak Ogy.

Wana memasukkan buku yang terakhir ke dalam beg sebelum zip beg tersebut. Kemudian dia duduk di kerusi sebelahku.

"Apek tu memang suka cari masalah dengan aku. Dari dulu lagi dia memang tak puas hati dengan aku. Entah sebab apa aku tak tahu. Dan sebab aku bagi gelaran apek ialah aku pernah nampak dia pakai seluar pendek dengan t-shirt lusuh kat Mahkota Parade. Dengan rambut tak bersikat, serabai gila. And you know what, dia memang betul-betul nampak like apek!"

"Hahahaha!" aku menekup mulut menahan tawa. Wana juga ketawa apabila mengingatkan kisah lalu. Serius tak boleh lupa! Mati-mati ingatkan apek gila sesat dalam mall rupa-rupanya Syafiq.

Ketawa kami berjaya menarik perhatian D, Aisyah dan Iman yang sedang berbual.

"Oit! What story?" D terus mendekati kami yang berada di belakang. Aisyah dan Iman hanya memandang sebelum menyambung kembali perbualan mereka. Entah apa lah yang mereka bualkan itu. Tampak serius sangat.

Aku dan Wana tersengih.

"Tak ada apa la. Just laugh for fun. Kan nak balik ni. Meregangkan otot mulut." Ucapku berahsia. Wana tersenyum. Otot mulut? Ada ke? Apa-apa aje la Mai!

D menarik muka. "Ceritalah!"

Aku dan Wana serentak menggelengkan kepala. Rahsia tetap rahsia!

Cemberut wajah D. Air mineral di ambil lalu diteguk. Merajuk ler tu.

Kring! Kring!

Akhirnya bunyi yang kami nanti telah berdering. Semua bersorak riang untuk pulang. Kami berlima bangun lalu berjalan ke pintu kelas.

"Wana, Syafiq kata dia suka kau!" jeritan Putera menghentikan pergerakan lima gadis. Empat orang sudah tercengang manakala seorang lagi sudah beku bak iceberg.

"Woi! Memandai kau je!" berang Syafiq yang sedang mengemas buku. Dia memandang tajam Putera yang tersengih macam kerang busuk. Mulut macan puaka!

"Really? Oh my God!" Iman terus menjerit.

Aku tersenyum nakal di sebelah Wana. Aisyah dan D buat give me five!

"Fuyoo! Phewitt!" mulalah bising kelas ni dengan suara budak asrama. Siapa lagi kalau bukan kami!

Namun Wana masih berdiam diri. Langsung tak pusing! Berdiri tegak macam tiang bendera kat dataran sekolah! Dadanya dihambat sesuatu.

"Betul Wana. Dia dah lama simpan perasaan pada engkau!" ucap Putera lagi nada mengusik. Keningnya diangkat beberapa kali terhadap Syafiq. Saja nak kenakan apek ni!

"Woit! Mulut kau memang nak makan penumbuk aku kan!" Syafiq segera bergerak ke arah Putera lalu dipukul-pukul teman itu dengan buku Sejarah tingkatan 5. Dipicit-picit mulut Putera kerana keceluparannya itu. Sesuka hati mak bapa tiri laki mak dia je cakap macam tu. Mulut tak ada insurans! Kepala Putera disekeh beberapa kali. Telinga Putera dipulas beberapa kali sehingga merah.

"Sakitlah!" jerit Putera meminta tolong. Khairul tergeleng. Hakim hanya melihat. Itulah dia! Pandai-pandai buat onar.

"Fiq, dah la. Mati juga anak orang tu kang." Aisyah menegur.

Putera mengangguk setuju dengan Aisyah namun hatinya masih mahu menyakat Syafiq.

"Wana, tengok pakwe kau ni!" Putera menjerit lagi.

"Shut up!" jeritan Wana berjaya menghentikan pergelutan dua teruna itu. Wana memandang tajam ke arah mereka berdua sebelum berjalan pulang ke asrama dengan lajunya. Dia menolak pintu kelas dengan kasar membuat semua terpaku.

"Okk oww..."

***

Wana menghempaskan tubuhnya di atas katil. Beg yang disandang pada badan di letakkan di tepi katil dengan kasar. Nasib tidak ada siapa di dalam dorm memandangkan ada antara mereka mengikuti kelas tambahan di sekolah. Wana meraup mukanya. Hati menjadi marah dengan kelakuan mereka sebentar tadi. Lebih-lebih lagi ayat yang diucapkan oleh Putera. Ayat yang membuatkan dia membenci seorang bernama lelaki! Lelaki yang hanya bermanis kata tapi sebenarnya sangat pandai memainkan hati perempuan! Tiba-tiba terasa matanya bergenang. Segera dia hapuskan sebelum orang lain melihatnya. Wana seorang yang kuat! Wana seorang yang berjiwa kental! Wana tak mudah menangis! Wana happy-go-lucky! Wana seorang.... Semakin ditahan air mata itu semakin laju ia mengalir menyebabkan Wana menyembamkan muka ke bantal. Esakan kedengaran di dorm itu.

Tanpa teman itu sedari, kami berempat melihat apa yang berlaku. Terpaku kami melihat Wana, seorang gadis yang berjiwa kental dengan mudah mengalirkan air mata. Hanya kerana perkara tadi.

"Abang suka Aliyah..." ayat itu diucapkan oleh Raimi, seorang pelajar lelaki yang menjadi kegilaan ramai di sekolah itu. Siapa yang tak mahu dengan Raimi Azlan? Seorang pelajar yang bijak, datang dari keluarga mewah, sentiasa mendapat tempat teratas di kelas dan merupakan pelajar cemerlang. Dengan jawatan yang disandang olehnya sebegai kapten bola sepak, pasti semua orang tertawan apatah lagi raut wajahnya yang semula jadi kacak membuatkan gadis-gadis tak tidur malam. Suaranya? Penuh kelembutan dan merdu bak buluh perindu. Senyuman sentiasa menguntum di bibir merahnya.

Seorang gadis bermata coklat tercengang mendengarnya. Hatinya berbelah bahagi. Suka? Gembira? Happy? Marah? Sedih? Dia tidak tahu. Yang pasti dia tidak tahu hendak membalas apa kepada lelaki di hadapannya itu.

"Abang suka awak, Aliyah Safwana." Ucap Raimi lagi dengan senyuman menggoda yang bisa mencairkan hati perempuan yang memandang.

Aliyah tertunduk malu. Mukanya memerah. Kata-kata Raimi meresap ke dada hingga ke lubuk hati yang paling dalam.

"Liya pun sukakan abang juga..." dengan perlahan Aliyah berkata namun tajam di pendengaran telinga Raimi.

Raimi tersenyum menggoda. Cincin yang berada dalam genggaman disarungkan ke jari manis milik Wana.

Aliyah terpaku. Ada rasa bahagia menyelinap di tangkai hati. Macam dah berkahwin pulak!

"Sekarang, bersaksikan cincin ni, Nur Aliyah Safwana menjadi milik Raimi Azlan." Ucapan yang dinantikan oleh setiap insan akhirnya tercetus jua di bibir merah milik Raimi.

Aliyah menunduk sambil menganggukkan kepala. Malu nak bertentang mata dengan jejaka paling kacak di sekolah ini. Senyuman Raimi mampu membuat semua gadis masuk hospital sakit jiwa!

"Aliyah!" jeritan seorang gadis membuatkan si dia memalingkan wajah. Termengah-mengah teman itu berlari menuju ke arahnya. Aliyah memandang pelik.

"Kau ni dah kenapa?" soalnya.

Teman itu menarik nafas kemudian lepas. Dia meneguk air liur sebelum memulakan bicara.

"Aku dengar kau dengan Raimi dah couple secara rasmi ek?" soal Arini, rakan sekelas Aliyah yakni kawan baiknya.

Aliyah hanya tersenyum.

"Woi! Aku tanya kau senyum pulak! Betul ke tak?" tanya Arini lagi meminta kepastian.

"Hmm.." jawab Aliyah perlahan. Dia menundukkan kepala menyembunyikan wajahnya yang sudah kemerahan.

Badan Arini terus tegak. Macam tiang bendera!

"Betul?!" jerit Arini.

Aliyah mengerutkan dahi. "Iyalah. Kenapa pulak dengan kau ni?" Hairan betul Aliyah!

"Tahniah!!" Arini terus memeluk tubuh Aliyah. Bibirnya tak sudah menyebut tahniah. Aliyah membalas dengan senyuman.

"ITULAH budaknya." Kata seorang perempuan kepada kawannya bila terlihat akan tubuh Aliyah yang melalui jalan itu.

Aliyah yang terdengar bisikan tersebut terus memandang ke arah mereka yang berbisik-bisik dari tadi. Pelajar perempuan yang melihat Aliyah berbuat demikian terus melarikan diri.

Aliyah pelik. Tadi masa dia lalu di depan tandas wanita, beberapa pelajar memandang serong kepadanya. Ada yang tersenyum sinis. Ada yang berbisik. Dan ada yang menjelingnya tajam.

Ahh! Lantaklah! Yang penting aku tak ganggu orang. Aliyah terus melangkah menuju ke kelas. Setibanya di kelas, semua pelajar memandangnya dengan pandangan serong. Ada yang sengaja melanggarnya sehinggakan dia hendak jatuh. Ada yang berbisik-bisik sambil menjelingnya. Ada juga pelajar lelaki yang tersenyum sinis melihatnya. Aliyah memandang dirinya atas dan bawah. Rasanya dia tak pakai baju terbalik!

Panggilan Arini membuatkan Aliyah tersedar. Segera dia pergi ke arah tempat duduknya iaitu sebelah Arini.

"Nini, kenapa semua orang pandang aku semacam?" soal Aliyah tak puas hati.

Arini mengeluh lalu memandang ke arah sahabat baiknya. Bahu Aliyah dipegang.

"Kenapa kau buat macam tu, Liya?" soalan Arini membuatkan Aliyah bingung. Aku buat apa?

"Aku tak faham. Kau cakap apa ni? Aku mana ada buat apa-apa." Aliyah bingung.

"Kau jangan nak putar belit. Baik kau cakap dengan aku. Kenapa kau tulis dan tampal kat situ? Kau tahu tak yang kau dah malukan diri sendiri. Kau akan..." belum sempat Arini bercakap selanjutnya, Aliyah sudah memotong.

"Cop! Cop! Kau cakap apa ni? Serius aku tak faham!" Aliyah bangkang.

Arini mengerutkan dahi. "Kalau kau siapa lagi Aliyah Safwana?" mata Arini memandang tajam Aliyah.

"Aku buat apa?!" berang Aliyah dituduh begitu. Aku buat apa?! Apa yang minah ni merepek?

Arini mengeluh. Nampaknya Aliyah betul-betul tak tahu.

"Kau betul-betul tak tahu?" tanya Arini meminta kepastian.

Aliyah mengangguk pantas.

Arini mengeluh lagi. "Time balik ikut aku."

KELIHATAN pelajar berkerumun di papan kenyataan di sekolah yang diletakkan di blok A. Aliyah dan Arini segera menyuruh mereka ke tepi untuk memberi ruang. Sesampai saja dia di depan papan kenyataan itu, Aliyah ternampak tubuh yang amat dia kenali. Raimi!

"Ni ha! Budaknya dah datang." Ucap salah seorang daripada pelajar lelaki yang dia tidak kenali.

Raimi dan kawan-kawannya segera menoleh ke belakang. Aliyah melemparkan senyuman namun tidak dibalas Raimi.

"Apa yang kau cuba buat?!" soal Raimi kasar. Tampak serius wajahnya.

Aliyah bingung.

"Buat apa? Liya tak buat apa-apa pun." Jawab Aliyah.

Raimi mendengus kasar. Papan kenyataan di tumbuk Raimi membuatkan Aliyah terperanjat.

"Kau tak tahu? Atau pura-pura tak tahu!" mencerlung mata Raimi memandang pelajar tingkatan 1 di hadapannya itu.

Aliyah kebingungan. Dia tak tahu apa yang dia buat. Aku mana ada buat apa-apa. Lagi satu dia hairan, kenapa Raimi membahasakan dirinya kau dan bukan abang seperti selalu.

"Betul Liya tak tahu." Tegas Aliyah.

"Kalau kau tak tahu, ni apa benda?!" Raimi mencabut kasar sehelai kertas berwarna putih yang ditampal di papan kenyataan tersebut. Kertas itu dilemparkan ke muka Aliyah yang tersentak. Arini dan beberapa pelajar lain terkejut dengan kelakuan Raimi itu. Raimi tampak bengang dengan situasi tersebut. Aliyah mengambil kertas yang baru dilempar Raimi ke mukanya. Nak menangis pun ada kerana Raimi melakukan perkara sebegitu. Bukankah Raimi sayangkannya?

Hampir tersembul biji mata Aliyah melihat bait-bait ayat yang dinyatakan di dalam kertas tersebut.

Dear fans Raimi dan semua pelajar,

Akhirnya aku, Nur Aliyah Safwana dari kelas 1 Ihsan telah berjaya merebut cinta Raimi. Setelah sekian lama berlakon tanpa penat jemu, akhirnya Raimi masuk perangkap aku jua. Raimi telah sah menjadi kekasih aku! Dia milik aku! Kepada fans Raimi yang membaca ni terutama Dayana, ketua kumpulan sorak sekolah yang teramat gedik, kau dah kalah! Hahaha... Raimi pilih aku dan bukannya kau! Raimi tak akan pilih perempuan yang gedik macam kau! Dayana, kau tak akan mimpi dapat Raimi! Aku yang menang dalam permainan ini!

Yang benar: Aliyah

Aliyah hampir menangis membaca coretan itu. Bukan dia! Ini bukan dia yang buat!

"Ini bukan tulisan Liya. Liya tak akan tulis macam ni!" bantah Aliyah.

Raimi tersenyum sinis. "Bukan kau? Habis tu siapa? Hantu? Ke kau nak cakap Dayana yang tulis? Nak tuduh dia pulak?" balas Raimi kasar.

Aliyah pantas menggeleng. "Ada orang kenakan Liya. Bukan Liya yang tulis!" aku tetap menyatakan perkara yang benar.

"Hey! Kau dengar sini, budak! Mulai saat ini, kau bukan lagi kekasih aku! Kita clash! Aku tak sangka budak yang luarannya nampak baik dan sopan rupa-rupanya seorang kaki penipu dan tukang tuduh. Aku tak sangka kau sanggup permainkan perasaan aku. Aku ikhlas bercinta dengan kau, menerima kau seadanya dalam hati aku tapi ini yang kau balas? Kau tuduh Dayana masuk campur dalam permainan bodoh kau ni. Kau ingat dia apa? Segedik-gedik dia, dia tak akan buat macam ni. Kau memang penipu!" tempik Raimi kuat di telinga Aliyah membuatkan air mata berguguran di pipi.

Semua pelajar yang berada disitu menyaksikan kejadian tersebut. Arini tidak dapat berbuat apa-apa. Dia sendiri tergamam. Tak terkeluar walau satu patah perkataan di mulutnya.

Raimi ketawa menyindir melihat air mata yang mengalir dari tubir mata Aliyah. "Kau tak payah nak berlakon lagilah, Liya. Aku tak akan tertipu dengan kau!" dia kemudian menarik tangan Aliyah yang menggengam kertas putih tersebut. Jari manis yang tersarung cincin ditarik oleh Raimi.

"Cincin ni hanya untuk perempuan baik-baik dan layak aje! Kau tak layak!" kutuk Raimi lagi seraya meninggalkan Aliyah dan Arini di situ. Rakan-rakan Raimi dan pelajar-pelajar lain yang berkerumun tadi terus beransur meninggalkan Aliyah dan Arini.

Aliyah terduduk di situ. Dia menangis hiba dengan kejadian yang tidak diingini. Arini pantas memeluk tubuh Aliyah yang menangis tak henti-henti.

'Kasihan kau, Liya. Kau dipermainkan manusia dengki.' Rintih Arini.

SELEPAS kejadian tersebut, semua pelajar memandang serong kepadanya. Ada yang menjauhkan diri dan mengatakan dia gila. Aliyah hanya diam.

Pada suatu hari, sewaktu dia hendak ke kantin membeli makanan, dia ternampak kelibat Raimi dan kawan-kawannya di kantin. Aliyah mahu bertemu dengannya dan mengatakan perkara sebenar namun langkahnya dihentikan serta merta tatkala tubuh seorang perempuan menghalang pandangan matanya.

Kelihatan Dayana dan rakan-rakannya duduk di sebelah Raimi. Paling mengguris hatinya adalah bila Raimi tersenyum dan ketawa bila bercakap dengan Dayana. Saat Aliyah mahu berpaling, dia terkaku. Raimi juga terkaku. Pandangan mereka bertemu. Namun pantas Raimi berpaling ke wajah Dayana lalu tersenyum. Robek hati Aliyah. Terasa dia dipermainkan oleh lelaki. Aliyah pantas mengorak langkah meninggalkan kantin. Tempat yang dituju kini adalah tandas.

Aliyah duduk seorang di dalam tandas pelajar perempuan. Dia menangis semahunya. Hati perit mengenangkan sikap Raimi tadi. Inilah rasanya bila cinta ditolak, malah dikhianati oleh kaum sendiri. Aliyah pantas menyeka air mata bila terdengar pintu tandas dibuka. Kedengaran beberapa pelajar perempuan sedang bergelak tawa. Aliyah mendiamkan diri. Tak mahu orang lain tahu bahawa ada seorang hamba Allah dalam tandas ini yang sedang menangis.

"Untunglah kau dapat pikat dia," ucap seorang gadis.

"Hmm.. kalau tak idea nak kenakan budak Aliyah tu, tak mungkin aku dapat Raimi." Jawab seorang lagi gadis yang Aliyah kenal sangat-sangat suaranya. Dayana! Idea?!

Aliyah bangun dari mangkuk jamban tatkala namanya disebut.

"Hebatnya kau. Cemburu aku!" ujar lagi seorang gadis yang Aliyah cam iaitu Fatin.

Kedengaran tawa besar di dalam tandas ini. Aliyah merapatkan telinga ke pintu tandas. Ingin mendengar butir-butir bicara mereka. Hatinya berasa amat geram! Dia memasukkan tangan dalam kocek baju. Teringatkan dia ada membawa bersama benda itu, maka ia amat penting sekarang. Segera dia mengeluarkan sesuatu dari kocek bajunya. Sesuatu butang ditekan pada 'benda' itu.

"Hebatkan idea aku? Tengok oranglah! Yang Raimi pun bodoh pergi percaya bulat-bulat apa yang tertulis kat kertas tu. Konon cinta sejati! Menyampah aku! Tapi pasal tulisan tu aku berterima kasih sangat-sangat kat kau, Fatin. Kalau kau tak tiru tulisan dia, tak mungkin kita dapat menjayakan misi ni. Aku bahagia sangat! Akhirnya aku dapat juga Raimi!" Dayana ketawa besar diikuti yang lain. Kemudian kedengaran pintu tandas dibuka dan suara mereka hilang begitu saja.

Aliyah perlahan-lahan membuka pintu tandas yang menjadi tempat menyoroknya tadi. Dia akan berjumpa dengan Raimi dan menyatakan perkara yang sebenar. Tapi sebelum tu dia kena berjumpa dengan Arini dan menerangkan hal ini. Handphone yang berada di tangan kanan digenggam erat. Rahsia akan terbongkar tak lama lagi namun hati Aliyah dihambat rasa sedih. Kesian Raimi kerana ditipu Dayana.

Sewaktu menunggu kedatangan ayah di bus stop, Aliyah di datangi oleh sekumpulan gadis yang Aliyah amat pasti dan kenal akan wajahnya.

"Hey budak! Kau jangan ingat Raimi akan tergilakan kau! Raimi hanya layak untuk perempuan cantik seperti aku!" Dayana menolak tubuh Aliyah sehingga terduduk di hadapan bus stop sekolah itu. Namun malang tidak berbau bila dahi Aliyah terkena tiang yang ada paku berkarat. Darah menitis di jubin. Dayana dan rakan-rakan mereka terkejut. Menggigil tubuh Dayana bila melihat akan keadaan Aliyah yang berdarah itu. Segera dia berlari pergi dari situ.

'Ayah, sakit...' rintih Aliyah.

"BETUL ke apa yang aku dengar?" soal Arini terkejut.

Aliyah mengangguk.

"Kurang ajar punya Dayana! Memang gila la perempuan tu! Harap aje muka lawa tapi fikiran cetek. Bila tengok kau dah berdarah tahu pulak lari!" berang Arini. Kalaulah Dayana ada di depan mata dia, mahu ditenyeh dengan batu lesung kat rumah. Biar penyek! Sanggup dia sakiti kawan karibnya.

"Dah lah. Yang penting aku tak apa-apa." Ujar Aliyah meredakan Arini yang seperti orang gila.

"Mana aku tak marah kalau kawan aku kena macam ni! Tak apa. Tunggu aje la masa akhir sekolah nanti." Tekad Arini. Dia akan membalas balik perbuatan Dayana.

Aliyah hanya menggeleng. Dia menyentuh sedikit dahinya yang bertampal plaster. Sewaktu di klinik, doktor memberitahu bawah dahinya terkena benda tajam sehingga tergarit. Ayah cukup takut bila Aliyah terkena macam tu. Namun Aliyah hanya menjawab dia terjatuh kerana pening malangnya dahi dia terkena paku itu.

"Kau betul-betul nak buat macam tu ke Liya? Kau serius nak bagi kat Raimi? Tak takut yang dia akan sembur kau balik?" Arini masih was-was. Perkara kedua yang membuatkan dia datang ke sini adalah berkenaan Raimi.

Aliyah mengangguk lagi.

"Tapi aku akan bagi setelah aku keluar dari sekolah ni dan masa hari terakhir sekolah pada kau. Masa tu dia orang belum habis exam lagi kan? Kau bagi pada hari terakhir dia orang dah habis exam SPM la. Kau boleh tolong aku?" Aliyah bersuara setelah lama membisu.

Arini memandang Aliyah. Kesian pada gadis itu. Dikenakan oleh senior sendiri kerana iri hati dan cemburu dengan apa yang dia miliki.

"Kau betul-betul nak pindah sekolah?" tanya Arini sebak.

Aliyah menoleh lalu tersenyum sedikit. "Aku kena ikut ayah aku. Lagipun ini peluang aku untuk berjauhan dengan dia dan lupakan semuanya. Aku tak nak duduk di bumi Melaka buat masa ni."

Arini tidak dapat menahan tangis. Air mata berjurai-jurai jatuh di pipi. Aliyah kaget.

"Kenapa pulak ni?" tanya Aliyah blur.

"Nanti aku tak ada kawan lagi nak ajak berbual, bergaduh, bermain. Kau dah pindah," tersedu-sedu si Arini ni.

Aliyah menepuk bahu kawannya perlahan-lahan. "Kan kawan-kawan lain ada. Apa nak risau? Lainlah macam aku yang memang tak ada kawan langsung kecuali kau aje." Balas Aliyah.

Semakin lebat tangisan Arini membuatkan Aliyah terus memeluk tubuh sahabatnya itu.

"Dah lah. Nanti tak comel." Usik Aliyah dengan suara keanak-anakkannya.

Arini ketawa sambil memukul bahu Aliyah. Aliyah tertawa namun kedengaran hambar.

"Kau nak lupakan Raimi?" Arini masih bertanya namun teragak-agak. Takut Aliyah kecil hati.

Aliyah terdiam. Pandangan dilontar ke hadapan. Melihat kereta yang lalu lalang di depan rumahnya.

"Kalau boleh, aku nak lupakan semuanya Nini. Kalaulah ada ubat dalam dunia ni yang boleh hilangkan segala kenangan pahit ni, pasti aku akan telan. Lagipun aku bukan sesiapa untuk dia. Aku tak layak." Aliyah tersenyum tawar.

AKHIRNYA, masa yang di tunggu tiba jua. Hari perpisahan bagi pelajar tingkatan 5 kerana SPM sudah habis. Bersuka ria lah mereka! Arini terdengar jeritan mereka sewaktu berada di tangga dan semua pelajar turun dengan laju untuk pulang. Seksa dah habis!

Arini berjalan dengan pantas menuju ke kelas di mana Raimi berada. Dia melihat beberapa orang pelajar sudah keluar dari situ. Hatinya dilanda kerisauan. Takut dia tak sempat sampaikan amanat orang. Dengan berpakaian t-shirt sekolah dan seluar trek, Arini melangkah laju.

Arini menjengukkan kepala ke dalam kelas 5 Intelek 1. Ternampak Raimi sedang berkemas. Begitu juga rakan-rakan mereka yang sibuk bercakap itu dan ini. Arini menarik nafas sebelum pintu kelas di ketuk perlahan.

Tok! Tok!

Raimi dan beberapa pelajar lelaki menoleh ke pintu. Arini berjalan masuk selepas memberi salam memandangkan semua yang ada dalam tu orang islam.

Dia menuju ke tempat di mana Raimi duduk. Arini menghulurkan satu surat beserta satu handphone. Raimi memandang pelik gadis dihadapannya itu.

"Apa ni?" soal Raimi.

"Surat dan handphone untuk Abang Raimi," jawab Arini lurus membuahkan tawa rakan-rakan Raimi.

"Siapa bagi, dik? Aik, adik nak bagi surat cinta pada Abang Raimi ek? Adik pun minat Abang Raimi ke? Sanggup tu musim cuti datang sekolah semata-mata nak bagi surat cinta pada Abang Raimi. Takut tak sempat ya?" usik seorang pelajar lelaki yang bernama Alif. Rakan-rakannya ketawa lagi.

Arini tersenyum seraya menggeleng. "Dari orang lain. Saya hanya menjalankan amanah." Jawab Arini jujur.

"Daripada siapa? Kenapa tak bagi masa persekolahan lepas?" soal Alif berminat.

"Masa tu surat ni belum sampai pada saya lagi. Dan orang itu amanahkan pada saya supaya sampaikan pada abang bila abang habis exam." Jawab Arini lagi.

Raimi dan kawan-kawannya berpandangan sesama sendiri. Dengan perlahan Raimi mengambil surat tersebut dari tangan Arini.

"Terima kasih sebab ambil surat ni. Saya dah menjalankan amanah kawan saya dan saya bersyukur sebab dia dah berhijrah ke tempat lain. Kalau saya di tempat dia, saya pasti menangis sampai keluar air mata darah. Tapi dia cukup tabah walaupun banyak dugaan datang menimpa. Saya minta izin untuk beredar. Anyway, have a nice day after SPM." Arini memusingkan badan melangkah pergi meninggalkan mereka yang terpinga-pinga.

"Tunggu!" satu suara tegas menghentikan langkah Arini yang berada dekat dengan papan hitam yang bertulis Prinsip Perakaunan Kertas 2.

Arini memusing tubuhnya semula menghadap mereka yang kebingungan. "Ya. Ada apa?" tanya dia penuh hormat memandangkan dia pelajar paling kecil disekolah.

Raimi bangun lalu mampir ke arah gadis itu. "Siapa yang bagi surat ni?" soal Raimi perlahan tapi amat jelas di telingan Arini kerana dia baru korek telinga semalam.

Arini tersenyum. "Saya rasa abang tahu siapa yang bagi. Orang itu pernah hadir dalam hidup abang biarpun sekejap. Tapi abang dah hancurkan hatinya yang suci dengan tuduhan melulu." Kata-kata Arini membuatkan Raimi keliru.

"Abang tak kenal. Tolong beritahu siapa yang bagi surat ni. Kalau tak abang tak akan baca langsung!" gertak Raimi.

"Masakan abang lupa?" sindir Arini.

"Bagitahu sekarang!" ugut Raimi lagi.

Arini tersenyum tawar. Sebak dadanya ingin menyebut nama rakan baiknya. "Nur Aliyah Safwana." Serentak itu air matanya jatuh. Namun pantas diseka dengan tangan.

Ternyata Raimi tersentak. Wajahnya berubah ketara.

"Saya dah bagitahu dan berharap sangat abang baca benda ni. Mungkin pada abang benda ni nampak bodoh dan tak penting, tapi bagi saya amat penting kerana ia ada sangkut paut pada abang. Saya minta diri. Oh ye! Sebelum tu saya nak beritahu bahawa Dayana hanya menipu abang. Dia tak cedera pun. Yang cedera teruk adalah Aliyah. Dahinya bergarit akibat terkena benda tajam dan yang paling menyakitkan hati bila dapat tahu orang yang menolak itu adalah Dayana! Saya dah beritahu perkara sebenar. Assalamualaikum." Arini terus melangkah pergi meninggalkan kelas 5 Intelek 1 yang senyap dan sunyi.

Raimi terkedu dengan apa yang dia dengar. Dayana yang tolak Aliyah? Tapi Dayana kata padanya hari tu Aliyah menolaknya sehingga terjatuh. Raimi mencari Aliyah satu sekolah namun tak jumpa. Dia juga bertanya kepada rakan-rakan Aliyah namun tiada siapa yang tahu. Raimi keliru. Dia hanya memandang langkah Arini yang kian menjauh. Surat berwarna putih di dalam genggamannya dibaca.

Assalamualaikum,

Liya harap abang masih kenal dan ingat lagi Liya biarpun Liya tak rasa begitu. Liya tak pandai nak cipta ayat yang panjang-panjang dan berbunga-bunga sebab Liya masih lagi 'budak'. Perkara yang Liya nak beritahu ialah mengenai Liya. Liya sudah pun berpindah ke sekolah lain. Liya tahu abang tak ambik kisah pun pasal Liya. Liya tak kisah. Liya tahu siapa diri ini. Liya sedar diri, abang. Tapi sebelum abang buang surat ni, Liya nak abang bacanya sampai habis dan kemudian abang nak buang, abang buanglah.

Perkara yang Liya nak abang tahu ialah berkenaan surat di papan kenyataan itu. Abang masih ingatkan kejadian tu? Liya harap abang ingat sampai bila-bila sebab Liya akan kekalkan memori pahit tu dalam otak Liya yang masih 'budak' ni. Sebenarnya surat tu bukan Liya tulis. Ia ditulis oleh Fatin yakni kawan Dayana yang kini sah menjadi kekasih abang. Kalau abang fikir Liya hanya nak berlakon dan bermain-main, bukti ada pada abang. Liya dah suruh Arini beri handphone kepada abang.

Raimi merenung telefon bimbit yang berada di tangan salah seorang rakannya iaitu Alif.

"Aku rasa kau kena dengar benda ni," unjuk Alif kepada Raimi yang terdiam. Telefon bertukar tangan. Raimi menekan butang on di telefon tersebut dan kedengaranlah suara yang amat-amat dia kenali.

"Hebatkan idea aku? Tengok oranglah! Yang Raimi pun bodoh pergi percaya bulat-bulat apa yang tertulis kat kertas tu. Konon cinta sejati! Menyampah aku! Tapi pasal tulisan tu aku berterima kasih sangat-sangat kat kau, Fatin. Kalau kau tak tiru tulisan dia, tak mungkin kita dapat menjayakan misi ni. Aku bahagia sangat! Akhirnya aku dapat juga Raimi!"

Raimi menahan amarah dalam hati. Sampai hati Dayana buat begini pada dirinya! Dia sangkakan Dayana ikhlas namun semuanya bohong. Dia ditipu dengan air mata palsu Dayana! Teringat wajah Aliyah saat dia memaki hamun gadis kecil itu. Dan terlayar wajah Dayana ketika dia menghamburkan air mata. Alif dan rakan lain hanya memandang Raimi. Mereka sendiri mendengar suara Dayana di dalam corong telefon tersebut.

Raimi tersedar dari khayalan. Pantas dia membaca ayat seterusnya di dalam kertas.

Liya rasa abang dah dengarkan apa yang Dayana cakap. Liya bukan nak perangkap mereka tapi Liya terdengar perbualan mereka di dalam tandas. Pada waktu itu Liya berada di dalam tandas. Mengingatkan handphone ada dalam poket baju kurung membuatkan Liya merakam perbualan mereka. Liya minta maaf sebab Liya terpaksa buat begitu pada teman wanita abang. Liya tak ada niat nak permainkan abang lagi. Telefon itu Liya gunakan untuk telefon ayah Liya supaya ambil Liya disekolah pada hari itu. Dan Liya juga mahu membersihkan nama Liya dengan tuduhan abang dulu. Dan Liya juga ingin membongkarkan satu rahsia. Sebenarnya Dayana hanya menipu abang. Liya tidak pernah menyentuh tubuhnya apatah lagi hendak menolaknya sehingga terjatuh.Dayana sengaja mereka cerita supaya abang terus membenci Liya. Kalau abang anggap Liya menipu, terpulanglah. Tapi kalau abang tanya Dayana mengenai kejadian di bus stop sekolah dan apa yang menimpa Liya, pasti dia tergagap-gagap. Liya teramat yakin!

Abang Raimi Azlan, di sini Liya ingin menyatakan bahawa abang adalah orang pertama yang berjaya mengetuk pintu hati Liya dan menerima Liya sebagai kekasih abang. Liya terharu sangat tapi apa boleh buat. Takdir menentu segalanya.

Raimi menggeleng.

Abanglah lelaki pertama yang mengajar Liya erti cinta dan pengorbanan. Liya tahu abang benci dengan Liya dan mungkin abang nak buang aje kertas ni teruskan? Liya faham. Tapi Liya ada satu permintaan. Bolehkah abang tunaikan?

Raimi pantas mengangguk.

Liya mahu Abang Raimi lupakan Liya. Hilangkan segala memori dalam hati abang tentang kita. Takkan wujud lagi kisah kita dalam hati dan fikiran Abang Raimi. Liya tahu yang Liya hanya bertepuk sebelah tangan selama ini tapi sekarang Liya nak lupakan semua kenangan yang memalukan diri Liya sebagai pelajar tingkatan 1 Ehsan. Liya hanyalah budak tak cukup umur untuk mengenal cinta, belajar pun tak pandai dan baru berjinak-jinak dengan sekolah menengah tapi abang berjaya ajarkan Liya semua tu. Liya hargai, Abang Raimi.

Raimi kelu lidah.

Abang Raimi, mulai saat ini, Liya mahu kita buat haluan masing-masing. Lupakan pelajar perempuan bernama Nur Aliyah Safwana kerana 'budak' ni tak akan wujud lagi sebagai Aliyah dan tak akan muncul dalam hidup Abang Raimi lagi. Kalau abang dah lupa awal-awal lagi, alhamdulillah. Jika abang membenci Liya pun tak mengapa. Itu boleh menjarakkan hubungan kita. Kalau kita terserempak di mana-mana, dan abang masih mengenali Liya tanpa Liya sedari, Liya harap sangat Abang Raimi tak tegur Liya. Itu amat bererti buat Liya. Itu saja permintaan Liya.

Cukuplah sampai di sini Liya membebel. Liya tahu Abang Raimi paling tak suka bila dibebel. Abang Raimi pernah cakap dengan Liya waktu kita baru couple. Liya ingat lagi. Again, thank you so much Raimi Azlan untuk segala-galanya. Tak terbalas apa yang abang buat pada Liya.

Psst... oh ye! Sebelum tu Liya nak abang pulangkan handphone tu pada Arini. Handphone tu milik Liya tapi Liya dah beri pada Arini. Tolong ye! Last Liya minta jasa baik abang. And, have a nice day after SPM. Hope abang berjumpa dengan orang yang bijak dan cantik serta matang kecuali seorang budak bernama Nur Aliyah Safwana yang tak cukup umur ini.

Budak yang sangat memalukan,

Nur Aliyah Safwana

Raimi terduduk di kerusi yang berdekatan. Rasa sedih, pilu, perit ataupun bersalah? Kertas putih terlepas dari genggaman tangannya. Dia meraup muka perlahan.

Alif yang melihat segera mendekati. Rakan-rakannya juga melakukan perkara yang sama.

"Aku dah lukakan hati dia. Aku dah sakitkan perasaan dia. Dia tak bersalah!" kesal Raimi. Air mata mula meleleh di pipi bersihnya. Orang kata air mata lelaki sangat mahal tapi bila ia berkaitan dengan wanita, air mata itu akan meleleh keluar tanpa disedari. Baru kini dia sedar Aliyah dianiaya dan disakiti dengan teruk dengan kata-kata dan perbuatannya.

"Dayana memang binatang!" jerit Raimi sekuat hati. Namun tiada siapa yang dengar melainkan sahabat-sahabatnya. Kalau Dayana ada depan mata, akan dilempang budak tu sampai lembik. Menipu dirinya dengan air mata plastik!

"Sabar..." Alif bersuara. Rakan lain mengangguk.

"Aku nak jumpa perempuan sundal tu! Dasar penipu!" Raimi bangun lalu mengorak langkah menuju ke muka pintu namun tubuhnya cepat dipegang rakan-rakannya. Raimi terduduk lemah.

"Sabar, Raimi. Mengucap!" tegur Alif.

"Aliyah tak bersalah! Aku yang salah sebab tuduh dia. Aku tertipu dengan perbuatan khianat Dayana! Dayana memang binatang!!" jerit Raimi sekuat hati. Air mata penyesalan berguguran jatuh ke lantai.

Alif menggosok bahu Raimi bagi meredakan tangisan bercampur amarah.

Raimi menarik nafas sebelum menutup mukanya dengan tangan. Kesal menggunung dalam hati. Andai masa dapat diputarkan semula...

"Kau jumpalah Aliyah. Mintak maaf dengan dia," pujuk Alif cuba untuk meredakan perasaan Raimi tetapi dia sendiri buntu. Tak pernah dia melihat Raimi sebegini lebih-lebih lagi mengenai perempuan. First time of his life!

"Dia dah tak ada kat sini, Alif. Dia dah pindah," Raimi menggeleng kesal. Air matanya menitik di lantai memberitahu bahawa dia menyesal yang teramat sangat.

Alif dan kawan-kawannya mengeluh. Nampaknya mereka tak tahu nak pulihkan keadaan. Hanya Raimi saja yang boleh pulihkan.

"DAN lepas tu Arini call aku. Dia cakap Raimi datang bagi handphone. Dia ada tanya tentang aku tapi Arini mengelak. Lepas tu dia terus menghilang. Sekarang Arini tak tahu dia kat mana." Cerita Wana sambil mengelap hidungnya yang berair dengan tisu.

"Dayana?"

"Budak tu teruk dimarahi Raimi. Arini kata dia orang clash depan kawan-kawan Dayana dengan member Raimi masa kat kafe. Kebetulan masa tu lepas dapat result SPM, Arini disuruh datang oleh Raimi kat kafe tu dan dia dapat saksikan kejadian tu. Paling menakjubkan masa Raimi tampar Dayana sekuat hati. Apalagi? Berapi la mulut Raimi maki hamun Dayana. Bila aku dengar cerita tu aku terasa macam puas. Terasa puas sangat bila Dayana kena tampar. Macam penderitaan aku hilang. Tapi aku tetap benci dengan mereka." Ujar Wana tenang.

Aku dan kawan-kawan yang lain mengangguk. Sedih sungguh cerita Wana sampaikan Iman dan D mengalirkan air mata. Aku dan Aisyah menggeleng. Tapi kalau hayati betul-betul memang sedih. Dianiaya dan dipermainkan oleh manusia yang berhati busuk dan hasad dengki.

Aku menilik dahi Wana. Ya! Terdapat satu garit kecil pada dahi sebelah kanannya tapi jikalau lihat dengan mata kasar memang tak nampak sebab ia terselindung dibalik tudung.

"Aku tak sangka kau alami benda macam ni. Patutlah kau tak terima mana-mana huluran salam perkenalan dari lelaki." Ujarku sambil tersengih.

Wana tersenyum. "Setiap orang ada rahsia tersendiri kan? Tapi rahsia aku dah pecah dengan korang. Wana menangis memang bodohkan? Tapi bila ingat balik aku bagi surat pada dia macam apa entah. Rasa bodoh sangat! Malu gila." Wana menggeleng perlahan.

"Ish! Jangan cakap macam tu." Aisyah pantas membangkang.

"Tak, Syah. Aku rasa amat memalukan budak perempuan umur 13 tahun tangkap cintan dengan student 17 tahun." Wana ketawa sendiri. Teringat perbuatannya dulu membuatkan dia rasa malu yang amat sangat! Rasa nak masuk kepala dalam baju. Tak pun benam dalam tanah.

"Mungkin masa tu kau tertekan. Dalam keadaan stress atau emosional, kita tak dapat kawal diri kita. Itu nasib baik kau tulis surat. Kalau kau ambik jalan mudah like terjun bangunan 88 tingkat, macam mana? Itu tandanya iman di dada kau masih ada. Allah sentiasa melindungi kita." Terang Aisyah tenang.

"Hmm.. nampaknya Ustazah Aisyah sudah masuk waktu untuk bekerja," usik Wana mula ceria.

Berderai tawa lima sahabat. Aisyah menepuk lembut bahu Wana.

"Kau.. err.. kau... masih ingatkan dia?" soalanku berjaya menarik perhatian Wana. Rakan yang lain juga memandang meminta jawapan. Air liur ditelan kesat.

Wana menggeleng. Nama Raimi sudah tertutup dalam hatinya.

"Itulah sebabnya kau marah dengan mamat dua ekor tadi ek? Pasal word 'suka'?" Iman menyoal bila melihat Wana sudah steady.

Wana mengangguk.

"Kalau aku panggil kau Aliyah boleh?" soal D nada mengusik.

Wana mencerlungkan mata. "Jangan memandai panggil aku Aliyah! Aliyah dah berkubur. Yang hidup sekarang adalah Wana." Tegasnya.

"Sorry..." pinta D takut. Wana tersenyum seraya menggeleng, "Tak apa."

"Dan sebab tu la kau berubah. Jadi perempuan yang ganas, selamba, gila-gila dan..."

Wana pintas memotong kata-kataku, "Yup! Aku tak nak jadi Aliyah yang dulu. Aku nak jadi Wana. Wana yang happy go lucky, Wana yang happening, Wana yang tegas dan bukan lembik macam dulu." Tekad Wana.

"Yeah! Wana yang bersemangat waja!" kami berpeluk sambil ketawa. Harap-harap Wana tak alami perkara yang sama lagi. Itu doa kami! Dan baru hari ni kami tahu yang Wana amat fobia dengan perkataan suka apatah lagi perkataan itu diucap oleh lelaki.

Next chapter