webnovel

Bab 13

Rakesh tiba di lokasi tersebut dan perhatikan dari jauh. Aryan sedar bahawa Rakesh telah tiba di sini kerana dia menerima WhatsApp "Ayah I dah sampai. Kalau apa-apa ayah miss call Rakesh. Lepas itu biar I yang uruskan. Tak apa kita hadapi benda ini sama-sama".

Aryan tidak lagi berasa gementar dan membuat gaya "cool" supaya Rohan tidak syak kepadanya.

"Jom pak cik kita balik. Rohan dah tengok apa yang I nak."lalu menghidupkam enjin keretanya.

" Eh kenapa tiba-tiba ini Rohan. Manalah tahu kalau Rohan lama-lama berada di sini mungkin ingatan awak boleh pulih? "balas Aryan dengan tenang.

" Tak apalah pak cik. Mungkin lain kali ya" dan Rohan memandu kereta ke pejabat.

"Apa hal pulak dia ini tadi bukan main nak sangat datang sini sekarang nak balik pula. Jangan-jangan aku yang hilang ingatan disebabkan budak ini. Tak pasal-pasal Rakesh pun datang." bisik Aryan dalam hati sambil membalas WhatsApp anaknya itu dan menyuruh dia pulang ke rumah kerana tiada apa-apa yang berlaku seperti disangkakan oleh mereka berdua tetapi mereka tidak sedar bahawa Rohan sudah melihat kelibat Rakesh yang sorok dibelakang pokok dan perhatikan mereka. Rohan hanya melihat Aryan selepas sedar dari hospital dan wajah seterusnya ialah Shailaputri. Rohan tidak pernah melihat wajah Rakesh dan ini sudah cukup memadai bagi Rohan untuk menyiasat tentang Rakesh.

Selepas tiba di pejabat, Aryan menyatakan bahawa dia hendak pulang ke rumah kerana isterinya keseorangan dan tidak sihat. Rohan membiarkan Aryan pulang sebab dia tidak mahu keselamatan Aryan terjejas disebabkan orang yang perhatikan tadi iaitu Rakesh.

"Naina, apa password pc ini?" tanya Rohan sambil menekan papan kekunci berjenama Dell.

"Sorry Encik Rohan, saya tak pasti sebab saya baru join syarikat ini pada 5 hari yang lepas" balas Naina sambil melihat sekeliling bilik itu. Ya bilik yang mereka ada sekarang ini adalah kepunyaan anak pemilik syarikat ini. Hanya dia dan Rohan dibenarkan masuk ke dalam bilik ini kerana hanya bilik ini mempunyai segala data yang diperlukan serta dokumen. Tetapi Naina belum cukup matang untuk memahami tentang bilik ini jadi dia keluar untuk maklumkan perkara ini kepada Rakesh dan Aryan.

Tujuan Rohan masuk ke bilik ini adalah untuk mencari segala data yang diperlukan tentang dirinya dan juga syarikat ini. Rohan dapat mengetahui tentang bilik ini dari salah satu stafnya sendiri.

"Haish, macam mana kalau tak dapat password ni.. Mesti dalam pc ini ada data yang I perlukan. Hmmm... tak apa lepas balik nanti I call pak cik maybe he knows."bisik Rohan sambil shutdown pc tersebut.

Next chapter