webnovel

Malaysia, Here I Come!

'Suasana pilu menyelubungi majlis pengebumian Daniel'

Disebabkan Daniel tiada sesiapa melainkan Jane, hanya Jane dan Zein sahaja yang menguruskan majlis pengebumian itu.

Majlis itu diadakan secara tertutup bagi menghormati arwah. Biarlah tenang untuk sedikit waktu.

Jane yang duduk membacakan surah yasin di samping kubur Daniel dipandang sayu.

'Hilangnya seorang yang sentiasa disisi juga tinggalkan kesan'

'Aku tak boleh lemah' bisik hati Zein yang setia menemani Jane.

Dari mula pengurusan majlis hingga saat itu Jane masih tetap setia di sisi arwah.

"Sayang...jom. Dah nak maghrib ni. Tak elok kita lama-lama macamni. Lagipun nanti kan kita nak buat majlis dekat masjid untuk Daniel..Hmm?" pujuk Zein setelah melihat Jane sudah selesai membacakan surah yasin.

"Sayang... I.. I macam tak percaya dia dah pergi tinggalkan kita. Walaupun dia pisahkan kita, tapi, dia baik.. dia sangat-sangat baik dengan I. Tapi entahlah...." esak Jane.

"Shhh... calm down sayang.. Tak elok kita meratap macam ni. Dekat sini. Hm.. Redakan dia pergi. Jom..." Zein menghulurkan tangannya usai mengelap air mata Jane.

Tikar mengkuang dilipat, jag air dibawa pulang bersama.

Sebelum pergi,

"Daniel, semoga you tenang dekat sana. I janji akan bahagia lepas ni. Insyaallah free, I datang lagi." kata Jane sambil mengusap nisan.

Langkah kaki mereka berdua semakin menjauh.

Sesekali Jane menoleh ke belakang melihat kubur Daniel. Setiap kali itu juga Zein berhenti.

'Let's go hmm' pinta Zein.

Pintu kereta dibuka buat Jane yang masih memandang kosong tanah perkuburan itu.

Jane melangkah masuk.

Kenderaan mereka berlalu pergi, sengaja diperlahankan kereta untuk bagi peluang pada Jane untuk melihat kali terakhir.

Malam itu juga mereka mengadakan majlis buat arwah di masjid terdekat.

Pelbagai makanan turut ditempah buat tetamu yang hadir solat di situ.

Dek kerana tak terbiasa di masjid negara itu, mereka tak dapat menjemput sesiapa. Hanya kenalan terdekat sahaja dan orang-orang yang datang solat di masjid itu sahaja.

Usai majlis itu, mereka berterima kasih pada tetamu-tetamu yang hadir sehinggakan mereka tak sedar waktu semakin lewat.

Zein mencari wanita kesayangannya itu.

Risaukan keadaannya.

Akhirnya ditemukan dikelompok wanita yang sedang berbual-bual sambil makan.

"Sayang..." panggil Zein.

'Jane mengangkat wajahnya yang sekian lama menunduk memandang riba'

'Jane memaksa dirinya untuk tersenyum, tak mahu lelaki itu lihat dirinya masih bersedih'

'Terus Jane mendekati Zein'

"Hm? Awak dah makan?" tanya Jane dengan suaranya serak.

"Sayang okay tak ni? Suara serak macamtu? Sakit tekak ke? Demam??" Zein cemas, pantas tangannya diletakkan di dahi Jane.

'Panas!'

"Sayang demam panas ni! Dah makan? Kita balik" soal Zein bertubi-tubi.

'Jane mengeleng lemah'

"Takpe, kita balik vila Daniel dulu. Saya mintak maid masakkan bubur. Balik nanti makan then makan ubat terus rest. Okay?" bebel Zein.

'Jane mengangguk lemah'

'Tubuh lemah Jane dipapah sehingga ke kereta'

Setelah meminta diri untuk pulang pada jemaah yang hadir, Zein segera memandu kereta terus ke vila Daniel.

Setibanya mereka, Zein tak sanggup menggangu tidur Jane, lalu dia pun terus merangkul tubuh Jane dengan berhati-hati dan terus dibawa masuk ke dalam vila sehingga ke bilik Jane. Tubuh Jane diselimut. Selendang yang menutup rambut Jane dibuka berhati-hati, tak mahu tidurnya terganggu dan diletakkan di hujung katil. Rambut Jane yang menutupi mata dibetulkan.

Eyebag mata Jane nampak teruk, Zein menghampiri meja solek, tangannya menggapai cream bawah mata jenama The Originote Eye Serum milik Jane lalu disapu dibawah mata Jane dengan berhati-hati.

'Maid Jane masuk ke dalam bilik tu dan mendekati Zein'

"Sir, you can take a rest at downstairs rooms. I can stay here with her. If you need anything, just call me or you can feel free to do anything. Don't worry, miss wont care."

"Alright... thank you. You can rest beside her too. She told me about you. You like her mother, she's said. Oh ya... if she wake up, can you give medecine to her? She had fever. For now let her sleep so she can have some energy." kata Zein.

"Got it sir. Don't worry about her, you can go rest." kata maid itu.

"Called me Zein. Good night Elaine.." kata Zein sebelum menutup pintu bilik Jane dan turun ke tingkat bawah.

*Keesokan harinya.

"Sayang... bangun.." panggil Jane sambil mengetuk pintu bilik Zein.

"Sayang? Wait.. I dah bangun.." kata Zein, terkocoh2 dia turun dari katil.

'Pintu bilik terbuka'

"Sayang.. sayang dah okay? Meh sini.." tanya Zein sebaik sahaja wajah Jane dilihat.

"Good.. demam sayang dah kebah. Risau saya tau! Jangan sakit please.." kata Zein sayu.

"Jangan risau okay, saya dah okay. Saya kan kuat. 'Yah' acah Jane sambil membuat postur ala2 orang bina badan.

'Tergelak Zein melihat lawak spontan Jane'

'Jane ikut gelak bersama'

'Tangan Jane selamba membetulkan rambut Zein yang kusut masai dek baru bangun tidur'

"Sayang..sayang.. Selekeh. Air liur basi ha... Omg! Xsenonoh!" usik Jane.

'Serious?!' mata Zein ikut membulat terkejut.

Laju Zein mendekati cermin di dinding.

'Tak guna!! Ni hantu Kak Limah pon lagi lawa tau!' maki Zein pada diri sendiri apabila melihat keadaan dirinya sendiri di cermin.

"Dah..dah. Cepat mandi.. Saya tunggu dekat meja makan. Sayang siap cepat sikit. Lapar ni. Saya yang masak sarapan tau harini." kata Jane sambil menolak-nolak tubuh Zein ke arah tandas dalam bilik itu.

"Sayang masak ape? Dah lama tak rasa masakan sayang tau... Ni yang tak sabar ni! Sayang tunggu kejap tau" kata Zein sebelum menutup pintu tandas itu.

'Macam kanak-kanak Ribena' Jane tawa kecil.

Setelah 20 minit, Zein pun tiba.

Kerusi di tarik.

"Wah.... nasi lemak! Sayang punya nasi lemak serious sedap gilaaa! I nak banyak2 tau! Mesti sedap ni.." kata Zein tak sabar.

"Ye sayang... sabar.. Tak ada orang nak curi. Kita bertiga je kat vila ni." kata Jane sambil menggeleng kepala melihat telatah Zein.

'Elaine ikut tergelak melihat telatah mereka berdua sejak tadi'

'Hati tuanya turut rasa bahagia melihat mereka berdua semakin bahagia semakin tenang'

"Elaine, you makan banyak-banyak juga tau" kata Zein.

"Of course! Miss masak sedap! Rugi kalau saya tidak makan." kata Elaine pelat (yelah minah Salleh cakap Malay).

*Seminggu berlalu.

Sebelum pulang ke Malaysia, mereka berdua mengambil keputusan untuk tidak memberitahu pihak media atau sesiapa tentang kematian Daniel.

Biarlah perkara itu tertutup begitu saja.

Aib Daniel pun terjaga.

"Elaine jomlah ikut kami ke Malaysia. Please... Or I will miss you sooooo much!" pujuk Jane sambil memeluk manja tubuh Elaine.

"Oh honey.. give me some time. My baby here. I will miss her if I go to Malaysia. Of course I miss you too honey." pujuk Elaine sambil mengusap lembut kepala Jane.

"Ala... we can sponsor tickets for you everytime you want to came here. Don't worry. I dont have family there. I only have you as family Elaine.." kata Jane menunduk sayu.

"Hm... okay..Okay.. But give me some time, I want to go and see her before I follow you two." kata Elaine mengalah.

'Sememangnya dia pun tak sanggup berpisah dengan Jane. Jane sudahpun dia anggap sebagai anak. Selama dia menjadi maid, Jane melayannya tak seperti seorang maid, malah manja seperti seorang anak kepadanya setiap masa'.

Siap saja mengemas, mereka bertiga pun memasukkan barangan mereka ke dalam but kereta.

Jane menuju ke taman yang direka khas sendiri Daniel.

Gambar diambil sebagai kenangan.

Mereka berdua bergambar di hadapan taman itu dan juga di hadapan vila sebagai kenangan.

Pembeli vila itu sudahpun ada.

Isteri pemilik baru vila itu turut sukakan taman dan bunga-bungaan.

Jadi lega lah hati Jane untuk melepaskan taman itu.

"Malaysia, Here I Come!" jerit Jane tiba-tiba.

Next chapter