webnovel

DHA 5

Can't you tell what I'm hiding behind this rage?

— Har

Deruman enjin kereta Toyata Camry lama itu begitu membingitkan telinga Farhana. Wajah Har langsung tidak dipandangnya. Pandangannya hanya difokuskan pada jalan raya. Hatinya membuak amarah, menunggu letup saja. Bibirnya juga sejak tadi tidak mampu berkata apa - apa.

Dah macam kereta besi buruk je. Ini ke Har yang bayar hutang bapak aku? Tak mungkin. Gumam Farhana sendirian.

" Hotel mana?" Soal Har kedengaran dingin.

" Mana - mana je." Jawab Farhana ringkas. Dia mahu cepat - cepat keluar dari situ.

Rasa tidak selesa sejak tadi merayap - rayap ke pangkal hati dek bau kerusi lama yang hapak. Bunyi besi pintu kereta yang berkarat juga menganggu konsentrasi dia di jalan. Risau kalau - kalau tercabut pula pintu itu nanti.

" Mana - mana je? Kau dah buat reservation belum?" Soal Har kedengaran geram. Sungguhpun begitu, dia tetap fokus pada pemanduannya.

" Belum." Jawab Farhana pendek. Memang tak kuasa pun dia nak berbual dengan Har versi baru itu.

" Kenapa kau tak buat reservation awal - awal? Dah tahu nak balik Malaysia kan? Lagi satu hal, kenapa kau tak balik rumah sendiri je?" Bebel Har. Pelik juga kenapa Farhana berkeras untuk bermalam di hotel dan tidak di rumahnya sendiri. Ada apa - apa yang dia tahu tahu ke?

" It's none of your business. Tak perlu peduli kenapa aku tak nak balik rumah." Balas Farhana malas.

" Jadi, kau nak balik rumah jantan tadi?" Teka Har menongkat kening meskipun rasanya dia sudah amat tahu jawapannya.

" Yes! And why do you care?!" Suaranya meninggi seraya dia menoleh ke arah Har.

" Dasar perempuan murah! Yes, I fucking do care! Kau tu bakal isteri aku. Kau tak reti nak jaga nama baik aku ke?" Bentak Har marah yang meledak tiba - tiba.

Stereng dibelok keras sehingga menyebabkan badan Farhana terjatuh di lengannya. Mereka berdua saling berpandangan.

" Aku tak pernah setuju pun nak kahwin dengan kau tahu!"

" Aku hantar kau balik rumah." Har malas bertekak.

" Arghh!" Farhana menumbuk beg tangan yang berada di atas pehanya bagi melepas geram sambil dia menjeling memandangi wajah sisi Har yang diam saja.

Di sebelahnya duduk seorang lelaki yang baginya bukan Har Azmeer yang dia kenal. Lelaki itu nampak maskulin dan tampan. Bukan Har yang selekeh dan berserabut.

Stereng kereta membelok bertentangan dengan arah rumah Farhana. Farhana menoleh ke belakang melihat lorong yang patutnya mereka masuk. Sah. Salah jalan.

" Kau nak bawak aku ke mana?" Soal Farhana gusar. Bukan boleh percaya dengan lelaki bernama Har Azmeer ini. Entah apa jenis dendam yang dia bawa.

Har menjeling saja dari ekor mata bila soalan itu terlontar dari bibir si delima merekah. Bibirnya beku. Senyum pun tidak, apatah lagi bergerak - gerak ingin menjawab soalan itu.

" Baik kau bagitahu, sebelum aku report polis." Ugut Farhana sambil menunjukkan telefon bimbitnya yang sudah di dail 999.

Kereta dibrek keras hingga terdorong Farhana ke depan menyebabkan kepalanya terhantuk panel cermin kereta. Dia mengaduh sakit. Kepalanya digosok - gosok kuat. Namun bila dia berpaling ke arah tempat duduk penumpang ingin mencari si pelaku, ia hilang dari pandangan.

Bebola matanya mencari batang tubuh Har namun tidak terlihat dari kornea matanya sehingga dia berpaling ke arah pintu tempat duduknya yang dibuka seseorang.

" Nak aku heret kau keluar lagi ke?" Soal Har dingin.

Tanpa banyak bicara, Farhana segera keluar dari perut kereta lalu dengan rasa geram yang terbuku di dada, dia menghempas pintu kereta buruk itu sampai bergegar kereta itu dibuatnya.

Har yang mendengar dentuman kuat itu mula menoleh ke belakang. Wajahnya yang dingin bertukar berang. Farhana yang memandangnya diam terkutik.

" Kau ingat cara kau lepas geram macam tu bagus sangatlah? Kau tak boleh lari dari aku pun Farhana. Jangan mimpi. Kalau kau a bitch, aku akan jadi setan yang kau tak pernah kenal dalam dunia ni." Ujar Har tegas. Dia sudah berdiri di hadapan Farhana dengan senyuman yang diherot ke sisi.

Lengan Farhana ditarik Har kuat sehingga kaki Farhana terpaksa menjinjit dari tanah mengikuti gerak kaki Har yang sudah memasuki perkarangan sebuah rumah.

" Hei! Lepaslah! Aku boleh jalan sendiri!!" Farhana cuba melepaskan genggaman tangan Har tetapi gagal.

" Dah, masuk dalam kereta. Aku nak hantar kau balik!" Arah Har sebaik mereka berhenti di sebelah pintu kereta BMW X6 hitam Azura.

Farhana terkulat - kulat. Bebola matanya mula memerhati sekeliling. Kemudian, dia menutup mulut. Dia kenal benar dengan rumah ini. Dia kenal siapa yang menetap disini. Mereka sekeluarga mengenali isi rumah ini.

Pintu kereta dibuka, " Kau siapa dengan Tan Sri Hisham?!"

" Kau nak balik ke tak? Nak aku langgar kau hidup -hidup kat sini ke?"

Farhana merengus geram, lalu mahu tidak mahu dia terpaksa masuk ke dalam kereta juga.

" Kau siapa?" Soal Farhana tidak berpuas hati. Dia betul - betulkan duduknya supaya selesa.

" Manusia la bodoh. Takkan la aku hantu, jin pulak." Tempelak Har dingin.

" Bukan kau cakap kau syaitan ke?" Farhana menongkat kening. Har pula mencerlung.

" Kau memang tak sabar kan sayang? Nak makan penampar aku."

Farhana tergamam, " Aku tak nak kahwin dengan kau. Batalkan perkahwinan ni! Aku tak nak! Aku tak nak! Aku benci kau, Har!"

" Kenapa kau tak nak? Aku anak orang kaya. Aku boleh beli semua untuk kau, kau cakap je. Petik jari semua terhidang untuk kau... Alasan kau tak nak bersuamikan aku tu lemah. Benci? Aku nak tengok berapa lama perkataan benci tu bertahan untuk aku."

" Kau manusia tamak Har! Kau tamak! Kau pendendam!" Debik Farhana berani tapi debikan itu hanya dibalas tawa kuat dari Har.

Kereta berhenti mengejut di hadapan rumah bunglo Encik Nizmi. Farhana membesarkan matanya, dia masih belum sedia untuk pulang ke pangkuan keluarga. Segera tubuhnya menoleh ke arah Har yang sejak tadi hanya memerhatikannya saja.

" Aku tak nak balik! Aku tak nak balik!" Cerlung Farhana pada lelaki tidak berekspresi di sebelahnya.

" Habis? Kau memang nak tidur rumah rumah jantan tu?" Soal Har terjungkit kening.

Dia faham itu hanya satu perkara biasa untuk Farhana. Tidur di rumah teman walaupun temannya berlainan jantina.

" Aku nak tidur hotel lah! Bukan rumah kau!" Jelingan Farhana membuatkan Har mendencit tawa halus. Rasa menyampahnya pada Farhana dari sejak dahulu masih sama. Tak pernah berubah.

" Eh! Telinga kau pekak ke? Siapa ajak kau bermalam dekat rumah aku?" Har herot senyum sinis.

Farhana mengetap bibir dengan keterlanjurannya. Hati dia menggigit sendiri. " Cepatlah! Apa yang susah sangat kau nak bawa aku pergi hotel?"

" Kau ingat aku bodoh? Esok pagi kau lari..." Farhana ketap gigi buat sekian kali. Ah! Masakan lelaki ini boleh menghidu rancangannya. Dia menjeling diam lalu dia pandang bola mata Har.

" Tadi yang kau tanya hotel mana dengan aku tu apa?"

" I've change my mind." Kata Har bertukar fikiran.

Lupa pula disebelahnya ini siapa. Farhana... Perempuan yang paling unpredictable dia pernah jumpa. Melepaskan Farhana dari perimeternya adalah satu perkara yang takkan mungkin terjadi.

Bukan senang untuk dia memancing wanita sebegini untuk makan umpannya. Kalau dilepaskan bebas, alamat dia, tak mungkin lagi dia punya kesempatan untuk membalas dendam.

" Mudahnya kau change your mind... Tukarlah fikiran kau nak kahwin dengan aku tu sekali... Banyak lagi perempuan lain dekat luar sana... Silalah pilih Encik Har Azmeer." Ujar Farhana dalam nada pujuk yang berpaksikan perlian. Moga saja sampai ke hati Har yang pasti kotor dengan noda hitam itu.

" Dah... Balik masuk rumah, they must be waiting for you." Segera dia buka pintu dan memboloskan diri keluar dari kereta. Langsung dia tak pedulikan kata - kata Farhana.

Farhana mendengus keras. Lelaki tak guna! Pekak! Tuli! Buta! Arghh!!!

Bola matanya perhatikan saja sebatang tubuh tinggi itu menekan loceng rumah dan dia mula kegelisahan di tempat duduk.

Bukan dia tak nak bertemu empat mata dengan keluarganya, tapi takut nanti dia naik hantu bila berjumpa dengan papa dan keluarganya yang lain.

Pintu pagar rumah sudah terpelahang buka. Farhana di dalam kereta sudah macam cacing kepanasan.

No! No! Bukan malam ni.

Dia terpandangkan pintu belakang kereta dan mula mengherot senyum nakal. Perlahan Farhana ke pintu belakang kereta dan membukanya seperlahan mungkin.

Tak mahu dia ditangkap Har, dia turun menunduk dari kereta bersama beg tangannya. Sempat matanya menyorot ke arah bahu jalan yang kosong. Line clear!

BUK!

Terasa kepalanya tersangkut di antara dua kaki. Aduhh!! Apa ni? Dia telan air liur.

Perlahan dia angkat kepalanya. Jatuh terduduk dia sambil menjerit kecil bila dia terlihat pada bahagian yang tak sepatutnya dia lihat.

Next chapter