webnovel

DC 18

Hari terakhir di kampus sebelum bermulanya 'study week' digunakan sebaik-baiknya oleh pelajar yang pandai mencari jalan untuk belajar. Habis semua bilik pensyarah diserbu untuk bertanyakan apa yang mereka tidak faham.

"Dyla, kau nak terus balik atau lepak dengan kita orang?" tanya Ikram.

"Kau nak pergi mana?"

"Makan lah."

"Tak kot. Aku nak pergi jumpa Adilah dengan Saadah. Jarang dah nampak dia orang kat kampus."

"Sampai hati kau. Aku ni tak penting ke?"

"Penting. Tapi Adah dengan Dilah lagi penting." Sengih Dyla. Dia terus berjalan menuju ke keretanya.

"Dyla!" Shah berlari mendapatkan Dyla.

"Shah." Bulat mata Dyla melihat Shah yang tercungap-cungap.

"Dah habis kelas ke?"

"Dah. Kenapa?"

"Dah nak start final kan? Good luck!"

"Haha. Okay. Awak juga."

"Nak balik terus ke?"

"Tak. Nak pergi jumpa Adilah dengan Adah kejap."

"Jom pergi makan?"

Dyla serba salah.

"Kau nak pergi makan dengan Shah? Aku tak kisah. Kau nak pergi rumah mak dia? Aku tak kisah. Kalau kau rasa nak sakit hati sendiri, kau buatlah. Bukan aku yang sakit."

Kata-kata Alfan terngiang-ngiang di dalam kepalanya. Memang betul apa cakap Alfan. Dia yang akan sakit hati sendiri nanti bila terkenangkan title yang dia pegang. Isteri orang. Sayangnya dia tak dapat orang yang dia nak. Macam mana pun dia buat, dia tetap takkan dapat. Dyla sedar itu.

"Lain kali eh. Orang nak pergi satu tempat dengan dia orang ni." Dyla menolak secara baik.

"Er.. Okay."

Dyla pulang dengan keadaan muka pucat. Kunci kereta disangkut di tempat yang sepatutnya. Dia masuk ke bilik dan merebahkan tubuh ke atas katil. Malas nak salin baju. Biar dengan berbaju kurung. Hanya tudung yang dibuka. Kemudiannya dia duduk. Dyla peluk kaki dengan mulut memuncung memandang skrin telefon bimbitnya. 'Boleh pula si Adah dengan Dilah ni tinggal aku, pergi balik kampung?'

Selesai solat, Dyla berbaring semula di atas katil dan menarik komputer riba yang terletak di hujung kaki katil. Misi utama, K-drama!

Setengah jam dia melayan K-drama, tiba-tiba pintu bilik terkuak. Alfan melonggarkan tali leher. Dyla sikit pun tak ambil port.

"Korea lagi?" tanya Alfan.

"Hm." jawab Dyla pendek.

Kot hitam dicampak ke kerusi meja solek, butang lengan baju dibuka, begitu juga dengan yang berada di kolar leher. Lengan disentengkan. Terus Alfan mencampakkan diri ke atas katil. Dyla mengerut dahi. 'Mengacau ketenteraman orang.' Bisiknya dalam diam.

"Cerita apa?" soal Alfan.

"Awak bukan tahu pun."

Alfan menjengah kepala sedikit untuk melihat. Dyla yang tadinya baring kini beralih mengiring. Komputer riba dirapatkan sedikit di sisi.

Alfan menarik bahu Dyla. "Tepi la sikit. Nak tengok juga." Alfan mencelah. Dyla menjeling. Namun dia membiarkan. Makin lama, kepala Alfan makin hampir dan hampir. Hinggakan lelaki itu meletakkan kepalanya ke atas bahu kanan Dyla.

"Awak tengoklah dekat laptop awak." geram pula Dyla. 'Dah lah selalu kata geli nak dekat-dekat dengan aku. Ni sibuk pula menepek. Kepala atas bahu orang pula tu. Dah hampir ke dada dah haa.'

"Kenapa perempuan tu buat macam tu?" tanya Alfan, tidak mengendahkan soalan Dyla.

Dyla mengeluh sedikit. "Sebab dia nak balas dendam." jawab juga Dyla.

"Balas dendam apa?"

"Lelaki tu pernah buat boyfriend dia masuk penjara."

"Kenapa boyfriend dia masuk penjara?"

"Sebab lelaki tu perangkap."

"Kenapa dia nak perangkap pula?"

"Sebab dia tak dapat perempuan tu."

"Kenapa perempuan tu tak nak dekat dia?"

Dyla menoleh memandang kepala Alfan. Nak tengok muka, tak nampak. Nampak rambut belah atas aje ha. Bukan main seronok lagi dia baring atas sisi aku.

"Kalau nak tahu, kena tengok dari awal. Letih la nak cerita satu-satu."

"Nanti copy cerita ni masuk dalam hard disk." mata Alfan masih lagi di skrin komputer riba.

"Hm." jawab Dyla. Tapi dia hanya membiarkan lelaki itu hingga tetidur di atas bahu belah kanannya.

Terasa basah bahunya setengah jam kemudian. 'Mak ai! Tidur dengan air liur meleleh!' Dyla merengus.

ENTAH bila masa Dyla pun tertidur, dia tak perasan. Dilihatnya Alfan sudah tiada. Bunyi air di dalam bilik air cukup menjawab soalan yang bermain di dalam kepalanya.

Pintu bilik air terbuka bila Dyla selesai mematikan komputer riba dan meletakkan komputer itu ke lantai.

"Tadi pagi kata nak keluar dengan girlfriends kau." Alfan lap rambut.

"Tak jadi. Masing-masing balik kampung."

"Kena tinggallah ni? Kesiannya dia." mengejek.

Dyla jeling geram.

"Bersiaplah." arah Alfan. Dyla terkebil-kebil.

"Untuk apa?"

"Bukan kau excited sangat ke nak pergi Seoul Garden?"

Dyla terpinga-pinga.

"Awak nak pergi ke?"

"Cepatlah siap." tidak menjawab soalan. Tapi Dyla faham. Senyumnya melebar. Tak pernah pergi ni!

DYLA telan air liur melihat pelbagai lauk mentah di hadapannya. Alfan tiba di meja dengan dua piring lauk lagi. Penuh meja dengan piring berisi lauk dan sayur-sayuran mentah.

"Makan sampai habis." ujar Alfan. Chopstick digunakan dengan jayanya untuk meletak daging, ayam dan isi ikan di atas tempat pembakar.

Dyla turut sama menggunakan chopstick untuk membantu Alfan membakar isi piring. Tapi daging itu asyik jatuh.

Alfan ketawa. Dyla kerut dahi. Beberapa kali dia cuba. Tetap tak berjaya. Bukan dia tak reti. Tapi entah kenapa asyik nak terjatuh aje.

"Kalau tak reti tu, tak payah lah guna." Alfan menegur. Tawa masih bersisa. Dyla muncung.

"Bukan tak reti. Tapi orang selalu guna chopstick yang hujung dia bentuk petak. Ini memuncung."

"Mana ada chopstick hujung dia petak."

"Adalah."

Alfan menggeleng sambil ketawa. Dia membalik-balikkan daging yang sudah separuh masak. Akhirnya Dyla mengalah dan mengambil garfu. 'Buat malu aku aje.'

"Buka mulut." Alfan menyua daging untuk Dyla. Dyla buka mulut walaupun teragak-agak.

"Macam ni kalau nak pakai chopstick." sempat dia menyindir. Dyla mencebik. Pasangan di meja sebelah sempat mengerling ke arah mereka sambil tersenyum-senyum. Alfan sedar akan itu.

"Kau orang baru kahwin ke?" tegur Alfan yang tiba-tiba terlebih ramah.

"Eh? Tak. Belum lagi." jawab si lelaki.

"Kahwin la cepat-cepat. Nanti boleh main suap-suap macam ni."

Dyla buntang mata pandang Alfan.

"Oh. Baru kahwin eh? Tahniah." si perempuan berkata.

"Aah." Alfan senyum.

"Selamat menjamu selera." ujar si perempuan. Alfan mengangguk dan kembali membalikkan daging.

"Kenapa tiba-tiba terlebih ramah ni?" soal Dyla.

"Let everyone knows we're married."

"Bukan dia kenal awak pun."

"Biarlah. Sibuk." Sebelum ini perilaku Alfan kelihatan matang walaupun cara pemikiran dia untuk asyik membalas dendam itu boleh dikategorikan tidak matang, tapi hari ni dia benar-benar nampak tidak matang. Dah lah petang tadi tidur kat bahu orang sampai air liur meleleh.

"KENYANG." Dyla bersandar di kerusi. Tidak boleh masuk dah makanan ke dalam perut. Rasa macam nak meletup aje.

"Makan!" Alfan bangun dari kerusi dan menarik lengan Dyla supaya tubuh gadisi tu rapat semula ke meja. Dia menghulur isi ikan.

"Buka mulut." arah Alfan.

"Saya dah kenyanglah awak." Dyla mengeluh.

"Buka aje mulut. Orang tolong suapkan." Alfan separuh memaksa. Terpaksa juga Dyla buka mulut.

"Dah cukup. Tak boleh makan dah." Dyla kembali bersandar.

"Banyak lagi ni."

"Awak makanlah. Awak makan sikit aje."

"Awak yang nak sangat makan kat sini kan."

"Tapi takdelah sebanyak ini. Awak yang ambil banyak-banyak."

"Makan, Dyla."

Dyla menggeleng. Kepalanya dilentokkan ke dinding yang rapat dengan meja. Dia memejam mata. Tak larat.

Alfan sengih. Dia menyuap dirinya sendiri sampai makanan itu habis. Takdelah banyak sangat pun.

Selesai lelaki itu makan, terus dia ajak untuk balik.

"Kejaplah. Sakit perut ni. Kenyang sangat." Dyla masih tak boleh bangun.

"Jom. Aku ada nak beli barang lain lagi." Alfan sudah bangun. Pasangan di sebelah meja tadi sudah setengah jam balik.

"Tak boleh bangunlah!" Dyla geram dengan Alfan yang kerap kali memaksanya.

Tangan dihulur. Dyla pandang atas bawah. Dahinya berkerut. 'Lelaki ni memang jenis payah nak faham, kan?'

Terpaksa juga dia menyahut tangan lelaki itu dan cuba bangun. Sakit mencucuk di perutnya. Tak pernah dia makan sekenyang-kenyang ini. Bak orang kata boleh meletup, haaa.. Macam ni lah.

Dyla berjalan perlahan sambil memeluk lengan Alfan. Terpaksa. Kalau tak, memang boleh bergolek ke belakang. Terasa badan tak boleh nak diluruskan. Tapi terpaksa juga!

Alfan hanya tahan gelak sepanjang perjalanan. Macam-macam kedai dia masuk sedangkan dia memang takde niat untuk membeli apa pun.

"Awak bukan nak beli apa pun. Jomlah balik terus." rengek Dyla.

"Apa? Aku tengok dulu. Kot nak beli ke." Saja.

Ke hulu ke hilir mereka berjalan hingga sakit perut Dyla pun hilang. Tapi dia tak perasan yang pelukan pada lengan Alfan masih belum dilepaskan.

Kaki Dyla kaku bila terserempak dengan tubuh lelaki di hadapannya yang cukup dia kenali. Shah turut terkesima. Rakan-rakannya yang lain sibuk bercerita itu dan ini. Kecoh la cerita dia.

Pelukan di lengan Alfan cepat-cepat dileraikan. Alfan sedar akan itu. Geram dalam hati, hanya Allah yang tahu. Kalau boleh, Alfan rasa macam nak tolak terus tubuh Shah jatuh ke tingkat bawah.

"Aku tunggu kat kereta." bisik Alfan. Dekat dengan telinganya. Shah yang melihat pula bersangka Alfan mencium pipi Dyla.

"Tak keluar dengan Adilah ke?" Shah mendekati. Rakan-rakannya sudah jauh meninggalkan dirinya.

"Tak jadi. Dia orang balik kampung tadi."

"Oh ye ke."

"Hm.. Orang balik dulu eh." Dyla senyum dan pamit untuk berlalu.

"Dyla." panggil Shah membuatkan langkah Dyla terhenti. Dia kembali menoleh.

"Maaf kalau orang tak sopan. Tapi orang nak tanya satu benda kat awak." Shah mendekati. Dyla telan air liur.

"Awak kahwin dengan Alfan tu kenapa?" soalan yang Dyla tak mungkin boleh jawab dengan jujur.

"Cinta." jawab Dyla.

"Kalau sebab cinta, berbeza tau muka orang yang bercinta dengan orang yang terpaksa."

"Apa maksud awak?"

"Orang minta maaf kalau orang tak pernah luahkan apa yang orang rasa kat awak. Tapi orang fikir, awak boleh tunggu orang lagi setahun. Tapi nampaknya tak."

Mata Dyla hampir berkaca.

"Awak ingat tak dulu awak pernah suruh orang dengar lagu Penakut? I thought it was just a song. Orang silap. Lepas orang sedar lagu tu, orang lega. At least awak ada perasaan yang sama dengan orang. And I am really sure awak akan tunggu orang." luah perasaan.

Dyla menunduk.

"Sepatutnya awak cakap semua ni sebelum orang berkahwin, Shah. Sia-sia awak bagi tahu sekarang bila orang dah jadi isteri orang. Sia-sia, Shah."

"Orang ingat awak akan bahagia. Much more happier. Orang tak tahu kenapa awak nak berkahwin tiba-tiba. Orang silap memikirkan yang awak memang cintakan suami awak."

"Ya.." Dyla angkat kepala.

"Sekarang orang sangat sayangkan dia." tegas Dyla. Shah terkesima. Alfan yang berada di balik dinding terkejut.

MATA yang merah ditahan air matanya supaya tidak menangis. Alfan di sebelah berlagak biasa. Dyla menarik tali pinggang keledar. Terus Alfan menekan padel minyak.

Keadaan di dalam kereta tegang. Sepi.

"Boleh tak kalau saya nak turunkan cermin tingkap?" Dyla minta kebenaran.

Alfan tidak berkata apa tapi terus mematikan pendingin hawa. Dyla menekan punat untuk menurunkan tingkap dengan sendiri.

Angin malam menyapa mukanya. Air mata jatuh.

Alfan tidak memujuk, tidak juga menoleh melihat reaksi muka Dyla. Dia hanya membiarkan. Adalah lebih baik begitu.

Dyla sendiri tidak sedar bila dia mula menyayangi lelaki egoistik itu. Ya memang lelaki itu menyakitkan hati. Selalu sangat menyakiti hatinya. Tapi bila datang mood nak ambil berat itu, dia sendiri kalah.

Banyak kali dia menidakkan perasaan itu. Banyak sangat. Tapi perasaan itu tetap mendatang. Ianya bertambah kuat bila bibir lelaki itu mendarat mengena dahinya. Dia terasa selamat bila tubuhnya dipeluk kemas.

Walaupun lelaki itu hanya pernah sekali melakukan itu.

Air mata jatuh lagi. Tapi kerana dendam.. Dendam yang tidak akan pernah habis, Dyla tak boleh meluahkan perasaannya. Perasaan sayangnya. Kerana perasaan itu hanya akan dibuat mainan untuk lelaki yang bernama suami itu.

Dyla tidak sedar bila kereta milik Alfan memasuki perkarangan rumah. Setelah mematikan enjin kereta, mereka sama-sama masuk ke dalam rumah.

"Dyla." panggil Alfan.

"Sayangkan Shah sebanyak mana kau nak. Jangan pernah sayangkan aku. Sebab aku takkan pernah sayangkan kau." tutur Alfan. Dyla terkejut.

"Sebab dengan cara tu, aku boleh terus seksa hati kau sampai hati aku puas. Aku rasa seronok tengok kau menangis macam ni untuk lelaki tu." sambung Alfan.

Dia hanya mengangguk. "Jangan risau. Takkan pernah."

'Aku menangis bukan sebab Shah. Tapi hati aku yang tak pernah boleh menyayangi lelaki bernama Alfan. Jangan risau, macam mana aku berjaya sembunyikan hati aku untuk Shah, macam tu juga aku boleh buat untuk kau.'

Alfan hanya menghantar kelibat Dyla ke atas dengan ekor matanya. 'Jangan pernah sayang aku. Jangan mula sukakan aku. Sebab aku tak tahu kalau aku cukup kuat untuk teruskan dendam aku bila tahu perasaan kau untuk aku.'

SELESAI mandi dan menangis sepuasnya di dalam bilik air, Dyla bersiap untuk mula belajar. Keluar sahaja dari bilik air, kelihatan Alfan sedang membelek telefon bimbitnya. Dyla tidak menghiraukan.

"Buku saya ada kat bawah, kan?" tanya Dyla bila tengok mejanya tiada buku-buku.

"Entah." jawab Alfan sambil bersandar di kepala katil. Dyla jeling. 'Mata tu tak boleh nak dekat lagi ke dengan skrin telefon?'

Dyla menuruni anak tangga dengan telefon bimbit di tangan.

Alfan        : Kiddo.

Dyla         : Hui..

Alfan        : Apa cer?

            Dyla    : Nothing. Kenapa?

Alfan        : Takde apa. :D

Dyla         : Oh, balance hutang awak ada lagi seribu lebih kan? Sorry lah tak dapat nak bayar cepat.

Alfan        : Not a big deal la.. Tak payah pun takpe.

Dyla         : Ada pula.

Alfan        : Are you okay?

            Dyla    : Kenapa tiba-tiba tanya?

Alfan        : Entah. Rasa macam awak ada masalah aje.

Dyla         : Haha.. Finally, orang boleh get rid Shah from my heart :D

Alfan        : Seriously?! How?!

Dyla         : By loving someone else.

Alfan        : ???

Dyla         : Haha. Cerita dia kelakar.

Alfan        : Ceritalah..

Dyla         : Kelakar bila baru nak jatuh cinta dengan suami sendiri.

Alfan        : What?! Kata dia tak layak jadi husband la, kawan la, abang laa..

Dyla         : I tried to deny.. Tapi.. Entah.. Dia memang macam Hitler for some times. Tapi.. Ada masanya dia okay.

Alfan        : He loves you?

Dyla         : Haha. Nope. He even warned me. Jangan pernah sayangkan dia.

Alfan        : What?!

Dyla         : Macam mana orang boleh sembunyikan perasaan orang for ages kat Shah, tak mustahil orang boleh buat benda yang sama kat dia.

Alfan        : Macam mana awak nak hidup dengan dia? Sebumbung with covering your love hari-hari. Tak dapat nak ekspresikan?

Dyla         : Orang akan rasa apa yang awak rasa..

Alfan        : ?

Dyla         : Orang tak sayangkan awak dulu. Yet orang still dengan awak. Awak terpaksa sabar dan terima.

Alfan        : Hm..

Dyla         : I'm gonna be fine kalau awak pun boleh. :D Tahan. Sabar. Ignore.

Alfan        : Tahan dengan sabar, yes i know boleh buat. Tapi ignore?

Dyla         : Karma eh ni? :'(

Air mata Dyla mula mengalir.

Alfan tidak membalas. Dyla meraup wajah dan terus membuka buku. Hilangkan semua masalah dari dalam kepala. 'Exam tu yang penting, Dyla.'

Tengah dia menghafal, bukunya tiba-tiba terpaksa menampung air mata yang setitik demi setitik menitis. Tulisan dari dakwat pen yang diconteng kiri kanan mula mengembang. Matanya mulai kabur.

Alfan yang baru hendak turun, kaku di tangga. Dyla menangis semahunya. Dia menahan suara daripada terkeluar. Sakitnya hati, Allah yang tahu.

Kaki dipeluk merapati dada. Kepala ditunduk. Hanya untuk seketika. Dia kemudiannya mengangkat kepala dan mengelap air mata dengan belakang tangan. Buku ditarik semula.

Hanya beberapa saat membaca, air mata menitis kembali. Dyla ketap bibir. Alfan ketap gigi melihat. 'Kau rasa tak apa yang aku rasa, Dyla? Sakit, kan?'

~thanks y~

Next chapter