webnovel

DC 13

Persediaan semuanya sudah selesai. Dyla merenung jarinya yang diinaikan. Seboleh-bolehnya dia ingin menyembunyikan perihal nikahnya dengan Alfan dari Shah. Biarlah orang lain tahu statusnya, tapi jangan Shah. Entah.. Kadang-kadang dia masih berharap jodohnya panjang dengan Shah.

"Dyla." Adilah masuk ke bilik Dyla.

Benar apa yang Alfan katakan. Dia uruskan semua. Nikah mereka diadakan di hotel di mana kenduri akan dijalankan. Lebih mudah kata Alfan.

"Dah ready?" tanya Adilah sambil membetulkan tudung Dyla. 

"Cantik warna inai kau. Jeles aku. Berseri gila pengantin ni!" puji Saadah yang dari tadi sibuk membetulkan baju jubahnya.

"Dia orang kasi pakai inai apa entah." jawab Dyla.

"Kejap, nak cari seseorang." sambung Dyla. Dia mencapai telefon bimbitnya.

Dyla  : Alfan?

Alfan : Yes dear?

Dyla         : I'm getting married kejap lagi.

Alfan : Nervous?

Dyla   : Hope you're here.

Alfan : I'm here. Orang dah sampai at your kenduri.

Dyla  : You're here? Seriously?

Alfan : Yeap. Bila nak majlis ni? Orang lapar tau.

Dyla  : :') I need you.

Alfan : You're going to get someone yang always gonna be by your side, soon.

Dyla  : Orang tak tahu lah, wak.. I'm scared. Half of me nak lari. Half lagi paksa untuk terima. I don't know.

Alfan : Just believe in Alfan.. I mean, your future husband.

Dyla   : Alfan, help me.

Alfan : What?

Dyla  : I can't do this.

Alfan : Maksudnya?

Dyla  : I need to run. Help me.. Please.. Help me!

Alfan : You know it's not gonna happen kan Dyla?

Dyla  : Akan jadi kalau awak tolong!

Alfan : Think of your parents, Dyla.

Dyla  : Kenapa awak back up Alfan ni? Please.. I need to get out of here!

Alfan : Dyla, sila matang! You all grown up!

Dyla sepi. Tidak tahu nak balas apa.

"Dyla? Jom turun." Adilah sudah tunggu di muka pintu bilik hotel.

"Kejap."

Dyla  : I wish I'm marrying you rather than Alfan egoistic.. I regret that I dumped you.

Alfan kelu. Telefon bimbit digenggam. Bibirnya diketap.

'I wish to be your husband, Dyla. Saya harap dan sentiasa berharap.' bisik Alfan sendiri.

"ALFAN, ready?" Alif yang sudah siap berbaju melayu masuk ke bilik penginapan Alfan. Majlis dijalankan di Johor. Memudahkan kedua orang tua Dyla.

"Dah." Alfan memakai songkoknya. Kaki melangkah keluar dari bilik menuju ke dewan.

"Berdebar?" tanya Alif yang menemani adiknya.

"Tak pernah rasa berdebar macam ni."

"Well, dulu abang pun tiga kali lafaz baru nak lepas." Alif ketawa sendiri. Alfan kerut dahi. Dia mana ada waktu abangnya berkahwin. Dia masih di Ireland ketika itu. Tidak dapat balik kerana sedang menghadapi peperiksaan.

"Teruknya sampai tiga kali!" Alfan turut sama ketawa.

"Well, sekarang mungkin rasa berdebar aje. Tunggu nanti bila dah genggam tangan juru nikah. Rasa nak lari pun ada."

"Itu abang aje yang rasa nak lari. Orang lain mana ada sampai nak lari." Alfan mengusik.

"We don't know yet." Alif sengih.

SEBOLEHNYA Dyla menyembunyikan berita pernikahannya daripada pengetahuan Shah.  Tapi ada yang lebih bijak...

"Shah!" bibir Dyla terbuka sedikit. Matanya bulat. Senyuman Shah menambah perit hatinya.

"Orang kawan awak, kan? Kenapa majlis besar macam ni tak ajak? I want to be next to you and always the one who'll support you.. Even during your wedding day." tulus betul kata-kata Shah.

"Macam mana Shah tahu pasal majlis ni?" jemari Dyla yang merah menyala dengan inai digenggam-genggam. Cuma menyorokkan merah itu. Mata Shah perasan apa yang cuba Dyla sembunyikan. Namun senyuman tetap dihadiahkan.

"Your future husband yang ajak."

'Mulut capoi punya egoistik!' getus hati Dyla.

"Masuklah. Majlis nak mula kejap lagi." tegur Shah. 'Eh, macam dia pula yang nak kahwin.' Tapi kaki ini betul-betul berat untuk melangkah masuk ke dalam masjid.

Lelaki bersongkok hitam, berbaju melayu putih bersampin krim yang sedang bersalaman dengan hadirin mencuri pandangan dirinya. Senyuman sinis meniti.

Bahagianya jadi orang yang berpengaruh. Jadi orang yang ada duit.

"Duit mampu beli kebahagiaan. Sekaligus boleh meragut kebahagiaan orang lain. Lucky me, I have that power and you don't."

Kata-kata Alfan dua bulan lepas betul-betul menjadi kenyataan. Kebahagiaan Dyla kian hilang. Hilang bersama kuasa yang lelaki muda itu miliki. Kebahagiaan yang diragut...

"Dyla, duduklah cepat. Majlis nak mula dah." gesa Puan Dalila.

Dia hanya menurut sedangkan mata memerhati tingkah bakal suami yang kini merasakan kejayaan miliknya.

Selangkah dia mendekati bantal berbentuk segi empat tepat itu, seinci terasa jantungnya ditikam. Orang yang berada di dalam dewan turut menjadi saksi.

"Okay. Semua dah ada.. Bolehlah kita mulakan majlis." bicara tok kadi.

Bebola mata Dyla hanya dialihkan diantara dua lelaki. Shah dan Alfan. Disaat tangan Alfan bersalaman dengan tok kadi, tubir mata Dyla mula terisi dengan air.

Pandangan Dyla kini tidak lepas dari merenung Shah yang menjadi saksi. Kenapa harus Shah? Kenapa kena Shah yang menjadi saksi? Alfan lebih pandai menyakitkan hati.

Air mata akhirnya jatuh ke pipi biarpun belum keluar perkataan sah dari mereka yang terlibat setelah dua kali mencuba. Shah memandang Dyla dengan pandangan redup. Tidak merelakan...

'Ya Allah, bahagiakan aku.' Doa Dyla.

Tapi Shah sedar, dia silap membiarkan Dyla pergi ke dakapan orang lain. Penyesalan yang tiada kesudahan hanya boleh ditebus dengan membiarkan Dyla mendapatkan kebahagiaannya dengan orang lain. Bukan dirinya.

Shah mengangguk ke arah Dyla meminta gadis itu kuat biarpun dia sendiri hampir menitiskan air mata. Melihatkan riak muka Shah, Dyla kelu. Kenapa baru sekarang dia sedar? Kenapa baru sekarang dia tahu perasaan lelaki itu. Hanya tahu perasaannya setelah dia sah menjadi isteri orang.

Dyla menggenggam bantal di bawah dudukannya. Dia mengetap gigi menahan hati yang cuba meronta. Terasa ingin menjerit.

Kertas dihulurkan kepadanya. "Tandatangan." ibu tersenyum.

"Jangan la menangis macam ni. Kahwin aje, masih boleh balik rumah ibu." kata ibu mententeramkan.

'Ibu, bukan itu.. Bukan itu yang akak risaukan. Bukan itu yang akak sedihkan. Perasaan akak, bu. Perasaan akak yang bertahun lamanya tersimpan kemas tanpa ada orang tahu.. Hari ni terkubur macam tu aje. Meskipun akak baru tahu yang hati akak tak bertepuk sebelah tangan.'

Gigil tangannya mencapai pen. Alfan hanya menjadi pemerhati. Bibir diketap. Kepalanya diangkat. Wajah Shah dicari. Namun lelaki itu hanya tersenyum. Menambah luka hatinya.

"Macam mana perasaannya ditinggalkan? Kau tak faham. Tapi sakitnya sama dengan meninggalkan orang yang kau sayang. Dalam keterpaksaan."

Air mata Dyla menitis. Peritnya tidak terkira. Kerana kelancangan mulutnya, dia menerima padah. Tapi apa yang cuba lelaki itu sampaikan? Hanya kerana dendam itu, dia mempertaruhkan kebahagiaan seseorang?

Air mata menitis lagi.

Selesai semuanya, mereka menadah tangan sama-sama mengaminkan doa yang dibaca imam.

"SEMOGA BAHAGIA." ucapan Shah untuknya ketika berdampingan dengan Alfan seringkali bermain dalam kepala. Baju kurung krim masih terlekat di tubuhnya. Sikitpun solekan dan pakaiannya tidak diusik. Dyla duduk di birai katil dengan hanya merenung kosong lantai.

Pintu bilik terbuka tanpa ketukan.

"Dah jadi isteri orang, jangan pula nak teringat lelaki lain." Alfan meletakkan songkok di atas almari solek. Mukanya dibelek kiri kanan di hadapan cermin.

Dyla tidak membalas. Dia terus melayan perasaan. Alfan toleh ke belakang. "Aku cakap dengan tunggul ke?" soal Alfan.

"Apa perasaan awak sekarang?" tanya Dyla dengan pandangan masih merenung lantai.

"Perasaan?" Alfan mula mengorak langkah mendekati katil. Lantas tubuhnya dihumbankan ke katil.

"Seronok. Seronok sangat." Alfan baring dengan kedua belah tangannya menjadi alas kepala. Pandangannya ke syiling.

"Hidup seseorang tu, hanya mainan untuk awak?"

"Hmm. Tak juga. Tapi hidup kau, yes." jawab Alfan. Menitis air mata Dyla. Lantas dia bangkit dari katil.

"Enjoy." kata Dyla sebelum keluar meninggalkan bilik. Alfan hanya menghantar Dyla dengan ekor matanya.

DI DALAM dewan setelah usai majlis tadi, Dyla mencari-cari kelibat Alfan. Tapi tidak jumpa. Alfan balik dulu ke? Dyla masuk ke bilik penginapannya di mana ada Adilah dan Saadah yang sedang mengemas beg pakaian.

Alfan entah layan perasaan menang dia tu dalam bilik dia, apa. Mendengar kata-kata Alfan sebentar tadi di dalam bilik lelaki itu, menyakitkan jiwanya.

"Adah, nampak phone aku tak?" Dyla menggeledah katil yang agak berselerak.

"Ada dalam beg aku ni." Saadah yang menyimpan telefon bimbit Dyla segera mengeluarkan telefon gadis itu.

"Nah, cik puan." usik Saadah. Dyla cebik.

Dyla  : Where are you?

Alfan : Here <3

Dyla  : Jangan main-main. Where are you now?

Alfan : Hahah. Bilik..

Dyla  : Alfan!

Alfan : Hahah. Kenapa?

Dyla  : Awak balik dulu ke?

Alfan : :) sorry..

Dyla  : Sampai hati.. I thought boleh jumpa..

Alfan : You look gorgeous, by the way.

Dyla  : Outside. Inside, I'm miserable.

Alfan : Egoistic Alfan's gonna take care of that miserable.

Dyla  : Heh =.=" dia panggil Shah to be the saksi tadi. Dia tak pernah even once fikirkan hati orang.

Alfan : Bahah. Okay la tu.

Dyla   : He's torturing me sikit-sikit tau tak.

Alfan : Hahah. He loves you.

Dyla         : No he's not.

Alfan : Tengok the way he looks at you pun dah tau.

Dyla  : Tak nampak mata dia waktu akad nikah tadi? Penuh dengan agenda!

Alfan : Hahaha. Itu panahan asrama namanya.

Dyla   : Asrama?

Alfan : Sorry, typo. Asmara!

Dyla  : Haha. Don't try to be funny sekarang. =.="

Alfan : Hey. Saya lelaki. Saya tahulah..

Dyla  : Hmm..

Alfan : Tadi.. You were saying.. Awak lebih rela kahwin dengan saya dibanding dengan your husband, aite?

Dyla  : Don't bring that up after saya dah sah jadi isteri orang. Tadi tak reti nak reply.

Alfan : If I help you untuk lepaskan diri dari your husband, would you be mine?

Dyla terkedu.

Dyla  : No. Lupakan what I've said earlier.

Alfan : Haha. Kidding. Pergi dekat husband la kiddo. Ada pula Whatsapp lelaki lain.

Dyla  : Apa lelaki lain? You're like my abang and my best friend now tau tak.

Alfan : Oh! How terharu me!

Dyla  : Haha.

Alfan : You've been crying a lot kan kiddo?

Dyla  : Pretty much..

Alfan : Try to get along with your husband.

Dyla  : Hmm.

Alfan : Don't you dare hmm me.

Dyla  : Susah la..

Alfan : Apa yang susahnya? Get along aje.

Dyla  : Urgh.. Dia dengan kepala dia.. Payah lah.

Alfan : Haha. Which one yang better? Me or him?

Dyla  : Now what? Awak nak saya compare kan dia dengan awak? My husband and you? Gila. After all, I'm his wife.

Alfan : Back up dia la ni?

Dyla  : Urgh.. Shut up. Orang nak kemas barang.

Alfan : Hahah. Aright kiddo. Love you :*

Jemari Dyla kaku. 'Suka hati ikan kering sambal belacan dia aje nak love you-love you dekat aku siap dengan kiss. Aku dah kahwin baru nak kiss kiss cenggitu. Gila.'

Dyla buang perbualan itu. Tegak pula bulu roma rasanya. 'Lelaki ni jenis suka spesies isteri orang ke apa.' Fikir Dyla.

"MALAM ni kita tidur sini. Esok baru kita balik KL." kata Alfan. Dyla baru sahaja pindah masuk beg pakaiannya ke dalam bilik Alfan. Ibu bapanya sudah pulang ke rumah. Adilah dan Saadah masih di bilik hotel yang sebelum ini mereka bertiga huni. Kononnya pakej percutian.

"Malam ni kau tak boleh tidur dengan kita orang dah. Kau kena balik bilik suami kau. Tingkah bawah aje. Sila tukar bilik ye sayang." Adilah menolak beg roda Dyla ke hadapan pintu.

"Makan dalamlah dengan kau orang ni. Kau halau aku bulat-bulat? Bagilah aku tidur sini malam ni." rayu Dyla.

"Tak boleh- tak boleh. Kau dah berlaki. Jangan nak mengada." giliran Saadah menghalau.

"Malam ni aje? Pleaseeeeee." sekali lagi.

"Nope!" serentak Adilah dan Saadah. Rayuan ditolak mentah-mentah.

"Kau nak aku buat surat rayuan ke baru nak kasi aku tidur sini malam ni?" dahi Dyla berkerut.

"Kau bagi surat ada cop Agong sekalipun, kita orang tak benarkan. Sila ke bilik anda." Si Adilah menolak beg Dyla ke luar bilik. Saadah pula menolak tubuh Dyla keluar. Sebaik sahaja kaki Dyla berdiri di kaki lima hotel, pintu bilik ditutup rapat. Adilah dan Saadah sama-sama gelak.

Dyla tolak begnya ke tepi katil. "Saya datang bilik ni bukan dengan rela eh. Adilah dengan Adah yang halau." beritahu Dyla. Alfan bersandar di kepala katil dengan kaki melunjur. Komputer riba berada di atas paha.

"Hmm." hanya itu yang dijawab Alfan.

Sewaktu Dyla sedang memunggah bagasinya, dia terdengar suara dari dalam komputer riba Alfan. 'Aku macam tahu aje ni bahasa apa.'

Dyla menoleh. "Korea?" soal Dyla. Alfan menjeling.

"Kenapa?" Alfan masih menyombong.

Dyla gigit bibir bawah. Dia kembali menggeledah. Tapi dalam diri, dia ingin tahu.

"Cerita apa?" tanyanya.

"Marry Him If You Dare." jawab Alfan.

"Seriously? Cerita tu tengah ongoing kot." Dyla mula berminat.

"Setiap Isnin dengan Selasa akan keluar. Download ajelah."

"So you do follow k-drama?" apa yang nak dicari Dyla terbantut.

"Few."

Dyla mengangguk. "Dah episod berapa?" Dyla cuba curi tengok.

Alfan menarik komputer ribanya supaya Dyla tidak dapat lihat.

"Sebelas."

'Sebelas?! Aku baru dapat tengok sampai empat! Itu pun 'beruk band' terkemut-kemut asyik nak kena buffer penantian tiada penghujung aje aku rasa.' omel Dyla sendirian.

"Tu download lah?"

"Yup." jawab Alfan malas.

Dyla muncung bibir.

"Jangan muncung bibir tu. Ikat karang jadi macam Woody Woodpecker."

Terus Dyla kemam bibir. 'Nampak aje. Sedangkan mata dok fokus dengan skrin laptop. Hish!'

Dyla tarik tuala dan baju-baju ke dalam bilik air.

"Dalam bilik air dah ada tuala. Tak payah bawa tuala lagi." tegur Alfan.

'Argh dia ni! Kalau tak malukan aku, tak sah!'

"Saya lebih selesa guna tuala sendiri." jawab Dyla untuk tutup malu.

"Ke memang tak tahu dalam bilik air ada tuala?" selambar Alfan bersuara. Mata masih di skrin.

"Okay fine. Memang saya tak tahu. So what?" Dyla cekak pinggang di hadapan pintu bilik air.

"Kan senang mengaku." Alfan letak komputer riba di sebelah dan mula baring mengiring. Letih agaknya duduk melunjur kaki. Dyla mengejek semula apa yang dikatakan Alfan.

"Buruk muka tu buat macam tu." sekali lagi Dyla terkena. 'Urgh! Macam mana dia nampak?'

"Skrin laptop aku pantul bayang-bayang kau." Alfan terlebih dahulu menjawab. Dyla genggam jemari yang merah. 'Aku benci lelaki ni.'

Kaki dihentak kuat sambil masuk ke dalam bilik air. 'Kalau nak lawan dengan lelaki ni, sampai esok pun tak habis.' Hilang aje bayang Dyla ke dalam bilik air, Alfan ketawa. Kelakar.

SELESAI mandi, Dyla memakai baju siap-siap dari dalam bilik air. Rambut yang basah dilap betul-betul. 'Jangan jadi macam dalam drama! Nanti tergoda pula dengan aku waktu rambut aku basah. Heh.' Berangan tak boleh nak tinggi lagi ke?

Keluar sahaja Dyla dari bilik air, matanya terpandang Alfan yang masih di atas katil dengan laptopnya. Melayan k-drama.

Dyla simpan semula baju kotornya ke dalam plastik dan dimasukkan ke dalam bagasi. Dia duduk di atas katil. Dalam bilik hanya dengar suara orang korea yang bercakap dalam bahasa yang Dyla dengan Alfan sendiri tidak faham.

Tiba-tiba bunyi yang datang dari perut Dyla mengatasi suara orang korea di dalam komputer riba. Dyla gigit lidah. Memalukan betul!

Alfan tahan sengih. Dia kemudiannya berhentikan k-dramanya dan bangun dari katil. Menu di atas kabinet kecil dicapai.

"Nak makan apa?" tanya Alfan terus tanpa lapik.

"Hm? Takpelah. Kenyang." Tipu Dyla.

"Kalau kenyang, perut tu takkan menjerit macam tu." Alfan masih membaca menu. Dyla cebik. Dia duduk bersila di atas katil. Tuala masih dilepuk di leher.

"Bagilah menu." suara Dyla.

"Kau tengoklah apa yang nak makan. Order aku benda yang sama. Aku nak mandi." Alfan terus ke bilik air selepas menyerahkan menu. Dyla baca satu persatu. Naik tercekik dibuatnya bila lihat harga di kanan menu.

'Nasi goreng kampung pun satu pinggan sampai tiga puluh ringgit? Nasi dia pakai beras Basmathi ke apa? Dia goreng pakai kuali emas ke?' Dyla garu kening.

Tapi dah itu aje yang paling murah dalam menu. Jadi itu pilihannya. Coke pun satu gelas sampai sebelas ringgit. 'Ini memang betul-betul cekik darah. Ini coke dia pakai cawan emas. Aku beli air gedegang (mesin) dekat kampus boleh dapat sebelas tin coke dengan sebelas ringgit ni. Boleh buat parti dalam kelas kot!'

Dyla membebel sendiri. Dia pandang telefon. Matanya terkelip-kelip. 'Er.. Nak cakap apa eh?'

Dyla angkat ganggang telefon. Jantungnya berdebar-debar. Dia letak kembali.

"Hello, cik. Saya dari bilik 243 nak buat pesanan." Dyla mencuba suara sendirian. Kemudiannya dia angkat semula ganggang telefon. Baru nak tekan nombor, dia letak kembali. Mukanya merah tak semena-mena. 'Malulah pula.'

Lama dia berpeluk tubuh. Nak call ke tak nak? Nak? Tak nak?

Sepuluh minit berlalu...

Alfan keluar dari bilik air dengan hanya bertuala dipinggang. Dyla terkejut. Matanya dipandang ke skrin televisyen yang dia baru hidupkan sebentar tadi.

"Dah order?" tanya Alfan sambil mengelap rambutnya dengan tuala lain.

Dyla menggeleng. Dahi Alfan berkerut.

"Kenapa?"

"Malu." jawab Dyla.

"Lah. Malu kenapa?"

"Malulah." Dyla tarik bantal dekat ke dada.

"Bukannya dia nampak muka kau pun." Alfan tahan sengih. Dyla geleng kepala.

"Tak nak makanlah." terus dia tarik selimut menutup tubuhnya. Konon nak tidur. Alfan menggeleng sambil ada segaris senyuman di bibir.

Dia lompat ke atas katil hingga membuatkan tubuh Dyla juga terlompat sedikit. Ganggang telefon dicapai. Punat nombor ditekan.

"Hello? Ya.. Saya dari bilik 243 nak buat pesanan." bicara Alfan. Dyla pasang telinga dari dalam selimut.

"Nak makan apa?" Alfan menggerak-gerakkan Dyla. Gadis itu tolak selimut sedikit ke bawah menampakkan mata dah hidungnya.

"Nasi goreng kampung." perlahan suara Dyla.

"Nasi goreng kampung." Ulang Alfan pada operator. "Minum?" tanya Alfan lagi.

"Coke."

"Coke." Alfan mengulang. Selesai itu, ganggang telefon diletak.

"See? Operator tu tak makan orang pun." bebel Alfan. Dyla mencebik. 'Tunjuk powerlah tu?'

Alfan bangun dan mencapai pakaiannya. Dyla terus larikan pandangan ke tempat lain dan memberi peluang pada Alfan untuk pakai baju. 'Bukannya nak pakai dalam bilik air siap-siap.' rengus Dyla.

ENTAH bila masa dia terlelap, Dyla pun tak sedar. Tahu-tahu aje tubuhnya digerak Alfan untuk bangun makan. Dyla memisat mata. Letih dengan kenduri tak habis lagi.

"Nah." Alfan hulur pinggan yang besar dua kali ganda dari mukanya sendiri. 'Patutlah harga dia mahal. Ini bukan setakat nasi goreng kampung. Satay, ayam goreng, sambal udang, papedom, dengan sup cendawan pun ada. No wonderlah tiga puluh ringgit! Tapi coke, aku masih tak puas hati. Satu tin setakat taruk lemon slice nak charge sampai sebelas ringgit, ini aku tak boleh cerna lagi.'

Bila sebelah tangan menyahut pinggan itu, Dyla terbeliak mata. Nasib baik Alfan masih belum melepaskan pegangannya pada pinggan itu. Kalau tidak, rasanya perut ni berkeroncong elok dari irama nasyid terus jadi metal.

"Pinggan ni berat. Pegang dua-dua belah tangan." nasihat Alfan. Dyla ikut arahan.

Mereka berdua bersila di atas katil. Dahlah makan berlapik sebelah tangan. Berat pula tu. Memang tak la nak makan pakai sudu bagai.

Dyla kerling Alfan. Lelaki itu langsung tak gunakan sudu yang disediakan. Elok makan pakai tangan aje. Kain yang disediakan untuk alas pun turut sama disediakan tapi tidak juga digunakan.

"Makan aje pakai tangan." mata Alfan pada skrin televisyen. Dyla bangun dari katil dan mencuci tangan. Dengan lafaz bismillah... Omnomnomnom! Laparrrrr!

Usai menjamah makan malam, mereka berdua letak semula pinggan di atas dulang yang disediakan. Ada bunga orkid di atas kain.

"Dyla." panggil Alfan. Dyla yang sedang mencuci tangan, pandang ke arah bilik yang melihatkan susuk tubuh Alfan.

"Kenapa?"

"Isn't it obvious yang kita makan guna tangan instead of sudu and garfu? And we didn't even use the kain."

"So?" Dyla keluar dari bilik air.

Alfan sengih dengan gigi tersusun cantik. Dia mengambil sudu dan garfunya lantas dicedok ke dalam sisa sup dan sambal yang berbaki.

"Nampak macam dah digunakan, kan?" kata Alfan. Dyla ketawa.

"So tak nampak la kita ni kekampungan kebuluran sangat sampai makan guna tangan? Pandai."

Alfan mengibas-ngibaskan kain yang dilipat elok lantas dilap ke mulut yang sudah bersih. Dia mencalit sedikit sambal ke kain.

"Nampak kotor kan?" Alfan tunjuk kepada Dyla. Gadis itu ketawa lagi.

Alfan lompat ke katil. Ganggang telefon diangkat dan dia meminta orang untuk mengambil bekas pinggan mereka.

"Done." Alfan berbaring. Dyla mengukir senyuman segaris.

Mood lelaki ini susah dijangka... Selalunya dia dingin. Penuh dengan agenda. Sinis. Tapi malam ni, dia kebudak-budakan.

~ikuti terus y~

Next chapter