webnovel

Bahagia harus di cari.

"Ib jom kahwin dengan I, my parent dah bertanya bila kita nak menikah?, usia I pon sudah semakin meningkat", ajak Ros kepada Shuib jejaka yang pada pandangannya sangat sempurna sebagai bakal iman dia dan bakal anak-anak mereka. Cinta pandang pertama untuk dia dan impian dia untuk membina bahtera indah bersama.

"Sayang, I baru mula kerja masih tidak berkemampuan, maybe hujung tahun ini I boleh masuk meminang ", spontan jawaban dari Shuib atas ajakan itu, benar memang mereka agak lama berkawan ya la dari zaman belajar di UiTM tapi baru saja menerima lamaran kerja dan belum lagi menjadi pekerja tetap . Siapa tak nak kahwin oii bila dah cukup masa, kalau boleh hari ini juga nak menikah namun kekangan kewangan ada di situ.

----------------------------------------------------------------

"Ros, kenapa ini sayang?, Mak Yah tengok Ros senyap sahaja dari tadi? mana pula si Nor ini dan Ijad ni,Nor ini tinggalkan Ros termenung sorang-sorang kat sini.

"Beli makanan agaknya tu Mak Yah."

"Ros ada apa-apa yang merungsingkan fikiran Ros ke?Kongsi dengan Mak Yah mana tau boleh beri ketenangan sikit, lagipun kita datang sini nak tenangkan diri dan happy-happy".

"Mak Yah, berat sebenarnya Ros nak bagitau tapi Mak Yah pun dah kenal Ros dan Shuib lama, Ros rasa kecewa Mak Yah,sebetulnya Ros merajuk dengan Shuib tu, mak dan abah dah bising-bising tanya bila nak masuk meminang, dia buat dek jer macam tak nak kahwin dengan Ros",luah Ros.

"La, itu ke masalahnya sampai Nor dan Ijad culik sampai ke sini?", dalam tawa dan geli hati Mak Yah berkata.

"Small matter jer tu Ros, percaya la kata Mak Yah, tak lama lagi dia kahwin la dengan Ros tu, Shuib tu baik budaknya cuma mungkin nak cukupkan apa yang belum cukup, lain la kalau ada yang bagi full sponsor macam Nor dan Ijad,itu yang deme berdua boleh kahwin awal", kata Mak Yah sambil memandang anaknya Nor dan menantunya Ijad yang berpegangan tanya menuju kearah mereka berdua. Ijad anak orang yang agak berada jadinya boleh mak dan ayahnya mengadakan semua untuk anak dan menantu.

"Mak kutuk kakak ke?", Nor bertanya sambil menjinjing beg plastik penuh makanan ringan dan air melangkah ke pondok sewa di Air Terjun tempat Mak Yah dan Ros duduk menyepak gigi air.

"Ros jom mandi, datang sini duduk tengok air mengalir jer apa barang, Jom", Nor terus menarik Ros ke air yang agak dalam untuk berendam.

"Kamu ini Nor, mak tengah bersembang dengan anak mak sorang ini sibuk pula kamu kacau daun, gi romantik-romantik dengan laki kau tu,"marah manja Mak Yah.

"Mak la, gi tolong siram abah mandi dengan budak-budak tu", ejek Nor pula sambil tangannya menunjuk ke arah Hj Sedik dan adik beradiknya yang lain. Mak Yah menyimbah Nor dan Ros. Habis basah semua bermain air.

Tergelak Ros dengan telatah keluarga bahagia rakan baiknya merangkap keluarga angkatnya.

Semalam dia menelefon Nor sedih dengan feed back Shuib yang seperti tidak menghargai diri dia dan membuat keputusan untuk mengelak semua komunikasi antara dia, Shuib dan keluarganya.

Idea Nor dan Ijad juga untuk menenangkan jiwa dengan bermandi manda kerana katanya dah berjanji dengan ahli keluarga lain untuk berjimba, alang-alang jom join sekaki katanya. Jadinya di sini la dia pada tika ini merawat hati yang lara.

Telefon tangan Ijad asyik berbunyi, rupanya sahabat baiknya Shuib panik dengan kehilangan Ros secara tiba-tiba, habis semua orang di telefon bagi mencari gerangan ke mana Ros menghilang.

Dengan selamba Ijad panggilan tersebut "Mulaikumsalam Shuib,Ros?tak ada pula Ros contact wife aku, kami ini tengah mandi manda dengan family Nor, mari la join kalau nak", lawa Ijad kepada Shuib.

"Wei Ijad!, Ros hilang la, kau boleh pula ajak aku mandi manda, family dia pun tak tahu dia kat mana?"suara Shuib kedengaran agak tinggi kerana dalam keadaan risau.

"Kau try la tanya pada Nor tu, selalu diorang berdua suka bertukar masalah", rayu Shuib pada Ijad.

Bertegas Ijad mengajak datang ke lokasi mereka namun Shuib masih tidak dapat menangkap maksud yang tersirat, nak di beritahu jujur, Nor di sebelah, jadinya cuma hint sahaja boleh di berikan.

Dalam hati Ijad berkata-' Ib, aku harap kau fahamlah maksud aku ini, karang aku terlalu jujur, tidur luar pula aku malam ini'.

"Macam ini Ib, malam nanti kau mai rumah aku boleh, kita sembang panjang, lewat pun tak apa", pengakhiran talian Ijad memberikan cadangan pada sahabatnya Shuib supaya berjumpa untuk berbincang panjang.

"Abang ini boleh pula dia ajak Shuib datang rumah, kesian Ros itu, semalaman dia menangis di bahu saya",marah Nor kesal denga sikap si suami yang baginya menyokong sahabat dia sahaja.

"Ayang, maaf ye tapi masalah tak akan selesai kalau tak di beritahu, ayang ingat Shuib tu ada telepathy ke nak baca fikiran manusia lain", tegas dan padat kata Ijad tanpa memandang wajah si isteri.Malas memanjangkan benda yang tidak berfaedah. bagi Ijad masalah harus di selesaikan segera agar tidak menimbulkan kerumitan total dan memudaratkan pihak lain.

"Kalau dengan ini ada penyelesaian dan kawan saya tidak bersedih lagi macam semalam, baik la",kendur suara Nor menjawab mengalah kerana memang ada kebenaran di situ. Baginya kebahagia Ros adalah kebahagia dia juga. Sama-sama susah, sama-sama senang.

Berembun Ijad dan Shuib bersembang dan berbincang di meja hadapan porch rumah Nor dan Ijad. Benar segala masalah ada penyelesaian tapi penyelesaian harus di cari bukan datang bergolek sendiri.

'Andai esok cukup kewangan pasti kau daku sunting sebagai bidadari syurgaku Roslina Othman, ungkapan itu hanya di fikiran tidak terdaya di lontarkan di mulut oleh Shuib kepada Roslina yang menumpang tidur di rumah Nor dan Ijad malam itu.

Semenang nya dia mahu menpercepatkan semuanya agar si dia menjadi kekasih yang sah dan halal dunia dan akhirat. Di usahakan segalanya , di mana biayanya di cari, di tanya pada si abang dan kakak andai boleh memberikan sponsor barang sedikit, pinjaman di buat bagi menyunting si dara pujaan hati. Jika benar baik sememangnya di permudahkan.

Akhirnya, dengan izin Allah SWT dan kedua ibubapa mereka, Shuib Samsudin dan Roslina Othman menjadi suami isteri yang sah dalam tempoh yang singkat. Di mana ada usaha di situ ada kejayaan.

Seharusnya pernikahan itu di permudahkan untuk semua bukan mengikut adat tapi yang wajib dan menyenangkan.

Next chapter