webnovel

Ganjaran bagi Pemenang Sepuluh Kali Berturut-turut

Editor: EndlessFantasy Translation

Cara Linley agak berterus-terang namun begitu berkesan sekali.

Sebenarnya, Linley tidak bimbang langsung. Peluang Augusta menolaknya kurang daripada sepuluh peratus. Malah jika Augusta begitu berwaspada dan enggan membiarkan Linley mengikutinya sekalipun, Linley sendiri boleh sahaja ke Satah Ketuhanan Cahaya mencari Augusta kemudian membunuhnya.

"Linley, mengapa kamu mahu ke Satah Ketuhanan Cahaya?" Augusta bertanya lalu ketawa.

"Apabila kita tiba kamu akan tahu nanti." Linley tidak memberi maklum balas.

Mereka berdua terbang pada kelajuan yang tinggi, tiba di tengah udara Gunung Windflow dalam sekelip mata.

Augusta juga menyedari kehadiran Ketua Pemerintah Petir tidak jauh dari situ. Dia spontan ketawa dingin. 'Kasihan. Berdasarkan kuasa kamu, jika Linley tidak bergerak dengan aku, kamu mungkin mempunyai peluang. Tetapi sekarang ini… kamu langsung tidak berpeluang.' Augusta mengerling ke sisi Linley.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter