webnovel

Linley dalam diam meraikan.

Mujurlah dia telah mengesyaki Molde telah merancang untuk memerangkapnya dan rancangan jahat ini bukanlah yang mudah. Oleh itu, dari awal lagi, dia beria-ia bersumpah 'atas nama Mahadewa'. Tiada masalah bagi Linley untuk bersumpah atas nama Mahadewa walaupun dia memang mempunyai sembilan butir mutiara roh itu. Hal ini demikian kerana, sebelum ini, dia benar-benar tidak tahu tentang tangkal Mahadewa itu.

Namun Pemerintah Angin tidak menyedarinya.

Hal ini demikian kerana, menurut kertas itu, Linley memiliki sembilan butir mutiara roh dan juga dekri Mahadewa. Pada pandangan Pemerintah Angin Teresia, jika maklumat ini benar, maka Linley seharusnya tahu apa itu tangkal Mahadewa. Namun jika berita itu palsu, maka Linley tidak akan tahu.

Berdasarkan perilakunya, Linley benar-benar tidak tahu. Ini bermakna berita itu seharusnya palsu!

Logik itu kelihatan seperti tiada cacat cela!

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter