webnovel

Artifak Mahadewa

Editor: EndlessFantasy Translation

"Ayah!" Linley melangkah ke dalam bilik.

Hogg yang sedang membaca buku, mengangkat kepalanya. Dia spontan tersenyum apabila melihat Linley. "Linley, Ayah dengar kamu dalam latihan tertutup. Apa, adakah kamu sudah beralih kuasa?"

"Ya." Linley mengangguk, kemudian duduk di tepi. "Ayah, dalam masa dua hari lagi, saya merancang untuk pergi ke Satah Ketuhanan Cahaya untuk melawat Ketua Pemerintah Cahaya. Saya mahu lihat jika terdapat sebarang harapan untuk mencari ibu dan mengembalikan semula kebebasannya."

"Huh?" Tangan Hogg menggeletar. Buku yang dibacanya itu jatuh ke atas meja dan dia tergamam memandang Linley. "Linley, kamu ingin ke Satah Ketuhanan Cahaya? Tapi… sebelum ini bukankah kamu beritahu ketika di Medan Peperangan Satah, kamu telah membunuh ahli puak Augusta? Bukankah Ketua Pemerintah Cahaya merupakan moyang puak Augusta? Sangat bahaya kalau kamu pergi ke sana." Hogg begitu cemas.

Hogg tahu hampir semua pengalaman Linley sepanjang hidupnya.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter