webnovel

Teknik Paling Berkuasa!

Editor: EndlessFantasy Translation

Ribuan askar di Koridor Stellar bersama dengan beberapa orang komander tergamam ketika mereka menyaksikan pertempuran itu.

Serangan gelombang manusia mungkin berguna menentang komander biasa namun menentang Paragon… ia tidak berguna. Paragon bertarung di sana, di tengah koridor dan askar yang berada di sekeliling tidak mempunyai pilihan selain berhenti bertempur dan tidak berani menghampiri dalam jarak seribu meter.

'Kuasa Pemerintah tidak dapat menandinginya.' Linley menggeleng kepalanya. Sebenar tadi, walaupun mereka hanya baru bertempur, Linley tidak dalam Rupa Naga pada awalnya. Namun rupa manusia Linley sebenarnya merupakan kelemahan besar ketika bertarung dengan Magnus! Magnus menggunakan Kuasa Pemerintah unsur Takdir yang sangat berkesan, sementara Linley hanya mampu menggunakan Kuasa Pemerintah unsur Kebinasaan.

Dia sangat lemah dalam aspek ini walaupun dia menggunakan teknik terhebatnya, iaitu ikatan ruang, dia masih lagi berada dalam kelemahan.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter