webnovel

Kuasa Spiritual!

Editor: EndlessFantasy Translation

Reisgem hanya mampu menggosok hidungnya dan berdiam diri setelah mendengar kata-kata Linley.

"Linley." Reisgem tiba-tiba ketawa terbahak-bahak. "Jika kamu tidak mahu menjadi Utusan, tidak mengapalah. Namun Linley… Jika saya, Reisgem berhadapan dengan sebarang masalah yang memerlukan bantuan kamu, kamu perlu menolong saya. Sama seperti ketika kita berhadapan dengan Si Montelo. Apabila saya meminta pertolongan daripada kamu, jangan pula ketika itu kamu menjadi pakar yang sombong."

Selepas melihat pertempuran antara Linley dan Bluefire, Reisgem sudah memandang Linley sebagai pakar tahap 'Paragon'.

"Reisgem, jika ada sesuatu yang berlaku, kamu boleh sahaja menghantar pesanan dan saya pasti akan bergegas ke sana." Linley berkata dengan tegas. 

Walaupun Reisgem suka bergurau dan juga angkuh seperti Bebe, dia juga melayan sahabat dengan ikhlas dan merupakan seorang yang baik hati. Dia juga banyak membantu Linley sebelum ini.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter