webnovel

'Serangan fizikalnya sehebat ini?!' Linley dalam diam berasa terkejut. 'Malah serangan fizikal bekas Tuan Redcliff pun tidak sedahsyat ini. Serangan yang merentasi ruang lapang sebenarnya mampu menembusi tubuh aku.' Linley begitu yakin dengan pertahanannya dalam Rupa Naga tetapi hari ini, tumbukan ini telah mengejutkannya.

Mata lelaki itu dipenuhi keberangan dan rambut keemasannya yang kusut-masai mula bergetar.

"Kamu berani mencederakan saya, Hemmers? Mati!" Suara garau bergema dalam minda Linley dan kaki kanan lelaki berambut keemasan itu ditendang…

Kaki kanan yang berotot itu mengalirkan cahaya kuning keemasan. Ketika kaki itu menendang, ia telah menghasilkan riak-riak dalam ruang seolah-olah ia bergerak melalui air. Kuasa tendangan ini begitu hebat sehingga belum pun ia tiba pada Linley, dia sudah berasa tidak sedap hati. 'Berdasarkan kuasa penumbuknya tadi yang tidak mengenai aku dan hanya menerusi udara sahaja… jika aku terkena tendangannya ini…'

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter