webnovel

Gadis Berambut Merah

Editor: EndlessFantasy Translation

Pemuda berjubah hitam berambut violet itu mempunyai riak tenang di wajahnya. Dia memandang yang lain di dalam restoran dengan renungan tajamnya. Selepas itu, dia pembuat pembayaran di kaunter perkhidmatan lalu mengikut pelayan ke biliknya.

'Semakin menarik.' Wajah Linley terukir dengan senyuman. Linley memegang cawan wainnya lalu menghirup sedikit. "Bebe, nampaknya, Buah Abis ini menarik perhatian ramai orang." Linley mengaktifkan Alam Betaranya ketika berbual untuk mengelakkan yang lain mendengar perbualan antara dia dan Bebe.

Jika tidak, kata-kata mereka pasti akan menjengkelkan yang lain.

"Saya rasa mereka semua mengimpikan untuk memperoleh peningkatan kuasa secara mendadak, memperoleh artifak Pemerintah dan menjadi Utusan Pemerintah." Bebe mendengus. "Saya tidak faham. Apakah sebenarnya Buah Abis ini? Mengapa jika kamu memakannya, kuasa kamu akan meningkat, malah dikurniakan untuk menghadap Pemerintah dan menjadi Utusan? Saya tidak faham. Saya tidak faham!"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter