webnovel

Krisis Puak

Editor: EndlessFantasy Translation

Cabang Yulan puak Naga Lazuardi mempunyai sejarah yang sangat singkat. Usianya hanya beberapa kurun sahaja. Jika dibandingkan dengan sejarah purba puak Empat Makhluk Suci, tempoh beberapa kurun boleh dianggap seperti setitis air di laut yang luas.

Sejarah yang singkat bermakna kuasa yang lemah!

Cabang lain puak Naga Lazuardi di gaung Gunung Skyrite memandang rendah dan mengejek mereka. Ini merupakan perkara normal. Mujurlah, puak ini mempunyai peraturan yang ketat. Ahli sesama puak tidak dibenarkan berbunuhan.

Ini merupakan peraturan yang sangat serius. Tiada seorang pun dibenarkan melanggarnya.

Oleh sebab inilah, walaupun cabang Yulan hidup sering dimalukan, mereka tidak berada dalam sebarang bahaya. Baruch dan yang lain hanya perlu bertahan. Lagipun, jika mereka melawan balik, mereka hanya akan memalukan diri mereka dengan lebih teruk.

Mereka sangat lemah. Tiada apa yang boleh mereka lakukan!

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter