webnovel

Rakaman Nujum

Editor: EndlessFantasy Translation

Memandangkan dia telah berjanji kepada Cesar, Linley mula mencari cara yang boleh digunakannya untuk menyiasat situasi Cecily. Meskipun sekarang ini dia merupakan tetua berjubah merah, dia tidak mempunyai kuasa untuk memasuki kediaman ketua puak. Selepas mengarahkan orang untuk membawa Dylin dan Tarosse ke sini, Linley mula menyiasat dan mengumpulkan maklumat.

"Magnolia [Ma'ge'nuo'li'ya]!"

Linley segera menghampiri wanita itu untuk menyapanya.

Magnolia merupakan tetua berjubah merah puak Bagshaw. Dia satu-satunya tetua berjubah merah wanita daripada tiga orang yang dibawa oleh Bakwill sewaktu pertempuran sebelum ini. Magnolia menoleh dan mata violetnya memancarkan senyuman. "Encik Linley, ada apa-apa yang kamu perlukan?"

"Magnolia, ada sesuatu yang saya mahu bertanya kepada kamu." Linley berkata tergesa-gesa.

"Teruskan." Magnolia begitu sopan sekali.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter