webnovel

Saya Mahu Dia Mati!

Editor: EndlessFantasy Translation

"Kamu telah memperbodohkan saya!" Sequeira memandang ke arah isterinya dan matanya kelihatan bengis sekali. "Anak dalam kandungan kamu ialah anak orang lain." Sequeira sangat menyayangi isterinya. Ketika dia pergi ke Istana Bebas, tujuannya ialah untuk membeli pakaian untuk isterinya tetapi siapa sangka isterinya sebenarnya curang!

Anak yang dikandungnya juga merupakan anak lelaki lain!

Puak Titan Rune Berdarah merupakan puak yang begitu perkasa di Alam Neraka dan kuasa yang dikawal oleh mereka juga begitu menakjubkan. Di Pulau Miluo, walaupun secara luaran, lima buah puak mengawal semua perkara tetapi realitinya, empat buah puak lagi ialah orang bawahan puak Bagshaw!

Puak Bagshaw merupakan puak Titan Rune Berdarah. Ini merupakan rahsia yang hanya segelintir orang sahaja yang tahu.

Sekurang-kurangnya, Cecily tidak tahu. Jika tidak, dia pasti tidak akan berlari penuh teruja untuk memberitahu suaminya yang dia sedang mengandung.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter