webnovel

Dewa Perang, Cesar

Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas berjaya membunuh dua belas Dewa Tertinggi dengan hanya sekali libasan pedang, dia telah mengejutkan pihak lawannya. Oleh itu, Linley berempat dapat berlalu pergi dengan selamat. 

"Linley, adakah tuan muda puak Bagshaw itu akan menghantar pakar bagi membalas dendam?" Tanya Olivier bimbang. Dahinya berkerut. 

Linley tergelak kecil. 

Delia menjawab, "Olivier, hakikatnya, tuan muda puak Bagshaw itu hanya berselisih pendapat tentang pakaian saja dengan kita bertiga. Lagi pula, Linley hanya membunuh dua belas Dewa Tertinggi biasa saja. Bagi puak purba seperti mereka, kematian dua belas Dewa Tertinggi biasa itu tidak memberikan apa-apa makna. Saya pasti yang tuan muda ini tidak akan terburu-buru hendak membalas dendam tanpa usul periksa."

"Jika mereka datang, kita akan bunuh mereka!"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter