webnovel

Sebaik sahaja kumpulan Linley sekali lagi masuk ke dalam makhluk logam dan bergerak lebih jauh ke dalam Laut Starmist, ketua kedua Pulau Knifeblade, Dimon, pergi seorang diri ke dalam dasar Laut Starmist dan tiba di dalam jurang yang tidak bernama. 

'Hmm, jika tidak kerana abangku mati sementara aku tidak tahu di mana Tuan Panglima itu tinggal, tak mungkin kau akan dapat sebahagian daripada kekayaan ini!'

Dia memandang jurang itu dengan rasa benci. 

Kemudian, Dimon bertukar menjadi bebayang dan melepasi jurang itu dengan mudah. Di dalam jurang itu, kelihatan beberapa makhluk tumbuhan ganjil berwarna-warni di dasarnya. Kadangkala, muncul juga beberapa makhluk laut ajaib di dasar laut tersebut. Namun, Dimon hanya membiarkannya saja.

Beberapa lama kemudian…

Dimon tiba di pintu gerbang satu kediaman bawah tanah yang terletak jauh ke dalam jurang dasar laut itu. Ada dua pengawal yang menjaga di setiap bahagian pintu gerbang tersebut. 

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter